Ahad, 25 Februari 2018

KETIKA ANGIN PETANG MENYAPA MUKA


perjalan.jpg


KETIKA ANGIN PETANG MENYAPA MUKA

Sesekali deruan angin petang
amat terasa ketika menyapa muka
Lalu hati pun teringat pada kekasih pujaan
Jiwa pula dipagut resah kian terharu jadinya.

Ketika kerinduan melanda jiwa
Perasaan tidak dapat lagi dibendung
lambang cinta bagaikan bergayut di mana-mana
hati pun lantas bertasbih kerinduan berbisik pula.

Kaukah itu yang tersenyum ?
Melambai tangan di awan nan biru
Ingin ku lukis lambang cinta di awan biru
Namun apakan daya tanganku tidak tercapai melakukannya.


Oleh: Pena Utara.
Catatan 24 Ogos 2015

Jam lima setengah petang .

KUALA KANGSAR DAN SUNGAI BESAR






simpati.jpg



KUALA KANGSAR DAN SUNGAI BESAR  

PERAK
Kuala Kangsar P067
Kehilangan Yb mu perlu diganti
Daripada warga pengundi Kuala Kangsar
Pilihlah wakil yang tidak mungkir dengan janjinya
Bukan datang berkempen pedagang janji  kosong sahaja.
Pilih dengan matang nilai akhlak dan keperibadiannya yang sebenar ?

SELANGOR
Sungai Besar P093
Kehilangan Yb mu perlu diganti
Daripada warga pengundi Sugai Besar
Pilihlah wakil yang tidak mungkir dengan janjinya
Bukan datang berkempen pedagang janji kosong sahaja
Pilih dengan matang nilai akhlak dan keperibadiannya yang sebenar ?

PERAK dan SELANGOR
Kuala Kangsar Sungai Besar
Pilihlah  2Yb yang hidup sederhana
Ikhlas bertugas demi untuk rakyat jelata
Bukanlah bekerja kerana emas itan dan permata
Sebagai wakil rakyat Yb mesti ingat kerusi yang dia dapat
Hasil pengundi kawasan yang datang membuat pilihan mencalun YB ?

Oleh: Pensel Kontot
Catatan jam 7.00 pagi
Hari Jumaat  27hb Mei 2016

TIDAK PERLU JADI PENGIKUT SETIA


duduk.jpg

TIDAK PERLU JADI PENGIKUT SETIA

Mengapa kita biarkan minda dicelarukan
Oleh orang tertentu yang kita tahu mabuk kuasa
Cuba kita berfikir dengan hati terbuka dan jiwa yang tenang
Atau pun keluarkan diri daripada kelumpuk kita pro atau kontra
Dan fikir dengan semasak-masaknya di mana kita dan kenapa jadi pengikut?

Jika dulu kita boleh terima sebab kecewa
Bila jawatan tertinggi yang diidamkan tidak dapat
Di sebab kan kecewa maka seorang itu boleh buat kacau bilau
Dengan menghasut dan mengajak rerakannya merebut kekuasaan
Maka berlakulah ke tidak ketentuan dan wujud kumpulan A dan kumpulan B?

Kini kita pun agak pelik dan menghairankan
Bila orang  tertentu yang buat kacau berkedudukan
Malah telah pun berkuasa di tempat kedudukan tertinggi
Mengapa mesti ada kebencian dan kecewa lagi setelah bersara
Sesekali kita fikir kebodohan pada kita yang setia menjadi pengikut mereka ?

Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 7.25 pagi

Tanggal Khamis 19hb Mei 2016.

JANGAN TERJEBAK KERJA ONAR DAN MUNGKAR


lakonan.jpg


JANGAN TERJEBAK KERJA ONAK DAN MUNGKAR  

Hari ini terlalu banyak
Cerita- cerita tidak sepatutnya berlaku
Menjadi semacam satu budaya bangsa pula
Terutama gemar melakukan kerja onak dan mungkar.


