Isnin, 7 Mei 2012

PERJALANAN MENCARI BINTANG (2)





Sayembara puisi April tempat ke dua

dengarkanlah bisik kerinduan ini
berlagu mencari ketetapan
kemana harus kutambatkan dermaga
sebelum habis kikisannya
perjalanan jantung ini sunyi
berdetak berlari kehilangan arah
kemana sebaiknya kubilas debu
yang melekat disanubari
pencarian panjang tanpa sedar
menghabiskan sisa perjalanan
dalam perjalanan mencari sebutir bintang

Oleh: Nasruq Haqq
sajak tentang kehidupan/29 April 2012 6:37 PTG



30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

PUSINGAN AKHIR

Sdra.Nasruq Haqq Thahniah! kini berjaya melangkah kepusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk PERJALANAN MENCARI BINTANG Tema sajaknya tentang kehidupan nampaknya. Pengucapannya bersahaja dan punya artinya tersendiri, Mesejnya semacam menerima satu anugerah Agung yang diterima dari Tuhan dengan terjawapnya apa yang dicari selama ini. Anda layak untuk sayembara puisi April 2012 tempat yang ke dua.(2) (HP)

Oleh Qalam Mutiara.

Tinta Azimad berkata...

CERPEN SIRI 2 BERTAJUK : DENDAM GADIS IBAN OLEH : NURIMANJA SERAWAK




Ilam tahu dia cuma gadis pendalaman yang berasal dari rumah panjang kampung Jakar, dia tidak bersekolah tinggi, tidak ada kerja yang layak untuknya hidup di bandar ini. Walaupun pada tujuan asalnya dia berhijerah ke bandar ini untuk mencari Sandin, tetapi semuanya ini tidak berarti lagi.

Namun kenangan manisnya bersama Sandin di waktu di kampung dahulu masih bermain dilipatan hatinya, walau pun dia tahu Sandin telah merampas dunia kegadisannya pada malam Gawai di rumah panjang Jakar, tetapi kini Sandin orang yang paling dibenci di muka bumi ini.

"Aku pergi Ilam, demi untuk mencari pekerjaan di bandar Sarikei. Bila aku di sana nanti, aku akan menghubungimu, janganlah kau bimbang dan bersedih Ilam," Begitulah pengakuan Sandin kepadanya, sebelum dia pergi meninggalkan kampung mereka yang tercinta.

"San! Anak dalam kandungan ini aku tidak gugurkan, bila kau dapat kerja nanti, kita akan khawin San, aku tertap menunggumu,"

Pertemuan terakhir itu berlaku di belakang rumah panjang, di waktu penghuni rumah panjang sedang asyik dibuai mimpi-mimpi indah di hujung malam. Begitu berat sekali dia hendak melepaskan pelukan Sandin dalam perpisahan itu, seolah-olah perpisahan itu tidak mahu mempertemukan lagi mereka kembali.

Memang benar dugaan Ilam, selepas enam bulan sandin pergi tiada sepucut surat pun yang pernah diterimanya, jauh sekali untuk mendengar khabar berita, hati ilam rasa tercabar dan dipermainkan.


BERSAMBUNG.

Qalam Mutiara berkata...

Kembara Budiman berkata...

9.SEPOTONG RASA (LSS)

Ceritakan padaku pedihnya
sebuah kehilangan
terbang diatas awan senja
menyiksakan ngilu menikam didada,
derap waktu bergegas cepat
bening embun se tulus cintaku.
sebuah pengorbanan membakar
habis segenap rasa cintamu
meninggalkan sepotong lara
menginap didasar kalbuku,
yang kini parah terluka ….

Oleh: Kembara Budiman
sajak simbolik/7 Mei 2012 1:17 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Kembara Budiman dengan sajak bertajuk: SEPOTONG.RASA Tema simbolik nampaknya. Pengucapannya terpaksa diperbetulkan sadikit agar lebih menyakinkan.Mesejnya samacam menyentuh tengan jiwa2 dimana setiap pengobanan yang dilakukan tidak dinilai dan dipanang sepi ,ini menjadikan sepotong rasa pada hati yang terluka diberi peluang Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

Asyar Mujid berkata...

