Ahad, 9 Oktober 2011

SURAT (SM)

 

 sajak 16 orang menang bersama


Kutulis surat ini kala hujan gerimis
bergetar bunyi ghaib, angin menerjah
hati mengeluh dan mendesah keadaan
Di kala  langit sedang menangis
bagai dua anak nakal jenaka manis
menggetarkan kaki hujan runcing
menyentuhkan hujung jarinya di bumi,
mejadikan kaki-kaki cinta tetap tegas
bagaikan  logam berat gemerlapan
bisa menempuh ke muka hadapan
Pastinya kini  tidak mungkin diundurkan kembali.


Oleh: Jengking Perak
pinjam sajak pak lang buat kali kedua/26 September 2011 4:28 
 hadiah tajaan tuan haji dan rakan2nya



30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011
Sdra Jengking Perak sama juga dengan Gelora Maya, Vijay Kumar mengunakan sajak orang lain kenalan terdekat kebarangkalian. Mengutarakan sajak. Kerana kealian di blog ini telah disekat kerana keraguan ahli blog Cr. Maka sajak oarng luar boleh dikemukankan melalui nama ahlinya. Tetapi kena beri tahu nama penulisnya, agar tidak digelar palagiat. Secara jujur kami terima.jika sajaknya bermutu dan kreatif.


Jengkin Perak bertajuk: SURAT Pengucapannya agak mengelirukan,buat orang biasa, tajuknya mudah, tema juga mudah, walaupun tidak disisipkan sadikit kenyataan. Penceritaannya mungkin pengiriman surat atau lambaran yang ditujukan khas untuk sesuatu. Berbagai andain mungkin kebarangkalian, untuk kekasih, pihak tertentu dan seadanya. Umum. Bagaikan daalm delema situasi yang berat dan tegang , surat ini terpaksa diutusankan, tidak mungkin dibatalkan atau tarik balik. Begitulah maksudnya Apa pun diberi keutamaan untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam. 28 September 2011 6:39 AM

Datin Hajjah berkata...

LANGIT BERGANTI

Mungkin sekarang memang waktunya berganti musim didahului langit udara hitam kelam ketinggalan
Manusia dengan sejuta kegagahannya,
Menjadi takberarti disaathanya diam
Banyak memori berloncatan
Sejuta kenangan yang
Memenuhi seluruh isi Kepala.

Datin Hajjah
sajak kebingunggan

Si Kecil berkata...

TAK ADA YANG ABADI

biarkan mentari bernyanyi
biarkan ia menari dalam kalut kabut
pekat bersemayam dalam lubuk hati
agar tak ada ruang kosong dihati
pedih kobarkan jiwa
sedikit kata menjadi lara
sedikit waktu menjadi abad
teduhnya malam menjadi siang
tak ada yang abadi

Si Kecil
sajak simbolik

Tasya Humairah berkata...

TUNGGU BEKU

masih kita tunggutelah lama membeku
kerana yang terakhir
pun sudah berlalu itu
loncengpun mulai kehilangan talu
musim-musim merayap tanpa waktu
akankah kitapun memudar
seperti bunga ditinggalkan warna
siang yang kehilangan cahaya
menari dalam sunyi membisu
dibawah tatap mat
kuingin menjadi debu dalam nadimu
menggetarkan setiap detak jantungmu

Tasya Humairah
sajak simbolik

Faezawatie berkata...

KALAU BUKAN MILIKU

kalau bukan milikku apa harus kulakukan untuk miliki ini?
Adakah aku memiliki hak
atas sesuatu bukan milikku?
Mengapa hatiku terasa berat, ketika titipan diminta kembali
Ketika diminta kembali,
kusebut itu sebagai musibah ujian, kusebut sebagai petaka
panggilan apa saja
melukiskan bahwa itu adalah derita

Faezawtie
sajak jiwa2

MOna berkata...

KESULTANAN MELAYU DI MELAKA?

pernah aku dengar dan baca
melayu bertapak di melaka
ku cuba mencari sulur teliti usul
tiada jumpa manapergi warisanmelayu
rumah melayu,keris dantombak
kesultanan melayu asal di melaka
ku cuba teliti lagi
mana pergi istana keagungan
jika benar di sini titiknya
mana singgahsana agungnya
tiada jua kujumpa dam ku dengar
melaka empayar islam terbesar
mana pergi masjidnya
mana hilang semua itu
apakah itu semua dongeng
kerana yang aku jumpa cuma
tugu A Famosa dan kapal Portugis
mana melayu,kesultanannya dan islam
mungkin di perut buminya
mahu sahaja kugali seluruh melaka
mencari seribu erti…

Mona
sajak ketika melawat tempat bersejarah di melaka

Datin maimun berkata...

