Jumaat, 21 Oktober 2011

SENGATAN MATAHARI(SM)




salah seorang 16 pemenang bersama Cr

desir angin tak lagi menyentak
mengugurkan tegaknya susuk
dalam deraan panas padang sawah
bunga gugur ke tanah kering
menggelepar sebagai sebuahkerinduan
kepada tanah selalu menjanjikan
tunas bagi biji-biji yang terpilih
untuk tegak sebagai pohon baru.
Jika ini sebuah monolog
terimalah sebagailambangtak terperi
sesuatu alur kehidupan selalu Diantara tanah kering
dan sengatan panas matahari
engkau relakan sebuah hidup,
untuk kehidupan yang lebih besar

 
Oleh: Gelora Maya
sajak ni bukan sy punya sajak profesor sy kat indon 
dia selalu tgk blog ni tp xpdt nk masuk jd dia guna sy utk hntr sajak dia
/21 September 2011 11:17 PM






30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN KE2. CR. DINATARA SAHABAT DAN P/BLOG BULAN SEMTEMBER 2011

Sdra Gelora maya dengan sajak gurunya seorang profesor tanah seberang kebarangkalian. Bertajuk: SENGATAN MATAHARI.Pengucapannya agak menarik dan pembicaraannyanya mengingatkan kita pada satu amanat atau pesannan dalam roda kehidupan ini , carilah yang terbaik, agar kita meninggalkan sesuatu yang memberi mamfaat buat genarasi yang tinggal, agar satu kehidupan yang lenbih besar boleh dibanggakan di kemudian hari. Aapa pun puisinya boleh diangkat untuk layakmenyertai sayembara seterusnya (SM)

Ustaz Rahman berkata...

sajak ni ke dpt no 1?

Orang Lama berkata...

org indon mmg sajak dorg puitis dia tinggi

Petualang Tiga berkata...

cerdik pnya gelora maya dia minta tolong org?

Muhamad Rabbi berkata...

sajak psl apa ni gelora maya?

Dam Catur berkata...

mmg puitis giler la sajak prof ko ni gelora

Salina berkata...

mmg layak pun gelora menang

Warga emas berkata...

cerpen dh hbis ke?

Geletek Malam berkata...

mne cerpen ni?

En Sanusi berkata...

mne cerpen en nuri xde ke?

Tanpa Nama berkata...

rththrth

Tanpa Nama berkata...

tyjthyt5re54

Tanpa Nama berkata...

ertehdrhdfh

Jalal Rafzee berkata...

KUMPULAN A

1 Sayembara Muzik
2 nuri jaguh
3 ustaz Omar Sharif
4 Tuan Haji Abkam
5 haji hamdan
6 ustaz muda
7 teksi manaf
8 tok mahat


KUMPULAN B

1 ummu akilah
2 Dang anum
3 mona
4 datin hajjah
5 ustazah janariah
6 tuna Tatiati
7 datin maimun
8 dewi sageenta

Ustaz Omar Sharif berkata...

SUJUD KEPADA YA RABBI

Suara suara binatang malam
tak mengusarku khusyukku
mencari arti hidup
saat nur Ilahi kian meredup
Hidup mencari mati
jangan bergelimang harta dalam peti
Terbang di atas derita dalam jiwa
Lalu melayang kecewa
Bersujud kepada Ya Rabbi

Ustaz Omar Sharif
sajak ketuhanan

Tuan Haji Abkam berkata...

KU HARAP NUR ITU

Kuharap nur itu
ikuti jiwaku yang telah gugur
Biar binasa tak hanya bawa dosa
Menggila dalam liang lahad
Terkubur bersama beribu subahat
Dalam agama menjadi jahil
Dalam harta nyawa terlebih bakhil
Genggam hatiku dalam DinMu
Sertakan ragaku dalam rencanaMu
Jadikan hamba manusia penuh syukur
Tundukan jiwa bersujud tersungkur
Biar kugali kemenangan
beri hamba dari fitnah
tak kunjung reda
Berilah hamba kesempatan;
Tunjukilah jalan kebaikan;

Tuan Haji Abkam
sajak simbolik sinis

Haji Hamdan berkata...

