Isnin, 14 Mei 2012

MENCABAR KETETAPAN ALLAH




Ada aku  lihat
Manusia berani mecabar Ketetapan qada dan qadar
Dan mengungut Allah SWT.

Tanpa disedari
Lantas dia bekata Jika aku tidak kaya raya
Aku  tidak akan sembahyang.

Siapakah dia?
Ternyata tidak beriman Aqidahnya tidak sempurna
Haram mencabar ketetapan Allah

Amat sedih
Masih ada manusia  Kejahilan bersarang di hati
Sehingga menjadi jahilmurakap.


Oleh; Nuimanja,
Pagi Motivasi ST.Xavier, Pnang.
10hb, February,  1989/99.






30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

Apa yang saya difahamkan sewaktu en nuri mengajar di st. xavier ada seorang hamba allah muslim. dia sanggup berkata , slagi tak kaya, tak kena nmber lotteri , tak akan sembahyang. lawan tuhan nampaknya.

Ini kisah 1989 dahulu, bayangkan kalau hari ini ia masih tak kaya raya. bagaimana dengan anak cucunya,
tentu jadi jahil murakap (bessun)
turun temurun jadi jahil ...

Tinta Azimad berkata...

CERPEN SIRI 5 BERTAJUK : DENDEM GADIS IBAN OLEH : NURIMANJA SERAWAK



Ngambab mengelak dari kekalutan itu. Dia sedar Ilam lebih tua darinya. Ngambab menganggap Ilam sebagai kakaknya sendiri, tidak lebih dari itu, tetapi apabila iblis telah mengoda, hati Ngmbab menjadi cair. terasa kelelakiannya kini telah tercabar. Dia memusing tubuh, tanganya merangkul tubuh dan pingang Ilam.

Perangkap Ilam telah mengena, Ngambab tumpas di dada laut yang bergelora, perahu yang mereka naiki terdampar di pantai, mereka tidur sebagai sepasang suami isteri hingga ke pagi. Sehingga hujan turun malam tadi mereka tidak sedari bila berhenti.


Setelah lebih enam bulan dia duduk bersama Ngambab, kini Ilam mengusut-gusut perutnya yang kelihatan meninggi dan membengkak itu.Dia senyum puas, Dia tahu selama ini dia juga mendustai Sandin, bila dirasainya Sandin cuba mengelakkan diri darinya, bertujuan untuk mencari kerja di bandar. Sebenarnya dia tidak mengangdung anak Sandin, walaupun dia pernah jua bersama dengan Sandin.

Kini hati Ilam terasa puas, dendam kesumatnya telah terlaksana kepada sandin, dia ingin menunjukkan kepada masyarakat di kampungnya bahawa hatinya bukan untuk Sandin, tetapi hatinya milik Ngambab sahabat karip Sandin.Pelahan-lahan pula Ilam menepuk-nepuk dan mengusap-gusap perutnya.


- cerpen ini pernah tersiar di akbar tablor Mingguan Timur disekitar tahun 80an. maaf agak panas sadikit. , cari saja apa mesejnya?

BERSAMBUNG. ESOK

2 Mac 2010 7:23 PG

Qalam mutiara berkata...

PEMENANG KE PUSIANGAN KE DUA MEI 2012.


1.Muhamad rabbi@
2.Zain Issac –P
3.Usop Nayan@
4.Sang Aejuna-P
5.Kembara Budiman@
6.Ansyar Majid-P
7.Qalam musoffa@
8.Sufian AL Zahri-P
9. Madah pujangga@
10.Atan Yahoo-P
11.Kavin khairudin@
12.Gelora maya-P
13.Haji khali@
14.Sohibul wakdiamin-P
15.Richard sirosa @
16.Copricon-P
17.Salleh Muhidon@
18.Hamba allah-P


Setakat ini jika tamat mereka semua terpilih pusingan ke tiga.

Lagenda Pulau berkata...

PEMBULUH DARAH

bergegas seakan ingin turut
menjemput senja menjadi bias
tinggalkan aku sendiri termanggu
mencari bayang hilang dalam terang
rembulan berjanji akan datang
penat tiba-tiba menjalar
sampai kehujung pembuluh darah

Lagenda Pulau
sajak simbolik

Ungku Zubir berkata...

