Khamis, 7 September 2017

BERCAKAPLAH DENGAN DIRI SENDIRI



hati.jpg

 BERCAKAPLAH DENGAN DIRI SENDIRI  

Belajarlah bercakap
Selalu dengan diri anda sendiri
Kerana selama ini anda tidak melayan
Apa yang telah diri anda katakana selama ini
Sehingga kata-kata yang baik pun anda abaikan sahaja.

Dengarlah kata-kata
Diri anda dan kata-kata sendiri
Jikalau terbit dari rasa hati yang ikhlas
Pastinya kerja yang ingin anda lakukan itu baik
Jikalau daripada bisikan syaitan pasti budaya kejahatan.

Sebaiknya kata diri
Perlu didengar selepas solat
Setelah kita mendapat jiwa yang tenang
Pastikan bisikan ungapan katanya bernas bersih
Maka jadikanlah sebagai azimat untuk kita mengikutinya.

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 7.30 pagi
Hari Ahad Tanggal 29hb Januari 2017

Tiada ulasan: