Sabtu, 10 Februari 2018

MEREKA CUBA MENCABAR PENGHORMATAN


senja berlabuh.jpg


MEREKA CUBA MENCABAR  PENGHORMATAN 

Mereka ini  benar-benar berani !
Dan cuba  pula mencabar penghormatan!
Cuba melakukan pendurhakaan demi pendurhakaan
Apabila mereka merasa diri telah dipilih dan diberi kekuasaan.

Kini mereka mula menunjukkan !
Sikap mereka yang  angkuh dan sombong
Mana janji berkhidmat untuk rakyat tiada ditepatinya
Malahdalam  Dewan yang mulia diberikan  dipermainkan sahaja.

Siapakah yang rugi sebenarnya?
Ternyata  pengundi daripada rakyat jelata.
Mereka benar-benar cuba mencabar penghormatan!
Dan beraninya melakukan demontrasi mengangkat poster
Malah tidak segan melakukan pendurhakaan demi pendurhakaan.

Sudah terlalu amat kurang ajar!
Walauopun berpendidikkan dan begelar Yb.
Bila rakyat memberi mandat main helah pun bermula,
Malah ayat Quran dan hadis nabi turut diguna dipersenda
Hilang syariat Islam  rakan Islam cuma tersenyum tanpa berkata.


Oleh : Pena Utara,
Jam 6.15 pagi
Rabu 7hb  Februari, 2018.

Tiada ulasan: