Khamis, 12 Februari 2015

MASA TELAH MERAKAMKAN CERITA KITA MENJADI SEJARAH.



MASA TELAH MERAKAMKAN CERITA KITA MENJADI SEJARAH.

Apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita di dunia ini
Semuanya telah tersurat dan tersirat di lulmahput sana
Sebagai hamba Allah Kita tidak boleh menafikannya
Kerana qada dan qadar  adalah ketentuan Allah swt.

Jangan cuba melawan takdir dan mengubah ketentuan
Kerana Allah maha berkuasa dan maha amat mengetahui
Setiap cerita sama ada baik dan buruk yang kita lakonkan
Pasti ada catatan ganjaran atau pembalasan diakhirnya

Itulah se buah kehidupan yang amat perlu kita renungi
Buat mahkluk bernama manusia genarasi lama dan baru
Kerana kebaikan dan kesilapan yang kita lakukan di dunia ini
Menjadikan contoh pengajaran dan ada hikmah di sebaliknya.

Oleh: Nurimanja, PK.
Catatan pagi hari jam 5.00
11 Februry 2010.

20 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

10. NABI MUHAMAD SAW ADA BEBERAPA KELEBIHANNYA


diantaranya;

-Tidak menguap waktu mengantuk,
-Tidak ketawa besar, cuma senyum,
-Tidak makan banyak, sebelum kenyang berhenti
-Tidak berminpi khawin sewaktu rumajanya,
-Tidak nampak kesan buang air besar atau kecil,
-Tidak pergi ke tempat hiburan
-Tidak menyembah berhala
-Tdak terima sedekah kecuali hadiah
-Tidak takut dengan binatang buas

sambung lagi

nurimanja49@gmail.com berkata...

Diantaranya:

-Bila dia lina hatinya jaga dia tahu semua,
-Bila dia berjalan tidak ada bayangan,
-Bila mengadap hadapan dia nampak apa dibelakang,
-Bila memberi salam dia dahulu dari orang lain,
-Bila duduk dalam majlis sentiasa tegak sahaja,
-Bila lahir sudah pun berkhatam atau bersunat,
-Bila berjalan lalat tidak hinggap pada tubuhnya,
-Bila ditempat panas awan sentiasa memayunginya,
-Bila menunggang unta lebih laju dari orang lain,
-Bila bergurau tidak sampai menyakitkan hati orang
-Bila awan mendung nabi akan berubah mukanya
-Bila makan belian berhenti sebelumkenyang


Sambungan siri 11

nurimanja49@gmail.com berkata...

DARI KACA MATA BERBEZA
- dari simpanan sajak-sajak legenda -


Wanita yang kami tahu
bagi seorang pencinta seni
Kau adalah yunit dan menarik
Senimu hidup dan memikat
Pada apa saja bentuk dan gaya
pasti tergoda dan mempersona.


Wanita yang kami tahu
bagi seoarng kaki pemabuk
Kau bisa dilambung di awan tinggi
Turun kembali mesra di gengaman
Kau bisa dibenam di laut bergelora
Timbul kembali setia dalam pelukan

Wanita yang kami tahu
bagi seorang yang kecewa
Kau bagai racun berbisa, atum nukelear
Bisa membunuh ilmu pengetahuanku
Satu-satu di celah langkah longlaimu
Membuat aku termanggu dan terharu


Wanita yang kami tahu
bagi seorang suami penyayang
Kau teman sejati dikala susah senang
Diwaktu sunyi diantara hidup dan mati
Mendidik dan mengasuh anak zuriatku
Kaulah isteri misali dan solehah buatku


Oleh: Nurimanja,
Sungai Dungun, Krian, Perak.
6hb, Ogos, 1974.

nurimanja49@gmail.com berkata...


TIBAI dibubar selepas Anwar dipenjara

Kami pernah dengar nama TIBAI tapi tidak begitu perihatin d engan kewujudannya sekadar menolak individu bernama Anuar Ibrahim . walaupun mereka ini lahir dari dalam parti PKR sendiri kerana tidak keharuan mereka rasa tidak lagi sehaluan : Jadi penubuhan mereka sekadar menyedarkan rakyat yang
Benar telah dicelarukan minda mereka .

