Sabtu, 23 September 2017

DUNIA TEMPAT BUANGAN SAHAJA



DUNIA TEMPAT BUANGAN SAHAJA 

Telah pun kita ketahui
Adam dicampakkan ke dunia fana
Disebabkan kesalahan melanggar perentah
Sedangkan syurga itu tempat yang aman dan damai
Kini dunia sebagai tempat penyeksaan dan hukuman sementara
Setelah ada keinsapan dan penyesalan baru kita di kembalikan semula ke syurga.

Jadi janganlah kita leka
Hidup di dunia ini cuma sementara
Menjadikan  dunia tempat bermain dan hiburan
Sedangkan kita dalam ujian menjalani hukuman kesalahan
Jika kita tidak ada keinsapan dan persediaan untuk kembali semula
Setelah dijemput kembali barulah kita tersedar dari mimpi dunia ini fatamargana.

Alam yang kekal akhirat
Di sini kita bagaikan pendatang saja
Untuk menjalani hukuman dan ujian penilaian
Sama ada kita di dunia ini hidup mewah atau sebaliknya
Semuanya adalah ujian Allah SWT untuk menilai kita layak ke mana?
Jika kita lupa lalai dan leka pastinya kita gagal untuk di tempatkan ke syurga Nya.

Oleh : Qalam Mutiara
Catatan jam7 .00  petang
Sabtu  Tanggal 4hb  Februari 2017.

2 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Selamat menyambut 10 Muharam teringat bubur asyura .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Esok 10 Muharam hari ini 9 boleh puasa sunat.