Jumaat, 12 Jun 2015

.KHABAR DARI GUNUNG





.KHABAR DARI GUNUNG
-negeri bawah bayu

Malaysia,Sabah,  Ranau,
Gunung Kinabalu makhluk jamadat
Tunjang kekuatan pasak bumi Pulau Borneo
Bertahun kau biarkan kesabaran berpesta di dadamu
Dengan puluhan ribu makhluk manusia  mendaki puncakmu
Sehingga ada yang berani melanggar kesucian  dan kedamaianmu.


Kini telah mengkhabarkan,
Berita ngeri dan mengerunkan pendaki
Setelah beberapa amaran kecil dan sederhana diberi
Kini cuma gegaran 5.9 skala Richter  telah terkorban  18 orang pendaki
Di puncakmu kembali sepi tiada pesta gila, gelak ketawa atau khemah bermalam
Inilah petanda kemarahan gunung bila manusia mudah lupa tentang kebesaran  Allah S.W.T.

Oleh: Nuri Manja,
Catatan  Selasa  jam 5.40 pagi
Tanggal  9 Jun , 2015

10 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

21. MALAUN DAN MAK NGUK
Hanya melaun dan mak nguk sahaja
Masih percaya akan cerita orang gila
Mungkin ada sadikit habuan agaknya
Bagaimana caranya Bush dan Al Gore
Lesap wang bantuan negara membangun
Bila di pengerusikan oleh sesumpah ini
Berapa banyak sudah penipuan berlaku
Masih juga hendak mempertahankan
Inilah namanya mala un dan mak nguk
Diri Sendiri yang melakukan kesalahan
Orang lain yang menerima dan terinanya
Kerana terlalu taksup dengan kisah licik
Dengan sandiwara sesumpah bersesek.


OLEH; Suara Pulau,
Catatan siang hari, 26/03/2011.
Se waktu di Telok Kumbar Pulau Mutiara.

nurimanja49@gmail.com berkata...

22. BILA KEYAKINAN MULAI LUNTUR


Bila keyakinan diri mulai terasa luntur
Kraisis leyakinan mulai tercabar dipersenda
Berbagai persoalan dan anadain akan timbul
Hasil dari rasa ketidak selesaan kekalutan minta

Masa akan menentu dan menceritakan
Pada ungapan cerita yang berbagai andaian
Jikalau benar ramai yang telah pun terpisung
Kalau dusta padahnya pasti akan datang menimpa.

Kini kenyataan telah banyak menampakan segala
Jelas merisaukan, agama, bangsa dan negara
Sebagai satu gadaian, perjudian dan pecaturan
Dimana nilainya sebagai umat melayu malaysia?



Oleh: Nurimanja,
Catatan bila hati rasa terguris 31/03/2011.
Dengan kerenah Melayu tidak mengenang budi.


nurimanja49@gmail.com berkata...

23. ADA DENDALU MUSANG BERBULU AYAM
Buat renungan ketua di jabatan kerajaan


Jikalau terdapat manusia jenis begini
Ada dendalu dan musang berbulu ayam
Bekerja dengan pemerentah hati rasa benci
Segala kejayaan pasti tidak akan diperolehi.

Si dendalu tidak akan beri tumpuan
Musang berbulu ayam cari kesempatan
Bertugas bukan dengan hati yang ikhlas
Rezeki yang diterima merosakkan keluarga.

Bolehkah dendalu yang menompang
Menjadi bos dengan musang berbulu ayam?
Bekerja dalm jabatan tapi hati merengkam
kerana jiwa menyokong pihak pembangkang.


Oleh: Nurimanja,
Catantan sewaktu bertugas dahulu,
Dua tiga tahun yang lalu. Buat beberapa orang cikgi dan cikgu..
Sajak ini terselet dicelah helian muka surat dairy / tanggal 02/04/2011


nurimanja49@gmail.com berkata...

24. SEBUAH LAGU PERJALANAN
-Buat mereka usia 60an-


Sebuah lagu yang ku dengar
Dinyanyikan amat menyedarkan
Suara merdu yang berkumandang
Dengan memanggil memuji namu Ilahi
Sedarlah perjalnan kita hampir tamat.

Buat kita berada di hujung senja
Kerinduan dan kecintaan dicurahkan
Buat pengabdian pada yang maha esa
Agar pemergian kita tidak menyesal
Setelah kita semua sekembalinya nanti.

Ingatlah dunia pentas sementara
Kita semua pasti akan kembali nanti
Yang tinggal hanyalah kenangan sahaja
Ingatlah diri sendiri sebelum terlewat
Kerana perjalanan kita hampir tamat.


Oleh : Nurimanja,
Catatan bila mendengar sebuah lagu.
Pada tanggal 5hb, Mei, 2911,
pagi hari sebelum subuh.

nurimanja49@gmail.com berkata...




