Ahad, 22 Februari 2015

.JIKA KITA NILAI HIKMAH SOLAT



JIKA KITA NILAI HIKMAH SOLAT


Ketika kamu mengangkat kedua tangan untuk takbir
samalah seperti kamu menyerah mengaku kalah
ketika kamu qiam berdiri tegak tidak bergerak
samalah seperti pokok nibong,pinang dan kelapa,
ketika kamu rukuk mendatar tulang belakang
samalah seperti haiwan yang bejalan lembu dan unta
ketika kamu duduk pula di antara dua sujud
samalah seperti katak kera moyet lotong gorila
ketika kamu sujud dahi ke tanah hinanya rasa
samalah seperti kekura ular cacacing serangga melata.


Setelah kamu kenal akan nilai hikmat solat ini
berastaffarlah betapa hina dinanya kamu di sisi Allah
menjadikan dan mencipta segala petala langit dan bumi
betapa kita cuma dijadikan dari setitik air najis
percantuman di anatara binih lelaki dan perempuan
mengapa mesti angkoh, sombong, bongkak dan takabur
dari tanah asalnya kita dan kepadanya kita kembali
makan dan minumlah rezeki yang Allah berikan kepada kita
mengapa mesti buat satu kerosakan di muka bumi Allah ini?
sesungguhnya hidup dan mati kita kepadaNya jua kembali.


Oleh  : Nurimanja,
Balik Kuliah Malam Telok Kumbar,
15/2/2010.

Selasa, 17 Februari 2015

MELAYUKU KINI RETAK TIGA



MELAYUKU KINI RETAK TIGA

Melayuku kini kian tenat,
bila hendak dikira terasa malu
jika tidak dikira bertambah terharu.

Dulu cuma retak dua saja,
kini bertambah retak tiga pula
tidak kira pula yang  kepala lembu.

Apa direbut pisang sesikat?
dibuat gulai dapat sebelanga
bukankah baik kita bermufakat
hidup atau mati  berkerjalah sama.

Oleh ; Nurimanja,
Biarlah menyering jangan telangkup,
21hb, February, 2010 petang hari 


Khamis, 12 Februari 2015

MASA TELAH MERAKAMKAN CERITA KITA MENJADI SEJARAH.



MASA TELAH MERAKAMKAN CERITA KITA MENJADI SEJARAH.

Apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita di dunia ini
Semuanya telah tersurat dan tersirat di lulmahput sana
Sebagai hamba Allah Kita tidak boleh menafikannya
Kerana qada dan qadar  adalah ketentuan Allah swt.

Jangan cuba melawan takdir dan mengubah ketentuan
Kerana Allah maha berkuasa dan maha amat mengetahui
Setiap cerita sama ada baik dan buruk yang kita lakonkan
Pasti ada catatan ganjaran atau pembalasan diakhirnya

Itulah se buah kehidupan yang amat perlu kita renungi
Buat mahkluk bernama manusia genarasi lama dan baru
Kerana kebaikan dan kesilapan yang kita lakukan di dunia ini
Menjadikan contoh pengajaran dan ada hikmah di sebaliknya.

Oleh: Nurimanja, PK.
Catatan pagi hari jam 5.00
11 Februry 2010.