Jumaat, 18 Mei 2012

IBU JUGA PENDIDIKKU



selamat hari ibu dan guru pendidikku.

Buat semua selamat hari ibu!
dengan rasa bangga kami berdoa semoga tuhan perkenan kehidupanmu
panjang umur dan murah rezeki baktimu dikenang hingga ke mati.

Ibu kaulah jantung hati kami
bila kau berada kami gembira bila kau bersedeh kami kecewa
jika kau tiada hati kami pun berduka cuma hanya kaulah pujaan jiwaraga.

Ibu oh ibu jasamu disanjung tinggi
tidak dapat rasa  kami membalasnya tidak dapat juga kami membayarnya
dengan wang ringgit dan  harta benda melaikan  tuhan saja dapat menilainya.

.
Oleh: Tinta Azimad
Percubaan Sajak Sempena Hari Ibu.
 Ditulisan Tarikh: 7hb, Mei, 2012. petang har




30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

Sajak menyentuh tentang hari ibu yang baru lepas sepatutnya
Sajak hari guru atau pendidik, apa pun sama saja ibu kita guru pertama kita di rumah yang mengajar dan mendidik perkara asas dalam kehiupan. Kalau tak ada mak bapa mungkin orang lain mengajarnya. Selamat hari ibu dan selamat hari pendidik "Ibu kaulah
syurga bagiku"

Ulasan Qalam Mutiara

Tinta Azimad berkata...

CERPEN SIRI AKHIR BERTAJUK : DENDEM GADIS IBAN OLEH : NURIMANJA SERAWAK

Bila api dibesarkan, cahaya lampu minyak menerkam ke muka, mata Ilam tertumpu pada muka lelaki itu.

"Kau... Sandin!!"
"Ilammm!"
"Jahanammmmm!! Keluar kau dari sini!!" Ilam memekek seperti kanak-kanak geram dan marah.Giginya berlaga di anatara atas dengan yang bawah. Mata Sandin terbeliak, mengapa Ilam berada di rumah ini.

"Te tolong Ilam , aku inginkan perlindungan," seperti minta dikasihani, dengan suara yang tergugup-gugup kerana takut pada pihak yang berkuasa, dan malu pula kepada kekasihnya yang pernah ditipunya dahulu.

Ilam terasa keangkohan Sandin padanya dahulu perlu dibalas. Inilah jalan untuk membalas dendam kesumatnya selama ini, Ilam diam seketika, matanya tajam merenung, sambil berjalan mara kehadapan Sandin. Ilam menurunkan ikatan kainnya hingga ke bawah pusat. Perutnya yang membusut dan dadanya yang mengembang itu menjelaskan lagi bentuknya kelihatan di depan mata Sandin.

"Kau lihat ini!" kata Ilam sambil merenung tajam dan sinis.
"kau telah mengandung Ilam?" Terbeliak ke dua biji mata Sandin, penuh keharuan dalam kepalanya.
"Iya! Aku telah mengandung, lihat ini." Sambil memusing-musing tapak tangannya diatas perut yang sedang membengkak besar itu.
"Siapa yang mengandungkan kau?"
"Ngambab, teman karip kau dulu." Ilam menjawab tenang, seperti mengejek kepada Sandin,
"Bila kau khawin?"
"Sebenarnya kami tidak khawin, cuma sekedudukkan,"
"Jahanammmmmmmm!!!" Sandin segera melepaskan tumbukkan di dinding pondok yang usang itu, bergegar hingga keluar.

Sandin terasa hendak melompat mahu menerkam ke arah Ilam, dan kedua tangan Sandin terdepa, jari jemari tangannya yang keras dan kasar itu mengarawang untuk mencekek tengkuk Ilam. Tetapi belum pun sempat Sandin bertindak.

"Buka pintu ini , kaml Polis!"
Ada suara keras memerentah dari kuar, langkah Sandin terhenti. Ilam segera meluru ke pintu dan membukanya. Beberapa orang pihak polis menyerbu masuk,Sandin segera dibawa pergi dengan kedua belah tangannya tergari.

"Dia seorang pengedar dadah yang kami cari selama ini. Terima kasih di atas kerjasama cik puan itu," kata salah seorang daripada anggota pegawai polis itu. Ilam cuma menganggukkan kepalanya tanpa berkata sepatah kata. Pintu rumahknya ditutup. Dia kembali ke bilik tidur,hatinya rasa puas, dendam kesumatnya selama ini telah pun terbalas.

S E L E S A I .

4 Mac 2010 6:00 PG

Tinta Azimad berkata...

PEMENANG KE PUSIANGAN KE DUA MEI 2012.



1.Muhamad rabbi@
2.Zain Issac –P
3.Usop Nayan@
4.Sang Aejuna-P
5.Kembara Budiman@
6.Ansyar Majid-P
7.Qalam musoffa@
8.Sufian AL Zahri-P
9. Madah pujangga@
10. Atan Yahoo-P
11. Kavin khairudin@
12. Gelora maya-P
13. Haji khali@
14. Sohibul wakdiamin-P
15. Richard sirosa @
16. Copricon-P
17. Salleh Muhidon@
18. Hamba allah-P
19. Pak Kassim@
20. L agenda Pulau-P
21. Paloi Atang@
22. Salikin Samsudin-P
23. Geletek malam@
24. Haji hamdan-P

Usop Nayan berkata...

SALAM RINDUKU PADAMU

cahaya menyala yang meredup…
menerangi jalan gelap dan sunyi…
angin malam yang membelenggu dingin
kekosongan jiwa yang hampa,
merasuk dalam dunia mimpi
terbias harapan tanpa batas
sejenak kutadah tangan
memohon apakah esok sang mentari
sudi menghantarkan
salam rinduku kepadaMU

Usop Nayan
sajak ketuhanan

Pak Kassim berkata...

DINDING SANUBARI

hujan membawa butiran air
mengingatkan aku pada cinta….
saat mengisi ruang hati dan jiwaku
tak pernah bisa kutepiskan
walau sedetik bayangan
hadir dibenak fikiran
memberi warna terindah dalam hidup
memberi kesejukan kala gundah
mengukir kenangan manis
didinding sanubariku

Pak Kassim
sajak simbolik

Qalam Musoffa berkata...

JAMBATAN BAHAGIA

mungkin takdir telah ditetapkan
namun berusaha memberikan terbaik
tak pernah ada rasa bosan
terus menunggu waktu memberi restu
wujudkan disini senantiasa kusulam
doa dalam jaga dan lelapku
semoga penantian ini
segera sampai kemuara
menjadi jembatan kita
mengecapi bahagia sesungguhnya

Qalam Musoffa
sajak peribadi kerana hujung bulan ini sy akan berkwin rupanya ayah ustazah hamidah hanya menakutkan sy saja padahal dia hanya bergurau

Haji Hamdan berkata...

KEGELAPAN

sendiri kutepis rasa sepi dihati
meski perihnya masih menghantui
namun tetap kucoba tegar berdiri,
karena kini kutemui sang hati
hadirnya telah cukup memberi erti
meski dihujung jalan kegelapan

Haji Hamdan
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

Usop Nayan berkata...

49.SALAM RINDUKU PADAMU (LSS)-P1

sinar cahaya yang meredup…
menerangi jalan gelap dan sunyi…
angin malam yang membelenggu dingin
menjadikan kekosongan jiwa yang hampa,
hati merasuk merasuk dalam dunia mimpi
terbias segala harapan tanpa batasannya
sejenak kutadah tangan di malam sepi
memohon apakah esok sang mentari
masih sudi menghantarkan sekalong doa
Dan sejambak keampunan parahku kepadaMU

Oleh; Usop Nayan
sajak ketuhanan/23 Mei 2012 12:23 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KE DUA (FINAL)

Sdra. Usop Nayan kini masuk ke separuh akhir dengan sajaknya bertajuk SAlAM RINDUKU PADAMU.Tema sajak ketuhanan nampaknya kali ini.Pengucapannya bersahaja dan punya arti tersendiri.Mesejnya menyentuh tentang pasrah diri kepadanya dalm hidup didunia yang belum berakhir ini. ( sebaiknya kepada Allah tiak perlu lagi memberi salam , sebab Allah itu sendiri sudah memberi kepada kita kesejahteraan .Diberi peluang Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

Pak Kassim berkata...

50.DINDING SANUBARI (TBD)

hujan membawa butiran air
mengingatkan aku pada cinta….
saat mengisi ruang hati dan jiwaku
tak pernah bisa kutepiskan
walau sedetik bayangan
hadir dibenak fikiran
memberi warna terindah dalam hidup
memberi kesejukan kala gundah
mengukir kenangan manis
didinding sanubariku

Oleh: Pak Kassim
sajak simbolik/23 Mei 2012 12:26 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KE DUA (FINAL)

Pak Kassim kini masuk ke pusingan separuh akhir dengan sajaknya bertajuk DINDING SANUBARI Tema simbolik nampaknya. Pengucapannya bersahaja punya arti tersendiri. Mesejnya semacam mengingati kisah lama yang sukar dilupakan ehingga terpahat di hati sanubari. Cuma andaian saja..Harap maaf cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.disini, usaha lagi (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Qalam Musoffa berkata...

