Sabtu, 23 September 2017

DUNIA TEMPAT BUANGAN SAHAJA



DUNIA TEMPAT BUANGAN SAHAJA 

Telah pun kita ketahui
Adam dicampakkan ke dunia fana
Disebabkan kesalahan melanggar perentah
Sedangkan syurga itu tempat yang aman dan damai
Kini dunia sebagai tempat penyeksaan dan hukuman sementara
Setelah ada keinsapan dan penyesalan baru kita di kembalikan semula ke syurga.

Jadi janganlah kita leka
Hidup di dunia ini cuma sementara
Menjadikan  dunia tempat bermain dan hiburan
Sedangkan kita dalam ujian menjalani hukuman kesalahan
Jika kita tidak ada keinsapan dan persediaan untuk kembali semula
Setelah dijemput kembali barulah kita tersedar dari mimpi dunia ini fatamargana.

Alam yang kekal akhirat
Di sini kita bagaikan pendatang saja
Untuk menjalani hukuman dan ujian penilaian
Sama ada kita di dunia ini hidup mewah atau sebaliknya
Semuanya adalah ujian Allah SWT untuk menilai kita layak ke mana?
Jika kita lupa lalai dan leka pastinya kita gagal untuk di tempatkan ke syurga Nya.

Oleh : Qalam Mutiara
Catatan jam7 .00  petang
Sabtu  Tanggal 4hb  Februari 2017.

DUNIA INI FATAMORGANA TERKUTUK



DUNIA INI FATAMORGANA TERKUTUK 

Alam ini Hologram
Dia perlu memandang tujuan
Apakah perjalanan hidup kita di dunia ini.

Hakikat di dunia ini
Ketahuilah keadaan kalian
Sama seperti makhluk orang yang asing.

Perlulah kita berfikir
Patut memandang dunia ini
Hanya sebagai pendatang buat sementara.

Kita perlulah rindu
Kehidupan asal kita di syurga
Kerana di situlah rumah asal kehidupan kita.

Wahai Adam Diamlah
Di Syurga ini tempat kamu
Semuanya tempat kedamaian tiada kesusahan.

Wahai umat-umatku
Dunia ini penjara bagi kamu
Tempat kamu di uji untuk mendapat keinsafan.

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 7. 00  pagi
Jumaat tanggal 3hb Februari 2017.


ILMU WAHYU



 ILMU WAHYU

Ilmu wahyu
Kita dapat membimbing
Dan mencari hakikat dunia ini
Apakah dunia ini diciptakan untuk apa?
Firman Allah : Dunia ini tempat permain dan suka sahaja.

Melainkan
Orang yang tidak lalai
Apa itu permainan tol atau game
anak-anak kita asyik dalam permainan
Sebenarnya dunia fana ini adala asyik dengan permaianan.

Wahai manusia
Apa sahaja kamu ada
semua permainan dan perlawanan
bagaikan satu kerugian dan mengasyikkan
Bila seorang itu kalah dan kecundang dinamakan game over.

Dunia ini asyik
Hidup kita juga bermimpi
Apa yang kita lalukan dengan bermain
Maka masa kita habis dengan kelalaian saja
Bagai mana jika kita terjaga dari mimpi yang merugikannya.

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 7.20 pagi
Khamis Tanggal 2hb Februari 207.

AL QURAN ITU UBAT

       

 AL QURAN ITU UBAT   
                               
Al Quran itu ubat                                       
Dapat mengubat hati kamu                       
Segala penyakit batin dalam dada           
Dan dapat menenangkan hati dan jiwa kamu
Janganlah lupa membaca dan menhayati isi kandungannya.
                                 
Al Quran ubat keramat
Bagi sesiapa yang mengamal
Membacanya setiap hari pagi dan petang
Akan dapat menyembuhkan dari keresahan hati
Dan segala penyakit hasad dengki besar kepala tinggi diri.

Al Quran itu penawar
Malah sentaja orang Mukmin
Jikalau memahami pengajaran dan hikmah
Mengajar kita dari penyakit hati di dunia fana ini
Agar kita menjadi orang beriman yang di kasihi Allah SWT.

