Buat mereka
yang menuju ke Padang Arfah
Dinihari,
Di padangmu
banjir lagi Arfah
Dengan pesta
tetamu pencukup rukun
Hadir dari
pelusuk dunia fana
Dalam satu
perhimpunan agong
Kerana
disini tiada lagi beza dan kasta
Cuma
mengambedikan diri dibawah seruan Iiahi
Bersma suara
kudus yang bergema sama
Pada hati
tersisip rasa insaf dan pasrah kepada Allah
Dinihari,
Dipadangmu
banjir lagi Arfah
Dalam pesta
suka duka bergema sama
Di hati
mengalir darah cusi murni
datang sujuk
dan tawaduk pada Allah yang Esa
bertasbih,bertahmin,bertahlil,dan
bertakbir
Disini tiada
lagi beza kulit dan rupa
Disini tiada
lagi meskin dan kaya
Disini tiada
lagi darjat dan pangkat
Disini Cuma
satu sahaja penilaiannya
Rasa
ketinggian iaman dan takwa kepada Allah swt.
Oleh;
Nurimanja,
Telok
Kumbar 21\9\98
siar semula
6hb November 201