Khamis, 13 Oktober 2011

10.MAKHAMAH DALAM HATI (SM)



sajak pilihan warga Cr,

Dikala suasana sunyi sepi
terdengar kala detikan jam kecil
bersama zikir si cengkerik
mata cuma mampu berkelip
kelipan tiada noktah
selagi keputusan belum terputus
persidangan mahkamah hati
yang saksinya adalah hati
pendakwaraya juga hati
peguambela juga hati
hakim yang arif juga hati
pada saat itu sesi muhasabah diri
minda akal terus berputar
menayangkan babak bukti
bila ada dosa pahala buruk baik
suatu bentuk keperluan
apakah ada perlanggaran hak
pada tuhan maha kuasa
setelah air mata menitis
sujudlah si pemilik hati
meminta keampunan hakiki
pada sang penguasa

Oleh: Kevin Khairudin
Sajak penyesalan/26 September 2011 4:15 PM
salah seorang 16 pemenang bersama.



30 ulasan:

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULANSEMTEMBER 2011

Sdra Kevin Khairudin bertajuk MAHKAMAH DALAM HATI. Pengucapannya bagaikan kes mahkamah pembicaraan dalam hati ada daya kreatif dan puitisnya. Walaupun tema penyesalan mencari sesuatu kesilapan. Apa pun semuanya hati yang dibebankan , sebagai seorang guru yang mendidik dalam kelas, bial seorang murid buat salah, Gurulah yang menangkap, membicarakan, mengenakan hukuman yang setempal dengan kesalahannya, agar murid sedar. Layak ke sayembara seterusnya (SM)

Tinta Azimad berkata...

CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA MULAI 26HB APRIL 2011 DARI BLOG CITRARASA BERTAJUK: KEMBAR SEIRAS DITULIS DAN CERITAKAN OLEH: NURIMANJA

Siri Ke Tiga puluh empat
“Ingat tuan hamaba perlu mendapatkan dahulu cucuk sanggul sakti yang diperbuat dari emas yang bertatakan permata di tasek janggi itu , Cucuk sanggul itu sentía saja tersemat di atas sanggul nenek kebayan, kecuali ketika dia berseram. barulah dia membukanya,” kata Puteri Sang ratu lebah tualang. Dia salah seorang daripada tuan puteri di majlis tergembar itu .

“Sebenarnya tuan hamba jangan takut. hanya keikhlasan dan kebenaran sahajalah yang dapat memusnahkan segala kesaktian nenbek kebayan tua yang banyak sakti itu. Dia akan takut dan menjerit jika tuan hamaba menyebut sebagai zikir munajat mentra alam,” Pesan nenek kebayan sakti itu.

“Apakah zikir munajat mentera alam itu? Wahai nenek kebayan?” Tanya Putra Wira Syakir. Bagaikan tidak sabar ingin mendengarnya.
Terlalu mudah baca saja sebagai nyanyian bila keadaan terdesak dan nyanyiankan dengan penuh semangat, tunjukan kenenaran dan keikhlasan atau jujuran , pasti nenek kebayan tua yang banyak sakti tua itu akan menjadi lemah. Dan diketika itu, tuan hamba minta dia pulihkan kembali mereka yang telah disumpah menjadi batu.” Kata nenek kebayan sakti itu.

“Sebelum tuan hamba sampai ke kemuncak gunung metra alam itu, perlulah berhenti dan melakukan satu hari pertapaan di pertengahan jalan dengan duduk bersila tanpa berkata, melainkan menghafal jampi mentra alam ini.” Sambung nenek kebayan sakti itu.

“Sebenarnya; Kami semua telah bersumpah jika ada gulungan manusia yang berjaya mengatasi ujian kami pada perengkat bawahan ini. Kami akan membantunya untuk sampai ke kemuncat gunung mentera alam untuk menghapuskan kejamannya yang menyumpah ramai makhluk alam ini menjadi batu,” Kata pula puteri angsa berbulu emas

“Kami semua mengharapkan kejayaan tuan hamba mengembalikan saudara sulung tuan hamba yang telah menjadi batu itu , bersama kudanya.” Kata pula dua orang puteri Bunian dan Puteri Salju

“Tetapi bagaimana hamba boleh mengatasiunya jika tuan hamba puteri-puteri dan Puteri Permaisuri ratu kalkatu dan nenek kebayan sakti tidak mengajarkan puisi mentera mentera alam itu.” Kata putera Wira Syakir , begitu tidak sabar untuk mendengarnya.