Oleh Qalam Mutiara
Catatan jam 7.40 pagi
Rabu 1hb Februari, 2017. 

SEBELUM MANUSIA DIKENALI


cerita.jpg

SEBELUM MANUSIA DIKENALI 

Sebelum kita dikenali
Keadaan cerita ada manusia
Sebenarnya tidak ada siapa mengenal manusia
Setelah manusia diangkat oleh Allah SWT menjadi Khalifah
Disebabkan mahkluk lain menolak jawatan itu dari tawaran Allah SWT.

Maha suci Allah SWT
Untuk memilik jawatan khalifah
Di muka bumi Allah yang menjadikan makhluk
Semuanya menolak bulan, malaikat, pokok bukit dan gunung
Lantas Allah SWT mengakat  dan melatik setiap manusia menjadi khalifat

Sehingga sampai  kini
Setiap kita daripada Manusia
Adalah menjadi khalifat di bumi Allah SWT ini
Setelah diangkat dan dilantik menjadi Khalifat manusia alpa
Malah manusia mulai merasa hebat  sumbung angkuh sehingga lupa diri.

Oleh : Qalam Mutiara
Catatan jam 5 .30  petang
Selasa Tanggal 31hb Januari 2017.



Khamis, 14 September 2017

GOLONGAN MUNAFIK



siang dan malam.jpg

GOLONGAN MUNAFIK
  
Golongan munafik itu
Akan berkata lain dari niat hati mereka
Selalunya berkata lain dan melakukan sebaliknya
Mereka mengatakan kepda orang Islam saudara saudara mereka
Tetapi dalam hati mereka ingin menyerang tentera Muhamad membatu Yahudi Bani Nader.

Yahudi Bani Nader ini
Sentiasa mencari jalan balas dendam
Bila mereka berjanji tidak akan menunaikannya
Melainkan mereka patut Allah memerentah memerangi kaum ini
Kerana mereka orang munafik dan kapir yang telah rosak iman  untuk menentang agama Islam.

Mereka talam dua muka
Apabila mereka berjanji tidak pula ditepati
Kebanyakan janji dengan orang Islam penuh  dusta
Sebenarnya mereka banyak berpura–pura bagi memaniskan muka
Di hadapan Nabi mereka mengatakan ketaatan mereka, tetapi sebaliknya mereka banyak berdusta.


Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 5.55. pagi
Khamis Tanggal 20hb Julai 2017.


HADAPKAN WAJAH KAMU


bicara.jpg

HADAPKAN WAJAH KAMU

Kita sebenarnya dijadikan bersih
Dijadikan sebaik-baik kejadian dalam kehidupan
Tetapi kita suka lupa dan berlengah-lengah mengikut perentah
Jadi kita perlulah diingatakan dan diulang-ulang untuk Allah mengingatkan.

Insan  mudah lupa dan diingatkan.
Walaupun mereka telah berjanji secara mutlak
Perlu dengar taat dan patuh dan tunduk segala perentah Allah
Ada pesanan seharian, mingguan , bulanan dan tahunan yang perlu diikut.

Tetapi manusia ini mudah lupa ?
Perlulah kita di mutivasikan dalam kehidupan
Sifat kurang keazaman dalam hati dan jiwa kita amat diperlukan
Justeruitu kita perlu ingatkan patuhi segala perentah oleh syareat Allah .

 Oleh Qalam Mutiara,
Catatan jam 5.55 pagi
Khamis Tanggal 20 Julai 2017.

KITA SEBENARNYA


seorang lealki tua.jpg

 KITA SEBENARNYA 

Masa kita sebenarnya
Perlu dibelanjakan untuk menuntut ilmu
Di awal kehidupan kita daripada usia 4 tahun hingga bekerjaya
Zaman ini jangan dipersia-siakan jika ingin menjadi orang yang tidak rugi
Jika kita membuang masa begitu sahaja kerugiannya bukan sedikit bila kita dalam kesebukan.