TANGISAN

akankah engkau akan datang
menghibur diriku yang semakin malang
mengapa kau selalu memintaku
menjawab setiap resah gundahmu
jika kau tinggalkan serta
biarkan diriku sendiri dalam tangisan

Ungku Zubir
sajak kesedihan

Pak Kassim berkata...

KUDUS DOA

kusisir malam dalam kesunyian kehampaan kelam mencoba rebah
sepi dilangit kamar
kutangkap bayang seraut wajah dulu
warnai hari bersama kasih terindah
namun masa itu kini telah pudar,
bersama berjuta kudus doaku,

Pak Kassim
sajak sedih

Pagok Lana berkata...

DIHINDARI

telah tunai bahagia abadi…
malam ini aku rindu sampai
membuat jasa sukar berdiri
hanya sebatas dalam bunga tidurku…
hanya keindahanmu kutemui
kini disebalik cinta luruh
menjadi takdir tak dapat dihindari

Pagok Lana
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

Lagenda Pulau berkata...

37.PEMBULUH DARAH (LSS)

Bergegas seakan ingin turut
menjemput senja menjadi bias
tinggalkan aku sendiri termanggu
mencari bayang hilang dalam terang
rembulan berjanji akan datang
kepenatan tiba-tiba menjalar
sampai kehujung pembuluh darah

Oleh: Lagenda Pulau
sajak simbolik/15 Mei 2012 11:00 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Lagenda Pulau lama menghilang kini kembali dengan sajaknya bertajuk: PEMBULUH DARAH Tema bersimbolik nampaknya. Pengucapannya mengelirukan tapi punya arti tersendiri. Mesejnya semacam kurang seang hati dengan janji yang tidak ditunaikan menjadikan perasaan ingin marah kerana penat menanti, Cuma andaian saja.Cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.disini, usaha lagi (TBD)-P

Qalam Mutiara berkata...

Ungku Zubir berkata...

38.TANGISAN (TBD)

Adakah engkau akan menziarahi aku?
menghibur diriku yang semakin malang
mengapakah kau selalu memintaku
menjawab setiap resah gundah gulanamu
jika kau sering meninggalkan daku
serta biarkan diriku sendiri dalam tangisan
sehingga kini belum ada kesudahannya…

Oleh: Ungku Zubir
sajak kesedihan/15 Mei 2012 11:02 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Ungku Zubir kini kembali dengan sajaknya bertajuk TANGISAN : Tema sedih sajak jiwa2 nampaknya. Pengucapannya penuh persoalan dan tanda Tanya. Mesejnya perasaan orang muda punya biasa, mengharap mimpi indah dalam kehidupan. Harap maaf kerana persaingan hebat, Cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.usaha lagi (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Pak Kassim berkata...

39.DOA KUDUSKU (LSS)

kusisir malam dalam kesunyian
kehampaan kelam mencoba rebah
sepi dilangit nampak samar
kutangkap bayang seraut wajah dulu
warnai hari bersama kasih terindah
namun masa itu kini telah pudar,
bersama berjuta doa kudusku,

Oleh: Pak Kassim
sajak sedih/15 Mei 2012 11:03 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Pak kassim kini kembali dengan sajaknya bertajuk DOA KUDUSKU : Tema sajak bersedih pula kali ini. Pengucapannya pendek dan punya arti tersendiri. Mesejnya menyentuh tentang hati seorang yang hamper melewati senja penuh doa kudusnya mengharap ketakwaan dalam meniti hari-hari terakhir kehidupan. Diberi peluang Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

Pagok Lana berkata...

40.DIHINDARI (TBD)

telah kutunai kebahagia abadi…
malam ini aku rindu sampai
membuat jasa sukar berdiri
hanya sebatas dalam bunga tidurku…
hanya keindahanmu kutemui
kini disebalik cinta luruh
menjadi takdir tak dapat dihindari

Oleh: Pagok Lana
sajak simbolik/15 Mei 2012 11:05 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Pagok Lana kini dengan sajaknya yang bertajuk: DIHINDARI Tema sajak simbolik nampaknya. Pengucapannya pendek dan perlu pembetulan Mesejnya menyentuh kisah peribadi dalam menghadapi keadaan yang mengecewakan bila cinta putus di tengah jalan.Harap maaf kerana persaingan hebat, Cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.usaha lagi (TBD)

Tinta Azimad berkata...