Bagaimana pula dengan Pas yang di dalamnya adfa pula kumpulan PasMa ? Bila lagi untuk bertinda agar Pas Tetap Pas , tidak ada lagi kumpulan PasMa kerana mereka yang di dalam Pas tetapi banyak pro ketua PKR sudah tidak bermaya lagi. Sebaiknya ahli dalam Pas perlu banyak berfikir kerjasama dengan parti mana yang terlalu banyak mebimbulkan permasalahan? Parti mana yg banyak membantu dalam kemelut dilanda musibah di Kelantan dan kawasan pengundfi anda?


TIBAI

nurimanja49@gmail.com berkata...


POTONGAN AKHBAR TEMPATAN TERLEPAS PANDANG (TT)
Henti pertikai, burukkan institusi kehakiman

MUAR 14 Feb. – Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pihak yang terus memfitnah, mempertikai dan memburuk-burukkan keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, terutamanya dalam media sosial kerana perbuatan itu memberi kesan kepada negara di peringkat antarabangsa.

KOMENTAR:


Sebagai rakyat yang cintakan ke amanan dan kedamaian hidup dalam sebuah negara seperti Malayasia akta hasutan perlu diutamakan jangan diberi peluang atau terlalu bertolak ansur dengan sesiapa sahaja individu yang cuba membuat huruhara dengan mencabar dan menghina mahkamah dan perundangan negara kita. Ketegasan perlu dilaksanakan supaya nilainya lebih tinggi dan dihormati.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik#sthash.UGOnprxx.dpuf

nurimanja49@gmail.com berkata...


CERPEN SAHABAT CITANURI.BERSIRI BETAJUK : PENGKALAN BATU.
Oleh : Nurimanja Serawak. : Sempena Tahun Baru China Gong Xi Fa Chai 2015.



LIM AH HOCK lemah mnghayung langkah menuju ke Pengkalan Batu yang menghala ke muara sungai. Lim Ah Hock berdiri lama di situ, matanya merenung jauh di tengah sungai Muara Tuang..

Matahari petang sedang mengisut di kaki langit,air sungai bergemrcik di tiup angin bayu petang, burung-buung camar betrbangan mencari kawan.Lim Ah Hock tekenang peistiwa hitam yang pernah mencengkam sejarah hidupnya beberapatahun yang lalu, sehinga kini dia kehilangan seorang isteri yang amat dikasihinya.

“Lim! Esok aku ingin brsamamu?” Kata Swee Lan memecah kesunyian hening malam itu. Lim yang kurang sihat dan sering diserang bantuk-batuk kecili malam hari, telah membiarkan peranyaan itu dibawa angin malam berlalu.

“Lim,esok aku ingin bersamamu,””
Ulang Swee Lan lagi sekali dengan penuh harapan.
“Hendak kemana?”
“Ke hutan,”
“Buat apa?”
“Menebang bakau,”

Sambungan 2

nurimanja49@gmail.com berkata...

Lim Ah Hock merenung muka Swee Lan yang berwajah bujur sireh itu. Swee Lan tunduk, hatinya begitu sayu bila melihat tubuh Lim yang bertambah kurus dan cengkong kerana bekerja kuat di hutan bakau itu.

“Benarkanlah aku pergi Lim.”Rayu Swee Lan. Lim Ah Hock menarik nafas panjang, kemudian melepaskannya pelahan-lahan, jari-jari tangannya memicit-memicit dahi kepalanya yang terasa pening.

“Tak usahlah Swee Lan,” jawab Lim, sambil merebahkan tubuhnya di pangking kayu yang bersirat tali jerami, Dia terbatuk-batuk kecil, kemudian bertambah kuat bunyinya. Swee Lan segera menghampirinya, dia segera mengurut-ngurut dada Lim, sebotol ubat batuk yang tinggal separuh isinya diberi minum kepada Lim Ah Hock.


Setelah batuknya Reda. Lim Ah Hock berkata:

“Di hutan itu bukannya senang,”Kata Lim, matanya merenung ke tulang bumbung, saolah-olah dia sedang melihat hutan bakau yang penuh dengan lumpur, agas, naymuk, Ular kapak, babi hutan dan akar –akar bakau yang berceracak tajam menikam kaki.
“Terdayakah oleh kau?”
“Aku akan cuba,”s

Sambungan 3

nurimanja49@gmail.com berkata...

“Tak usahlah, “
“Tapi, aku ingin menolongmu Lim,” kata Swee Lan member pengakuan.
“Cukuplah kau memasak, membasuh dan mengemas rumah ini,”kata Lim Ah Hock.

“Kau sakit Lim, jika aku bersamamu, tentu dapat mngurangkan bebanmu selama ini,”
“Apa yang kau boleh buat?”