 Di dalam kehidupan ini
Jikalau kita tidak berilmu buta segalanya
Terutama pekara asas boleh membaca, menulis dan mengira
Semuanya ini bagi kesejahteraan kita menguruskan keperluan seharian
Justeru itu masa kita sewaktu kecil atau usia rumaja perlulah bagi kita menuntut ilmu asas.

Boleh juga kita menuntut
mencari ilmu dari buaian hingga ling lahat
Tetapi bila kita sudah bekerjaya sebuk dengan tugas harian
Masa itu terlalu banyak gangguan dan halangan bagi kita menuntutnya
Maka bagi seorang muslim diingatkan menuntut ilmu itu wajib ke atas lelaki dan perempuan.


Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 6.30 pagi
Ahad tanggal 8hb Julai 2017.

MENGHINA KAUM MUNAFIK


lakonan.jpg


MENGHINA KAUM MUNAFIK

Melakukan sesuatu
Orang beriman juga melakukan
Mencari ketenangan dengan menghukum
Mereka menebang pokok –pokok kurma kaum Bani Nadar
Sedangkan kamu melarang orang membuat kerosakan di muka bumi.

Kerana ada diantara
Orang beriman tidak melakukan
Namun keduanya tidak dikira berdosa pun
Satu cuba mengerunkan kedua ada juga belas kasiahan
Apa yang penting bagi menunjukan perentah Allah jangan dipermainkan.

Bila  orang bertanya
Allah menurunkan ayat jawapan
Sama ada yang menebang atau sebaliknya
Keduanya tidak bersalah dan tidak berdosa bagi mereka
Malah telah  menjadi harta rampasan perang mereka berhak melakukannya.

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 6.55 pagi,
Hari Khamis Tanggal 7 Julai 2017.


NABI MENGUSER BANI NADAR


tahun baru.jpg

NABI MENGUSER BANI NADAR 

Nabi telah menguser
Kaum Yahudi Puak bani Nadar
Satu perjanjian keluar dari kediaman mereka
Tanpa peperangan dan pertumpahan darah ke duanya
Kerana mereka kupar dengan Allah SWT akan menerima azab diakhireat.

Sesiapa yang mencabar
Tetangan kekuasaan Allah SWT
Mereka akan menerima balasan azab Allah
Kerana kaum Yahudi telah mengetahui ke datangan nabi
Dalam kitab-kitab terdahulu telah tertulis tentang peringatan Allah SWT.

Allah telah bangkitkan
Bangsa Yahudi dulu diutamakan
Tetapi bila mereka mendurhakai perentah Allah SWT
Allah  mengangkat bangsa Arab pula menjadi nabi dan rasul
Menjadikan bangsa Yahudi tidak mahu menerimanya dan dipandang rendah.

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 6.55 pagi
Hari khamis 6 Julai 2017.


Khamis, 7 September 2017

BALASAN ORANG ALIM DAN JAHIL


pasir berbisik.jpg


 BALASAN ORANG ALIM DAN JAHIL  

Allah SWT menjadikan pilihan
Ada dua jalan kepada manusia
Ke nekmatan atau ke azapan
Jalan ke nekmat masuk syurga
Jalan ke azapan masuk neraka
Terpulang kepada diri kita sendiri.

Orang yang alim dan orang jahil
Apa sahaja yang Allah SWT jadikan
Segala kebaikkan itu dikira ujian
Dan segala kejahatan juga ujian
Maka berwaspadalah kita semua
Menjalani kehidup di dunia fana ini.

Allah SWT tidak akan ikhtirap
Rasa keimanan kita selama ini
Jikalau tidak di kenakan ujian
Kepada setiap orang yang alim
Dan begitu juga orang yang jahil
Bagi mendapakan pengiktirafan.


Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 5.00 petang
Selasa Tanggal  31hb Januari 2017.

