Rabu, 19 Oktober 2011

60 MINIT (SM)



salah seorang 16 pemenang bersama Cr. 

Paling enak 60 minit ini?
Berkeringat kusandarkan badan
mata mula mengantuk.
Kuhitung jari jemari dan kerut dahi
Perut ini keroncongan
akhirnya mulut ini tertawa.
60 menit tetap seperti ini
hanya badan dan emosi ini sendiri.
perasaan ini sakit hati ini.
Bualan ini dan impian ini.
wajah selama 60 menit
bayanganmu selama 60 menit
Ini sangat nyata semuanya
hanya untuk 60 menit ini.
kutawarkan lagi ternyata
60 menit ini indah,
sepi dan lanjutkan hidup.

 
Oleh: Haji Khali
sajak simbolik/24 September 2011 1:04 AM
 
 
 

30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

Tuan Haji Khali bersama sajaknya yang bertajuk: 60 MINIT. Agak melucukan, tetapi punya maana dan simbolik yang tersendiri. Pengucapannya agak biasa bagaikan ada unsur glamour , Tetapi mesejnya yang perlu diperhatikan. Usia 60an ini satu bonus buat mereka yang bernasib baik diberi atau dikurniakan oleh Allah swt. Mungkin kehidupan diakhirat lebih panjang berbanding kehidupan di dunia ini, maka 60 tahun rasanya sama 60 minit kebarangkalian. Apa pun hati dan perasaan tidak pernah tua dan Masih berkata aku baru semalam datang sebagaimana mimpi semalam. Kekadang lebih berani mencabar keadaan luar biasa . Cuma andaian . Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Geletek Petang berkata...

ISU TERKINI:

Kalau ada kaki tangan kerajaan pusat atau yg pencen yg makan gaji tetapi meyokong pembangkang tanpa tidak ikhlas bekerja . tidak ada reda meredai antara satu sama yg lain, Nilailah balik gaji yang anda terima, untuk bagi makan anak isteri, halal ke haram? Bagaimana dengan rumah tangga anda. lu fikir sendiri bukan semua, segelenternya


Angka sumber JAKIM mengatakan (kosmo hari ini ms3) Selangor , Kelantan dan kedah.jumlah angka percerian paling tinggi negeri di
antara 14 buah negeri dalam malaysia. Kecualai Pulau Pinang , sebab ketua menteri China tak mudah bercerai, tapi cerita
arbok memang banyak. mungkin tidak di war2kan.

Bersambung.

Jalil Janggut berkata...

ingatkan cerita apa 60minit ni? hahaha

Qalam Musoffa berkata...

ingatkan masa berdetik 60minit?

Sulaiman Embong berkata...

la.. rupanya umur 60minit ni ingatkan filem ke?

Haji Khali berkata...

simbolik jgk sajak ni

Zainal arifin berkata...

vijay kumar boleh la dia menang sajak org

Raju Linggam berkata...

menyesal aku x baik2 dgn utaya hari tu

Lukiee berkata...

untung la vijay kumar utaya bantu dia

Pendekar Waja berkata...

hebat jgk sajak utaya ni

Saizul Maizav berkata...

aik! 60minit umur ke?

Mozaire berkata...

kali ni xde cerpen plak ke?

Tok Mahat berkata...

cerpen mne xde ke?

Orang Lama berkata...

sajak je cerpen xde plak kali ni

Haji Hamdan berkata...

SEPI MEMBIRU

Mentari tenggelam burung camar
hilang di balik awan
Hembusan sang bayu mengalun sendu
Seindah cipta pesona malam
Hati Biru jadi beku
Ragu dan Ungu memburu bisu
Kususun satu per satu rinduku
tercecer di antara angkuh
Kini ku sendiri di atas perahu
Sepi membiru menantimu.

Haji Hamdan
sajak simbolik

Raju LInggam berkata...

MAKIN MAJU MAKIN TERUK

lihat negara kita tinggi menggunung
kian menggapai awan
maju di segenap lapangan dan bidang
tiada perlu dipertikai
namun dari celah kemodenan itu
terbit bencana kecil
makin lama makin merebak
peningkan kepala sesakkan fikiran
serius meruncing
kerana banyak bayi terbuang
sesak rosak sesat merencat
mana agaknya punca silap
apakah salah guru di sekolah
atau salah ibu bapa di rumah
semua tudingkan jari cari silap
silap sendiri tiada diakui
siapa yang salah agaknya
kembalilah ke titik asal
selami kembali hakikat

Raju LInggam
sajak isu semasa

Teksi Manaf berkata...

