Khamis, 15 Januari 2015

FANTASI SEBUAH MIMPI NGERI


SEBUAH MIMPI NGERI 

Sewaktu aku berada
Dipuncak kecelaruan minda
Mati-matian aku mengagongkan
Seorang dewa bagaikan utusan tuhan.

Betapa asyik dan ghairah
Sehingga aku lupa segalanya
Malah aku akan menyergah pula
Jika ada sesiapa cuba memburukkannya.

Setelah lima tahun berkuasa
Ternyata fantasi dalam mimpi saja
Ramai pula pumuja dewa menjauhkan diri
Kini aku kembali sedar dari mimpi fantasi ngeri.

Oleh Pena Utara
Catatan buat Genarasi Y
 jam enam setengah  6 hb April 2013.Gambar hiasan

20 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...


PERHATIAN:

Kata QM kalau nak bagi lama lagi sayembara lebih hebat dan mencabar singkir 2 org dari 8 org kita ambil 6 sahaja , tanya kpd datuk sri Adnan dan Tan Sri Kwok yg bersetuju nak bagi hadiah atau sagu hati ?

En Nuri punya blog dan QM cuma buat ulasan sahaja , Okey!

nurimanja49@gmail.com berkata...

SAMBUNGAN DARI CERPEN BERSIRI
BERTAJUK; PILU HATIKU PILU
Oleh: Nurimanja.

SIRI KE 4.

¡°Mana ada duit Mak Ngah,¡±
¡°Hai orang bekerja tak ada duit?¡±
¡°Di Serawak, barangnya sekali ganda mahal, tambang kapal tebang lagi,gaji saya kecil mak Ngah¡±
¡°Dah kau selalu balik,¡±
¡°Saya balik ini, kerana ingat adik beradik,¡±

Aku tahu, Mak Ngah bukanya orang susah, menantunya guru besar,
anak cucu ramai yang bekerja makan gaji dengan kerajaan, ada yang jadi kerani, ada yang jadi askar, memang Mak Ngah tidak susah, anak cuma dua orang saja.

Tetapi perangai Mak Ngah yang kuat meminta. Ini lah yang membuat anak menantu dan cucu Mak Ngah sering jauh hati. Terasa semacam mereka tidak mampu menyara Mak ngah bagi makan minum dan beli pakaian untuk sara hidup.

Itulah yang aku sedih melihat Mak Ngah . tidak pandai menjaga nama anak menantu .

¡°Sidah! Bawa air kopi unuk Mak Ngah,¡± laung Saad Dari ruang tamu.

Sebentar kemudian Sidah anak dara lewat usia keluar dari ruang dapur
membawa secawan kopi unuk Mak Ngah Derma, kemudian Sidah meletaka dihadapannya.Sidah pun segera menghulur tangan untuk bersalam dengan Mak Ngah Derma.

¡°Hai Sidah!¡± Tegur Mak Ngah,
¡°Selamat hariraya Mak Ngah, maaf zahir batin,¡±kata Sidah agak malu-malu .
¡°Sesamalah kita,¡±
¡°Mak Ngah apa kabar?¡± Tanya Sidah.
¡°Aku baik, setakat sehari dua ini , tak adalah sakit deman, kau ini tak ada orang masuk meminang ?¡±
Tanya Mak Ngah pula.

Tersipu-sipu Sidah kerana malu.
¡°¡®Dulu aku datang nak jual tangkai pelaris cepat laku meminang, aruah mak kau tak mahu beli, bukan mahal sangat sepuluh inggit sahaja.¡±

¡°Tak mahulah bertankaitankai pula Mak Ngah,¡±
kata Sidah sayu bunyinya.

.BERSAMBUNG SIRI 5

nurimanja49@gmail.com berkata...

WARNA WARNI KEHIDUPAN MANUSIA.

Dakwah yang mampu kita lakukan sekecil-kecil dan sekemampuan kita itulah yang kita lakukan dengan sebaik mungkin dengan penuh keikhlasan dan kebenaran demi kerana agama Allah, bangsa dan negara .

Ada beberapa komentar yang kami kemukakan di itiraf oleh pemerentah;

1 Kekalkan akta hasutan dalam negeri
2 Subsidi minyak ron 95 dan 97 dihapuskan
3 BR1M dinaikkan darimasa ke masa

Orang beriman hanya minta pertolongan daripada Allah SWT dengan penuh keyakinan dan kesabaran .Malah orang yang mengaku dirinya beriman kepada Allah SWT Jangan menyakiti hati jiran, berkata dengan kata2 yg mulia dan menghormati tetamunya.

Kata Pak Ustaz

Hilal Ashraf berkata...

DICELAH KEKALUTAN

Di celah kekalutan
Ku menghitung kembali,
Siapa diriku sebenarnya….
Diciptakan tuhan sebagai hamba,
atau khalifah pentadbir dunia,
mungkin juga sebagai pembela agama
Akan ku teruskan perjalanan itu,
Semoga redha Allah mengiringiku…
Langkahku kekadang tersungkur,
Rebahku mengundang luka,
Namun kugagahkan jua…
Berpaut pada pepohon doa
Ya Allah bantulah aku…
Jangan biarkan aku terkulai layu
Tenggelam bersama bisikan palsu…

Hilal Ashraf
sajak peringatan untuk diri sendiri supaya tak termakan dengan hasutan sedara mara
Terengganu
1.1.2015

Mursyidi Awit berkata...


LANGIT SEDIH

Hari ini langit sedih,
Matahari sudah membengkak,
guruh sudah bertekak,
Lalu kilat datang bertimpa-timpa.
Aku di sini masih bingung
Penuh dingin menikam hati berdarah
bagaikan membakar diri
menjunam ke lembah neraka.