“Bersabar! Bersabar tuan hamba putra Wira Syakir. Kami akan mengajarnya beramnai akan diketuai oleh nenek kebayan sakti.” Jawab Tuan puteri pemaisuri kalkatu pula.

BERSAMBUNG.

Gurmit SIngh berkata...

DEWA PEMBUNUH

dewaitu pembunuh senyap mereka diam duduk disudut tersembunyi
menyulam hampa menjadi kata
tapi hampa hanya dihujung senjakala
kutunggu setiap rasa tertuju
menjadi kabur tiap detik adalah harapan seperti hitam abu-abu yang kadang kala menjadi merah

Gurmit SIngh
sajak simbolik

Karim Ghani berkata...

DIMANAKAH SEMUA?


Tuhan yang Maha Rahman,
ketika air mata jadi lumpur becak
aku menoleh ke utara dan ke selatan
di manakah tabung untuk wang logam?
Di manakah catatan belanja harian?
Di manakah peradaban?
Ya, Tuhan yang Maha Hakim,
harapan kosong hampa.
Hanya akal sihat dan daya hidup
menjadi peganganku yang nyata.

Karim ghani
sajak kehilangan

Salikin samsudin berkata...

LEMAH

lemahnya mengapa jua aku
berdiri di ruang hampa tanpa Menanti sandaran hati bayang mimpi
Bila kaulah sandaran hati….
Tak pernah berarti rinduku ini
Menanti setiap detik suara lembutmu
Aku terjerat sepi di sini
Terikat janji yang kau beri
Inikah beri benarkah ini jalan mu
Bila langit hilang
bolehkah aku mendengar suaramu
Menghirup rindu kau beri
Mematikan denyut jantungku

salikin samsudin
sajak pasrah

Salam berkata...

JANGAN BIARKAN DIRI BUSUK

Jangan biarkan diri ini membusuk
Terkongkong dalam takungan
darahku sendiri yang menghiasi
tiap jengkal dinding hati
Yang mengerak menyuramkan diri
Di sudut ini kutenggelamkan diri
Dan dari sini mulai kupikirkan lagi
Sudah kutelantarkan diri lama tolonglah aku untuk kembali berdiri

salam
sajak jiwa2

Hamba Allah berkata...

TERIMA KASIH TUHAN

Bagiku itu indah karena aku
boleh merasakannya cintamu
dalam lembayung memberikan warna
Warna akan bermakna aku rasa cinta yang aku derita Terima kasih Tuhan,
Atas rasa sayangMu
Yang Engaku titipkan padaku untuknya
Hamba bersyukur bisa mencintainya

Hamba allah
sajak ketuhanan

MUhamad Badawee berkata...

CERITA DI KAFE

sebuah keluarga
tiada pernah kudengar dan kujumpa
kisah benar belaka kisah ibu muda
mengadukisah duka padaseorang teman
lagak bagai kaunselor
walau tiada tauliahnya
dalam deraian air mata
telus menutur bicara
dalam sebak nada suara
terus meluah rasa
kain baju siap di kereta
semua tersedia ke mana sahaja
mahu tinggalkan rumah tak sanggup memendam rasa menatap rupa
wajah sang suami tercinta
mengapa sedemikian rupa
terus mahu angkat kaki
cuma mampu menggeleng
hanya kerana katil

Muhamad Badawee
sajak apabila ternampak suami isteri bergaduh di kafe hanya kerana hal remeh

Roy Rashi berkata...

MATAHARI PUSAT SEMESTA

jadilah bumi dan aku matahari
kemudian diam dan berhenti
biarkan matahari mengitari bumi
karena aku bersaksi
bahwa bumi adalah pusat semesta
bukan perkataan dungu yang berbicara matahari
sebagai pusat semesta


Roy rashid
sajak sinis

Muhamad Akma' berkata...