51.JAMBATAN BAHAGIA (LSS)-P2

Mungkin takdir telah ditetapkan
namun berusaha memberikan terbaik
tak pernah ada rasa bosan
terus menunggu waktu memberi restu
wujudkan disini senantiasa kusulam
doa dalam jaga dan lelapku
semoga penantian ini
segera sampai kemuara
menjadi jembatan kita
mengecapi bahagia sesungguhnya

Oleh; Qalam Musoffa
sajak peribadi kerana hujung bulan ini sy akan berkwin rupanya ayah ustazah hamidah hanya menakutkan sy saja padahal dia hanya bergurau/23 Mei 2012 12:28 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KE DUA (FINAL)

Sdra. Qalam Musoffa kini masuk ke separuh akhir dengan sajaknya bertajukjAMBATAN BAHAGIA .Tema sajak peribadi atau bertemu jodoh nampaknya.Pengucapannya bersahaja dan punya arti tersendiri.Mesejnya bakal menjadi seorang suami dan pasrah dengan ketentuan Allah.hidup mati, jodoh pertemuan di tangan allah swt. Thaniah!! Semoga anda berdua bahagia Amin..Diberi peluang Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

Haji Hamdan berkata...

52.KEGELAPAN (TBD)

sendiri kutepis rasa sepi dihati
meski perihnya masih menghantui
namun tetap kucoba tegar berdiri,
karena kini kutemui sang hati
hadirnya telah cukup memberi erti
meski pun perit dihujung jalan kegelapan

Haji Hamdan
sajak simbolik/23 Mei 2012 12:28 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KE DUA (FINAL)

Pak Haji Hamdan kini berjaya juga masuk ke pusingan separuh akhir dengan sajaknya bertajuk KEGELAPAN Tema simbolik nampaknya. Pengucapannya pendek bersahaja punya arti tersendiri.Mesejnya semacam menghadapi keperitan dan kekalutan dalam menilai arti kehidupan yang masih diselubungi jalan kegelapan. Cuma andaian saja..Harap maaf cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.disini, usaha lagi (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Pusiangan akhir atau FINAL mungkin kita ambail 12 orang.

jika boleh lepaskan 6 sajak
satu hari, kita pilih 4 sajak
dan dua sajak lagi akan terkeluar

Dua hari 12 sajak . terkeluar 4 sajak. tinggal 8 sajak saja yang menang.

apa pun terpulang kepada penganjur daTUK HASBI jika nak bagi 12 orang hadiah. (beri n'set saja)

Salleh Muhamadon berkata...

Salleh Muhamadon berkata...

NAFAS ANGIN

nafas angin tertambat
menyentuh pucuk rumput berembun
tumpah terderai lirih
tanpa suara singgah ke telinga
langit biru mengambang
awan putih tertunda
derak kabus tipis tertumpah
setengah terbawa angin ke atas

Salleh Muhamadon
sajak simbolik

Kembara Budiman berkata...

TANDUS

Sepi belum beranjak jauh
menghamba cahaya hangat
Sungguh pagi masih sepi,
menunggu terbuka hangat mentari
menerangi bumi yang tandus ini

Kembara Budiman
sajak simbolik

Paloi atang berkata...

ONAK DURI

Jauh anganku mengembara
mencari sesuatu yang kudamba
menuai mahligai bahagia,
hanya satu cinta segala kejujuran
mampukah aku tuk bertahan sendiri
inilah kenyataan harus
aku alami dan tempuhi
hidup ini penuh dugaan

Paloi atang
sajak cinta

Haji Khali berkata...

GARIS TAKDIR

garis takdir tak dapat kulepas
saat mencoba berlari menuju
hujung senja yang merona
masihkah ada harapan ataukesempatan
walau aku terjatuh haruskah
kuterus menanti impian tak pasti…?
hingga waktu lewat begitu saja….
seiring embun menghias dedaun
semoga kutemukan titik harapan
walau perihnya luka ini
sungguh tak bisa aku tempuhi

Haji Khali
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

53.Salleh Muhamadon berkata...

