Sabtu, 5 Mei 2012

MAHKAMAH AKHIRAT



 

Di hari akhirat
mereka yang taksup, mengikut ketua yang diikuti
pada kefahaman agama dibawanya akan dipersoalkan.

Semuanya itu
akan dibangkitkan, kecuali satu sahaja diterima
mereka berpegangan dengan sunah dan qalam Allah.

Soal ibadah,
Allah menegaskan tidak ada berkompormi lagi
hanya keikhlasan menyembah Allah yang esa.

Allah brkata
Aku ini Tuhan kamu Tidak ada putar belit lagi
Setiap  kerja ibadat kamu adalah dalam ketetapanku.


Oleh: Nurimanbja, 2000.
Jangan trlalu mudah terpengaruh,
dengan selogan ikut kepahamanku masuk Syurga.
 


30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

Sajak bertajuk MAHKAMAH AKHIRAT Satu persoalan mudah ditangkap maksudnya, apa pun punya arti dan maknanya yang tersendiri,
harap buat pihak pengikut tertentu dapat menangkap dan menilai apa yang dikatakan kerajaan mungkar ? Sedangkan kita pula hebat bersekongkol dengan puak yang mencabar penubuhan negara Islam. Fikirkanlah, jangan biarkan agenda merosakan aqidah
bermaharajalela.

Qalam Mutiara.

Tinta Azimad berkata...

CERPEN SIRI 1 BERTAJUK : DENDEM GADIS IBAN OLEH : NURIMANJA SERAWAK


HATI Ilam kini telah puas, dendam kesumatnya selama ini telah terbalas, biar Sandin rasa penderitaanya pula, asalkan hati Ilam puas.Ilam sememangnya tidak mahu memelih jalan ini, Apa tah lagi untuk menyusahkan kekasihnya, tetapi hati yang dendam tidak mahu
lagi memikirkan soal itu, apa yang mahu diisi dalam hatinya ialah rasa kepuasan. justeruitu dia melakukan semua ini.

Ilam melihat perutnya yang sudah membusut tinggi itu, kain sarung yang dipakainya tertolak hingga ke bawah pusat, dia menelentang, matanya sayu memandang siling.

:Sudah puas aku mencarikau selama ini Sandin, rupa-rupanya kau lelaki yang tidak bolehdipercayai, kau telah menodai cinta dan janji
kita selama ini."


Masih terbayang diruang mata Ilam,bagaimana Sandin menghinanya di tengah khalayak ramai, dan pura-pura tidak mengenalinya,
"Sadiin ! Aku Ilam ini Sandin, Ilam kekasihmu, sekian lama aku mencarimu Sandin, kenapa kau melupai aku?" Ilam cuba menerkam untuk memeluknya, tetapi Sandin menolak,Ilam jatuh tersungkur di tepi kaki lima di sebuah kedai di tengah bandar Sarikei yang sebuk itu.

"Perempuan gila! Aku tidak pernah mengenalimu!." Begitu kata Sandin, lalu masuk ke dalam kereta dan meninggalkannya. Ilam masih
terasa di waktu itu, malu, marah dan bencinya Ilam kepada Sandin bukan kepalang, Bandar Sarikei yang angkuh itu bagai tidak mahu menerima kehadirannya, berpuluh biji mata manusia melemparkan pandangan semacam menghina dan mengejeknya,

Ilam masih teringat lagi pemandangannya menjadi kabur, entah kenapa air mata kasih keluar berjujuran, dadanya menjadi sebak, lidahnya menjadi kelu untuk berkata, dia bangun sebagai seorang musapir yang lemah, lalu pergi membawa malu yang menebal
di mukanya.

Ilam mengusuk-gusuk perutnya dengan jari dan tapak tangannya, di bawah lampu minyak yang meliuk lintuk itu, suasana menjadi
kelihatan muram, dan kelam seperti hatinya jua. Seja, peristiwa itulah hati Ilam bertambah sakit, dendemnya bagai meruap-ruap kepada Sandin.Dia tidak akan meninggalkan rumah sewa kecil di tanah haram di pinggir bandar Sarikei ini, selagi dendamnya tidakterbalas, begitu janji Ilam pada dirinya.

