Ahad, 25 Februari 2018

AGAK ANIH DAN MENGHAIRANKAN?


bila janji.jpg



AGAK ANEH DAN MENGHAIRANKAN?

Agak aneh dan menghairankan jua?
Masakan tidak kerana minda telah dicelarukan
Akibat mabuk kuasa dan menyokong agenda gila-gila
Mangsanya orang melayu sendiri dan bertelagah sesama kita.

Angkara cuma seekor lembu tua
yang gemar membawa lumpur dan najis
maka sesiapa yang terkena palit terimalah baunya
sebagai bersubahat untuk menjayakan hajat nawaitu jahatnya.

Kini saban hari kian tenat nampaknya
Ramai orang kita yang siuman terperangkap sama
Untuk melangsungkan agenda mabuk dan merampas kuasa
Maka mereka lakukan lah tohmah dan fitnah dan mengguling dijalanraya.


Oleh: Peta Utara,
Catatan jam 7 pagi Isnin
Tanggal 16 Ogos 2015 Teluk Kumbar.


Tiada ulasan: