Ahad, 4 Februari 2018

IKAN DI LAUT BURUNG DI GUNUNG


alam berubah.jpg

IKAN DI LAUT BURUNG DI GUNUNG
Bakar lah unggun api
Biar lebih besar buat pasangan
Agar lebih baik nyanyian dan tarian
Buat pasangan muda mudi asyik berasmara
Dalam sambutan pesta tahunan tradisi rakyat jelata.
Pukul lah gong dan gendang
Irama orang muda punya biasa
Dulu seorang anak gadis bertenun kain
Dan seorang anak muda pengembala lembu
Mereka berbalas pantun sehingga pipit bercumbuan.
Jadikan lah ikan di laut itu
Dan burung di gunung itu bersatu
Jangan biarkan cinta mereka terhalang
Demi dapat disatukan dalam hati jiwa gelora
Semoga bersemadi dan abadi cinta di antara keduanya.

Catatan Pena Utara
27hb Januari 2015 petang hari,
Selepas menonton filem China kantonis

Tiada ulasan: