Khamis, 8 Januari 2015

DUNIA INI CUMA TEMPAT PERSINGAHAN



DUNIA INI CUMA TEMPAT PERSINGAHAN


Di sinilah kita singgah buat seketika
bagikan ziarah melihat bulan dan matahari
bagi menekmati suasana siang dan malam
lalu mencari mengumpul akan segala bekalan
untuk dipunggut dibawa tanpa dibebani.

Di pelabuhan ini kita cuba menanam
sebanyak mana pokok benih zikirullah
dengan mengharap pepehon yang rendang
serta dapat menekmati buah yang manis
di bawahnya kita berjalan dengan teduh.

bukankah persingahan diperlabuhan ini
tiada siapa pun kekal cuma sementara
hitunglah berapa lagi baki usiamu kini
segera mencari bekalan sebanyak mungkin
buat merengankan kemudahan timbangan nanti.

usia sebaya nabi sudah amat memadai
nilai bonos bila menjangkau usia lebihan
pastinya lebih banyak kita memungut hasil
bukan dengan percuma usia terbuang begitu
kerana cinta di pelabuhan ini tidak abadi.

Bila singgah di pelabuhan sementara ini
jangan diperhitungkan akan usia yang ada
amal memetik ibadat dan mengumpul pahala
ambillah sebanyak mungkin yang boleh dapat
agar kita tidak menyesal di hari akhirat.


Oleh; Nurimanja,
Catatan malam hari, jam delapan .
tanggal 20 June, 2014.

20 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...


PUISI MUHAMAD RASULLLAH


Ya Muhamad ibni Abdullah
Sebenarnya engkaulah Rasulullah pilihan
kau lahir ditengah kancah keruntuhan akhlak
tiada Aqidah melainkan mepertuhankan kebendaan
diketika zaman anak perempuan ditanam hidup-hidup.
Hidup cuma menyembah berhala dan bertenung nasib
Rangkus dengan wanita, arak,zina,judi dan penjualan hamba
berkasidah mengarang syaeir , pemujaan bahala
agenda utama kehidupan mereka.


telah datang lelaki pilihan
Gelaran Al Amin namanya yang diberi
Telah membawa segala rahmat sekelian alam
Dengan embawa insan beriman mengenal Allah swt
Muhamad sebagai rasul memberi sinarnya ke seluruh alam
Telah membela nasib wanita dan membebaskan hamba
daripada cengkaman pembesar Arab musuh durjana
jadilah manusia yang bertopingkan kepentingan dunia.
kini bebaslah sudah segala sangsara hamba-hamba
yang tidak berdosa terus terinanya.


Oleh ; Nurimanja,
Catatan 12 Rabiulawal 1431
Pulau Mutiara 1 Malaysia.

nurimanja49@gmail.com berkata...

2.PERISTIWA TAHUN GAJAH ; DICERITAAN SEMULA SECARA BEBAS DARI CATATAN LAMA ; OLEH NURIMANJA

2.1.KISAH RAJA ABRAHAH,

Seorang panglima perang negeri Yaman setelah berselesih faham dengan seorang panglima perang bernama Aryat. Dalam peperangan itu Aryat gugur di tangan Abrahah. Akhirnya Abrahah menjadi Gambenor Di Yaman.

Bila dia lihat kaum suku Kinanah pergi beribadat di Mekah setiap tahun mengerjakan haji, dia rasa tidak senang hati. Abrahah membuat sebuah gereja bersalut emas intan dan permata, ditaburnya bau-bauan dinamakan Gereja itu Qulais.
Tetapi sayangnya ada seorang pun yang sudi datang beribadat. Dia menjadi marah.Cuba menegah dan menyekat kaum Kinanah pergi beribadat ke Kaabah.


Satu hari ada seorang suku Kinanah masuk ke dalam gereja.Dia telah melumurkan najis ke dalam gereja itu. Bertambah-tambahlah lagi marahnya raja Abrahah , lalu dia mengutuskan seorang bernama Mohamad Kazib bagi menghalang suku Kinanah untuk pergi mengerjakan ibadat ke Kaabah,

Tetapi malangnya Mohamad Kazib itu telah dibunuh oleh suku kinanah. Bertambahlah lagi marahnya raja Abrahah terhadap penduk -penduk mekah di sekeliling laabah.

Dia bercadang hendak meruntuh Kaabah, dengan 1000 tentera bergajah dan 60.000 tentera perang bersama 10 orang panglima perang yang hebat berani mati.Abrahah mahu semua orang beribadat di Gereja Qulais.


lagi bersambung .

Brandon Ally berkata...

terima kasih qalam x sangka sajak sy layak walaupun berlainan agama qalam tidak pilih kasih dlm pemilihan... terima ksih byk qalam.... sajak sy nasihat saja x berapa pandai nk buat yg lebih lgi...

Hilal Ashraf berkata...

terima ksih ulas sajak sy tema tu mmg btol sy tuju kepada perhimpunan BEBAS tu sbb dorg la pnya psl adik sy kemalangan haram dia x tgk pun padahal si Anu tu la yg hasut adik sy join Bebas last2 muka hidung pun x nmpk msa adik sy kt hospital.. mmg lahanat si ANU tu!

Adiwira Samesta berkata...

persaingan hebat aku tersingkir la plak? sajak wajah seorang tua tu kisah benar ketika melawat atuk sedara kt rumah org tua2 dia pulau pinang thn lps tp thn ni atuk sedara sy dh meninggal.. apa2pun terima ksih xda rezeki nk pergi jauh kali ni....

Datuk Sri Adnan berkata...

bila nk mula pusingan kedua ni sbb sy dh siap sajak utk pusingan kedua ni

Pak Akop berkata...

dalam sajak pun ada cerpen jgk ke?

Brandon Ally berkata...

sapa abrahah ni en nurimanja

Quratul Aini berkata...

sapa menang sajak lagi 4 org sbb qalam terbit 4 saja

Haji Mustapa berkata...

qalam ulas sajak sorg2 ke xde pembantu? wah hebat

Jalal Rafzee berkata...

mcm cerita raja turki dgn drakula plak bru aku lps tgk wayang dgn isteri cerpen raja abrahah ni

Abang Japp berkata...

ada cerpen ke dalam sajak x perasan plak aku ingatkan sajak jer kt luar dalam pun ada

Junaidi Jumai berkata...

sapa dh menang sajak ni?

Hero Kampung berkata...

kalau yg kalah nk buat apa xleh hntr lagi ke?

Penduga Akal berkata...

sapa la agaknya menang sajak ni aku rasa qalam la.. hehehe

Rachel Tan berkata...

sajak sy xda dlm kumpulan ni mngkin dlm kumpulan akhir la kot?

Yahya Husin berkata...

cerpen ni mana episod 1?

Hamid Man berkata...

qalam je ulas sajak en nuri x ulas ke?

Pak Ya Nyabo berkata...

tak sabar plak nk tggu pertandingan sajak yg baru sbb sy dh tersingkir awal

nurimanja49@gmail.com berkata...

(P) PEMILIHAN SEMULA MEREKA YANG LAYAK SETERUSNYA.

1.Mursyidi Awit (P)
2.Abang Japp (P)
3.Hero Kampung (P)
4.Muna Baidura (P)
5.Adiwira Samesta(P)
6.Sageenta Kuri(P)
7.
8.
Lagi 2 orang tunggu ?