TAKU HANTU

semakin menghantui membayangi
di mana mana ada hantu
di dalam almari,katil kayu,tandas
di bilik gelap,taman bunga
di semua tempat ada hantu
takut hantu itu kisah si anak kecil
mula gelisahkan mereka
gelisahkan si ibu bapa
minda makin celaru
bahana ciptaan kita
hasil tontonan di mata
di kaca tv skrin wayang 3D
semua pakat berlumba
ciptakan kisah tahyul kisah puaka
kisah hantu bonceng
kisah hantu congkak
kisah hantu karak
kisah hantu flat
kisah toyol buncit
kisah orang minyak
si kecil hilang semangat beraninya

MUhamad AKmal
sajak nasihat

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN SAYEMBARA PUISI CINT RASA SAHABAT DAN P/BLOG OKTOBER 2011


Ddra Gumit Sing pendatang baru agaknya dengan tajuk sajaknya DEWA PEMBUNUH Pengucapannya rasa menarik tetapi temanya tidak dinyatakan sekadar sembolik. Apapun berebagai maksudnya boleh diandaikan. Mungkin penceritaan tentang penyakit atau ketuhanan sesuatu bangsa atau kaum itu, tentang rasa kemurkaan tuhan terhadap hambanya yang banyak melakukan dosa, kini dia memerhati untuk menunggu masa tertentu untuk mengambil nyawa atau ditimpa musibah, biar mereka tahu kehidupan ini Ada pembalasannya. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN SAYEMBARA PUISI CINT RASA SAHABAT DAN P/BLOG OKTOBER 2011

Sdra Salikin dan Salam keduanya mengemukakan saja tema yang samna nampaknya. Cuma beza pada tajuk sahaja. Ada berbau jiwa2. Salikin dengan tajuknya: LEMAH . Pengucapannya terasa hampa biala cinta tidak berbalas agaknya, bagaikan hilang keyakinan, semua janji dan kata bagaikan terbang dari jendela, pasrah menyerah. Apa pun terserah pada taqdir mungkin belum masanya lagi, masih punya masa untuk cari yang lain pula. Bukannya satu kalau tak mahu. beribu masih ada dan sedia menanti. Kalau lebih dari 3 atau 4 sajak jiwa2 pasti satu sahaja akan dipilih Harap maaf , usaha lagi lain kali. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN SAYEMBARA PUISI CINT RASA SAHABAT DAN P/BLOG OKTOBER 2011

Sdra Salam dan Salikin keduanya mengemukakan saja tema yang samna nampaknya. cuma beza pada tajuk sahaja. Ada berbau jiwa2. Alam dengan tajuknya: JANGAN BIARKAN DIRI BUSUK. Pengucapannya menarik juga, Penceritaannya sebagai amaran nampaknya pada orang tertentu, mungkin jual mahal agaknya.Apa pun jangan putus asa tidak sudi satu masih ramai lagi yang menanti. Bukan hak kita pastinya ada saja halangan yang datang dan paswti tidak menjadi, jadi cari yang lain sebagai penganti. Bukannya satu kalau tak mahu. beribu masih ada dan sedia menanti. Kalau lebih dari 3 atau 4 sajak jiwa2 pasti satu sahaja dipilih .Harap maaf , usaha lagi lain kali. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN SAYEMBARA PUISI CINT RASA SAHABAT DAN P/BLOG OKTOBER 2011

Sdra Hamba Allah nama pena kena tulis betul guna asal mula masuk blog ini, jika tidak sajak anda dikira ahli baru. Kini dengan sajak TERIMA KASIH TUHAN Pengucapannya bersahaja. Ada daya berfikir tentan apa yang telah allah kurniakan padanya, walaupun tugasnya tidak berapa, tetapi keikhlasan dan kebahagian yang dirasakan itu membuat rasa cintanya yang menebal. Lalu dia bersyukur diatas apa yang dikurniakan kepadanya. Layak untuyk sayembara seterusnya. (SM)

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN SAYEMBARA PUISI CINT RASA SAHABAT DAN P/BLOG OKTOBER 2011


Adik Muhamad Badawee dengan sajaknya beretajuk: CERITA DI KAFE. Pengucapannya masih Berbentuk cerita rengkas apa pun daya kreatif dan puitis nampaknya lari dari puisi. Kisah remeh yang terlalu biasa hidup dengan cinta moyet kawin muda. Inilah akibatnya .Maksud Penceritaanya juga sadikit kabur.Harap maaf . Apa pun usaha lagi lain kali (TK)