Budaya ini telah tenat
Malah berlakunya secara bersiri pula
Entah apa pula yang mereka ini perjuangankan
Kalau ditanya peserta pun tidak tahu apa tujuannya ?


Sebaik seorang rakyat
Hidup dalam Negara seperti Malaysia
Jangan timbulkan kerja onak dan mungkar
Agar rakyat luar hormat Malaysia rakyat berbilang bangsa.


Oleh: Nuri Manja,
Catatan 13 Ogos 2015
Khamis 8.45 pagi


BERAPA KALI SUDAH AKU BILANG?


bomba.jpg

BERAPA KALI SUDAH AKU BILANG?

Berapa kali sudah aku bilang
Mengapa kita mesti menjadi api?
Kalau jadi air kan lebih menarik
Boleh membersih kan segala kekotoran
Dan menghilang kan dahaga dari kehausan.

Api itu cuma boleh membakar
Apa sahaja kemarahan dimulakan
Kerana bahang panasnya tidak peduli
Boleh membakar hangus apa sahaja
Sehingga menjadi arang dan abu semuanya.



Oleh : Nuri Manja,
Tanggal 2 Ogos 2015.
Jam 5 petang.


AGAK ANIH DAN MENGHAIRANKAN?


bila janji.jpg



AGAK ANEH DAN MENGHAIRANKAN?

Agak aneh dan menghairankan jua?
Masakan tidak kerana minda telah dicelarukan
Akibat mabuk kuasa dan menyokong agenda gila-gila
Mangsanya orang melayu sendiri dan bertelagah sesama kita.

Angkara cuma seekor lembu tua
yang gemar membawa lumpur dan najis
maka sesiapa yang terkena palit terimalah baunya
sebagai bersubahat untuk menjayakan hajat nawaitu jahatnya.

Kini saban hari kian tenat nampaknya
Ramai orang kita yang siuman terperangkap sama
Untuk melangsungkan agenda mabuk dan merampas kuasa
Maka mereka lakukan lah tohmah dan fitnah dan mengguling dijalanraya.


Oleh: Peta Utara,
Catatan jam 7 pagi Isnin
Tanggal 16 Ogos 2015 Teluk Kumbar.


Jumaat, 23 Februari 2018

KITA PERLU ADA AL KHAUF ATAU AL RAZAK


sinar kelam.jpg

KITA PERLU ADA AL KHAUF ATAU AL RAZAK

Ada 180 kali di sebut dalam al Quran
Bila kita tidak merasa  takut lantas kita terus
Dan sesuka hati kita  melakukan segala bala bincana
Justeruitu sebagai manusia makhluk Allah perlu ada rasa takut.
Terutama kepada Allah SWT sebagai khalid yang mencipta segala makhluknya.

Bila kita ada rasa khuf atau pun takut
Pastinya perjalanan kita sentiasa bewrhati-hati
Tidak akan melanggar segala apa yang Allah SWT larang
Dan tetap mematuhi apa sahaja yang diperentahkan oleh Allah SWT.
Bagi kita wajib  melakukan atau melaksanakannya dengan bertanggung jawab.

Sifat khuaf atau takut dan sifat  al rajax
Khauf yang disarankan sebagai makan bertakwa
Sesungguhnya orang yang ada sifat Khauf ini amat terpuji
Sifat sering terselamat dan al rajak pula darjat mujahadah tertinggi
Kerana tidak ada di hati mereka wujud, riak , hasad dengki sombong dan takabur.

Kedua sifatal  khuaf ataupun al rajak ini
Sesiapa yang sentiasa berlumba dengan al khauf
Meruapakan orang yang sentiasa taat  tunduk dan patuh
Setiasa pasrah dengan ketentuan Allah SWT mengharap bantuanNya
Kerana ke dua sifat al  Khuaf dan al Rajak ini dapat memelihara makhluk hambaNya.

Oleh Pena Runcing,
Catatan jam 2.30 Petang .
Jumaat tanggal 23hb February 2018.

SEEKOR ANGSA TUA



aku.jpeg


SEEKOR ANGSA TUA

Seekor angsa tua
Cuba mengetua pengikutnya
Bagi menguasai sawah yang menguning.

Kini dia telah pun
Mengatur satu agendanya
Bagi menguasaai daerah sawah padi ini.

Kerana hatinya ini
Masih membara rasanya
Bagi membela empaya bangsa si angsa.

Walau pun dirinya
Telah dimamah usia tua
Jangan cuba mencabar hak-hak kroninya.

Oleh Pena Runcing,
Catatan jam 5.30 pagi
Jumaat tanggal 23hb February 2018.

ALLAH ITU MAHA MENDENGAR DAN MENGETAHUI


siang dan malam.jpg


ALLAH ITU MAHA MENDENGAR DAN MENGETAHUI

Kita jangan al pa
Allah itu amat mengetahui
Di tempat terang atau tersembunyi
Sama ada kita bercakap benar atau pun berbohong
Bercakap secara rahsia tersembunyi atau pun terang dan nyata.

Kita berwaspada
Setiap kali kita bercakap
Sama ada kita  berbisik atau terang
Allah SWT amat maha mengetahui niat dalam hati kita
Kerana Allah SWT  amat dekat dan apa yang kita sembunyikannya.

Justeru itu kita
Berhati-hati berwaspada
Kerana Allah SWT mengetahui semua
Sama ada lain percakapan mulut lain pula niat  di hati
Nabi telah berpesan kepada kita  elokkanlah niat dan amalan kita.

Oleh Tinta Azimat,
Catatan jam 6.50 pagi
Khamis Tanggal 22hb February 2018.

RAZAK MINALLAH


lembu.jpeg


RAZAK MINALLAH

Orang beriman
Mmengharap keredhaan Allah
Mereka sering kali takut dan bimbang
Minta  bertaubat dan takut kepada kemurkaan Allah
Melainkan mengharap pengampunan dosa-dosa mereka lakukan
Semoga Allah SWT menghapuskan dosa mereka agar dapat pengampunan.

Seorang lelaki
Menolak ajak melakukan zina
Kerana dia seorang yang beriman
Dan murakabillah terasa Allah melihat kelakuannya
Begitu juga seorang lelaki yang suka bersedekah tanpa diketahui
Seperti tangan kanan yang  memberi tanpa di ketahui oleh  tangan kirinya .

Begitulah kita
Perlu beriman kita mendapat
Pengampunan jika ada murakabullah
Sentiasa terasa Allah SWT melihat dan mengawasi
Setiap pergerakan tingkah laku percakapan kita di mana sahaja
Terasa melakukan perkara yang boleh di ketegorikan dalam jumlah berdosa.

Oleh: Qalam Mutiara
Catatan jam 7.00 pagi
Rabu tanggal 21hb February 2018.

KUMPULAN ORANG YANG MUNAFIK


mimpi sama.jpg


KUMPULAN ORANG YANG MUNAFIK


Gulungan ini
Selalu saja membuat
Keputusan yang terburu
Menjadilah kita gulung munafik tulen .

Justeru itu
Perlu kita menelitinya
Lihat dulu dan menilainya
Jauhilah dari sikap buruk  bersangka.

Akhirnya
Mereka mengaku
Melakukan dosa mereka
Jauhilah mereka dari rahmat Syurga.

Maka terus
Berada dalam azab
Api neraka yang membakar
Masuklah mereka ke neraka jahanam.

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 5.50 minit pagi
Hari Isnin Tanggal 19hb Fenbuary 2018.

Sabtu, 10 Februari 2018

HAMBA ALLAH SEBENAR


selagi.jpg

HAMBA ALLAH SEBENAR

Untuk mengenal
hamba Allah sebenarnya
bila dia mengingati Allah
ketika duduk, berdiri dan berbaring.