Mursyidi Awit
sajak marah ketika pulang ke kampung di sarawak dan macam2 masalah menimpa
12.1.2015

Yahya Husin berkata...

GELADANGAN DIKAKI LIMA

Biasanya orang geladangan
Rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
Tidur baringnya tak berwaktu
Orang lain membuat harta
Tapi mereka mengutipnya
Orang lain kawan terbatas
Tapi mereka kawan merata
Orang lain musuhnya kurang
mereka tiada musuh yang datang
Orang lain mati dipuja
mereka mati dikaki lima
Sejarahnya dijaja orang
Walau hidup tak seberapa

Yahya Husin
sajak utk gelandangan yg tidur dikaki lima di kuala lumpur
14.1.2015

Bayangan Illustrasi berkata...


MALAM MEMBAWA RESAH

Malam gelap samar cahaya Bulan,
Angin sayup berdesir di telinga
Mungkinkah malam ini akan hujan?
Atau cuma persinggahan angin
di setiap sudut muka bumi?
Malam terus gelap pekat,
Jika tiada cahaya di bumi ini,
Maka gelaplah serata alam maya,
Meraba mencari arah untuk dituju.
Malam dan siang ada ertinya,
1001 makna tidak dapat dirungkai
Tuhan lebih mengetahui
setiap gerakkan di Alam ini,
Malam makin dingin membawa resah

Bayangan Illustrasi
sajak tentang pengalaman bermalam disuatu tempat yg asing
2.1.2015

Datin Hasnah berkata...


RINDU ANUGERAH

rindu itu adalah anugerah Tuhan
perasaan adalah sentunan rohani
indah dikenang tapi susah dilupa
maka hargailah ia ketika dirindui
Orang rindukan kedamaian
membawa ketenangan
kebahagiaan dapat dijalinkan
agar Tuhan menyatukan perpaduan

Datin Hasnah
sajak kerinduan
5.2.2014

Quratul Aini berkata...

PERJUANGAN PAHIT

Perjuangan kebenaran adalah pahit,
Kerana syurga itu manis.
Perjuangan itu derita sengsara,
Sebab itu pusaka nabi,
Bukan pusaka Qarun dan Qisra.
Perjuangan bererti miskin,
Kerana ia tradisi rasul-rasul,
ada pengorbanan dalam perjuangan
Ada bangun setelah jatuh,
Ada jatuh terus jatuh,
Ada yang tidak mengenal jatuh,
Dalam perjuangan Jangan terkejut,
Kawan jadi lawan Lawan jadi kawan,
Keranaitu menjadi perjalanan hidup

Quratul Aini
sajak kenangan ketika dipalestin
bersama dengan rakan yg lain dlm misi menghantar bantuan tahun 2014

hero kampung berkata...

TUAN BESAR DAN KERUSI LEMBUT

aku sekadar tersenyum bangga
melihat tuan besar itu
bersandar angkuh dalam keretamewah
tersengih aku melihat
tuan besar itu mengumpul harta
kemudian tinggal disinggahsana
malangnya mereka tetap papa kedana
tiada apa membeza mereka dan aku
keranaku berkeja untuk sesuap nasi
sedangkan mereka pula
cuma bersandar di kerusi lembut
mencongak apa yang berlaku
untuk satu penggal akan datang

Hero Kampung
sajak memori ketika pernah berkeja menjadi pekebun di rumah YB di kelantan tahun 2010-2013

Datuk Sri Adnan berkata...

PEMIMPIN ITU

ada seorang pemimpin ini
walau kurang jelas kelihatan
tetapi sesekali dia akan mencuba
untuk menaikkan namanya
Walau dengan pelbagai cara..
walau Janjinya tak pernah dipegang
dia bagaikan sudah mati
hilang entah ke mana..
Sesungguhnya ada maksud
di sebalik segala tragedi menimpa
disimpan segala penipuan
Sekalipun apa yang berlaku kini
tiada kesan terhadap pemimpin ini
kita Usah biarkan ini berlaku
Ketahuilah setiap kepimpinan
harus bersandarkan tanggungjawab
Bukan hendak menghina dan mencaci,
Tetapi inilah hakikat
sebenar seorang Pemimpin itu

Datuk Sri Adnan
sajak utk ahli politik rasanya qalam tahu sy tuju kepada siapa?
Pahang
10.1.2015

Pak Akop berkata...

sajak fantasi yg agak tinggi jgk dari pena utara ni

Wak Kelana berkata...

pena utara ni sapa plak aku xpnh tgk pun mcm mana dia hantar sajak

Keris Berlian berkata...

sajak politik rasanya dri pena uatraa ni

Hilal Ashraf berkata...

fantasi ngeri? mcm sajak politik pru pun ada

Pak Ya Nyabo berkata...

mcm cerita hantu je sajak pena utara ni

Mursyidi Awit berkata...

sajak pena utara? dia ahli jgk ke atau penjaga blog?

Sarjan Hussin berkata...

mcm sajak sinis politik msa PRU13

Maira Baidura berkata...

qalam x hantar sajak dh ke sbb kali ni sajak pena utara

nurimanja49@gmail.com berkata...

Okey! KIta setuju keluar 2 orang sahaja dari 8 peserta setiap kumpulan . Makasih

Esok akan diterbitkan 8 buah puisi sayembara minggu lalu sekali 8 orang serentak . 6 org layak seterusnya dan 2 orang terpaksa terkeluar . Harap maaf .