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN SAYEMBARA PUISI CINT RASA SAHABAT DAN P/BLOG OKTOBER 2011

Muhamad Akmal dengan sajak kanak-kanaknya bertajuk TAKUT HANTU , Penceritaanya bertemakan nasihat tetrapi agak komedi sadikit.Apa pun daya kreatif dan puitis akan lari Dari pengucapannya jika kita terikut vrentak komedinya. Akhirnya dia akan menjadi senikata boria atau seloka.Apa pun begitulah keaadaannya lewat kebelakangan ini kehidupan penuh dengan cerita hantu. Yang kekadang membantutkan pemikiran anak-anak dengan cerita tahayol ini. Harap Maaf usaha lagi lain kali. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN SAYEMBARA PUISI CINT RASA SAHABAT DAN P/BLOG OKTOBER 2011


Sdra Roy Rashid nama pena kena tulis betul guna asal mula masuk blog ini, jika tidak sajak anda dikira ahlibaru. Kini sajak beretrajuk: MEATAHARI PUSAT SEMESTA. Pengucapannya Padat dan rengkas dan tema sekadar sinis atau simbolik tidak ada penerangannya. Bisanya sajak begini akan tersingker. Tetapi kami masih memberi peluang kerana ada andaian berbagai dalam penceritaanya, mungkin politik atau sesuatu yang perlu kita contohi kerana ada kebaikannya. Layak untuk sayembara setyerusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

LASAN SAYEMBARA PUISI CINT RASA SAHABAT DAN P/BLOG OKTOBER 2011

Sdra Cikgu Karim Ghani nama pena kena tulis betul guna asal mula masuk blog ini, jika tidak sajak anda dikira ahli baru. kali ini sajaknya bertajuk DIMANAKAH?. Pengucapannya penuh tanda Tanya? Tema kehilangan tidak diberi sadikit penerangan. Entah apa yang hilang dan kurang, Apa pun kami beri peluang kerana penceritaannya bagaikan ada berbagai andaian dari rasa tidak puas hati tentang situasi terkini. Mungkin untuk pemerentah dari sudut peribadi. Apa pun yang kini rasa jika ada anjakan pada yang lebih baik menyenangkan dari semalam itu sudah baik tidak lagho. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Geletek Petang berkata...

Akta Murtad: Pas tidak boleh berdiam diri

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Pemimpin utama Pas digesa supaya tidak berdiam diri berhubung cadangan mewujudkan Akta Murtad bagi membendung gerakan memurtadkan umat Islam yang semakin berleluasa di negara ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sokongan dan kerjasama daripada parti itu penting demi melindungi akidah umat Islam seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan negara.

Sehubungan itu, beliau mahu pemimpin Pas seperti Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu menyatakan pendirian mereka berhubung isu itu tanpa mengambil kira perbezaan ideologi dan pegangan politik.

"Sebagai parti yang berlandaskan prinsip perjuangan Islam, Pas harus ke depan dalam hal ini untuk bersama-sama menangani masalah itu secara berhemah.

"Sokongan yang diberi harus dibuat tanpa memihak kepada kepentingan politik parti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.


Sebagaian sedutan berita UM.

Geletek Petang berkata...

KOMENTAR

Dimasjid juga ramai orng engan berjumaah, bila penceramah kumpulanan ini asyik hentam kerajaan BN , sudah naik jemu dan muak, jadi tak hairan bila ada protes pada tuk iman dan ustaz, bila mesjid kurang jemaah merayu pula. Kebanyakan AJK masjid mereka pegang, bila berlaku perkara aqidah dan kemurtadan ini , nampak diam , lepas tangan pula.melayu duk hentam melayu mesjid tempat sasarannya.

Sehinga dah tak ada apa nak hentam surat khabar melayu pun jadi sasaran cuba masuk liang.Macam ini sebuah parti politik berteraskan Islam,hukum udud yang mereka kalut, aqidah terkeluar, buat pejam mata pula.

Raja Muda berkata...

pelik jgk sajak kevin ni

Ummu Akilah berkata...

wah! ada sambung lagi cerpen syakir ni

Salin berkata...

ingatkan dh hbis rupanya ada lagi cerpen ni best2

Ustaz Majusi berkata...

mkhamah pun ada dlm hati ke?

Salam berkata...

sajak kevin agak boleh tahan jgk

Mak Mah berkata...

menarik jgk cerita ni dia nak ke nenek kebayan plak nampaknya

Comel berkata...

hrp2 dia berjaya

MUhamad Akmal berkata...

panjang lagi ke cerpen ni smbung la lagi

Nabil Quldi berkata...

makin lama semakin seronok cerpen ni byk pengembaraan

Simsalabin berkata...

sanggul sakti plak? menarik ni