Sabtu, 17 Januari 2015

KISAH SELOKA IMAM AL GHAZALI RARIMULLAH


KISAH SELOKA IMAM AL GHAZALI rahimullah

Apakah satu perkara kian jauh dengan kita?
Berbagai jawapan daripada murid-muridnya benar
paling benar sekali kenangan masa lampau.

Apakah satu perkara kian dekat dengan kita?
Berbagai jawapan daripada murid-muridnya betul
paling betul sekali datang hari kematian.

Apakah satu perkara paling besar di dunia ini?
Berbagai jawapan daripa murid-muridnya tepat
paling tepat sekali rasa hawa nafsu besar. 

Seloka soal jawap imam al ghazali,
citera penuh maana dan sinis yang tajam
buat pengertian dan tatapan sebuah kehidupan.

Oleh: Tinta Azimat
Catatan Penceramah bebas
di surau.diolah secara bebas untuk renungan, 2015


20 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...


Penduga Akal berkata...
1.CAHAYA TUHAN (LS2)

Di dalam cahayamu Tuhan
Ku harap petunjukmu
Di dalam sinaran purnama
Ku mohon keampunan darimu
Moga terlerai segala dosaku
Tuhan Yang Esa udara yang kuhirup
Terasa nikmatmu yang menggunung
Tidak terhitung harga nilainya
Segala apa yang Dikau berikan
Ku harapkan pintu taubatmu terbuka
Untuk hambamu yang sering leka
Kau ampunilah segala dosaku
Moga selamat dunia dan akhiratku

Penduga Akal
sajak ketuhanan dan keinsafan
Teluk Kumbar
10.1.201511 Januari 2015 7:57 PTG

SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

TAJUK: CAHAYA TUHAN.

Thema Doa dalam keinsafan .Pengucapannya terlalu biasa, namun perelu dipuitiskan lagi, tidak seperti susunan doa bentuknya. Mesej yang hendak disampaikan doa keampunan dan harapan. Mungkin untuk selamatkan di dunia dan akhirat,. Apa pun syabas mempunyai kemampuan utk menulis sajak walaupun ada persaingan sajak yang lebih hebat. Anda diberi peluang untuk menyertai layak seterusnya. (LS2)

Oleh: Qalam Mutiara.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Brandon Ally berkata...
2.SURAU KECIL DAN KITAB INJIL (P)

ketika waktu pukul 6pagi
angin berhembus sejuk
aku melangkah longlai
saat jiwa aku masih berduka,
aku bagaikan pucuk baru,
di balik daun kuning.
aku cuba melihat kitab injil itu
ketika aku buka kitab itu
aku terdengar suara di surau kecil
di tingkapku tiba-tiba
sedih hati ni terasa hilang
bagai tiada lagi dihati
lalu aku duduk terlentang
mendengar segalanya yang dicerita
ketika selesai ia bercerita
aku terus dalam dilema
masih mahu menganut kitab injil
atau aku sudah jatuh cinta
mendengar cerita surau kecil itu?

Brandon ally
sajak ketika bermalam di rumah KAWAN tapi tak boleh tidur tiba-tiba terdengar
ada seorg bercerita dekat surau kecil depan rumah dia seronok pula mendengar kisah2 yg diceritakan
Bagan serai

SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

TAJUK: SURAU KECIL DAN KITAB INJIL

Thema pencarian mengisi kerohanian .Pengucapannya terlalu biasa, namun perlu dipuitiskan lagi, tidak seperti membaca sebuah cerita pendek. Mesej semacam dilanda keharuan di antara perbandingan utk mendapat pertunjuk pencipta alam yg sebenar lagi maha agong di dunia dan akhirat,. Suara azan dari surau atau masjid biasanya dapat memberi pertunjuk ke jalan yang leluhur dan kudus.Apa pun syabas mempunyai kemampuan utk menulis sajak walaupun ada persaingan sajak yang lebih hebat. Anda diberi peluang untuk TERPILIH menyertai seterusnya. (TP)

Oleh: Qalam Mutiara.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Junaidi Jumai berkata...
3.HAMPARAN JALANAN DURI DUKA (LS1)

Hamparan jalanan itu,
Bertebaran duri-duri duka,
Yang bisa menggamit seribu rasa,
Yang jelas terasa pahit maungnya…
Tatkala ku lewati daerah itu,
Aku tergamam harus ku tempuh jua,
Meniti jalan penuh onak derita…
Kalbuku segera mencongak rasa,
Apakah ku mampu harungi semua,
Aku tak punya ilmu cukup di dada,

Junaidi Jumai
sajak ketika hari pertama minta kerja jaga blog en nuri
1.1.201511 Januari 2015 7:59 PTG

SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

TAJUK: HAMPARAN JALANAN DURI DUKA.