BAJET 2012

apa yang tersirat tersurat
itu kita semua menanti
apakah ada pembaharua? kepuasan
aatau ketidakpuasannamun yang pasti
semuanya pasti untuk kita
untuk negara kita seluruh warganya
terima apa jua jika untuk kebaikan
harus kita terima
walaupun pahit untuk ditelan
namun tetap jua ditelan
jika pahit kita dapat
pahit itulah ubatnya
jika manis kita dapat
manis itulah madunya
tak sabar menanti di jumaat ini…

Datin maimun
sajak isu semasa

Ummu Akilah berkata...

MERPATI TERBANG

Ada burung merpati melayang
Adakah desingnya kau dengar
Ke daun telingaku memberi jentikan
Ke ulu hatiku ngilu tertikam cobaan
Di jantung musibah bersimbah darah
Di cabang tangkai paru-paruku,
mencekik nafasku tapi
apakah sah sudah
Ada burung merpati melayang
Adakah desingnya kau dengarsekarang

Ummu akilah
sajak pak sedara sy pun tak tahu pasal apa sy tau pinjam jer.. hehe

Nurse Lisa berkata...

TERKONGKONG

Dalam ruangn ini aku terkongkong
Dengan darah yang mulai mengering
jariku terkelupas mulai menganga
mencari jalan keluar dari derita
Ku telantarkan diri ini sudah lama
rasanya muak terus saja terpelihara
Kuingin seorang tahu dan mahu tahu
Dan dari kamu aku ingin rasa ini tahu

Nurse Lisa
sajak mengenas nasib diri

Tinta Azimad berkata...

En nuru ada kacukan jawanis agaknya,
baca dalam catatan biodata asal usul
nya. Papak selangor mak kedah, ayah
bugis mak jawa .

Sebelah bapa orang seni , sebelah mak ini orang kuat beragama agaknya.

Qalam Mutiara

Qalam Mutiara berkata...

SAMSAYEMBARA PUISI CINTA RASA BERSAMA SAHABAT DAN P/BLOG OKTOBER 2011
Sdri Nurse Lisa dengan sajak bertajuk:TERKONGKONG Pengucapannya semacam ada jiwa2 juga mengenang nasib dirinya yang mungkin dikonkong pergerakannya oleh adat, agama atau keluarga, nampaknya.Justeruitu dirinya kini terasa bagai tidak bebas dan ingin memekek pada dunia ingin mengkhabarkan akan cerita derita yang dihadapinya. Kerana ada persaingan hebat Maaf cuma disini saja, sajak anda terpaksa berhenti usaha lagi lain kali.(TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAMSAYEMBARA PUISI CINTA RASA BERSAMA SAHABAT DAN P/BLOG OKTOBER 2011

Sdri Ummu Akilah dengan sajak bapa saudaranya beretajuk: MEREPARTI TERBANG. Tema tidak dinyatakan mungkin simbolik pada sesuatu keadaan agaknya. Apa pun Pengucapannya terasa ada berbagai andain ingin diceritakan. Mungkin penhijrahan anak gadis dari desa ke kota. Atau mungkin ada pergerakan satu komplot yang ingin merancangkan sesuatu yang luar biasa, tetapi belum pasti berjaya atau sebaliknya. Buat masa ini tiada siapa tahu dan belum pasti ada kejayaannya Terasa ada berbau pergerakan senyap politik pula.. Apa pun layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAMSAYEMBARA PUISI CINTA RASA BERSAMA SAHABAT DAN P/BLOG OKTOBER 2011

Sajak Datin Maimun dengan BAJET 2012. Pembicaraannya dengan penuh harap agar sesuatu yang baik akan berlaku pada bajet yang akan dibentangkan (sajak ini mungkin sebelum bajet) Apa saja yang dinyata kita kita terpaksa terima mengikut keadaan dan kemampuan pihak pemnerentah. Baik atau sebaliknya kita terima, sebagai pil atau ubat keramat, jika pahit atau manis kena kena telan jua. Tetapi sesiapa tidak menduga bajet berani daripada PM kita , hasilnya Semua rakyat akan dapat merasinya nekmat kurniaan Allah pada negara kita. Amin. Layak untuk seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAMSAYEMBARA PUISI CINTA RASA BERSAMA SAHABAT DAN P/BLOG OKTOBER 2011

