TIDAK PERLU JADI PENGIKUT SETIA
Mengapa kita biarkan minda
dicelarukan
Oleh orang tertentu yang kita tahu
mabuk kuasa
Cuba kita berfikir dengan hati
terbuka dan jiwa yang tenang
Atau pun keluarkan diri daripada
kelumpuk kita pro atau kontra
Dan fikir dengan semasak-masaknya
di mana kita dan kenapa jadi pengikut?
Jika dulu kita boleh terima sebab
kecewa
Bila jawatan tertinggi yang
diidamkan tidak dapat
Di sebab kan kecewa maka seorang
itu boleh buat kacau bilau
Dengan menghasut dan mengajak
rerakannya merebut kekuasaan
Maka berlakulah ke tidak ketentuan
dan wujud kumpulan A dan kumpulan B?
Kini kita pun agak pelik dan
menghairankan
Bila orang tertentu yang buat kacau berkedudukan
Malah telah pun berkuasa di tempat
kedudukan tertinggi
Mengapa mesti ada kebencian dan
kecewa lagi setelah bersara
Sesekali kita fikir kebodohan pada
kita yang setia menjadi pengikut mereka ?
Oleh:
Pena Utara,
Catatan
jam 7.25 pagi
Tanggal
Khamis 19hb Mei 2016.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan