Isnin, 28 Mei 2012

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ DENGAN SEORANG TOKOH DAN PEMANDU BAS EKSPRESS





Peritiwa Israk dan Maikraj
Satu cerita samyiat, Benar, jelas dan nyata,
Cerita perbandinganUntuk umat akhir zaman
Tetapi buat penerimaanya terasa
Semacam sepi dan berat …..

Jika seorang tokoh ulamak
Masih juga menongkah arus syariah
Menghalalkan segala kekejian
dan mengharamkan sgala keluhuran
Dimanakah letaknya  kekhusukan
Solat lima waktu sehari semalam
Jika celupar melontar petua?

Kita amat khuater
Jika seorang pemandu bas ekspress
Bekas pesara seorang tentera
Munkin boleh  bertukar pintu surga
Dengan seorang Tuk Khatib tua
Empat puluh tahun membaca berkhutebah jumaat
Pada jemaah di kampungnya
Tetapi, masih ramai jumaah  yang tertidur dan lena …


Oleh ;Nurimanja’
Catatan 25 Oktober,1999.
Bila melihat isu semasa yang melanda.



Jumaat, 25 Mei 2012

BAYANG CERMIN (5)




Sayembara puisi April tempat ke lima

bayangan cermin menemani diri
berjalan dahaga mencari air
bagi penawar rasa dahaga
mawar hitam laksana embun
menutupi diri dengan duri tajam
akhir pertanyaan suatu jawaban
walau terkadang suatu pertanyaan
keresahan yang membimbangan
diingin hanyalah suatu kenangan
hadir dengan suara ceria
muncul dengan wajah berseri
menyapa dikala dahaga menghampiri

Oleh: Pendekar Waja
sajak simboik/29 April 2012 6:34 PTG




Jumaat, 18 Mei 2012

IBU JUGA PENDIDIKKU



selamat hari ibu dan guru pendidikku.

Buat semua selamat hari ibu!
dengan rasa bangga kami berdoa semoga tuhan perkenan kehidupanmu
panjang umur dan murah rezeki baktimu dikenang hingga ke mati.

Ibu kaulah jantung hati kami
bila kau berada kami gembira bila kau bersedeh kami kecewa
jika kau tiada hati kami pun berduka cuma hanya kaulah pujaan jiwaraga.

Ibu oh ibu jasamu disanjung tinggi
tidak dapat rasa  kami membalasnya tidak dapat juga kami membayarnya
dengan wang ringgit dan  harta benda melaikan  tuhan saja dapat menilainya.

.
Oleh: Tinta Azimad
Percubaan Sajak Sempena Hari Ibu.
 Ditulisan Tarikh: 7hb, Mei, 2012. petang har