Sajak Mona kali ini agak berlainan sadikit dengan tajuk KESULTANAN MELAYU DI MELAKA. Pengucapannya penuh tanda tanya. Mungkin bukan orang tempatan agakanya. Apapun begitulah sejarah dan perubahan zaman, dahulunya kalau di asia barat atau timur tengah dikatakan kering kontang, kini telah dipenuhi tumbuhan menghijau. Teremasuk kampong kita sendiri peluhan tahun telah banyak berubah malam keadaan lama ditelan zaman, semuanya benda baru dan baharu tidak kekal, kecualai ada pemeliharaan dengan rapi. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAMSAYEMBARA PUISI CINTA RASA BERSAMA SAHABAT DAN P/BLOG OKTOBER 2011

Sajak sdri Faezawatie bertajuk: KALAU BUKAN MILIKKU. Pengucapannya mengambarkan ada sesuatu yang tidak kena dalam perjalanan hidupnya. Terasa dia bagai dalam delima atau berbelah bagi dalam hati, terasa bagaikan merampas hak yang bukan kepunyaannya. Sajak tema jiwa2 terlalu biasa. selalunya begitu. Ada orang berkasih dengan orang lain, bertunang pula dengan orang lain berkhawin pula dengan orang lain, dapat anak pula dengan orang lain. Seorang artis wanita Malaysia telah pun berlaku, Kerana ada persaingan hebat .Maaf cuma disini saja sajak anda terpaksa berhenti usaha lagi lain kali. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAMSAYEMBARA PUISI CINTA RASA BERSAMA SAHABAT DAN P/BLOG OKTOBER 2011

Sdri Tasya Mumairah dengan sajak TUNGGU BEKU . Pengucapannya agak menarik , tetapi tema tidak dinyatakan sepenuhnya. Penceritaannya masih berlegar dan berbau tema perasaan dan jiwa2 juga rasanya. Terasa begitu kecewa dan kerana terlalu lama menunggu bagaikan buah tidak jatuh.kaki lenguh lutut semput.Begitulah angkara menanti sehingga air pun boleh menjadi beku namun si dia semacam buat tidak kiusah pula. Kerana ada persaingan hebat .Maaf cuma disini saja sajak anda terpaksa berhenti, usaha lagi lain kali. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAMSAYEMBARA PUISI CINTA RASA BERSAMA SAHABAT DAN P/BLOG OKTOBER 2011

Sajak si Kecil bertajuk: TAK ADA YANG ABADI. Pengucapannya menarik tema rasa semacam kekecewaan dan berbau perasaan jiwa2 juga.Penceritaaannya tidak akan mengharapkan sesuatu Lagi pada apa yang telah dikorbankan, jika pembalasannya dengan rasa kekecewaan , justeru itu cuma menyerahkan diri pada yang maha esa, Bahawa apa saja yang berlaku telah terjadi itu tidak akan kekal dan abadi, Cuma sebaiknya menyerah diri kepaNya. Kerana ada persaingan hebat .Maaf cuma disini saja sajak anda terpaksa berhenti, usaha lagi lain kali. (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAMSAYEMBARA PUISI CINTA RASA BERSAMA SAHABAT DAN P/BLOG OKTOBER 2011

Sajak Datin Hajjah dengan tajuk LANGIT BERGANTI . Pengucapan perlu membaca berulang kali untuk menangkap maksudnya. Temanya kebingunggan atau kerisauan pada sesuatu keadaan. Walaupun dikira sebagai satu khayalan, tetapi itulah maksudnya . ramai manusia yang mungkin banyak menyimpan memori yang berjuta kenangan penuh sarat hingga membebankan kepala, cerita baik atau sebaliknya mungkin ada pengajaran .jadi perlukah didedah, dalam keadaan dunia serba cangih ini,jika dibiarkan begitu saja amat merugikan. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Tanpa Nama berkata...

htrhtrhtrh

Tanpa Nama berkata...

erher4334t34t

Raja Muda berkata...

surat cinta ke jengking perak?

Zainal Arifin berkata...

surat bantahan ke ni?

Jeffry berkata...

surat nak hntr kt sapa plak ni?

Naga Samudera berkata...

tinggi jgk sajak jengking perak ni

Pak Kassim berkata...

semua pakai sajak org yg menang skrg ni

Kembara BUdiman berkata...

cerpen xde ke?

Salina berkata...

mne cerpen dh hbis ke?

Tetamu Malam berkata...

cerpen xde boring la plak?

Nur Atikah berkata...

hrp2 tanpa nama x msuk kali ni

Jalal Rafzee berkata...

acerpen mne? xde ke?