25. DALAM PERJALANAN HIDUP INI


Dalam perjalanan hidup ini
terlalu banyak aku dengar
jangan terlalu mengharap
dan jangan banyak berjanji.
kerana di satu masa nanti
harapan akan menjadi musnah
dan janji tidak akan tertunai
semuanya membinasakan diri
Waspadalah dalam hidup ini
jangan suka sangat mengharap
jangan terlalu sering berjanji
jika semuanya tidak ditunaikan.



Oleh: Nurimanja,
catatan pagi hari jam delapan
khamis bersamaan 06/05/2011

nurimanja49@gmail.com berkata...

26. KEMUNGKARAN DIBIARKAN

Azab Allah itu amatlah pedeh
bila kemungkaran dibiarkan
malah semuanya akan menerima
pembalasan di atas kesilapan
bila masyarakat telah membiarkan
bersubahat menyokong kemaksiatan.

Maka terimalah azab Allah swt
tidak kira alim ataupun kejahilan
akan diberi diazab kesemuanya
tidak kira baik ataupun jahatnya
itulah cara penyseksa amat dahsat
dalam cengkaman tanpa dilepaskan.


Oleh: Nurimanja,
Catatan Ahmad 8hb, Mei, 2011.
jam lima pagi .


nurimanja49@gmail.com berkata...

27. JANJI SEMACAM PADI BILA DITABURKAN

Kekadang aku melihat
Janji ini seperti padi bila ditaburkan
Ayam-ayam adalah pengudi yang lapar
Sedia mematuk dan menelan apa saja ditaburkan.

Pernahkah ayam terfikir
Jika padi ditabur dibubuh racun berbisa
Setelah termakan makan meranalah badan
Lihatlah beberapa negeri rakyatnya amat kecewa.

Jika ingin mengekalkan
Suasana kehidupan Kemakmuran seterusnya
Kena pintar memilih padi-padi yang perlu dimakan
Bukan padi beracun yang ditabur dengan mudahnya.


Oleh: Nurimanja,
Jangan percaya dengan kata janji
Kerana janji 2008 masih belum ditunaikan.
Catatan buat pengundi di bumi Kenyalang 11 /04/20011.

nurimanja49@gmail.com berkata...

28.BUAT RAKYAT BUMI KENYALANG
Harap sapu bersih.



Kenyalang!
Damaimu maseh tersa
Melengkari usiaku ini
Sepoi bayumu mencumbui
Kenangan silamku yang lalu

Kenyalang!
Tentukan masa sepanmu
Jangan dibiarkan pada tangan
Sang pengkianat pendurhaka negara
Jika mahu kemajuan berada di puncak.

Kenyalang!
Anak didikku harapanmu
Jangan biarkan mereka terperangkap
Dalam hasutan PR yang mengelirukan
Masa depanmu ditangan anak peribumimu.


Oleh Nurimanja,
Sajak terkini buat pengundi serawak.
Catatan dua hari lalu, diterbit 15.04/2011.

nurimanja49@gmail.com berkata...


29.MANA MUNGKIN?

Ramai aku lihat
rakyat kita ternyata tenat
bagaimana mungkin boleh hidup
jika saban hari menanggung beban
biasakah kita bernafas dalam lumpur

Ada yang kaya
senang bertambah kayaraya
yang miskin pula kian papa kedana
jika kos keperluan semuanya naik.
sedangkan pendapatan berkurangan

Mana mungkin
Hidup akan selesa dan bahgia
jika segalanya tidak terdaya mendapatnya
belanja bulanan sudah lari jadi harian pula
untuk simpanan tahunan sudah jadi bulanan nampaknya.


Oleh: Qalam Mutiara
Catatan 13 6hb Mei 2011

nurimanja49@gmail.com berkata...

30. BERHATI-HATI MEMILIH WATAK


Dalam hidup ini ada banyak watak
jika anda memilih watak jahat
samalah memilih gelarannya.
Jika memilih watak menjadi dalang
tidak ada orang mengelarnya watak baik.

Jika anda terlalu sangat suka persenda
mempermainkan orang dan rakan
tidak hairanlah hari ini juga
ada musuh yang ingin mencabar
tentang kewibawaan diri anda.

Jika anda sering memutar belitkan fakta
jika cerita sadikit dikaitkan berjela
tidak hairan sejarah akan merakamkan
dimana kelemahan lakonan anda
pasti akan terserlah kepada khayalak.

Berhati-hatilah memelih watak
dalam lakonan hidup yang sadikit
ini kita sebagai pelakon tanpa skrip
jika watak telah pun tergelencir
terlalu sukar untuk memadamkannya.


Oleh: Nurimanja,
sajak sinis catatan dari akhbar UM.
Isnin jam pagi di perkarangan mahkamah.
kekalahan dijangka tanggal 12hb Mei, dua kosong sebelas 2011