Ahad, 4 Januari 2015

IMAM ITU YANG SEPATUTNYA DITAULADANI




IMAM  ITU YANG SEPATUTNYA DITAULADANI

Iman itulah sesatunya idola kita,
bagi para jemaah makmun mengikutinya
doanya masin dari seorang yang bertaqkua
biasanya mustajab mengharapkan keberkatan
itulah sorang imam sepatutnya menjadi tauladan
dan berbeza dengan makmun yang menjadi pengikutnya.

Imam juga sebagai ibubapak kepada kita,
orang yang tidak ada tolok bandingnya
contoh Abu Hanifah seorang iman yang mithali
ketika serbannya dicuri dia menghalalkan sahaja
walaupun si pengambil gantikan dengan serban buruk.

Imam semestinya seorang yang warak,
dan ada keistimewaannya yang tersendiri
barulah pengikuti terasa ada keyakinan diri
kerana dia membawa kearah keiklasan dan kebenaran
untuk menilai sebuah kehidupan di duniawi dan akhrawi.

Oleh; Nurimanja,
hujung senja jam sebelum maghrib.
catatan penceramah bebas muda 2hb,Julai 2010.

20 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

KISAH MUHAMAD YA RASUL LULLAH

Sempena dengan bulan maulisurrasul ini saya minta kebenaran dari ustaz-ustaz yang pernah mengajar saya dan telah mendengar akan ceramah mereka, saya telah mebuat sadikit catatan, kini benarkan saya menulisnya secara mudah difahami buat anak-anak muda terkini........

1. NABI LAHIR DIANTARA DUA PENGOBANAN

1.1. Pengorbanan Moyangnya Ismail.

Pengorbanan sebelah nenekndanya nabi Ismail anak nabi Irahim khalimullah yang diperentah menyebeleh anaknya nabi Ismail yang masih kanak-kanak, kemudian Allah memerentahkan malaikat menukar dengan saekor kibas, jika nabi Ismail mati pasti tidak ada nabi Muhamad, oleh sebab itu kita boleh mengatakan pengorbanan nabi Ismail ada deretan cerita yang berkaitan dengan kelahiran nabi Muhamad saw.

lagi sambungan

nurimanja49@gmail.com berkata...

1.2. Pengorbanan Bapanya Abdullah.

Pengorbanan bapaknya Abdullah yang dilakukan oleh datuknya Abdullah Mutalib untuk menyebeleh salah seorang anaknya yang berjumlah kesemuanya 11 orang itu, setelah nazarnya termakbul, setiap kali undian dibuat, cabutan anak panah itu jatuh kepada anak bungsu yang disayangnya Abdullah.

Sehingga orang Quraiyis marah tidak sayang anak, akhirnya di tukar dengan 11 ekor unta. jika Abdullah jadi dikorbankan, pastilah nabi Muhamad saw tidak akan lahir di dunia ini.

Apakah nazar Abdul Mutalib sehingga sangup korban atau menyebeleh anaknya Abdullah? Insyak Allah ikutilah siri seterusnya......

lagi sambungan .

Hilal Ashraf berkata...

sy lepaskan 8 sajak lagi...

Brandon Ali berkata...

TAKDIR TUHAN

terima takdir tuhan dan dewa
apa ditimpa kepada kita ada hikmah
Sabarlah tiap ujian ada pengajaran
Tenangkan hati berdiam diri
Serahkan diri kepada Tuhan besar
bila membuat dosa mintalah ampun
Tuhan suka orang meminta ampun
bertaubatlah jangan berbuat lagi
Penyayanglah kepada manusia
Takutilah Tuhan itu
kerana dia mampu menghukum kita
Menyesal dahulu ada gunanya
jika selepas tiada gunanya

Brandon Ally
Sajak tentang dewa buddha saja di batu caves hrp qalam boleh terima sajak sy walau sy berlainan agama
1.1.2015

Untie Eha berkata...

JANGAN TERTARIK

jangan tertarik pada seseorang
karena parasnya cantik
kerana itu dapat menyesatkan
Jangan tertarik kepada kekayaan
kerana ia akan dapat memusnahkan
Tertariklah kepada seseorang
yang dapat membuatmu tersenyum,
karena hanya senyum dapat membuat
hari-hari gelap menjadi cerah.

Untie Eha
sajak nasihat ini sahaja termampu nk buat nk puitis tak reti lagi
Tanjung Piandang
2.1.2015

Hilal Ashraf berkata...

