Ahad, 28 Oktober 2012

HARI TASRIB




 

Buat mereka ingin berkorban esok

Satu  hari yang  dinantikan
Bagai pesta makan dan minum
haramkan kamu berpuasa
pada 10, 11, 12, 13, Zul Hjjah
binatang peliharaan yang baik
bersedekahlah buat fakir meskin
kerana hari gembira penuh ibadat
berkaitan sejarah nabi  khalilullah
Ibrahim dan anaknya nabi Ismail,
Tiap titik darah koban yang jatuh
akan disambar oleh  para malaikat
dan akan dampun dosa-dosamu
seperti banyak helaian bulu-bulu
binatang penyebelehan korbanmu.
Allah Huakbar, Allah Huakbar,
Allah Huakbar Walillah ilham.

Oleh ; Nurimanja,
Catatan di Masjid  AL Muhajirin,
Kampung Tersusun Nibung Hanus, Perak,
12hb, Zul Hijjah, 1433.
 

Khamis, 25 Oktober 2012

PESTA ARFAH





Buat mereka
yang  menuju ke Padang Arfah

Dinihari,
Di padangmu banjir lagi Arfah
Dengan pesta tetamu pencukup rukun
Hadir dari pelusuk dunia fana
Dalam satu perhimpunan agong
Kerana disini tiada lagi beza dan kasta
Cuma mengambedikan diri  dibawah seruan Iiahi
Bersma suara kudus yang bergema sama
Pada hati tersisip rasa insaf dan pasrah kepada Allah

Dinihari,
Dipadangmu banjir lagi Arfah
Dalam pesta suka duka bergema sama
Di hati mengalir darah cusi murni
datang sujuk dan tawaduk pada Allah yang Esa
bertasbih,bertahmin,bertahlil,dan bertakbir
Disini tiada lagi beza kulit dan rupa
Disini tiada lagi meskin dan kaya
Disini tiada lagi darjat dan pangkat
Disini Cuma satu sahaja penilaiannya
Rasa ketinggian iaman dan takwa kepada Allah swt.

Oleh; Nurimanja,
Telok Kumbar  21\9\98
siar semula 6hb November 201