Ilam tahu dia cuma gadis kampung yang berasal dari rumah panjang kampung Jakar,dia tidak bersekolah tinggi, tidak ada kerja yang layak untuknya hidup di bandar ini. Walaupun pada tujuan asalnya dia berhijerah ke bandar ini untuk mencari Sandin, tetapi semuanya ini tidak berarti lagi.

Namun kenangan manisnya bersama Sandin di waktu di kampung dahulu masih bermain dilipatan hatinya, walau pun dia tahu Sandin telah merampas dunia kegadisannya pada malam Gawai di rumah panjang Jakar, tetapi kini Sandin orang yang paling dibenci di muka bumi ini.

"Aku pergi Ilam, demi untuk mencari pekerjaan di bandar Sarikei. Bila aku di sana nanti, aku akan menghubungi kamu, janganlah kau bimbang dan bersedih Ilam,"

Begitulah pengakuan Sandin kepadanya, sebelum dia pergi meninggalkan kampung mereka yang tercinta.

"San! Anak dalam kandungan ini aku tidak gugurkan, bila kau dapat kerja nanti, kita akan khawin San, aku tertap menunggumu,"

Pertemuan terakhir itu berlaku di belakang rumah panjang, di waktu penghuni rumah panjang sedang asyik dibuai mimpi-mimpi indah di hujung malam. Begitu berat sekali dia hendak melepaskan pelukan Sandin dalam perpisahan itu, seolah-olah perpisahan itu tidak mahu mempertemukan lagi mereka kembali.

Memang benar dugaan Ilam, selepas enam bulan sandin pergi tiada sepucut surat pun yang pernah diterimanya, jauh sekali untuk mendengar khabar berita, hati ilam rasa tercabar dan dipermainkan.

BERSAMBUNG LAGI.

Qalam Mutiara berkata...

Guest berkata...

1.TANPA PURNAMA (TBD)

Semenjak aku mengetahui
hatiku galau tiada terkata.
menyelimuti rasa kebekuan
kita akhirnya dipertemukan.
bahwa dalam dirimu aku membayang?
tanpa pernah rasa setiap kerinduan
entah berapa kali tanpa purnama

Oleh: Guest
sajak sedih/4 Mei 2012 10:17 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Guist dengan sajak bertajuk: TANPA PURNAMA. Tema sedih katanya. Pengucapannya berbau jiwa2 .Mesejnya menyentuh kisah orang muda punya biasa, jika sehari tidak berumpa bagaikan berbulan rasanya, amat menyedihkan bila si dia pula berpaling tadah.dapat jejaka yang bergaya dan berharta.Harap maaf kerana persaingan hebat, Cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.usaha lagi (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Muhamad Rabbi berkata...

2.KITA ADALAH SAMA (LSS)

Mengapa tiada sahutan terdengar?
adakah lagi kuasa yang lebih besar
membungkam hingga tiada berkata-kata
disana kita adalah terlalu berbeza,
namun disini kita adalah setara sama

Oleh: Muhamad Rabbi
sajak sinis/4 Mei 2012 10:19 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Muhamad Rabbi dengan sajak bertajuk: KITA ADALAH SAMA. Tema sinis kehidupan Pengucapannya bersimbolik nampaknya. Mesejnya samacam menyentuh isu semasa kita hidup di dunia ini berbeza meskin kaya, tetapi diakhirat adalah sama nilainya baik buruk akan dihitung semuanya. Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

Zain Issac berkata...

3.TERIAKAN MEMANGGIL (TBD)-P

Teriakanmu dari jauh memanggil
menggigilkan cuping telingaku.
Sesaat mendengar terdiam
tapi tak berdaya sesekali
teriakan menggema udara
Ada gemuruh ketika pagi datang
menjanjikan harapan demi harapan.
Sesak nafasku tertindih oleh sejuta keragu-raguan,

Oleh: Zain Issac
sajak msiteri/4 Mei 2012 10:22 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Zain Issac dengan sajak bertajuk: TERIAKAN MEMANGGIL. Tema misteri kehidupan Pengucapannya mengelirukan semacam dibawah sedar. Mesejnya terasa semacam ada gangguan Misteri dalam kehidup anda nampaknya ,mungkin satu penyakit yang sedang anda alami berubat saja cara tradisinol Harap maaf kerana persaingan hebat, Cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.usaha lagi (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Nabil Quldi berkata...