“Aku boleh meracik ranting bakau yang kau tebang dan menarik batang bakau yang kau tebang ke tebing sungai,”

“Tak usahlah Swee Lan,”
“Tapia apa salahnya? jika aku dapat membantumu, tentu kau dapat menebang lebih banyak pokok bakau, dan lebih banyak batang bakau yang kau dapat, kita akan mendapat duit banyak,” kata Swee Lan memberi cadangan.

“Aku terlalu khuatir Swee Lan,”

“Apa yang mesti kau khuatirkan, aku cuma berharap menjelang tahun baru ini, kita menyambutnya dengan mempunyai wang,” jawab Swee Lan.

Sambungan 4

nurimanja49@gmail.com berkata...

Lim Ah Hock tidak sedar air matanya jatuh mengalir membasahi pipi bila mengenangkan kata-kata Swee Lan itu sebelum menjelang tahun baru.

“Esok tahun baru datang lagi, tetapi kau telah tiada, Oh Swee Lan, Swee Lan,”…” Keloh Lim Ah Hock, terasa kesal kerana telah membenarkan Swee Lan pergi bersamanya menebang pokok bakau itu dahulu.

Walaupun peristiwa hitam itu telah lima tahun berlalu, tetapi bila menjelangnya tahun baru, peristiwa sedih itu sering mencengkam benak hatinya..

“Lim tolong..!! Lim Tolonggg!!!” Begitulah bunyipekekkan Swee Lan sewaktu peristiwa cemas dan menyayat hati itu berlaku setelah perahu mereka naiki itu tenggelam dipukul gelombang.

Di musim landas, laut bergelora telah menghantar gelombang ganas yang tidak mengenal belas kasihan itu menuju ke muara. Kuala sungai yang bagaikan rahagn saekor rasaksyang lapar hendak menelan mangsanya.

Lim Ah Hoch masih Nampak kedua belah jari tapak tangan Swee Lan yang putih melpak Itu mengerawang-rawang di permukaan air sungai yang keruh pekat itu,sesekali tengelam timbul dipukul gelombang ganas di tengah muara sungai itu.

Sambungan 5

nurimanja49@gmail.com berkata...

Beberapa kali Lim Ah Hock mencuba sedaya upayanya untuk membantu Swee Lan,
tetapi hempasan gelombang ganas itu bukanlah calang-calang tenaga manusia yang boleh menentangnya.

Malah Lim Ah Hock sendiri lemas dihempas oleh gelombang ganas itu, namun dia tetap juga mencari Swee Lan di celah ombak dan gelombang ganas yang mengila itu.Tetapi wajah Swee Lan tidak lagi kelihatan,
.
Lim Ah Hock sendiri telah banyak kehilangan tenaga, akhirnya dia sendiri tidak sedarkan diri, dia terasa dirinya hilang begitu saja, setelah dia sedar.didapati dirinya terdampar di tebing sungai.

Mujurlah ada orang kampong Melanau menolongnya, sehingalah dia dapat kembali pulih kesihatannya, berbulan mereka mencari mayat Swee Lan tidak juga ditemui, sehingga orang kampong bersepakat mengatakan Swee Lan telah pun bersemadi di tengah muara sungai.itu.


Sambungan 6

nurimanja49@gmail.com berkata...


Lim Ah Hock mengesat air matanya. Dia merenung jauh di tengah muara sungai yang bergelombang itu. Dimatanya terbayang wajah Swee Lan, kini terlalu sukar untuknya mencari ganti..

“Swee Lan , kini aku tidak lagi bekerja menebang pokok bakau di hutan, aku telah menjadi pembekal kayu arang k pekan kecil dan bandar,” keluh Lim dalam hatinya.

Angin petang yang bertiup sesekali menerjah anak rambutnya yang tejuntai jatuh ke dahi mata Lim Ah Hock masih sayu merenung ambak, hatinya masih ingin membsikkan sesuatu pada mendiang isterinya Swee Lan .

“Swee Lan! Wang derma orang ramai hamper dua ribu ringgit itu, aku telah buat modal untuk perniagaan kecil kayu arang. Keuntungannya telah aku kumpul, dan kini aku telah membina Pengkalann Batu untuk kemudahan orang ramai di kampong ini,” Kelok Lim sendirian, sambil berjalan meninggalkan matahari merah yang kian terbenam di kaki langit.


S E L E S A I .

nurimanja49@gmail.com berkata...