NAFAS ANGIN

nafas angin tertambat
menyentuh pucuk rumput berembun
tumpah terderai lirih
tanpa suara singgah ke telinga
langit biru mengambang
awan putih tertunda
derak kabus tipis tertumpah
setengah terbawa angin ke atas

Oleh: Salleh Muhamadon
sajak simbolik/25 Mei 2012 1:16 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KE DUA (FINAL)

Sdra.Salleh Muhamadon kini berjaya juga masuk ke pusingan separuh akhir dengan sajaknya bertajuk NAFAS ANGIN Tema simbolik nampaknya. Pengucapannya menarik pendek simbolik pada alam Mesejnya agak kecewa dan mengelirukan gagal kami untuk menangkap maksudnya. Untuk diterjemahkan kepada pembaca. Adakah sajak ini realiti atau fantasi? Tiada andaian Harap maaf cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.disini, usaha lagi (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Kembara Budiman berkata...

54.BUMI TANDUS

Sepi belum beranjak jauh
menghamba cahaya hangat
Sungguh pagi masih sepi,
menunggu terbuka hangat mentari
menerangi bumi yang tandus ini

Oleh: Kembara Budiman
sajak simbolik/25 Mei 2012 1:18 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KE DUA (FINAL)

Sdra. Kembara Budiman kini berjaya juga masuk ke pusingan separuh akhir dengan sajaknya bertajuk TANDUS sepatutnya BUMI TANDUS Tema simbolik nampaknya. Pengucapannya menarik tetapi pendek. Mesejnya semacam mencari arti kehidupan yang masih belum menentu mengharapsinar di bumi tandus.Cuma andaian saja..Harap maaf cuma disini penyertaan anda terpaksa berhenti.disini, usaha lagi (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Paloi atang berkata...

55.ONAK DURI YANG KULALUI (LSS)-@

Jauh anganku mengembara
mencari sesuatu yang kudamba
menuai mahligai bahagia,
hanya sebuah cinta penuh kejujuran
mampukah aku untuk bertahan sendiri
inilah kenyataan yang harus kulalui
telah lama aku alami dan tempuhi
hidup ini penuh dengan cubaan dan dugaan .

Oleh: Paloi Atang
sajak cinta/25 Mei 2012 1:20 PG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KE DUA (FINAL)

Sdra. Paloi Atang kini berjaya masuk ke separuh akhir dengan sajaknya bertajuk: ONAK DURI YANG KU LALUI .Tema sajak peribadi atau mencari teman nampaknya.Pengucapannya bersahaja dan punya arti tersendiri.Mesejnya semacm sedang bergelut dengan sebuah harapan yang tak kunjung tiba. Belum ada ketentuan allah lagi. Semoga berikhtiar dan beroa Amin..Diberi peluang Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

Haji Khali berkata...

56.GARIS TAKDIR YANG KU HADAPI (LSS)-@

garis takdir tak dapat kulepas
saat mencoba berlari menuju
hujung senja yang merona
masihkah ada harapan atau kesempatan
walau aku terjatuh haruskah
kuterus menanti impian tak pasti…?
hingga waktu lewat begitu saja….
seiring embun menghias dedaun
semoga kutemukan titik harapan
walau perihnya luka ini
sungguh tak bisa aku tempuhi

Oleh: Haji Khali
sajak simbolik/25 Mei 2012 1:22 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KE DUA (FINAL)

Sdra. Haji Khali kini masuk ke separuh akhir dengan sajaknya bertajukjGARIS TAKDIR YANG KULALUI.Tema sajak simbolik pada peribadi nampaknya.Pengucapannya bersahaja dan punya arti tersendiri.Mesejnya pasrah dengan ketentuan Allah.hidup dan matikita dalam usia menuti senja., Diberi peluang Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

Raja Muda berkata...

habis mcm tu je ke?

Ku Dania berkata...

pengedar dadah rupanya

Zainal Arifin berkata...

aik! hbis mcm tu je ngambab mana?

Nahul Hidzar berkata...

ngambab pun pengedar ke

En Sanusi berkata...

kisah benar ke en nuri

Abang berkata...

org islam ke ilam ni?

Gelora Maya berkata...

xkan dh hbis x smbung lagi ke

Panglipur Lara berkata...

aik? senang je habis cerpen ni

Penyair Agung berkata...

x sangka sandin jahat orgnya

Pagok Lana berkata...

rasanya ngambab pun pengedar ni