4.BERKEDIP (TBD)

Meski senyum tawa menyelinap
tanpa mengetuk pintu hati.
kini menjadi harapan hidupku
laksana kilat dipelupuk mata
Seperti senja menyentuh bias
menjadikan mataku tak mampu
walau hanya untuk satu berkedip…..

Oleh: Nabil Quldi
sajak ketika dlm mamai/4 Mei 2012 10:24 PTG


SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Nabil Quldi dengan sajaknya bertajuk:BERKETIP. Tema sajak mamai katanya. Pengucapannya agak mengelirukan .Mesejnya terasa semacam orang yang dalam kekeliruan. dan gagal untuk bercerita.Harap maaf kerana persaingan hebat, Cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.usaha lagi (TBD)

Mozaire berkata...

TAK ADA DIHIDUPKU

kini aku bisa mengikuti hati
Seharusnya kau kini siap.
Melupakan dan meninggalkanmu.
Selamat tinggal engkau yang menunggu
sampai jumpa engkau
seharusnya tak ada di hidupku.

Mozaire
sajak sedih

Muhamad Akmal berkata...

TULANGKU INI

Tiap kali rindu menghinggap benak walau habis suara ini menjerit,
tekak kering berkerak.
Aku tahu engkau hanya sebuah mimpi
Walau tak bisa kuukir indah namammu
aku akan terus menanti
biarpun terbujur tulangku ini,
karena inilah keindahan rinduku
walau mungkin tak dapat dirasakan

Muhamad Akmal
sajak jiwa2

Usop Nayan berkata...

CEPAT

Terlalu cepat sungguh aku tersilau
oleh sinar yang diberikan
Hingga semua tertutup
tak nampak oleh nyata.
Aku tenggelam dalam lautan mimpi.
tak pernah jadi realiti.
Bayangan membawaku terbang khayal.
Dunia memaksaku menepis
setiap kesadaran sangat jelas

Usop Nayan
sajak simbolik

Sang Arjuna berkata...

KEPANASAN

angin berhembus lembut
membelai tiap helai dedaun…
menggugurkan dedaun dan ranting terhempas kering seperti matahari
bersinar memberi kehangatan…
lalu hangus diladang jiwa….
yang bergerak terus mengalir
tanpa lelah dalam kepanasan

Sang Arjuna
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

Mozaire berkata...

5.TAK ADA DIHIDUPKU (TBD)

kini aku bisa mengikuti hati
Seharusnya kau kini siap.
Melupakan dan meninggalkanmu.
Selamat tinggal engkau yang menunggu
sampai jumpa engkau
seharusnya tak ada di hidupku.

Oleh: Mozaire
sajak sedih/5 Mei 2012 9:26 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Mozaire dengan sajaknya bertajuk: TAK ADA DIHIDUPKU Tema sedih katanya. Pengucapannya penuh jiwa2 .Mesejnya menyentuh kisah orang muda punya biasa, mungkin disebabkan keadaan tertentu hati menjadi sedih dan memaksa hati menjadi tawar untuk mendekati pasangan agaknya..Harap maaf kerana persaingan hebat, Cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.usaha lagi (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Muhamad Akmal berkata...

6.TULANGKU INI (TBD)

Tiap kali rindu menghinggap benak
walau habis suara ini menjerit,
tekak kering berkerak.
Aku tahu engkau hanya sebuah mimpi
Walau tak bisa kuukir indah namammu
aku akan terus menanti
biarpun terbujur tulangku ini,
karena inilah keindahan rinduku
walau mungkin tak dapat dirasakan

Oleh: Muhamad Akmal
sajak jiwa2/5 Mei 2012 9:32 PTG



SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Muhamad Akmal dengan sajaknya bertajuk: TULANGKU INI Tema jiwa2 nampaknya. Pengucapannya ternyata penuh jiwa2 .Mesejnya menyentuh kisah orang muda punya biasa, Agaknya kisah cinta pandang pertama telah mengoda hati dan jiwa lantas menjadi rindu bayangan.Harap maaf kerana persaingan hebat, Cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.usaha lagi (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Usop Nayan berkata...