AKHIRNYA

akhirnya bersandar
dalam redupnya bayang hidup
berulir sedikit air mata
saat menunduk dan meminta
bukan itu diharap dahulu
namun hanya ini yang dapat pertahankan hidup sesaat
lepaskan segala resah
berkaca buram tatapan matanya
selalu sendiri sepertinya

Teksi Manaf
sajak terkenang nasib diri

Ustaz Muda berkata...

DETAK JANTUNG

Detak jantungku berat berdentum
di telinga mengusik
sepi hati tak terkira
Menghitung hembusan udara kotor
berlalu di dada yang rata
Aku tahu diri ini tak kuasa lagi
berjalan dengan putaran dunia

Ustaz Muda
sajak ketika terlantar di hospital akibat sesak nafas semasa hari raya dahulu

Karim Ghani berkata...

PASANG IMPIAN

sebuah pagiku bersama sebentuk asli
warna merah seperti musim dingin
mengugurkan bunga-bunga
seperti kerinduan ini akan bersemi,
karena walau dari mimpi dan sudut keinginan bawa bisikanku terbang,
singgahkanlah tempat yang jauh.
agar dapat bersembunyi
dari pagi yang sesak
terbanglah dan marilah
kita pasang impian kita sendiri

Karim Ghani
sajak semangat

Gurmit Singh berkata...

PELACUR MELACUR

pelacur yang melacur tinggal
di tepi dibatas kota
semua para manusia melihatnya
sebagai kucing laparkan tikus
mencemarkan peradaban mereka
Di dalam hukum positif
tempat kita bukan situ
Jadi kamu semua kena tahu
cara seketika untuk mebanterasnya
Dengan sajak ini bolehkan aku menyusun keringatku dingin
untuk menghalang kerosakan ini

Gurmit SIngh
sajak apabila melihat kegiatan pelacuran di tempat sy menjadi2

Roy Rashid berkata...

KEHIDUPAN SELEPAS HUJAN

Selalu ada pelangi setelah hujan,
Awan selalu kembali cerah,
Pekerja kembali memenuhi jalanan.
Hujan ternyata bukan untukselamanya
Kadang memang panjang,
Kadang teramat panjang.
Tapi semua itu kembali normal,
Masih ada kehidupan setelah hujan…

Roy Rashid
sajak dpt idea baca sajak mona

Tok Mahat berkata...

MEMBUNGKAM DALAM HATI

dalam gelap terperangkap kalut
suara hujan kilat
membungkam dalam hati
bagaimana aku bisa pergi
jika langkah terpasung sepi
tak mahu aku kembali izinkan aku
pergi ke sudut yang paling jauh

Tok Mahat
sajak terkenang

Qalam Mutiara berkata...

PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011

Sajak Tuan Haji Hamdam orang lama bertajuk SEPI YANG MENGHARUBIRI. Pengucapannya Ada rasa simbolik pada kisah kenanglama , sehingga kini terbawa –bawa dan tersa pula akan kesepian itu bagaikan membelenggu dan mengharubiru kan benak hatinya.Sajak ini kami penda Sadikit untuk member lebih kekuatan daya kereatif dan puitisnya.Sajak ini boleh ditafsirkan dengan berbagai andaian tersendiri, Justeruitu layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011

Sdra Raju Linggam dengan sajaknya bertajuk MAKIN MAJU MAKIN TERUK. Pengucapnya Bersahaja dan ada sinis tentang isu semasa, Ada kemapuan menjadi seorang penulis terutamanya rencana memang menarik. Tetapi kalau dapat ilham ini kepada utaya mungkin dia susun lebin Menarik lagi sebagai sebuah puisi. Apa pun syabas Raju Linggam ada citarasa atau perehatin pada isu semasa, benar apa yang diperekatakan.Tapi kerasa kali ini sajak anda berdepan dengan 4 orang persaingan hebat kerana lebih kreatif dan puitis sajak anda jatuh no enam dan terpaksa berhenti disini. Harap maaf , usaha lagi lain kali. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011

