Rabu, 19 Oktober 2011

BUTA SEJARAH (SM)



salah seorang 16 pemenang bersama CR.

ramai buta sejarah
itu sememangnya fakta bukan auta
usah disangkaltiada guna menyangkal
terkadang buat terlupatakut periuk nasi tiada
terkadang sememangnya buta
kisah lama terbiar tanya si kecil
terkadang lebih petah bicara
hebat mengulas fakta
hingga terdiam si tua cuba tanya si tua
terkadang lebih telus kata
sejarah fakta diadun mesra hingga terlopong si muda
kenapa terjadi demikian rupa
jawapannya cukup mudah
kita sebenarnya menghafal sejarah
belajar cuma untuk lulus periksa
lepas periksa semuanya terbiar sepi
sejarah sebenarnya kita tak hayati
itulah silapnya

 
Oleh: Lagenda Pulau
sajak sinis/21 September 2011 11:07 PM





30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

Sdra Lagenda Pulau dengan sajak sinis sejarahnya bertajuk : BUTA SEJARAH. Nah! Ternyata kian ramai anak-anak gendarasi kini tersalah menangkap tapsiran sejarah . lebih lagi setengahnya sengaja pula di putar belitkan oleh pihak tertentu, kerana mencari pengaruh publasiti murahannya. Tetapi dunia tidak akan tersenyum . Malah pewaris yang terlibat juga akan marah jika sesuatu keadaan yang benar telah berlaku dan menimpa keluarga mereka cuba diputar belitkannya pula. Sebenarnya kita jangan lupa, belajar sejarah perlu jadikan ianya untuk mengukuhkan jati diri kita. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Geletek Petang berkata...

Bersambung


Kenapa negeri yang diperentah PEMBANGKANG jadi bergini? Kalau tidak perak pun dapat number 4 dia keluar PR pentas. johor gantinya.

Kerana ramai kawan-kawan saya mak bapak bercerai berai pasal parti. Ada suami perak lari kawin lagi di kelantan, kerana isteri kuat umno dak mahu pas. ini kenyataaan bukan mainan.sebahagian darinya.


Sikap perungus dan perampus memang jadi budaya ahli parti tertentu ini , tak ada tolak ansur seolah2 apa yang dilakukan tuhan merestui dan perkenankan. kerana jubah dan songkok mereka ada ciri islamik konon.

Sebenarnya mereka syok sendiri. tunjuk angkuh. Akhirnya lupa dan riak akan segala-gala. itu yang berlaku termasuk buta sejarah ini. Dia tahu sebenarnya tapi untuk kepentingan tertentu. dilakukannya juga! Apa nak jadi?

Mozaire berkata...

KITA BERSATU

malam ini seperti malam sebelumnya
Kulewati hanya untuk memikirkanmu
Kulalui hanya dengan bayangmu
Dan aku tak boleh hidup seperti ini
Biarlah aku mengagumimu
setiap sahajamu dari jauh saja
dari dulu sehingga selamanya
aku tetap mencintaimu
hingga kita bersatu

Mozaire
sajak mengharap cinta

Jupri Helmi berkata...

PUTERIKU

Puteriku sayang
suaramu merdu lembut memanggilku
bagai angin laut mendesah bagiku
meratapku dengan wajah yang merdu.
Engkau adalah putriku
tergolek lemas matanya yang indah

Jupri Helmi
sajak cinta utk tunang sy

Lelangit Biru berkata...

Apabila aku mencintaimu
mengapa kau anugrahkan cinta
tidak mungkin untuk bersatu
Aku pun datang dan berucap sayang
Menyatakan rasa yang aku rasa
Menunjukan cintaku pada matamu
Berharap engkau melihat hal itu
Dan sebuah kalimat terucap darimu
Kalimat yang terukir di hatiku
Kata-kata yang tersusun
begitu sempurna menurutku

Lelangit Biru
sajak cinta

Wasiril Aswad berkata...

SALAH

Hingga suatu senja
Aku merasa semua adalah sama
Asa yang kita asah bersama
Asa yang kita cintai bersama
apapun itu asal kita bersama
Namun itu salah aku melihat
Tidak ada lembayung senja itu
Aku salah merasakan tulus itu
Aku salah berharap
Tidak ada asa seindah itu
Aku pun salah bersikap
Tidak ada setetes cinta untukku
Tapi semoga aku tidak salah,

Wasiril Aswad
sajak pasrah dengan percintaan

Tuna Tatiati berkata...

SABARLAH

Suatu hari pasti akan berubah
Bersabarlah dan usahalah lagi
tapi jangan menunggu atau merenung.
Sambil menanti itu tidak perlu
untuk menembus kekesalanmu itu
Membiarkan diri bertambah sakit
berikan sikit harapan
kepada dirimu itu
Biarkan matahari di hatimu
kembali bersinar jangan padamkan

Tuna Tatiati
sajak semangatb utk adik sy yang gagal dalam peperiksaan di kolej

Datin maimun berkata...

LUAHAN HATI BAYI ITU

Tanpa pilihan dan sebab munasabah
bayi itu mati dibunuh ibunya
sedangkan dia perlu kasih sayang
tapi ia ibarat tak pernah
tahu siapa ibunya sendiri
walaupun ibunya waktu kecil dulu
diasuh dengan baik oleh neneknya
tapi bila mengajak umur belasan
ibunya itu dibawa ke kota
lupa semua tentang asuhan neneknya
kasihan bayi kebebasannya direntap

Datin maimun
sajak isu semasa

Ustazah Janariah berkata...

KIAMAT DAH DEKAT

tanda tanda kecil kiamat
semua nampak berlegar di pandangan
menjengah keliling
lihat sahaja hari ini kelmarin esok
pasti kita denga lihat dan rasa
semuanya telah hadir
sudah lengkap semua sekali
semuanya sudah berlaku
petanda apakah agaknya itu
cuba renung-renungkan
mana tahu ada terlupa buta pekak
katakan pada mereka kiamatdah dekat

Ustaz Janariah
sajak nasihat

Dewi Sagenta berkata...

KAKI MELANGKAH

Akan kuatkah kaki untuk melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah saat mata ini menatap
debu yang pastikan hinggap
Aku selalu mengharap
senang dalam berjuang
Ibarat merindu rembulan
di tengah siang
Walaupun aku sendiri tahu likunya
Jalannya selalu tak seindah dimata

Dewi Sageenta
sajak kehidupan

Qalam Mutiara berkata...

PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


Sdra Mozaire dengan sajak jiwa2 bertajuk KITA BERSATU . Pengucapannya penuh dengan jiwa2 mana dari segi puitisnya engkau tak ambil kisah yang boleh kau luahkan segala isi hati dalam perasaan, sama seperti en nuri mula-mula menulis sajak cinta dahulu.Dalam rtm kuching en nuri buat siri kenangan mengusik jiwa dia kata; Wahai putri dusun yang kurindui, wajahmu sentiasa basag dg air sembahyang, benarkanlah aku melukis wajahmu di awan biru. Inilah baru puitis Apa pun usaha lagi lain kali (TK)

Tanpa Nama berkata...

PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011

Sdra Jumpri sajak bertajuk PUTERIKU . Pengucapannya agak dahsat sampai tergolek lemas bila dia melihat mata kekasih atau tunangannya. Ada megik panah arjuna barangkali menjadikan si penulis tak boleh lena atau lupa nampaknya. Sajak ini kalau dibaca sekali semacam untuk si bayi kecil pun ada. Penutupnya agak mengelirukan. Apa pun usaha lagi lain kali (TK)

Tanpa Nama berkata...

PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


Sdra Lelangit Biru dengan sajak bertajuk: Pengucapannya terlalu biasa orang muda punya biasa.
Apa pun cerita nya bagaikan bertanya kena ada perasaan cinta sesame manusia? Itu satu kejadian yang lumrah buat anak muda ingin mencari pasangannya. Dan tuhan pun suka melihat lelaki dan perempuan berpasangan tetapi mengikut lunas yang dibenarkan Islam.Apa pun harap maaf nampaknya semua sajak jiwa terkeluar , usaha lagi lain kali (TK)

Tanpa Nama berkata...

PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


Sdra Wasiril Aswad dengan sajaknya bertajuk SALAH . Pengucapannya masih berlegar dengan kisah jiwa2. Apa pun keempat sajak lelaki kali ini terpaksa dikeluarkan kerana terlalu banyak sajak jiwa2 yang terlalu biasa tidak menyengat hati , kecuali ada satu si nabil quldi sajak laut cina selatan. Semacam sama dengan sajak en nuri waktu di serawak dahulu. Apa pun kita kena berserahlah kepada ketentuan Illahi kekasih dan pasangan akan dating dengan sendiri. Harap maaf Cuma disini terpaksa berhenti usaha lagi (TK)

Tanpa Nama berkata...

PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


Sdri Tuna Tatiati dengan sajaknya bertrajuk: SABARLAH Penbgucapannya biasa saja yang pernah kita alami dan dengari. tema perjuangan memburu cita atau Kata nasihat yang diharapkan dapat membantu saudara untuk terus berjuang dalam dunia pendidikan memburu ilmu sebanyak mungkin yang dapat demi masa depan yang penuh mencabar , jika kecundang hari ini, akan meranalkah hari esok dalam perjalanan meniti hidup.Layak untuk sayembara seterusnya. (SM).

Tanpa Nama berkata...

PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011

Sajak Datin Maimun dengan tajuk LUAHAN HATI BAYI ITU. Pengucapan biasa yang sering kita dengar dan ketahui di dada akhbar dan berita tv. Inilah reality dunia hamper qiamat, Cuma bezanya dahulu anak perempuan ditanam hidup2 kerana takut malu, tapi kini dicampak kemana saja sesuka hati.Itulah pengaruh budaya yang bukan kuning lagi tetapi keadaan semasa dengan dunia jalur lebar tanpa sempadan ini segala macam boleh diketahui. Terpulang kepada hak individu pengunanya. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Tanpa Nama berkata...

PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


Ustazah Janariah dengan sajak tema keagamaan berbentuk nasihat bertajuk: QIAMAT DAH DEKAT. Pengucapannya sekadar mengingati kita semua alamat atau tanda2 kecil qiamat dah dekat. Terutama perempuan lebih ramai dari nisbah lelaki. Buang anak merata, perkara mungkar menjadi kebanggaan orng kenamaan, agama dijadikan lantasan untuk kepentingan peribadi. Dan lain-lian lagi. Pada yang lupa dan pekak elohlah berhati-hati dengan petanda ini. Layak untuyk sayembara seterusnya (SM)

Tanpa Nama berkata...

PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


Dewi Sageenta dengan sajak bertajuk: KAKI MELANGKAH. Pengucapannya bolehlah diterima. Penceritaan tentang tema kehidupan yang ingin dibicarakan . Begitulah adanya dalam kehidupan kita seharian dalam menghadapi dunia yang penuh kemelut, susah senangnya kita juga akan terasa tempiasnya.Kekadang kita rasa bagaikan tidak terdaya menghadapi cabaran hidup, berat kaki melangkah menghadapi masalah sama seperti mencari atau merinbdui rambulan di tenagahari. Layak untuyk sayembarta seterusnya (SM)

Tinta Azimad berkata...

Qalam bertanya: sajak calun wanita agaknya berkurangan, sebab sajak lelaki mula masuk ke geliran calun wanita pula.

Tinta Azimad berkata...

Tambah Qalam lagi kalau boleh sajak
jiwa2 ini kurangkan sadikit, tetapi ahli kebanyakannya cuma berminat sajak jiwa2 Terpaksa dipilih atau
terkeluar terpulang kepada Qalam
sebagai pengulasnya, jika ada yang mantap, boleh diambil kira.

Tok Mahat berkata...

byk org tua pun buta sejarah org yg paling ketara mat sabu

Salam berkata...

skrg byk org dh lupa psl sejarah

Nuri Jaguh berkata...

kdg2 org buat2 lupa pasal sejarah ni

Zainal Arifin berkata...

ramai org semakin lupakan psl sejarah melayu

Pedang Kesatria berkata...

aku kalau tanya psl sejarah mmg aku xthu apa2 lgpn aku dok london 10thn thn ni bru balik malaysia

Syah Inderapura berkata...

psl sejarah ni malaysia pun aku xthu aku tahu indonesia saja mcm malim kundang

Irham Kesuma berkata...

org jawa x thu psl sejarah malaysia x pe kan?

Brader Joe berkata...

bab2 sejarah ni mmg aku fail jgk

Atan Yahoo berkata...

aku kalau sejarah mlyu ni hang tuah pnya sejarah aku tau la? hahaha

Seri Suri berkata...

skrg smua lupa psl sejarah dh