Thema Tidak pula dinyatakan mungkin perjalanan hidup penulis agaknya?.Pengucapannya terasa ada sadikit kemampuan punya daya tarikkan kreatif dan puitis, Mesej yang hendak disampaikan mungkin ada kesambungan dari puisi pertama tentang perjalanan hidup dan tugas yg mencabar sedangkan hati dan jiwa terasa semacam resah kerana kurang pengalaman, walaupun apa pun syabas anda mempunyai kemampuan tersendiri utk menulis dan sedia persaingan dg sajak yg lebih hebat. Anda diberi peluang utk layak seterusnya (LS1)

Oleh: Qalam Mutiara.

nurimanja49@gmail.com berkata...

4.Hamid Man berkata...
TERSUNGKUR (TP)

aku tersungkur di satu lembah sepi
tanpa suara memerhati
tatkala itu hatiku menyahut
sanubari terusik mengukir mesra
kenikmatan tertusuk
tersemat di jiwa
ku susun atur langkah aku menyusur
kembali di jalanan yg berliku..
seringkali aku dibisik dihati
terbentang kesyahduan di jalanan
aku menepis kelam cuba berdiam diri

Hamid Man
sajak kesedihan yang melanda
pahang
1.2.201511 Januari 2015 8:01 PTG

SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

TAJUK: TERSUNGKUR.

Thema sajak kesedihan yg melanda nampaknya?.Pengucapannya ada kemampuan dan menarik punya daya kreatif dan puitis, Cuma mesej yang hendak disampaikan agak mengelirukan. menjadikan pembaca kurang berkeyakinan utk mencari maksud timbul berbagai andaian? Mungkin ada kaitan dg banjir melanda Pahang atau pun perjalanan hidup si penulis, tetapi sidikit rasa terkilan? Kenapa terus menyepi atau mendiamkan diri? Apa pun syabas anda mempunyai kemampuan utk menulis sajak walaupun ada persaingan sajak yg lebih hebat. Namun anda masih TERPILIH dicalunkan seterusnya . (TP)

Oleh: Qalam Mutiara.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Srikandi Dunia berkata...
5.KATA IBARAT KACA (x)

Andaikata kita mudah terasa...
janganlah mudah melontarkan kata..
Adakala kata umpama kaca..
sekali retak dicantum takkan sama
Jika ada tersirat luahkan disini.
hujahkan dan kongsi bersama
kerna sekali berkata pedih menanti
pasti ketenangan takkan kembali..
Aku insan lupa akan segalanya...
jika sisa sekalipun aku terlupa
kerana derita dan sengsara
tidak pernah aku luahkan
Dengan apa yang terpendam....

Srikandi Dunia
sajak nasihat
Taiping
2.2.201411 Januari 2015

SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

TAJUK: KATA IBARAT KACA

Thema puisi nasihat katanya: ?.Pengucapannya terlalu biasa ada rasa puitis tetapi irama semacam madah seloka, Malah mesej nasihat yang hendak disampaikan agak mengelirukan. dan kurang berkeyakinan ? antara kita penasihat dan aku dalam ungapan macam ada cerita sinis terpendam tidak diluahkan tetapi didiamkan sahaja? Apa pun syabas mempunyai kemampuan utk menulis walaupun ada persaingan peserta yg lebih hebat. Namun anda terpaksa berhenti di sini . Maaf usaha lagi lain kali .(x)

Oleh: Qalam Mutiara

nurimanja49@gmail.com berkata...