SELAMAT HARI GURU!


Kami warga blog Cr mengucapkan
selamat hari guru.minta halalkanlah segala ilmu yang cikgu dan ustaz
yang mengajar kami selama ini, sehingga kami pandai membaca dan menulis. Amin.


Semoga cikgu2 panjang umur murah rezeki dan sering menerima durian runtuh..... Amin!

Qalam Mutiara.

Tinta Azimad berkata...

Dua bulan lebih monitor qalam rosak
bagi dekat kedai easy try dekat dua bulan lebih, tak siap. bila tanya katanya barang tak dapat cari lagi. Yang rosak cuma api tidak sampai, wahal signal macam sangkut itu sahaja.

Bila dia ambil balik bayar rm10 diut perkhidmatan. monitor tak boleh pakai atau tak boleh reper.

Bila bawa dekat bukit jambul. dua hari saja siap. kena rm150. budak china itu kata " barang dalam banyak hilang siapa buka? Sekarang gua sudah ganti baru, encik datang ambil, selupa baru" .... Qalam pun terkejut.

Inilah kerja kedai orang melayu kita, bukan semua,tapi segelinter, sedih mengaku agama islam ada juga perangai macam ini? boleh orang percaya jadi tak percaya . Ini merupakan kali kedua terkena tipu. Dulu gang budak kelantan PC Qalam orang curi kipas ganti yang lama konon tak boleh repair...

Ingatlah melayuku, nanti anda akan bankgrap dan muflis diakhirat.jika anda ambil barang orang dengan cuba menipu mencuri cara tidak sah di dunia...

Dam Catur berkata...

nampak sgt dia nak kencing la tu smpai 2 bulan monitor repair? aku pun tahu repair monitor x smpai sehari boleh siap.....

Saudagar Emas berkata...

smpai 2 bulan? kedai area mana tu tinta?

Kembara Budiman berkata...

monitor ni jaga2 org suka curi spare part dlm aku thu la sbb aku punya kwn buat kerja mcm tu tinta

Abang berkata...

monitor repair smpai 2 bulan??? nampak sgt dia xthu psl pc sbb org repair slalunya 3 hari saja

Jalal Rafzee berkata...

dia nak buat harta la tu smpai 2 bulan dia peram

Hadi hamzah berkata...

easy try?? kt telok kumbar ke?? sbb setahu aku ada nama easy try kt tempat aku ni slalu jgk aku lepak main game kt sana sebulan sekali

Atan Yahoo berkata...

org mana tu tinta? gila ke bangang dia tu smpai 2 bulan dia simpan

Doktor Hasmawi berkata...

kedai melayu mmg mcm tu aku dlu hntr radio smpai setahun dia simpan bila tanya kata x jmpa barang? akhir sekali trus dia lesap mcm tu je

Sarah berkata...

org mlyu paham2 la kalau barang x hilang mmg x sah la

Megat Iskandar berkata...

kedai computer yang melayu pnya baik jgn pi mmg dia kencing kuat kt mana2 pun sama

Geletek Malam berkata...

smpai 2 bulan nampak nk menipu tu

Mozaire berkata...

kedai easy try??? telok kumbar ke qalam? kalau kedai tu kuat kencing aku dh byk kwn aku dh kena bila hantar ambik balik msti ada barang hilang...

Jalil Janggut berkata...

easy try mana yang dimaksudkan qalam? klu telok kumbar pnya kedai sah kena tipu bulat2 dia bukan tahu apa2 smua dia repair atas angin saja..

Pak Kassim berkata...

easy try telok kumbar ke? kedai tu melingkup buang la snang sy dlu hntr pc nak repair bila ambik semula tgk2 ada barang hilang bila tanya dia buat2 lupa plak?

Salina berkata...

kedai melayu kalau dorg ambik barang utk di repair selalunya bukan dorg yg buat

Ustaz rahman berkata...

kedai tu selalu upah org lain yang buat mereka slalu ambil barang yg rosak saja repair dorg upah org lain

Harimau Berantai berkata...

kedai easy try ke? masih wujud lagi bila la nak bangkrap hahahha