ZAHID BIN HARISAH


derita ditinggalkan.jpg

ZAHID BIN HARISAH  

Dalam usia masih kecil
Tetiba negaranya di serang
Dalam usia 8 tahun telah ditawan
Kemudian dia  telah dilelong sebagai hamba
Akhirnya dibeli di hadiahkan kepada keluarga khadijah
Bagaimana pun di jagai oleh Rasulullah bersama kahidijah isterinya.

Ibunya mencari Zahid
Sering bertanya siapa sahaja
Bersama suaminya sambil besyaer
Ibu bapanya terus berazam untuk mencari
Begitu sedih dan sayunya di atas kehilangan puteranya
Mereka menyangka Zahid telah tiada lagi di dunia puas mereka mencari.

Sewaktu keluarga Zahid
Mengerjakan haji mereka menemuinya
Lantas di khabarkannya kepada kedua ibu bapanya
Maka bergegarlah keduanya membawa hadiah sebagai tebusan
Lantas nabi memberi dua alasan tanyalah Zahid untuk tinggal dengan siapa
Zahid bin Harisah menjawab ingin tinggal bersama dengan Nabi Muhamad SAW.


Oleh:  Qalam Mutiara,
Catatan jam 5 .30 petang
Isnin Tanggala 30 Januari 2017.




UCAPKANLAH SELALU


maafkan.jpg


 UCAPKANLAH SELALU

Astaffirullahhhhhh
Innallah Kanata wa baaaaa
Ucapkan setiap hari pagi dan petang
Agar dosa-dosa mu yang lalu akan diampunkan.
Kerana Allah SWT maha pengampun dan maha penyayang.

Taufik dan hidayah
Bukan untuk orang Islam saja
Allah akan memberi kepada sesiapa
Jika mereka rasa terbuka hati untuk menerima
Sebenarnya merekalah orang yang mendapat taufik hidayah.

Jangan kita menghina
Sesuatu kaum diantara kamu
Kekadang kita tidak tahu kaum dihina lebih baik
Daripada bangsa dan kaum yang telah kita hina selama ini
Sesungguhnya Allah melihat, mendengar dan maha mengetahui.

Oleh : Qalam Mutiara
Catatan jam 7 .30  pagi
Hari  Isnin Tanggal 30hb Januari 2017.

BERCAKAPLAH DENGAN DIRI SENDIRI



hati.jpg

 BERCAKAPLAH DENGAN DIRI SENDIRI  

Belajarlah bercakap
Selalu dengan diri anda sendiri
Kerana selama ini anda tidak melayan
Apa yang telah diri anda katakana selama ini
Sehingga kata-kata yang baik pun anda abaikan sahaja.

Dengarlah kata-kata
Diri anda dan kata-kata sendiri
Jikalau terbit dari rasa hati yang ikhlas
Pastinya kerja yang ingin anda lakukan itu baik
Jikalau daripada bisikan syaitan pasti budaya kejahatan.

Sebaiknya kata diri
Perlu didengar selepas solat
Setelah kita mendapat jiwa yang tenang
Pastikan bisikan ungapan katanya bernas bersih
Maka jadikanlah sebagai azimat untuk kita mengikutinya.

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 7.30 pagi
Hari Ahad Tanggal 29hb Januari 2017

HATI INI SELALU BERDOLAK DALIK



images.jpg

HATI INI SELALU BERDOLAK DALIK  

Hati ini
Jangan dibiarkan
Berdolak dalik setiap hari
Jika kita ingin dipercayai selalu
Kerana orang ramai sering menilainya.

Hati ini
Suka berubah
Dan berdolak dalik saja
Ungapan hari ini esok berubah
Kerana tabiatnya suka berubah-ubah.

Hati ini
Tidak dikawal
Ianya akan menguasai
Segala kehendak hawa nafsu
Menjadikan diri kita ini leteh dan lesu.

Hati ini
Kena diawasi
Pada etiap tindakannya
Jikalau  ikhlas baiklah jadinya
Jikalau  jahat buruklah jadi padahnya.


Oleh : Qalam Mutiara
Catatan jam 7 .10  pagi
Sabtu Tanggal 28hb Januari 2017.