Siapa mereka?
padanya sentiasa saja
menyebut membaca zikrullah
kemudian hatinya pun menjadi tenang.

Allah jugalah
akan memilih siapasaja
mereka yang sujud dan berdoa
Allah memberi rahmat dan musibahnya.

Oleh : Nurimanja,
Catatan bila mendengar ayat Quran
dibacakan beberapa lama yang lalu 2010

ALLAH MENEGASKAN




 perjalan.jpg

ALLAH MENEGASKAN 

Allah menegaskan
Hambanya se patut melihat
Sesuatu kejadian itu dengan berulang kali
Agar hampanya dapat menilai dan mengetahuinya
Ternya mendapat pengetahuan Allah menjadikan sesuatu.
Dengan penuh teliti dan cantik dan penuh pengetahuan dan hikmatnya.

Contoh Gerhana
Bila kita melihat gerhana
Gerhana mata hari atau gerhana bulan itu
Maka lihat ke langit dan banyaklah kita bersedekah
Kerana dari langit Allah SWT telah diturunkanair,  besi,  api.
Dari peristiwa inilah kita mendapat pengetahuan yang menakjubkannya.

Golongan Taksaup
Begitu zuhud dengan penciptaan
Langit dan bumi yang Allah SWT menjadikan
Mempunyai rasa cintai kita mehalusi falasaah melalui
Dengan ilmu ngakasawan kita merasiaakan keagongan Allah
Maha berkuasa Allah menjadikan kita lebih beriman dan bertakwa amin!

Oleh Pena Utara,
Catatan jam 7.00 pagi
Khamis 8hb Februari, 2018.

MEREKA CUBA MENCABAR PENGHORMATAN


senja berlabuh.jpg


MEREKA CUBA MENCABAR  PENGHORMATAN 

Mereka ini  benar-benar berani !
Dan cuba  pula mencabar penghormatan!
Cuba melakukan pendurhakaan demi pendurhakaan
Apabila mereka merasa diri telah dipilih dan diberi kekuasaan.

Kini mereka mula menunjukkan !
Sikap mereka yang  angkuh dan sombong
Mana janji berkhidmat untuk rakyat tiada ditepatinya
Malahdalam  Dewan yang mulia diberikan  dipermainkan sahaja.

Siapakah yang rugi sebenarnya?
Ternyata  pengundi daripada rakyat jelata.
Mereka benar-benar cuba mencabar penghormatan!
Dan beraninya melakukan demontrasi mengangkat poster
Malah tidak segan melakukan pendurhakaan demi pendurhakaan.

Sudah terlalu amat kurang ajar!
Walauopun berpendidikkan dan begelar Yb.
Bila rakyat memberi mandat main helah pun bermula,
Malah ayat Quran dan hadis nabi turut diguna dipersenda
Hilang syariat Islam  rakan Islam cuma tersenyum tanpa berkata.


Oleh : Pena Utara,
Jam 6.15 pagi
Rabu 7hb  Februari, 2018.

HEBATNYA ALLAH SWT?


angin berbisik.jpg


HEBATNYA ALLAH SWT?  

Sesungguhnya sesuatu ciptaan Allah
Amat tersusun dan begitu rapi
Bila bulan yang lebih kecil
Daripa matahari
Tetapi bila di pandang dari jauh
Ternya matahari lebih kecil
Dari bulan dan  bukit dan gunung.

Malah segala cekrawala di alam maya
Jangan kita dengar berlaga
Bergeseran setiap hari
Atau pun musnah
Tetapi setiap kejadian ini pasti
Beredar dan mengikut peraturan
Sebagaimana Allah SWT menetapkan.

Begitulah kehebatan Allah  berkuasa
Menjadkan  langit dan bumu
Untuk renungan  kita
Sebagai makhluk
Bagi menyakinkan keimanan
Kerana  kemampuan minda terbatas
Cukup bila kita ada keyakin kewujudanNya.

