Isnin, 31 Oktober 2011

DISISIKU ADA BISIKKAN




Disisiku ini
selalu ada bisikkan
satu mengajak pada kebaikan
satu lagi mengajak pada kejahatan.

Jika aku terikut!
Ajakkan dan bisikkan baik
Selamat lah aku hidup di dunia akhirat.

Jika aku terikut!
Ajakkan dan bisikkan jahat
Terseksalah aku di dunia dan akhirat.

Jadi, fikirlah!
Siapakah yang selalu disisi kita
Dan cuba membisikkan sesuatu di hati?
Untuk mengajak melakukan kerja baik dan buruk.


Oleh: Nurimanja,
Bandar Baru Telok Kumbar,
Catatan daripada kuliah subuh 31/10/2011.




Ahad, 30 Oktober 2011

KECELARUAN MINDA (SM)




  pemenang wanita sayembara november 2011 Cr.


Hukuman ke atas kamu sebenarnya harus lebih tinggi dari darjat raja
kerana mencelarukan minda rakyat  jelata
dalam kekalutan rasa ketakutan tapi kamu sadikit pun tidak menghiraukan
namun di hati kami sadikit pun tak bisa lentur.

Berhentilah bermain sandiwara daripada mencari salah orang lain
elok cerminkanlah diri kita dahulu
kerana keadilan itu tidak ada semua hanyalah tipu daya belaka.

Sekarang kita haruslah bersatu tegakkan bersama kekekuatan kita
dalam menempuh badai yang menlanda
daulat tuanku kita laungkan
hapuskan agenda kecelaruan minda yang kian tenat
merosakkan jiwa gendarasi kita..


Oleh: Datin Hajjah
sajak buat rakyat dari tuan haji/25 Oktober 2011 4:33 PTG