JANGAN CUBA PERSOALKAN

Dalam menegakkan kebebasan,
jangan korbankan maruah yang mulia
Dalam berusaha untuk kekayaan,
jangan menyusahkan orang lain,
dalam pelajar ilmu apa sekalipun
jangan sampai tergadai maruah diri
dalam hidup sebagai hambaNya
patuhilah segala peraturan Allah
dalam tutur budi bicaramu
jangan terlalu mengikut kemahuan,
cubalah hiduplah dengan aman
tanpa cuba mempersoalkannya

Hilal Ashraf
sajak untuk buat org yg tak reti bersyukur dengan apa yang ada
Mak Mandin
7.1.2015

Adiwira Samesta berkata...

WAJAH SEORANG TUA

wajah tua itu ku pandang bisu
padanya rautnya wajahnya
tidak terlakar sekolam penat
ataupun terlukis selaut resah
yang ada hanyalah segaris keluhan
dia cuma mencoret senyuman
walaubagaimanapun aku tahu
di balik senyuman tulus itu
dia menyembunyikan duka lara
merindui kehadira
anaknya mengubat rindu

Adiwira Samesta
sajak ketika baru pulang dri rumah orang tua2 selepas melawat tok sedara di pulau pinang
6.1.2015

Quratul Aini berkata...

TAUHID DAN SYAHID

Berbesar hatilah wahai para TAUHID
Berbahagia duhai perindu SYAHID
teguh kalian semua di jalan ini
Sesungguhnya onak duri
Adalah hiasan harus dilewati
Fitnah caci makanan selalu tersaji
kematian adalah harga harus dibeli
Tetapi Ingat janji Allah itu pasti
Kalian adalah hamba pilihan,
bakal Penghias syurga
Keikhlasan dalam beramal berjihad
Keteguhanmu dalam berdakwah...
Adalah timbangan amal yang tetap
dihadapan Allah Rabbul Izzah...

Quratul Aini
sajak ketika bersama rakan ke mengunjungi negara iraq untuk menghantar bantuan makanan
1.7.2014

Tan Sri Kwok berkata...

TIDAK SANGGUP

Kebahagiaan tersedia
bagi mereka menangis,
mereka yang disakiti hati
mereka yang mencoba walau payah
Masa depan cerah selalu tergantung
pada masa lalu yang dilupakan.
tidak dapat teruskan hidup
tidak melupakan kegagalan
jangan pernah menyerah
jika masih merasa tidak sanggup

Tan Sri Kwok
sajak percubaan ini sahaja yg termampu dari saya sajak jiwa2
1.2.2015

Sagennta Kuri berkata...

SAAT-SAAT HIDUP

Ada saat-saat dalam hidup
kita sangat merindukan seseorang
ingin hati kita menjemputnya
walau dari alam mimpi
jika tak dapat bertemu alam nyata
satu kehidupan satu kesempatan
Semogaku dapatkan kebahagiaan
cukup untuk membuatku
sekadar kuat dalam pengharapan
tika pintu kebahagiaan tertutup
pintu yang lain akan buka
Tapi aku terpaku terlalu lama
pada pintu yang tertutup
Pandanglah segala dari kacamata
Apabila hal itu menyakitkan
Kata diucapkan menghancurkan
suatu tanpa meredakan ketegangan.

Sageenta Kuri
sajak kecewa
Ulu Yam
2.2.2014

Panah Angkasa berkata...

MOHON KEAMPUNAN

terasa kerdilnya insan
Disini tempatku berdiri,
terkenang yang tersurat tersirat,
Mulut berkumat kamit,
Mohon keampunan keberkatan,
Penyesalan tidak terhingga,
Dari hidup yang penuh kemungkaran,
moga Allah maha pengampun
agar setiap kesalahanku terhapus

Panah Angkasa
sajak keinsafan ketika di malam lalilatulqadar 2014 di pulau pangkor
14.7.2014

nurimanja49@gmail.com berkata...


1.3.NAZAR ABDUL MUTALIB

Nazar Abdul Mutalib jika dia dapat mencari dan mengali air di telaga zam-zam , salah seorang anaknya yang 10 orang itu akan dikorbankan.

Kaum Judzeah telah memberi kuasa kepada Abdul Mutalib menjaga Kaabah yang terletak di antara dua gereja Nailah dan Habal,tiga kali dia bermimpi, bila kaum khuraish dilanda kemarau panjang, dalam mimpi itu, ada gambaran menyatakan tempat yang perlu dicari, lihat ada sekumpulan semut putih dan saekor gagak berparuh putih bermain di sekitar itu.

Abdul Mutalib bersama salah seorang anaknya Haris, setiap hari pergi mencari dan mengali tanah disekitar yang dikira ada tanda dalam mimpinya, orang quraish tidak mahu menolong , mengangap mereka dua beranak gila buat kerja yang sia-sia, setelah beratus ribu tahun, mana ada lagi telaga zam-zam.

sambungan lagi

nurimanja49@gmail.com berkata...