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 7.00 pagi
Selasa Tarikh ; 6hb Februari 2018.


Ahad, 4 Februari 2018

BICARA BUAT TUHAN


angin berbisik.jpg

BICARA BUAT TUHAN

Tuhanku!
Akukah ini?
Yang tiba-tiba ada
Lalu menunggu hari
Untuk tidak ada kembali
Kemudian aku menunggu lagi
Untuk hidup yamg ke dua kali pula.

Tuhanku!
Tidakkah kau jemu
Mencipta aku yang kerdil
Kemudian dibicarakan pula
Di Yaumal mahsyar
Aku pun tidak tahu
Apa yang Engkau mahu?

Tuhanku!
Apa masakah
Yang telah memaksaku
Melempar aku di dunia ini
Menghitong dosa dan pahala
Dengan kuasa qada dan qadarmu
Menentukan aku ke Syurga atau Neraka ?


Oleh: Nurimanja,
Rajang, Sarikei, Sarawak Malaysia Timur.

Sajak  dari Antlogi Lagenda Cintaranuri MT,

JUMPA WANG AJAIB DI RUMAH


ingatlah.jpg


JUMPA WANG AJAIB DI RUMAH

Walau pun kita kini
Melangkah ke zaman serba cangih
Tidak siapa dapat menafikan
Kalau masih ada cerita illusi yang anih
Terlalu sukar dan amat  ajaib
Untuk kita menceritakan ada keganjilan
Di dalam rumah kita sendiri
Seperti tengah mandi, tidur dan makan
Tetiba wang kertas melayang
Lalu  jatuh RM10.00 di tepi  kita,

Atau telephon kita
Berbunyi tepat setiap  jam 5 pagi
Bagaikan mengejut  solat sunat  tahajut
Kekadang dalam bekas gula
Bekas beras, milo terdapat
Atas sofa meja makan dan  tulis
Di bawah mesin basuh belakang peti ais
Terdapat wang kertas
RM 1  RM 5 RM 10
Atau pun RM 50 juga RM 100.

Oleh Suara Pulau,
Catatan jam 5.50 pagi
Jumaat Tarikh: 2hb Februari 2018.

IKAN DI LAUT BURUNG DI GUNUNG


alam berubah.jpg

IKAN DI LAUT BURUNG DI GUNUNG
Bakar lah unggun api
Biar lebih besar buat pasangan
Agar lebih baik nyanyian dan tarian
Buat pasangan muda mudi asyik berasmara
Dalam sambutan pesta tahunan tradisi rakyat jelata.
Pukul lah gong dan gendang
Irama orang muda punya biasa
Dulu seorang anak gadis bertenun kain
Dan seorang anak muda pengembala lembu
Mereka berbalas pantun sehingga pipit bercumbuan.
Jadikan lah ikan di laut itu
Dan burung di gunung itu bersatu
Jangan biarkan cinta mereka terhalang
Demi dapat disatukan dalam hati jiwa gelora
Semoga bersemadi dan abadi cinta di antara keduanya.

Catatan Pena Utara
27hb Januari 2015 petang hari,
Selepas menonton filem China kantonis

.CINTAI ALLAH DALAM TAHAJUDMU


senja berlabuh.jpg

CINTAI ALLAH DALAM TAHAJUDMU

Cintai Allah
Di dalam tahajudmu
Ketika  orang lain tidur lena
bagunlah bertahajud
Baca Quran dan maknanya
 berzikir lah terus berpanjangan
Banyakkan bergaul
dengan orang beriman
dan berilmu agar kita selamat
Banyakkan cari pahala  
Dengan berpuasa sunat
kamu dalam  hari,
minggu, bulan yang tertentu.
Bersedekah atau menderma lah
Sebanyak mungkin yang  kamu mampu
Hidup membantu kerana Allah S.W.T .

Oleh Suara Pulau,
Catatan jam 5.30 pagi
Jumaat Tarikh: 2hb Februari 2018.