KASIHAN RAJAWALI

Angin sepoi-sepoi berlalu
dari kepakan sayap rajawali
dibalik awan putih pudar
pada birunya langit
kilau cahaya mentari.
Rajawali memekik di angkasa,
menyapa tebing dan bukit-bukit
bagai sapaan kemanusiaan kini sepi,
terasing dan dilupakan orang.
kasihan si rajawali

Haji Hamdan
sajak sinis

Nuri Jaguh berkata...

TERSEDAR

Tersedar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu kembali
dalam dekap tanganmu
Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaa kesalahanku

Nuri Jaguh
sajak kekesalan

Ustaz MUda berkata...

LARI KE SEBERANG

termenung sendirian di dalam gelap dihujung ujung jalan tidak jelas, seperti peronda yang kesepian
Dari arah belakang
muncul seorang pengarang
yang kehilangan jejak tokoh cerita
yang belum selesai ditulisnya.
Kucari dari tadi
ternyata sedang melamun di sini daripada harus pulang,
ia pilih lari ke seberang.

Ustaz Muda
sajak ni bukan sy pnya bapak mertua yg punya dia teringin nk sumbang sajak

Bos Kacak berkata...

MENCARI CAHAYA

aku cuba untuk menggapai matahari
supaya hidupku terang disini
aku gagahi untuk mendaki waktu
tapi ia makin lama
makin tegar untuk berhenti
aku cuba pula mengintai bulan
walau diselimuti kabut
menyuluh api dalam badai
mencari secebis cahaya terang
walau ku semakin tahu
hidupku akan berakhir
tanpa sebarang cahaya pencerahan

Sayembara Muzik
sajak tentang diri sendiri

Teksi Manaf berkata...

MENTARI MALU BERSINAR?

malam ini ketika mentari
malu untuk keluar bersinar
melalui terpaan angin dingin
melalui titik-titik embun basah
aku berjalan menghampiri
saat semua mulai berkeluh kesah
meratapi hidup yang hilang arah
aku tetap sabar menanti

Teksi Manaf
sajak simbolik

Tok Mahat berkata...

AROMA BAU ANGIN

masihkah ada lagi tersimpan
aroma bau angin kuhirup kemarin
ketika menyembunyikan airmata
pandang mengayunkan langkah kaki
berkejaran dengan kepekatan senja.
Lembayung merah membayang,
lesu, getir dan sunyi menerbangkan
kepak-kepak kepenatan.

Tok mahat
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011

Sdra Ustaz Omar Sharif nama sama dengan pelakon filem mesir yang terkenal sikit masa dahulu. Kini ustaz dengan sajaknya SUJUD KEPAMU YA RABBI. Pengucapannya menarik, tema ketuhanan , mungkin kisah ibadat malam dengan pasrah kepada Aallah swt. Biar pun dunia penuh dengan kekalutan dan kebisingan, hanya dihujung malamlah tempat kita berbicara atau berbisik dengan menyerah segala-gala kepadaNya . Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


Tuan haji Abkam dengan tema keinsafan disebalik simbolik sinisnya. Bewrtajuk KUHARAP NURMU ITU. Pengucapannya (bentuk penulisan sajak) juga menarik walaupun tidak begitu ditekan tentang puitisnya.Pembicaraan juga semacam pasrah tetapi ada sinis juga buat mereka yang lalai dan lupa yang hidup ini akan gagal jika tidak mendapat nur atau cahaya atau pertunjuk dari Ilahi. Pangkat dan kekayaan juga tidak berguna jika setelah mati masih bergelut pula diliang lahat, Apa yang penting bersyukur dan meredhai apa yang telah diberi oleh Allah swt. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Tanpa Nama berkata...

PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011

Tuan Haji Hamdan dengan sajak bersiri tentang rajawali kini dengan tajuk KASIHAN RAJAWALI.(mereka yg bersubahat di akhirat akan berjalan kapala ke bawah di padang masyar)Pengucapannya juga simbolik dan bercampur sinis tajam pada isu semasa berbau politik tanah air. Ternyata kini himpitannya kian menebal suara memekek reformasi pun sudah sumbang, kerana rakyat sudah dapat menghidu bau yang sebebarnya dimana rajawali ini bermain sandiwara. Dimahkamah engan mengakat sumpah bela diri, sumpah laknat jauh sekali. Janji bonus 6 ribu setahun pun omong kosong buat lagi janji 200 ratus billion bajet 2011 dengan poket kosong. Apa pun rakyat sudah mengerti cakap x serupa bikin. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Qalam Mutiara berkata...

PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


Sdra Nuri Jaguh dengan sajaknya bertajuk TERSEDAR. Pengucapannya bagaikan terjaga dari
Mimpi panjang. Satu cerita keinsafan nampaknya kurang pasti pada kekesalan apa kerana kisah cinta atau selainnya. Semuannya bagai diakui sendiri oleh si penulis dia merasakan kekesalan. Sajak menarik tetapi terpaksa bersaing dengan 4 sajak yang lain lebih mencabar hati pembaca.
Harap maaf dan usaha lagi lain kali . apa pun thaniah jika anda salah seorang yang dikategori
16 ke fenal sayembara oktober ini (TK)

Qalam Mutiara berkata...

PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


Sdra. Ustaz Muda kali sajak kepunyaan bapak mertuanya baik punya menantu. Sajaknya bertajuk: LARI KE SEBERANG. Pengucapannya juga menarik munkin kisah peribadi agaknya dengan apa yang telah berlaku. Mungkin mengambil jalan berhijrah untuk mencari sinar kejayaan, setelah lama berfikir dan mencari jalan untuk meninggal kampong halaman lari ke seberang. Agaknya. Kini bagaimana? Kerinduan pula mula menyerang di benak hati untuk mengjenguk ke kampong halaman. tetapi anda terpaksa bersaing dengan 4 sajak yang lain lebih mencabar hati pembaca. Harap maaf dan usaha lagi lain kali . apa pun thaniah jika anda salah seorang yang dikategori 16 ke fenal sayembara oktober ini (TK)

Qalam Mutiara berkata...

PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


Terima kasih Bos Kacak membantu sahabat seperjuagan nya yang telah meninggalkan alam fana ini Dengan mengetengahkan sajak allahharham sayembara muzik hingga ke fenal barangkali layak untuk dapat rm550 daripada Ispektor Halim yang bermurah hati keluar zakat atau dermanya kepada 14 siapa saja yang layak. Sajak bertajuk: MENCARI CAHAYA. Ternyata pengucapannya amat menyanyat hati, terasa seolah-olah allahyarham telah tahu masa dan saatnya dia akan peregi tanpa mendapat bantuan dari cahaya matahari dan bulan yang kabutr.Kasihan dia begitu mengharap cahaya dalam badai yang tidak mengapai. Layak untuk sayembara seterusnya Al Fatihah.buat aruah. (SM)

Qalam Mutiara berkata...

PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


Sdra Teksi Manaf dengan sajak penantiannya yang menunggu bagaikan buah belum gugur penuh dengan debar kencang meanti perubahan. KJali bertajuk: MENTARI MALU BERSINAR. Pengucapannya agak bercangah pada kebiasaan tabie alam , kerana mentari mana mungkin terbit atau keluar di waktu malam, kalau keluar pun pasti bulan akan terasa malu dan cemburu.Apa pun
Maksud sajak penuh penantian dan mengharap satu sinar mengubah corak kehidupan yang lama dimamah derita Apa pun tidak kira bulan atau mentari kerana mereka keduanya penguna teksi. tetapi anda terpaksa bersaing dengan 4 sajak yang lain lebih mencabar hati pembaca. Harap maaf dan usaha lagi lain kali . apa pun thaniah jika anda salah seorang yang dikategori 16 ke fenal sayembara oktober ini (TK)

Qalam Mutiara berkata...

PUSINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI CITRASA AHLI/ @ P/BLOG OKTOBER 2011


Tok Mahat dengan sajak memorinya bertajuk AROMA BAU ANGIN. Pengucapannya agak menarik juga, tetapi masih mengetengahkan kisah silam. Sewaktu zaman muda belia dahulu agaknya. Sehingga kini perjalan melewati hujung senja sering menganggu gugat ketenangan jiwa yang penat meniti kehidupan . Apa pun kerana anda terpaksa bersaing dengan 4 sajak yang lain lebih mencabar hati pembaca. Harap maaf dan usaha lagi lain kali . apa pun thaniah jika anda salah seorang yang dikategori 16 ke fenal sayembara oktober ini (TK)