Dengan izin Allah dia berjaya memperolehi telaga zam-zam itu, menjadikan hatinya cukup gembira bersama penduduk Quraish itu,seketika dia pun terkenang akan janjinya untuk menyebeleh salah seorang anak lelakinya yang 10 orang itu.

Apabila dibuat undian anak panah yang paling pendek sekali dalam sarungnya, masih juga jatuh kepada anak busunya yang bernama Abdullah.walau pun beberapa kali undian dibuatnya.

Sewaktu upacara hendak dijalankan, kaum Quraish berasa kesian mereka mencadang sangup menganti dengan 11 ekor unta sebagai cagaran mengantikan Abdullah. Abdul Mutalib pun bersetuju...


bersambungan lagi

nurimanja49@gmail.com berkata...


SAMBUNGAN CERPEN SIRI KE 2 BERTAJUK; PILU HATIKU PILU
OLEH: Nurimanja

¡°Berapa lama cuti?¡± ¡­¡­.
¡°Tak lama, seminggu saja,¡±
¡°Bagus di Serawak?¡±
¡°Sama sepeti kita disini juga¡±
Saad menjengok ke ruang dapur sambil melaung.
¡°Mahani!!! Bawalah air kopi ke sini, bagi Pak Usu.¡±
¡°Sekejap.¡± jawab mahani terpekek dari dapur.

Sejenak kemudian Mahani keluar membawa dulang berisi air kopi dan kuih muih hariraya,. lalu meletakannya diatas meja di hadapanku.

¡°Tak ada kuih Pak Usu,¡± kata Mahani sambil mengulum senyum . Dua orang anaknya yang masih kecil , seorang lelaki dan seorang perempuan, begitu comel aku lihat. Tapi sayang tidak diajar dengan kelakuan baik, Mahadi sudah naik di atas meja yang terhidang kuih, Saadiah adek Mahadi menggoncang-goncang kaki meja, air dalam cawan berkocak, aku cuma menahan meja jangan terbalik.

¡°Minum Pak Usu,¡±
Mahani memlawa aku minum, setelah dia menghulurkan secawan kopi kepadaku.. Saad memerhati dengan tersenyum. Pelahan-lahan Mahadi yang berusia emat tahun itu dalam perkiraanku, sudah mengakat pering kuih buah hulu., sebiji daripadanya telah jatuh dan tergolek di hujung kaki Saad., cepat-cepat Mahani mengambilnya, sambil merengus marah.

¡°Budak-budak ini, kalau ada kita nak jamu orang , mereka mulalah buat kacau!¡±
¡°Budak-budak ini memang pun,¡± tambah Saad pula Aku Cuma diam saja.

¡°Turunn!¡± kata Mahani, agak tinggi sadikit suaranya,.Mahadi tunduk diam. Tiba-tiba saja meraung menangis.

Aku pun hairan bila masa dia suah tercunggok di atas meja kuih. lantas Mahani melepaskan satu getu di pehanya.

¡°Ha ha, Ambil, Ambil, buah ulu tu, jangan menangis, malu pada Tok Usu tu,¡±
kata Saad memujuk Mahadi.
¡°Biasalah, Dia budak-budak, nanti besar pelahan-lahan dia berubah,¡±
kataku untuk menenangkan keadaan.. Tetapi di dalam hatiku berkata; kanak-kanak dari kecil ini Perlu diajar dengan betul, kerana ia umpama kain putih ,jika tersalah corak, maka jadi rosaklah dia.

Tiba-tiba saja ada suara menegur dari luar pintu¡­

BERSAMBUNG SIRI 3

nurimanja49@gmail.com berkata...

Brandon Ally berkata...
17.TAKDIR TUHAN (LS2)

terima takdir tuhan dan dewa
apa ditimpa kepada kita ada hikmah
Sabarlah tiap ujian ada pengajaran
Tenangkan hati berdiam diri
Serahkan diri kepada Tuhan besar
bila membuat dosa mintalah ampun
Tuhan suka orang meminta ampun
bertaubatlah jangan berbuat lagi
Penyayanglah kepada manusia
Takutilah Tuhan itu
kerana dia mampu menghukum kita
Menyesal dahulu ada gunanya
jika selepas tiada gunanya

Brandon Ally
Sajak tentang dewa buddha saja di batu caves hrp qalam boleh terima sajak sy walau sy berlainan agama 1.1.2015

SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

TAJUK: TAKDIR TUHAN

Thema Pengajaran dlm Pegangan keagamaan, Pengucapannya terlalu biasa, mudah bagi pembaca. Jika pengunaan perkataan yang tepat, lebih memberi kesan dan rasa keyakinan khalayak membaca seterusnya.terutama penganut agama budha . Mesej yang hendak disampaikan terlalu mudah untuk menangkap maksudnya walaupun dalam pengajaran agama budha?. .Apa pun anda layak seterusnya (LS2)


Oleh: Qalam Mutiara,

nurimanja49@gmail.com berkata...