TERPERANGKAP DISILAU KEPALUAN (LSS)

Terlalu mudah sungguh aku tersilau
oleh sinar fatamorgana yang diberikan
Hingga mata hatiku semuanya tertutup
tidak ternampak oleh kenyataan.sebenar
Aku bagaikan tenggelam dalam lautan mimpi.
asyik dengan sesuatu tidak pernah menjadi realiti.
Bayangan khayalan membawaku terbang jauh
dan terperangkap di dunia penuh kepalsuan
Kini hati memaksaku menepis segala kepuran
kerana setiap kenyataan kini kesadaran sangat jelas

Oleh: Usop Nayan

sajak simbolik/5 Mei 2012 9:33 PTG


SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Usop Nayan dengan sajak bertajuk: CEPAT atau Mudah ditukar tajuk seperti di atas.Tema simbolik berbau politik nampaknya. Pengucapannya terpaksa diperbetulkan sadikit agar lebih menyakinkan.Mesejnya samacam menyentuh isu semasa tanah air terlalu mudah terperangkap dengan janji kosong sehingga kita lupa nilai realiti sebenarnya semuanya. Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

Sang Arjuna berkata...

KEPANASAN (TBD)-P

angin berhembus lembut
membelai tiap helai dedaun…
menggugurkan dedaun
dan ranting terhempas kering
seperti matahari
bersinar memberi kehangatan…
lalu hangus diladang jiwa….
yang bergerak terus mengalir
tanpa lelah dalam kepanasan

Oleh: Sang Arjuna
sajak simbolik/5 Mei 2012 9:36 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra.Sang Arjuna hadir kini dengan sajaknya bertajuk KEPANASAN: Tema simbolik politik nampaknya. Pengucapannya sadikit mengelirukan mungkin ada sinis tetapi kurang jelas Mesejnya samacam menyentuh isu semasa tanah air semacam masih ragu dan mencari nilai sebenar terhadap sesuatu pihak nampaknya. Harap maaf kerana persaingan hebat, Cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.usaha lagi (TBD)-P

Kembara Budiman berkata...

SEPOTONG RASA

Ceritakan padaku pedihnya
sebuah kehilangan
terbang diatas awan senja
menyiksakan ngilu menikam didada, derap waktu bergegas dapat
bening embun dan tulus cintaku.
sebuah pengorbanan membakar
habis segenap rasamu
meninggalkan sepotong lara mengendap didasar kalbu,

Kembara Budiman
sajak simbolik

Asyar Mujid berkata...

TERLERAI

kubuatkan rumah diatas awan biru
dipuncak pelangi akan kubangun
dari setiap desir angin rindu,
khayalan merangkai impian bersama
senantiasa percaya kebahagiaan
kita adalah terlerai…

Asyar Mujid
sajak simbolik

Saudagar Emas berkata...

LANGIt MENDUNG

bait terdengar bersayup
laksana kegelisahanku terobati
larut oleh hening yang indah.
Cahaya masih memantul kecerahan
angin mengecup tirai kaca jendela
Langit disaput mendung meninggalkan
bara yang terbiak tak beraturan

Saudagar Emas
sajak simbolik

Pak Bostamam berkata...

KU BAWA LANGKAH

harus kubawa langkah jika
jalan didepanku luruh dalam gelap
meninggalkan dibatas cinta muram,
namun rintik hujan tiada jua turun,
perasaanku bertempur dalam hati,
segugus rasa harapan
kini dalam palung terdalam.
Hati kian hampa telah jauh pergi

Pak Bostamam
sajak kecewa

Atan Yahoo berkata...

cerpen psl org iban plak ke?

Penyair Agung berkata...

cerpen sani buta xda ke

Jalil janggut berkata...

dendam gadis iban?? cerpen pembunuhan ke

Saizul Maizav berkata...

eh! cerpen yang dia risau lps tu trus jd burung ada x?

Anjang Aki berkata...

dendam gadis iban cerpen apa ni?

Saudagar Emas berkata...

pmpuan iban tu bunuh org ke

Guru Yahya berkata...

cerita psl balas dendam plak nampaknya

Apek Liew berkata...

celita pengkalan batu takla ke en nuli?

Pak Kassim berkata...

mcm pnh baca sajak cerpen ni tp xpa la baca semula

Tetamu Malam berkata...

mcm best jgk cerpen gadis iban ni

Simsalabin berkata...

cerpen pembunuhanan ke ni?

Mozaire berkata...

cerpen psl hantu xda ke