Sajak terkenang nasib diri sdra Teksi Manaf bertajuk: AKHIRNYA . Pengucapannya ada sadikit pembetulan namun, tidak mengubah isi cerita asalnya. Penceritaanya mungkin peribadi agaknya.namun apa pun berkat kesabaran dan usaha tanpa henti , semoga bajet 2011 ini ada sadikit memberi ruang untuk menafas bersama sisa-sisa hidup yang dahulu sering diamuk rasa resah gelisah. Kini semoga dapat bersandar dibawah bayangan redup kehidupan. Amin. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011

Ustaz muda dengan sajak DEGUP JANTUGKU . Pengucapannya rengkas namun ada sadikit pembetulan agar lebih menyakinkan buat khalayak menatapinya. Asalkan isi ceritanya tidak lari dari maksud asal, Penceritaannya mudah bila kita sakit terasa segalanya tidak indah lagi, berbagai andain datang mengejek dan mempersedakan kita , jika ada kesilapan. Itulah notis tuhan yang perlu nilai muhasabah diri. Apa pun jika anda ada penyakit asma berhenti dulu main love dengan isteri, nanti bertambah semput. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


Cikgu Karim Ghani selalu saja tersangkut dengan sajak bertajuk PASANG SEMANGAT. Pengucapannya bagai bertabur, jika dapat disajikan dengan rapid an tersusun, pasti lebih mantap dan boleh dingakat untuk sayembara seterusnyanya. Tetapi tema yang baik, isi penyampaiannya Agak longer dan penutupnya juga kurang menyakinkan. Semanagat yang diharapkan juga bagaikan lari dari cerita. Apa pun kerana sajak anda berdepan dengan 4 orang persaingan hebat kerana lebih kreatif dan puitis sajak anda terpaksa berhenti disini. Harap maaf , usaha lagi lain kali. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011

Sdra Gurmit Sing dengan sajak pusingan kedua bertajuk PELACUR MELACUR. Agak sinis juga pengucapannya walaupun cerita biasa buat orang kota, tetapi berani mencari bahan untuk penulisan Syabas ! anda ada kemapuannya.Penceritaannya isu semasa yang hangat tidak pernah sejuk menghiasi malam kotaraya, tema ini sama dengan Raju Linggam . Walau bagaimana pun anda perlu lagi berjinak dengan banyak membaca puisi orang lain untuk lebih berkeyakinan untuk diketengahkan sebagai puisi yang sama tarafnya dengan utaya sangkar. Nasib kurang baik sajak anda berdepan dengan 4 orang persaingan hebat kerana lebih kreatif dan puitis sajak anda jatuh no tujuh dan terpaksa berhenti disini. Harap maaf , usaha lagi lain kali. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011

Sdra Roy Rasid Berjaya ke pusingan ke dua dengan sajaknya bertajuk KEHIDUPAN SELEPAS HUJAN. Pengucapannya menarik walaupun ilhamnya dating dari membaca sajak orang lain. Apa pun syabas! Kerana boleh menghasilkan satu sajak yang lain. Walaupun isi dan mesej yang hendak disampaikan sama. Cuma CUACAoleh Mona ada berbagai andain dan sajak yang baik punya tafsiran dan andaian. Nasib kurang baik sajak anda berdepan dengan 4 orang persaingan hebat kerana lebih kreatif dan puitis sajak anda jatuh no lima dan terpaksa berhenti disini. Harap maaf , usaha lagi lain kali. (TK

Qalam Mutiara berkata...

PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


Kini Tok Mahat dengan sajak kenangannya bertajuk: MEMBUNGKAM DALAM HATI Pengucapannnya bagaikan ada sesuatu yang masih membungkam dalam hgatinya, bagaikan cerita yang tidak sudah atau belum selesai, masih ada yang kurang menyenangkan cerita lama yang tersimpan. Sesekali terasa jika keadaan mengizinkan.ingin membawa diri biar jauh dari kekalutan hidup yang menyakitkan. Ada sadikit pembetulan untuk lebih kreatif dan puitis. Layang untuk sayembara seterusnya (SM)