Untie Eha berkata...
18.JANGAN TERTARIK (x)

jangan tertarik pada seseorang
karena parasnya cantik
kerana itu dapat menyesatkan
Jangan tertarik kepada kekayaan
kerana ia akan dapat memusnahkan
Tertariklah kepada seseorang
yang dapat membuatmu tersenyum,
karena hanya senyum dapat membuat
hari-hari gelap menjadi cerah.

Untie Eha
sajak nasihat ini sahaja termampu nk buat nk puitis tak reti lagi
Tanjung Piandang
2.1.2015/7 Januari 2015 1:57 PG

SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

TAJUK: JANGAN TERTARIK

Thema sekadar nasihat. Pengucapan lebih berbau kepada nasihat bermadah atau unganpan kata-kata hikmah. Lebih menarik jika pengunaan perkataan yang puitis lebih memberi kesan dan rasa puisinya.. Mesej nasihat hendak disampaikan terlalu mudah pembanca menangkapnya.Apa pun Untie Eha ada kemampuan menulis , kerana persaingan agak hebat kami berharap usaha lagi dan terus menulis Maaf Cuma di sini .

Oleh: Qalam Mutiara.

nurimanja49@gmail.com berkata...



Hilal Ashraf berkata...
19. JANGAN CUBA PERSOALKAN (LS1)

Dalam menegakkan kebebasan,
jangan korbankan maruah yang mulia
Dalam berusaha untuk kekayaan,
jangan menyusahkan orang lain,
dalam pelajar ilmu apa sekalipun
jangan sampai tergadai maruah diri
dalam hidup sebagai hambaNya
patuhilah segala peraturan Allah
dalam tutur budi bicaramu
jangan terlalu mengikut kemahuan,
cubalah hiduplah dengan aman
tanpa cuba mempersoalkannya

Hilal Ashraf
sajak untuk buat org yg tak reti bersyukur dengan apa yang ada
Mak Mandin
7.1.2015/7 Januari 2015 2:05 PG

SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

TAJUK: JANGAN CUBA PERSOALKAN

Thema sinis pada keadaan semasa Mesejnyta lebih berbau sinis politik dan nasihat.kpd cintakan agama Allah dan semangat patriotit pada tanah air Lebih menarik jika anda dapat mengunakan perkataan yang puitis agar memberi kesan yang mendalam rasa puisinya Apa pun harap anda terus menulis Layak seterusnya (LS1)

Oleh: Qalam Mutiara.

nurimanja49@gmail.com berkata...


Adiwira Samesta berkata...
20.WAJAH SEORANG TUA (x)(P)

wajah tua itu ku pandang bisu
padanya raut wajahnya
tidak terlakar sekolam penat
ataupun terlukis selaut resah
yang ada hanyalah segaris keluhan
dia cuma mencoret senyuman
walaubagaimanapun aku tahu
di balik senyuman tulus itu
dia menyembunyikan duka lara
merindui kehadiran
anaknya mengubat rindu

Adiwira Samesta
sajak ketika baru pulang dri rumah orang tua2 selepas melawat tok sedara di pulau pinang
6.1.2015/7 Januari 2015 2:09 PG

SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

TAJUK: WAJAH SEORANG TUA

Thema menilai kehidupan. Pengucapan bersengaja ada rasa puitisnya tetapi pengunaan kata-kata yang kurang tetap .Lebih menarik jika pengunaan perkataan yang puitis itu lebih memberi kesan dan rasa puisinya agak logik.. Mesej yang hendak disampaikan baik dan terlalu mudah pembanca menangkapnya. Apa pun ada kemampuan menulis , kerana persaingan agak terlalu hebat kami berharap usaha lagi dan terus menulis Maaf Cuma di sini
.
Oleh: Qalam Mutiara.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Untuk Perhatian!

Mereka yg dpt LS1 atau LS2 layak seterusnya dari penyingkiran , bersedia kirim sajak kedua pula.

Dan mereka yang mendapat (P) PERTIMBANGKAN dipililih semula utk layak seterusnya , juga bersedia hantar sajak kedua.

Kecuali mereka yg dpt (x)terpaksa disingkirkan . mungkin ada persaingan yg lebih hebat dalam kumpulan 4 orang daripadanya,atau mungkin ada sadikit kecacatan dlm puisinya.

Okey selamat berpuisi. usaha lagi.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Buat mereka yg sedang dipertimbangkan puisi sudah menarik tetapi ungapan kata dalam bait agak mengelirukan '

Contoh

terlakar Sekolam penat,
berkecai jadi warna,
ada juga berbentuk madah pujangga ..

dan lain2 lagi.