10.TERLERAI (TBD) -P

kubuatkan rumah diatas awan biru
dipuncak pelangi akan kubangun
dari setiap desir angin rindu,
khayalan merangkai impian bersama
senantiasa percaya kebahagiaan
kita adalah terlerai…

oleh: Asyar Mujid
sajak simbolik/7 Mei 2012 1:21 PG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Asyar Majid dengan sajaknya bertajuk: TERLERAI Tema macam jiwa2 juga nampaknya. Pengucapannya ternyata penuh jiwa2 .Mesejnya kisah orang muda punya biasa melayani perasaan cinta yang begitu tinggi ttapi ternyata tidak kesampain bila bertepuk sebelah tangan. Harap maaf kerana persaingan hebat, Cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.usaha lagi (TBD)-P

Qalam Mutiara berkata...

Saudagar Emas berkata...

11.LANGIT MENDUNG (TBD)

bait terdengar bersayup
laksana kegelisahanku terobati
larut oleh hening yang indah.
Cahaya masih memantul kecerahan
angin mengecup tirai kaca jendela
Langit disaput mendung meninggalkan
bara yang terbiak tak beraturan

Oleh: Saudagar Emas
sajak simbolik/7 Mei 2012 1:25 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra.Saudagar Emas kini dengan sajaknya bertajuk LANGIT MENDUNG : Tema simbolik nampaknya. Pengucapannya sadikit mengelirukan kurang jelas Mesejnya samacam menyentuh soal peribadi nampaknya. Harap maaf kerana persaingan hebat, Cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.usaha lagi (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Pak Bostamam berkata...

12.KU BAWA LANGKAH (TBD)

Harus kubawa langkah jika
jalan didepanku luruh dalam gelap
meninggalkan dibatas cinta muram,
namun rintik hujan tiada jua turun,
perasaanku bertempur dalam hati,
segugus rasa harapan
kini dalam palung terdalam.
Hati kian hampa telah jauh pergi

Oleh: Pak Bostamam
sajak kecewa/7 Mei 2012 1:26 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Pak Bostaman dengan sajak lama agaknya bertajuk: KUBAWA LANGKAH Tema terasa jiwa2 juga nampaknya. Pengucapannya ternyata penuh jiwa2 .Mesejnya menyentuh kisah semasa muda dahulu, Agaknya membawa diri bila rasa kecewa cinta yang putus di tengah jalan.Harap maaf kerana persaingan hebat, Cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.usaha lagi (TBD)

Qalam Musoffa berkata...

GUMPALAN RINDUKU

Ketika senja turun
dibukit tak berpenghuni,
musim hujan membasuh bumi
kemarau akan datang sesudahnya.
kering disepanjang hari
bersemi diantara dua
dari gumpalan rinduku

Qalam Musoffa
sajak tentang peribadi

Saizul Maizav berkata...

KUBANG

Berjauhan raga disaat ini,
terpisahkan oleh luas samudra
tak lelah membias biru…
jauh menyisir padan
mencari penawar dahaga
langkahku terantuk kedalam
kubang yang kugali sendiri…
ketika letih peluh kesat dikening
meninggalkan perit tiada terperi

Saizul Maizav
sajak tentang keinsafan

Pak Hussin berkata...

TERSELIT DIANTARANYA

melintas dalam benak khayal
fajar merekah mengulum harapan
menyerbuk manik kasih
melakar akhirnya salju asmara…
sendu menyirat sunyi bertadah
menyulam bait terselip diantaranya

Pak Hussin
sajak sedih

Sufian AL Zahri berkata...

BERSEMANYAP

terlelap dalam pembaringan
hangat bertahta mimpi indah…
ku harungi malam tanpa dengkur
kutitip disetiap hela nafas
tentang rindu menderu
moga tersampai rasa yang bersemayam

Sufian AL Zahri
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

Qalam Musoffa berkata...