Abang Japp berkata...
6.PERPADUAN ATAU PERPECAHAN (LS2)

Aku lihat orang selalu
melaungkan perpaduan
selalu sahaja mengingatkan orang
jangan cetuskan perpecahan!
Tapi aku lihat engkau
seolah tidak tahu erti perpaduan
tidak faham erti perpecahan
kerana kau ajak orang berpadu
gelagat kau membawa perpecahan
cuba berslogankan persatuan,
kau berlakon di pentas kehidupan,
macam di dalam drama
Rakyat melihat ramai menilai
Nanti orang ramai kenal
siapa sebenarnya engkau
pelakon? pejuang? Atau petualang?
Berhenti sebelum kau disingkirkan

Abang Jap
sajak sindiran
Kajang
2.1.201511 Januari 2015 8:03 PT

SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

TAJUK: PERPADUAN ATAU PERPECAHAN

Thema puisi sinis dlm nasihat nampaknya: ?.Pengucapannya terlalu biasa ada rasa sinis mudah difaham, punya pengertian dan pengajaran Sebaiknya kalau boleh cari ayat2 yg lebih karyatis dan puitis Mesej tegas yang hendak disampaikan amat jelas dan terang agak berkeyakinan dan bersemangat patriotikma cinta pada keamanan kemerdekaan negara menolak pengkhianatan kerja onar dan mungkar? walaupun apa pun syabas anda mempunyai kemampuan tersendiri utk menulis dan sedia persaingan dg sajak yg lebih hebat. Anda diberi peluang utk layak seterusnya (LS2)

Oleh Qalam Mutiara.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Pak Ya Nyabo berkata...
7.DEBU MENJADI EMAS (LS1)

Kemerdekaan ibarat debu jadi emas
Di batas ada kisah sejarahnya
Demi kebebasan yang terangkul
Pada kalimat keramat yang dilaung.
Di jalan-jalan keras dan kering
kebebasan wujud hasil peluh darah pejuang
Bersama air mata rakyat tumpah
Dalam riak dendam amarah musuh
Tersimpan kukuh di generasi tua

Pak Ya Nyabo
sajak kemerdekaan
31.8.201411 Januari 2015 8:04 PT
SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

TAJUK: . DEBU MENJADI EMAS

Thema sajak tentang perjuangan kemerdekaan, Pengucapannya bersahaja tetapi menarik penuh dengan semangat patriotik , mempunyai maksudnya yang tersurat dan tersirat. Malah memberi kesan keyakinan kepada pembacanya. Mesej tentang nilai kemerdekaan sebagai seorang yang cintakan negaranya DEBU itu kepahitan hidup perjuang utk mencapai kemerdekaan kini umpama EMAS rahmah yang tidak ternilai baginya.. Justeruitu; kini kita perlu jaga kemerdekaan yang ada . Apa pun ada kemampuan untuk menulis puisi yg patriotic agar lebih puitis lagi, syabas! Dan Thaniah anda layak seterusnya (LS1)

Oleh: Qalam Mutiara. (TBK1)

nurimanja49@gmail.com berkata...



Sagennta Kuri berkata...
8 PANCARAN SINAR (x)

Cinta adalah pancaran sinar
terpantul di setiap ?
makhlok hidup dimuka bumi
ia lebih hebat dari pancaran suria
matahari menyegarkan nafas hela
ia lebih redup di atas bulan
sewaktu malam tetap merindu
hingga terkesan dalam mimpi,
tak siapa boleh
pisahkan dari hati ini

SAGEENTA KURI
sajak terkenang
Nibong Tebal
3.1.201511 Januari 2015 8:05 PTG

SAYEMBARA PUISI SAHABAT BLOG CITRA RASA NURIMANJA BUAT KITA SESAMA KITA 2015

TAJUK: PANCARAN SINAR

Thema sajak ada rasa jiwa2 Sageenta Kuri katanya cuma terkenang: ?.Pengucapannya ada rasa puitis tetapi irama semacam madah seloka, Mesej terkenang yang hendak disampaikan agak mengelirukan. Ada semacam ingin berfalasafah, kemudian terbawa dengan dunia fantasi dan mimpi pula boleh meragukan pembaca? Apa pun kami ucapkan syabas mempunyai kemampuan utk menulis walaupun ada persaingan peserta lain yang lebih hebat. Namun anda terpaksa berhenti di sini . Maaf usaha lagi lain kali .(x)

Oleh: Qalam Mutiara

nurimanja49@gmail.com berkata...

