Sabtu, 31 Januari 2015

MENGAPA KITA MESTI TIDAK BERNAMA ?


MENGAPA KITA MESTI TIDAK BERNAMA ?

Papa dan Mama ?
benarkan lah aku dalam mengharungi hidup ini,
cuma dalam perjuangan yang sedikit memburu cita
kerana telah aku hafaz sejarah datuk nenek kita
belum ada seorang pun yang mencipta bernama
akulah yang akan memulakan merombak segala corak
yang selama ini  mencengcam dan menghalang hidup kita. 

Papa dan Mama ?
Perpisahan ini bukanlah hukuman yang paling kejam
kerana perpisahan yang paling besar pasti kita lalui
demi ke hitaman malam dan air sungai  keruh pekat
akan aku gagahi menyambung segala cita-cita terpendam
untuk se buah nama datuk nenek yang belum bernama
agar sama dengan datuk nenek orang lain yang bernama

Papa dan Mama ?
Perjalanan ini  adalah terlalu amat sangat mencabar
lahir dari darah datuk nenek kita yang belum bernama
akulah yang sepatutnya akan memulakannya dari sekarang
siapa lagi yang sepatutnya kita ingin tunggu dan harap
untuk menunggu anak cucu dan cicit piut yang belum lahir
jangan dibiarkan sehingga keturunan kita pupus di akhir zaman

Papa dan Mama ?
Hanya pengorbanan inilah yang cuma dapat aku lakukan
walau pun  menjadi pendidik kecil di daerah pendalaman
bagi membuktikan kepada keturunan anak cucu cicit kita
aku akan melakar sejarah dan menggadai usia remaja
demi bagi menghidupkan sebuah nama yang belum bernama
pada keturunan datuk nenek kita yang belum mencipta nama.

Oleh Nuri manja,
Tanjung Nipis Kuala Kurau, Perak.
8\4\80 petang hari  Gambar Cuma hiasan .

20 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...


5. SEBELUM NABI DILAHIRKAN

Waktu nabi dalam kandungannya , Aminah setiap bulan bermimpi akan kehadiran nabi-nabi sepanjang sembilan bulan. Belia mengandung nabi muhamad saw.diantaranya
1.bulan pertama nabi Adam,
2.bulan kedua nabi Idris,
3.bulan ketiga nabi Noh,
4.bulan keempat nabi Ibrahim,
5.bulan kelima nabi Ismail,
6.bulan keenam nabi Musa,
7.bulan ketujuh nabi Daud,
8.bulan kelapan nabi Sulaiman,
9.bulan sembilan nabi Issa,
Mereka mendoakan dan berkata bila engkau lahir anak ini kau namakannya Muhamad.

Sambungan lagi

nurimanja49@gmail.com berkata...

6.AMALAM SEBELUM NABI LAHIR

Ada beberapa perkara gangil telah berlaku;
- Ada cahaya turun dari langit cerahnya seperti terbakar kota Mekah

- Ada obor yang dua ribu tahun bernyala telah terpadam.

- Ada wadi atau tasek yang kering kontang selama ribuan tahun telah kembali dipenuhi air.

- Ada cahaya yang bersinar melintasi langit pada malam itu, menjadikan iblis dan Syaitan bertempiaran lari ketakutan melihatnya.


sambungan lagi.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Maaf kami tidak tahu kerana putus perhubungan sama anda pengelola sayembara puisi citra nuri blog kalian telah digodam ?

Kerana kami sering mendapati blog ini tidak berkunci , terdedah pada pengodam.

Harap maklum.

nurimanja49@gmail.com berkata...



7. SETELAH NABI LAHIR KE DUNIA

Nabi lahir pada tahun gajah, waktu pagi hari Isnin, 12 rabiul awal. malam itu penduduk kota Mekah melihat ada cahaya yang melintasi langit , kerana iblis dan Syaitan bertempiaran lari

Sebelum diberi nama, Abdul Mutatalib datuknya telah memberi nama Hisyam, lalu dibawanya mengelilingi Kaabah. sambil berkata; selawat atas engkau, cahaya hambamu. Setelah dilihat Abdul Muttalib menantunya, muka berubah kerana tidak dinamakan seperti di dalam mimpi yang diceritakannya. Malah Abdul Mutatalib sendiri ada bermimpi dia didatangi seorang tua kepadanya memberi nama Muhamad kepada cucunya. lantas dia pun bersetuju dinamakan MUHAMAD.

Bapak saudaranya Abu lahab (Abdul Aziz bin Abdul Mutalib) terlalu gembira mendapat anak saudaranya, lalu memanggil Syuwaibah untuk menyusu anak saudaranya, dan meraikannya dengan besar-besaran.

sambungan lagi.


nurimanja49@gmail.com berkata...

8. PERGERAKAN NABI MUHAMAD SEWAKTU BABY

satu hari sama dengan sebulan, masuk tiga bulan berdiri, selepas lima bulan berjalan,masuk sembilan bulan terus berlari, dan boleh bercakap dengan fetah dan fasih ,

- Nabi dilahirkan keadaan bersih.
- Telah berkhatan bersunat.
- tali pusatnya telah terpotong.
- tubuhnya kelihatan berminyak.
- matanya pula bercelak.

Kebetulan pada masa itu negeri Mekah ditimpa wabak penyakit, maka Abdul Muttalib mencari ibu susu.
Sudah menjadi kebiasaan orang Arab Quraish, melatih anak mereka hidup di kampung,kerana bahasanya lembut dan tahan susah serta berani.

sambungan lagi

nurimanja49@gmail.com berkata...



Nabi diberi susu kepada Halimatun Saadiah, waktu berumur 2 tahun, nabi cuma menyusu di sebelah kanan sahaja, susu sebelah kiri kepada Abdulah Masuud. (lihat dlam kisah & tauladan)

Waktu sedang bermain dengan saudara sesusunya, datang malaikat datang membelah dada nabi Muhamad,
mungkin dimasukan segala hikmat Waktu nabi berusia 4 tahun dia dipulang oleh ibu susunya semula, dikhuatiri malaikat datang lagi lalu diserah semula kepada datunya Abdul Muttalib.

Semasa Halimah bersama suaminya Abu hamisah menjaga nabi Muhamad hidup merekamenjadi senang, mewah, kambing menjadi beranak kembar, kebun tamar pun berbuah lebat.


sambungan lagi 9.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Sambungan Sirah Nabi Muhamad saw.

9. HALIMATUN SAADIAN IBU SUSU NABI YANG KE DUA.


Sudah menjadi tradisi bangsa Arab penduduk dari kampung datang ke bandar Mekah mengambil upah anak susu, jadi ramailah kumpulan yang pergi mengambil upah menacri anak susuan itu. Termasuklah Halimatun Saadian bersama suaminya Abu Hamsiah.

Sewaktu bertolak unta Halimatun berjalan agak lambat hingga ditinggalkan oleh rombongannya. Apabila sampai di kota Mekah , kawan-kawannya semua telah dapat anak susuan, cuma Halimah yang masih terjegah-jengah mencarinya. kerana terlewat sampai

Akhirnya kawan-kawannya memberi ada seorang anak yatim yang tinggal dengan datuknya. Engkau pergilah ambil.menjadi kebiasaan orang Arab anak yatim biasanya bayar sadikit rendah. untuk tidak menyecewakan Halimah mengambil nabi Muhamad sebagai anak susuannya.

sambung lagi

nurimanja49@gmail.com berkata...

Sewaktu dia pergi mengambil, kawan-kawannya telah berangkan pulang, tetapi dia menjadi hairan, apabila unta yang dinaikinya bersama Muhamad terlalu laju berjalan, sehingga dapat memotong semua rombongan yang telah berangkat dahulu. mereka semua tercengang melihat unta yang dinaiki Halimatun Saadiah.

Keluarga Halimatun Saadian dan suaminya juga menjadi hairan, tanaman mereka juga menjadi subur, haiwan ternakan mereka juga telah membiak dan sering beranak kembar. Nabi Muhamad cuma menyusu sebelah kanan sahaja, susu Halimahtun di sebelah kiri di susu oleh Abdullah Masuud, saudara sesusu nabi.
Pengajaran;
Jangan memandang hina pada anak-anak yatim kerana Allah yang memberi rezeki kepada mereka Saudara sesusu tidak boleh berkhawinan bila dewasa kelak, dan islam itu biasanya bersaudara. Nabi mempunyai perkara yang luar biasa, serperti mujizat, unta berjalan laju, awan memayunnya dlln.


sambungan lagi siri 10

nurimanja49@gmail.com berkata...


POTONGAN AKHBAR TEMPATAN TERLEPAS PANDANG

Masa terbaik Azmin ambil alih kepemimpinan PKR

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Sekarang adalah waktu paling sesuai untuk Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, melakukan gerakan politik bagi mengambil alih kepemimpinan parti itu daripada Presiden, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip berkata, ketiadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihukum penjara lima tahun atas kesalahan liwat kini membuka seluas peluang untuk Azmin meruntuhkan dinasti Ketua Pembangkang itu dalam PKR.