BICARA PUISI CITRANURI MALAM INI (TTP)
SAEKOR RERAMA

Saekor rerama
Yang terbang di pohon mati
Ternyata tidak pandai untuk menilai
Eti sebuah kehidupan yang dilaluinya.

Saekor rerama
Yang terbang di pohon hijau
Kemudian jatuh dan mati meragan
Pastinya dia gagal menilai erti keindahan.

Saekor rerama
Yang terpukau dengan keindah
Dan sanggup membunuh dirinya sendiri
Kerana gagal menilai erti sebuah kesyukuran.


Oleh: Nurimana,
Catatan tanggal 19 Ogos, 2014
Jam hamper 10 malam. Gambar cuma hiasan.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kami Siarkan sebuah cerita benar siri SERAM DAN MISTERI


Petikkan dari catatan empunya blog sewaktu berusia masih kebudakkan
lagi

Kisah berlaku di sebuah perkampungan
di tepian Sungai Kerian Perak .

nurimanja49@gmail.com berkata...

CERITA SERAM DAN MISTERI YANG SUKAR DILUPAKAN


1 ADA MAKHLUK TANGAN BERBULU DI DALAM AIR.(B)


WAKTU matahari merah dirembang petang, Aku baru saja baik dman,Azan berkmandang tanda masuknya waktu solat maghrib di kampungku,

Memang mengerunkan di sekelilingnya cuma ada hutan pial dan jeruju ketika aku hendak mengambil air uduk, aku mengcangkung di tepi tebing sungai kurau itu, air sungai pula sedang pasang petang.

Tiba-tiba sampan yang talinya tertambat di tiang pancang itu bergerakaku rasa hairan, Kemudian dengar air sungai itu berkocak seperti ada orang menolak sampan itu, ,aku kian cemas.

Sambungan 2

nurimanja49@gmail.com berkata...

Bila aku bangun untuk melihat, apakah yang ada di tepi sampai itu, akupun terkejut, ada tangan berbulu hitam, sepeti tangan kingkong,berpautdi tepi sampan , tetapi dijarinya penuh dengan cincin yang bersinar-sinar dalam kesamaran senja itu.,cuma seketika sahaja aku melihatnya lantas dia pun menyelam..

Aku tidak pula sempat melihat mukanya,cuma tangan dan jarinya sahaja.Sehingga kini masih menjadi tanda tanya siapakah makluk tangan yang berbulu itu? Adakah hantu air ?

Selang beberapa bulan , ditempat yang sama , aku baru saja baik daripadaKena asma, jam lebih krang 4 petang. Kerana aku masih lemah aku mandiDi dalam sampan,sambil mengcankung di tepi sampan, tanganku mencedukAir di dalam sungai, dan menjerus ke badanku.

Sambungan 3

nurimanja49@gmail.com berkata...

Entah bagaimana aku tergelincir jatuh ke dalam sungai, nasib baik Entah bagaimana aku tergelincir jatuh ke dalam sungai, nasib baik jugaKetika itu air sungai sedang tenang, namun aku tidak boleh timul,hamper2 atau 3minit, kepala aku ke bawah kaki aku terklas ke atas.

Aku kian cemas, bertambah hairan dan pelik keadaan aku seprti tidakBoleh bergerak,malah timba kecil di tangan juga aku tidak lepas, akuCuma teawang-awang mencari jalan untuk timbul.

Tiba-tiba semacam ada orang yang membantu mengelas kepala aku ke atas,Dan terus tembl bersama dengan timba di tangan yang beii air,segera akuMencapai dinding sampan, dan melonjak naik ke atas sampan.nasib baik aku tidak timbul di bawah sampan,Aku bersukur kepada Allah SWT.


Oleh;Nurimanja, TAMAT .TERBIT.
jugaKetika itu air sungai sedang tenang, namun aku tidak boleh timul,hamper2 atau 3minit, kepala aku ke bawah kaki aku terklas ke atas.

Aku kian cemas, bertambah hairan dan pelik keadaan aku seprti tidakBoleh bergerak,malah timba kecil di tangan juga aku tidak lepas, akuCuma teawang-awang mencari jalan untuk timbul.

Tiba-tiba semacam ada orang yang membantu mengelas kepala aku ke atas,Dan terus tembl bersama dengan timba di tangan yang beii air,segera akuMencapai dinding sampan, dan melonjak naik ke atas sampan.nasib baik aku tidak timbul di bawah sampan,Aku bersukur kepada Allah SWT.

SEKIAN.