Hanya Dua puisi terkeluar atau tersingkir yang bertanda (x)

Yang bertanda (P) atau (TP) nasib baik terpilih semula dan boleh mengikuti sayembara puisi citranuri seterusnya.

Okey!

nurimanja49@gmail.com berkata...



SAMBUNGAN DARI CERPEN BERSIRI
BERTAJUK; PILU HATIKU PILU
Oleh: Nurimanja.

SIRI KE 5

itu semuanya ditakdir Ilahhi.Mungkin jodohnya belum ada. Mungkin kalau Sidah berkhawin rumah tangganya puraperanda. Mungkin dirinya belum ada persesuaian dengan seorang lelaki pun uat masa ini. Oleh bab itu dia jadi anak dara yang lewat usia.

Sidah terpaksa senyum menahan malu di muka, lalu beredar dari situ dan hilang di ruang dapur. Saad dan Mahani berpandangan sama sendiri.

Aku cepat-cepat mengubah pebualan.
¡°Abang Dan dan Syawal tak datang Saad?¡±tanyaku pada Saad.
Mereka berdua sepupu juga dengan aku dan Saad, malah anak saudara Mak Ngah juga.

¡°Hemm..Orang dah senang, anak menantu semuanya makan gaji, apa nak ingat sangat adik beradik yang duduk di kampung terpencil ini.¡± Saad macam berleteri rasa jauh hati.

Aku teringat di suatu waktu dahulu . Abang Dan (Ramdhan) memangnya orang susah,
kerja cuma jual ikan, kalau musim buah dia menjual buah-buahan pula kayuh basikal,
Dia sering singgah bermalam di rumah kami Kalau tidak sempat balik di kampung kedah, Parit Buntar.

Kalau jualannya tidak habis dia bermalam di rumah kami, kadang-kadang di tengah malam buta dia minta mak masak nasi laut garam pun jadilah. Asalkan abang Dan tidak lapar di waktu tidur nanti.

Mak pun memang sudah mengangap abang Dan semacam anaknya sendiri.

°Tahun ini pun tak datang?¡± Tanya aku lagi
¡°Dah dua kali raya, batang hidung pun tak nampak,¡± jawap Saad semacam hampa.

Aku pun berasa pilu di hati.Sebab kalau rumah Saad pun tidak datang , bereti rumah kami jauh sekali., kerana abang Syawal berkawin dengan kakak Saad yang bernama Syakyah.

Kalau dikira rumah abang Dan dan Syawal dengan kampung tmpat mpah arah mreka ini tidaklah jauh sangat.

Setengah jam naik kereta sampai, di sini lebih ramai adik beradik dan sanak saudara.
Tak kan tak boleh balik ziarah kubur Atuk Embing dan Atuk Sidiq yang membesar mereka dua beadik di waktu kecil dahulu. Tak ingat langsung dengan aruah atuk nenek.

Kadangkala aku berasa pilu hatiku pilu mengenangkan kehidupan aberadik dan audara mara kita hari ini. Adik beradik diantara sepupu pun tidak mahu menegur sapa, semacam orang asing., buat tak kenal. Kalau dulu kata ayah:.

Sepupu atau dua pupu, boleh tidur baring sampai berbulan dirumah kami ,tidak kisah, asalkan kata rumah saudara mara ada tali perhubungan. sekarang ini sampai nak berlaga batang hidung buat tak kenal saudara mara, agaknya dunia ini nak akhir zaman.

BERSAMBUNG SIRI 6

Brandon ally berkata...

sapa imam ghazali ni?

Penduga Akal berkata...

pandai imam ghazali ni buat simbolik utk anak muridnya

Deniis CHong berkata...

rupanya smua jawapan yg dijawab kebanyakan salah

Wak Kelana berkata...

masa lampau mmg jauh mmg mustahil la nk pergi balik

Junaidi Jumai berkata...

aku ingatkan lain lagi jauh rupanya masa lampau

Pak Akop berkata...

mendalam maksud al ghzali ni

Srikandi Dunia berkata...

pandai dia mengajar anak murid dia

Mursydi Awit berkata...

semua terkena apa2 pun pandai ghzali ni ajar anak murid dia

Pahlawan Terbilang berkata...

sajak simbolik sinis jgk ghazali ni

Datuk Sri Adnan berkata...

semua jawapan kita x terpikir plak?