KOMENTAR:

Nampaknya habis satu cerita timbul pula cerita lain dalam perebutan kuasa dalam PKR ini , siapalah yang suka menghidupkan api dan membakar keadaan yang baru sahaja selesai tetapi masih belum selesa. Kini nak meniupkan pula bara api yang belum lagi sepenuhnya reda. Sebaiknya tunggulah keadaan yang cukup selesa. Jika beginilah cara dan gaya budaya pemimpin PR, asyik bertelagah kerja banyak yang tidak dapat dibuat utk rakyat . Pengundi anda akan lari berselerak nanti ?

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/tibai-dibubar-selepas-anwar-dipenjara-1.58655#sthash.RfpWrRq0.dpuf

nurimanja49@gmail.com berkata...


POTONGAN AKHBAR TEMPATAN TERLEPAS PANDANG

Henti pertikai, burukkan institusi kehakiman

MUAR 14 Feb. – Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pihak yang terus memfitnah, mempertikai dan memburuk-burukkan keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, terutamanya dalam media sosial kerana perbuatan itu memberi kesan kepada negara di peringkat antarabangsa.

KOMENTAR:

Sebagai rakyat yang cintakan ke amanan dan kedamaian hidup dalam sebuah negara seperti Malayasia akta hasutan perlu diutamakan jangan diberi peluang atau terlalu bertolak ansur dengan sesiapa sahaja individu yang cuba membuat huruhara dengan mencabar dan menghina mahkamah dan perundangan negara kita. Ketegasan perlu dilaksanakan supaya nilainya lebih tinggi dan dihormati.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik#sthash.UGOnprxx.dpuf

nurimanja49@gmail.com berkata...

1 Ulasan
Tutup tetingkap ini Melompat ke borang ulasan

nurimanja berkata...

BAB 7 siri 1 BUDAK PONDOK OLEH: NURIMANJA PERAK

Di Serawak aku telah diletakan di bahagian ke enam Sarikei, kawasan pendudukannya ramai keturunan Melayu Melanau, aku di tugaskan di SK Anamg Galau , Kuala Rajang, Kawasan Peleman Datuk Pertinggi Haji Abd Rahman Yaakub sebagai guru sementara tidak terlatih, lebih lima tahun aku tinggal tidak tukar di mana-mana sekolah,

Semasa cuti aku di arah berkursus di Maktab Perguruan Batu Lintang BLTC . Di Serawak aku sering sahaja sakit tetapi aku tetap teruskan tugas sebagaipendidik kecil di daerah pendalaman , dengan gaji RM 220 ringgit sebulan apa yang aku boleh buat, ramai di antara kawan-kawan aku yang belum sain kontraek , sudah meninggalkan bumi kenyalang ini, aku juga bawa sadikit wang untuk tambang balik jika ibu kata tidak sesuai.

sambungan

nurimanja49@gmail.com berkata...

Waktu aku diterbangkan dari Lapangan terbang Kucing ke Sibu aku menaik Poker. lebeh kurang ada tiga puluh orang di dalam itu, aku , Ustaz Isa , Ustaz Rosdi, Aku merasa macam cemas bila kapal terbang enjinnya berbunyi macam motobot, sesekali rasa macam hendak jatuh, aku jadi panik dan cemas, maklum lah pertama kali naik, berbeza dengan MAS.

Bila sampai ke Sibu , kami di hantar pula ke Sarikei, Di situ esoknya kami diberi taklimat oleh Pegawai Pendidikan Daerah, sebelum di hantar aku ke Kuala Rajang , Ustaz Isa ke Belawai, Ustaz Rosdi ke Selalang. Aku sendiri ke Kuala Rajang.

sambungan

nurimanja49@gmail.com berkata...

Setelah setahun dua aku di sekolah yang serba daif dan ketinggalan dari arus pembangunan, aku tetap tekatkan hati mendidik anak bangsa di pendelaman , ini amanah Allah , aku telah dipilih sepatutnya aku terima dan mendidik anak yang dahagakan ilmu keagamaan., jangan fikirkan soal gaji, jangan tanya apa yang negara berikan kepada kita, tanyalah apa yang telah kita korbankan masa dan baktikan kepada negara.

Di sinilah aku mula belajar erti kehidupan bila aku melihat , bagai mana Nek Haji Hamid membuat sampan dengan beliung, mengunakan paku dari kayu belian, bumbung rumah juga dari kayu belian di susun seperti papan kecil dan tidak pula bocor, tidak ada air paip terpaksa menum air tadahan hujan.kadangkala penuh dengan najis burung merpati.

Sambungan

nurimanja49@gmail.com berkata...