Oleh;Nurimanja,

nurimanja49@gmail.com berkata...

2. ADA SUARA PEREMPUAN MENGILAI DI ATAS POKOK JAM 3 MALAM(B)

SUASANA malam yang hitam pekat memang mengerunkan,waktu itu aku kecil, pergi mengikut ayah menikam udang galah di sungai kurau. Aku cuma mengemudikan perahu dengan pengayuh pendek duduk di belakang perahu.


Sesekali burung hantu berbunyi bersahutan, ditambah pula dengan jerit pekik kera dan lotong di celah hutan bakau dan berembang di tebing sungai itu.


Terasa bulu roma aku naik tubuh pun mulai seram .Hati aku juga rasa bimbang dan takut dengan ular dan buaya, Ayah cuma gunakan lampu kabait untuk menyuluh udang galah.


Semasa aku sedang terkial-kial menolak air dengan pengayuh pendek, menyusup masuk ke dalam hutan pial, nifah, bakau dan berembang ditepi tanjung dan teluk sungai kurau itu. Aku dengar ada suara perempuan mengilai ketawa di atas pokok seberang tebing sungai disebelah kubur Masjid lama.

Sambung lagi

nurimanja49@gmail.com berkata...


Sambung lagi

Aku di belakang perahu kian cemas dan takut, bulu roma sudah lama mengeremang,akucuba beranikan diri bertanya ayah.”Siapa ketawa tu?” Ayah tidak menjawab, tiba-tiba saja ayah menyeru, ”Jangan ganggu kami, kita sama-sama hamba Allah, kami hidup hendak mencari makan.!”sambil menyuluh ke arah seberang sungai.

Setelah perahu kami jauh beridar, aku tidak dapat lagi mendengar suara hilai ketawa itu lagi.Aku terus mengayuh perahu kecil kami, ayah mengarah dengan lampu kabaitnya ketebing lain, Kami terus mencari rezeki dengan serampang, ayah terus menikam udang-udang galah.

Jika dapat sadikit kami cuma buat makan, jika banyak ayah akan jual, duitnya ayah akan beli beras garam dan gula,.itulah aku membantu ayah sewaktu kecil dahulu .

Oleh; Nurimanja, -sedutan kisah lama yang telah terdelet-

TAMAT.

nurimanja49@gmail.com berkata...

3.ORANG TUA BERPAKAIAN SERBA PUTIH SINGAH DI BALAI LINTANG MASJID(B)



SELEPAS solat insyak di masjid lama Tanjung Piandang, Aku yang tinggal di pondokTepi tali air, berdekatan dengan masjid itu, pergi mandi di kolam yang airnya sejuk itu. Setelah para jemaah telah pulang’.


Sewaktu aku menyalin kain basah, aku lihat dalam kesamaran cahaya lampu jalan yangMencurah sadikit dib alai lintang itu, di tepi pintu masjid sebelah kolam aku mandi itu,Ada seorang tua bongkok berpakaian serba putih, berjalan kakinya tidak pula berpijak ke tanah, aku menjadi hairan dan panit.


Setelah aku cuba menghampirinya, tiba-tiba saja , dia hilang, aku cari kekiling masjid,Tetapi tidak berjumpa. Aku naik seram,cepat mandi dan pulang segera ke pondokku di tepi tali air.Di dalam pondok ,hatiku masih bertanya siapakah orang tua ?

Sambungan lagi

nurimanja49@gmail.com berkata...

SELEPAS dua atau tiga hari aku bermimpi, ketika tidur di dalam pondok, tingkapnya selalu aku buka, supaya udara dan angin sejuk masuk di malam hari, Tiba-tiba aku terasaada seorang tua yang aku lihat itu, datang di tepi tingkap.pondokku.


Dia menghulur tangan, kemudian mencekek baju di dadaku, Aku terasa susah hendak bernafas,Pelahan-lahan aku mengagkat tangan sebelah kiri dan menarik kayu salak tingkap yang menongkat tingkapku.Bertendum bunyi. Penutup tingkap jatuh,Aku rasa bagai terlepas daripada cekakan orang tua itu.

Seram terasa seluruh tubuhku, Aku hidupkan pelita minyak, jam kecilku menunjukkanPukul 3.00 pagi. Berpeluh aku dalam ketakutan, sehingga pagi aku tidak dapat tidur. Dan siapa orang tua itu, sehingga kini aku tidak ketahui……?????


.Oleh; Nurimanja, -sedutan kisah lama yang telah terdelet-
TAMAT.