13.GUMPALAN RINDUKU (LSS)

Ketika senja turun
dibukit tidak berpenghuni,
musim hujan membasuh bumi
kemarau akan datang sesudahnya.
aku pun turut merasai kekeringan
gagal megharap disepanjang usia
sebuah cinta bersemi diantara kita
dari gumpalan rinduku dan rindumu
kini kian tenat kering dan gersang

Oleh: Qalam Musoffa
sajak tentang peribadi/8 Mei 2012 12:31 PG


SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Qalam Musoffa dengan sajak peribadinya bertajuk: GUMPALAN RINDUKU Tema terasa bersimbolik sadikit nampaknya. Pengucapannya terpaksa ada sadikit perbetulan agar lebih menyakinkan.Mesejnya samacam menyentuh tentang perasaan dimana setiap harapan sukar untuk dicapai terutama mencari jodoh yang sering terhalang disebabkan sesuatu keadaan. Diberi peluang Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

Qalam mutiara berkata...

Saizul Maizav berkata...

14.LUBANG (TBD)

Berjauhan raga disaat ini,
terpisahkan oleh luas samudra
tak lelah membias biru…
jauh menyisir padan
mencari penawar dahaga
langkahku terantuk kedalam
lubang yang kugali sendiri…
ketika letih peluh kesat dikening
meninggalkan perit tiada terperi

Oleh: Saizul Maizav
sajak tentang keinsafan/8 Mei 2012 12:33 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Saizul maizav dengan sajaknya bertajuk: LUBANG Tema keinsafan nampaknya. Pengucapannya ternyata penuh rasa kensafan .Mesejnya kisah orang muda punya biasa melayani perasaan darah muda bila sudah berpisah , terasa pula keperekkan perpisahan, biasanya anak-anak menjadi mangsa. Harap maaf kerana persaingan hebat, Cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.usaha lagi (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Pak Hussin berkata...

15.TERSELIT DIANTARANYA (TBD)

melintas dalam benak khayal
fajar merekah mengulum harapan
menyerbuk manik kasih
melakar akhirnya salju asmara…
sendu menyirat sunyi bertadah
menyulam bait terselip diantaranya

Oleh: Pak Hussin
sajak sedih/8 Mei 2012 12:35 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Pak Hussin dengan sajak lama agaknya bertajuk: TERSELIT DIANTARANYA Tema terasa sedih pula nampaknya. Pengucapannya ternyata penuh rasa jiwa2 .Mesejnya menyentuh kisah sedih membawa diri bila rasa kecewa kerana cinta trsepit tidak berkesudahan.Harap maaf kerana persaingan hebat, Cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.usaha lagi (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Sufian AL Zahri berkata...

16. BERSEMANYAM (TBD)-P

terlelap dalam pembaringan
hangat bertahta diulek mimpi indah…
ku harungi malam tanpa dengkur
dan kutitip disetiap hela nafas
pada kisah tentang rindu menderu
semoga tersemai rasa yang bersemayam

Oleh: Sufian AL Zahri
sajak simbolik/8 Mei 2012 12:37 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Sufian AL Zahri kini dengan sajaknya bertajuk BERSEMAYAM: Tema simbolik nampaknya. Pengucapannya punya puitis dan arti tersendiri Mesejnya samacam menyentuh soal peribadi seakan sama dengan sajak saizul maizav LUBANG nampaknya. Harap maaf kerana persaingan hebat, Cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.usaha lagi (TBD)-P

Simsalabin berkata...

DEMI

demi cinta dan pejuangan
seperti itulah kiranya
cinta ini bergerak mengalir
menyala tanpa rasa lelah
terpaksa dengan dasar tujuan
mulia hanya untuk menggapai indah

Simsalabin
sajak simbolik

Madah Pujangga berkata...

MEMBELIT

satu kata tiba-tiba
melintas dibenak fikiranku
semakin tak fahami jati
diantara tekanan kehampaan
membelit hari sepi namun
ada satu nama terpahat dalam hati…
ragu tak henti mendesak,
bimbang mengoyahkan penaku…
andai saja langit tak hanya biru…
bisakah senja berwarna ungu…

Madah Pujangga
sajak simbolik sinis

Atan Yahoo berkata...

SEPARUH MALAM

fajar tak akan pernah berganti
kenapa bisa meredam rindu ini…..
rasa ini membau dalam hati
sunyi bersaing melawan
kepingan noktah masa lalu…
merentas pada senyap
menyeluruh diseparuh malam,
akankah ada sebias cahaya datang

Atan Yahoo
sajak sedih

Nuri Jaguh berkata...