Masa-masa aku yang terluang, aku menulis di RTM Kuching Serawak, seperti puisi, cerpen dan drama radio, dapat juga duit sabun mandi kata orang, nama aku mula dikenali penduduk bila cerita yang aku tulis tersiar di akhbar tempatan dan majalah Dewan Perentes,

Dan aku juga dapat berkenalan dengan beberapa penulis Serawak yang meningkat naik, dua tiga kali aku di jemput oleh DBP cawanagn Serawak, untuk mengikuti bengkel penulisan cerita kanak-kanak dan cerpen.di samping menulis puisi.

Kalau ada masa kami sedut lagi sambungan cerita BUDAK PONDOK INI

2010 April 10 21:52

nurimanja49@gmail.com berkata...


SEGERALH DI ATAS LIMA PERKARA INI


Jika ada tetamu datang ke ruamh anda
layanilah dengan sebaik mungkin

Jika ada kematian di kampung anda
segeralah dikbumikan tanpa tangguh

jika ada anak perempuan muda anda
jangan tangguh bila sudah ada jodoh

jika berhutang bayar dengan segera
jangan bertangguh bila anda berduit

jika rasa berdosa segeralah bertaubat
jangan bertangguh dikhuatiri mati
tanpa sempat anda bertaubat...


Oleh ; Nurimanja,
sajak lagenda dalam memori 1979
sewaktu berada di batu lintang kuching.

nurimanja49@gmail.com berkata...


JANGAN MENCELA TUHAN


Jikalau engkau mengeloh
bila suatu musibah menimpa
etinya engkau telah mencela Tuahn
bila sesuatu yang menimpa akan dirimu.
Justruitu kenalah anda bersabar dan tenang.

segala musibah yang menimpa
hadapilah dengan tabah hati
Jangan engkau menjadi orang syirik
kerana engan menyandarkan sesuatu kuasa
lebih hebat daripada hak kekuasaan Allah SWT.


Oleh ; Nurimanja,
Malam hari jam 12.00
April, 2008.

nurimanja49@gmail.com berkata...



PUISI TAZKIRAH RENGKAS PAGI INI

WAHAI PEWARIS KITAB

Nabi amat bimbangi. Jika ada pewaris kitab
Telah mengikut perangai kaum terdahulu
Kerana mengikut dan menyokong kaum yang sesat
Sanggup mendahului hawa nafsu yang bertentangan
malah mereka yakin Allah akan memberi keampunan
Adakah mereka tidak takut seperti sepintas lalu
Sedangkan amaran itu bacalah dengan tepat
Bukan membaca pada laku-lakunya sahaja
Sedangkan orang yang takut pada Rambul jalil
Telah disediakan dua syurga untuk mereka
Bagi orang yang takut menerima amaran yang diberi
Mereka akan menerima balasan baik dngan surgaku

Pesan Pak ustaz.

nurimanja49@gmail.com berkata...


AKU PELAKON TANPA SKRIP
-Cuma renungan saja.

Aku pelakon tanpa skrip
punya watak dalam empat episud
berhijrah dari pentas ke pentas
mengikut arahan pengarah
bersama dua pencatatnya
yang tidak pernah aku lihat
kalian merakam segala lakonanku.
dalam pentas yang ke dua ini
akan aku cuba membawa watak
peranan seorang yang pasrah
dalam perjalanan meniti senja
buat pengarah agong
yang aku rindui ……….


Oleh: Nurimanja,
Sewaktu di Sibu, Serawak.
Catatan tanggal 21,Ogos, 1978

nurimanja49@gmail.com berkata...

BICARA SINGKAT
-pesanan rengkas

Saudara?
sudahkah kau bersedia
Menuggu satu panggilan
Yang pasti dan mesti
Pada bila masa saja.


Saudara!
Aku Cuma mengingatkan
Jika kau belum sedia
Mulakan dari sekarang
Agar kau tidak menyesal


Saudara!
Jangan kau marah
Kerana kita sesama Islam
Tidak sempurna iman, jika
tidak berpesan penuh kesabaran
dan berkasih saying akan saudaranya.


Oleh; Nurimanja,
Catatan 27 Ramadhan,1430
Dari Antologi Puisi Citararasa Gambar hiasan.

nurimanja49@gmail.com berkata...


TAZKIRAH RENGKAS PAGI INI

Air mata ketakutan kepada Allah boleh menenangkan jiwa sesaorang itu , sujudlah dahimu selalu di hujung malam hari.

Pesanan Pak Ustaz


Nak tanya sikit ?

Kami hairan kenapa ahli PKR keluar parti atau lompat kena bayar bejuta, tetapi bila disingkirkan bukan keluar tak ada bayar apa-apa sepatutnya parti kena bayar sepuluh kali ganda. Baru ada keadilanya. Ini akujanji Nampak berat sebelah ? Ada rasa semacam krang adil dengan memaksa dan ungutan.Ku fikir2 apa ini tidak zalim ka?