TERUMBANG AMBING

kuingin mampu merubah galau hati
menjadi kedamaian rasaku mendayung
melintasi gelap terombang-ambing terdampar aku disamudra tak bertepi,
tak dapat lagi hasrat hati
mencapai puncak getaran cinta seja

Nuri Jaguh
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

Simsalabin berkata...

17.DEMI (TBD)

demi cinta dan pejuangan
seperti itulah kiranya
cinta ini bergerak mengalir
menyala tanpa rasa lelah
terpaksa dengan dasar tujuan
mulia hanya untuk menggapai indah

Oleh: Simsalabin
sajak simbolik/9 Mei 2012 2:50 PG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Simsalabin dengan sajaknya yang bertajuk: DEMI Tema sajak simbolik nampaknya. Pengucapannya ternyata penuh rasa jiwa2 .Mesejnya menyentuh kisah perjuangan diri bersama secebis hati yang masih rapuh .kecewa kerana cinta tersepit diantara keduanya..Harap maaf kerana persaingan hebat, Cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.usaha lagi (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Madah Pujangga berkata...

18.MEMBELIT SEPI (LSS)

satu kata tiba-tiba
melintas dibenak fikiranku
semakin tak fahami hati
diantara tekanan dan kehampaan
semuanya membelit hari sepi
namun ada satu nama terpahat dalam hati…
ragu tak henti mendesak,
bimbang mengoyahkan penaku…
andai saja langit tak hanya biru…
bisakah senja berwarna ungu…

Oleh: Madah Pujangga
sajak simbolik sinis/9 Mei 2012 2:52 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Madah pujangga dengan sajak peribadinya bertajuk: MEMBELIT SEPI Tema terasa bersimbolik sinis nampaknya. Pengucapannya terpaksa ada sadikit perbetulan agar lebih menyakinkan.Mesejnya samacam ada kekeliuan pada perasaan dimana setiap harapan hati sukar untuk dicapai disebabkan sesuatu keadaan. Diberi peluang Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

Atan Yahoo berkata...

19.SEPARUH MALAM (TBD)-P

fajar tak akan pernah berganti
kenapa bisa meredam rindu ini…..
rasa ini membau dalam hati
sunyi bersaing melawan
kepingan noktah masa lalu…
merentas pada senyap
menyeluruh diseparuh malam,
akankah ada sebias cahaya datang

Oleh: Atan Yahoo
sajak sedih/9 Mei 2012 2:54 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Atan Yahoo kini dengan sajaknya bertajuk SEPARUH MALAM: Tema sajaknya sedih nampaknya. Pengucapannya punya puitis dan arti tersendiri Mesejnya samacam menyentuh soal peribadi seakan jiwa2 juga bila mengenangkan keadaan di malam hari.. Harap maaf kerana persaingan hebat, Cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.usaha lagi (TBD)-P

Qalam Mutiara berkata...

Nuri Jaguh berkata...

20.TERUMBANG AMBING (TBD)

aku ingin mampu merubah galau hati
menjadi kedamaian rasaku mendayung
melintasi ruang gelap terombang-ambing
terdampar aku disamudra tak bertepi,
tidak terdaya lagi rasanya hasrat hati
untuk mencapai puncak getaran cinta sejati

Oleh; Nuri Jaguh
sajak simbolik/9 Mei 2012 2:57 PG


SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Nuri Jaguh kini dengan sajaknya yang bertajuk: TERUMBANG AMBIL Tema sajak simbolik nampaknya. Pengucapannya ternyata penuh rasa jiwa2 tetapi bermasalah .Mesejnya menyentuh kisah peribadi bersama kwemelut kehidupan.sehariannya Harap maaf kerana persaingan hebat, Cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.usaha lagi (TBD)

Pak Kassim berkata...

cis! ada anak haram rupaya ilam ni

Kembara Budiman berkata...

aik! blum kwin dh anak dalam kandungan

Zainal Arifin berkata...

anak luar nikah ilam ni kandung

Qalam Musoffa berkata...

kwin la dlu ni nk tnggu dpt keja sah sandin cari pmpuan lain

Ali COnan berkata...

sempat lagi kata lps dpt keja baru kwin rosak2 ilam ni

Abang berkata...

kisah benar ke ni?

Sarah berkata...

ada anak luar nikah ke ilam ni

Penglipur Lara berkata...

sambung lagi mcm menarik plak kisah ni