Rabu, 30 Januari 2019

SAEKOR BURUNG BALAM




SEEKOR BURUNG BALAM

Seekor burung balam
Banyak berehat dari bekerja
Bila ada padi masak di situ dia berada
Mengaku padi masak hasil kerja usaha tangannya
Sedangkan waktu petani bekerja kau berehat di atas pokok kayu.

Petani selalu berkata
Kau balam memang tidak malu
Di mana ada padi masak di situ kau berada
Petani yang bersusah payah bekerja kau buat tak tahu
Tetapi bila padi mula masak kau mengaku kau pula yang punya?

Itu sikap orang pemalas
Ingin berlagak dan bergaya sahaja
Kerja berat sedikit sahaja cuba mencari helah
Tidak mahu bersikap orang ringan tulang berat perut
Tetapi ingin berlagak lebih hebat daripada seekor burung merak.

Oleh:  Paman kami
Catatan 4.30 petang
Tarikh 30hb Januari 2019.

BILA KAKI KITA MELANGKAH




BILA KAKI KITA  MELANGKAH

Ingat Orang beriman
Apabila kita mula melangkah
Kaki-kaki  kita banyak bergelumang dosa
Memohon lah kepada Allah S.W.T yang maha Esa
Agar perjalanan kita ini diredhaan  dan diberkati kemudian hari.

Perlulah kita beringat
Dosa itu ada di mana-mana?
Justeritu jaga lah mata , telinga dan hidung
Mulut perlu dijaga jauh dari mengata dan megumpat
Kerana itulah dosa-dosa yang tersangkut di mana saja tempat.

Awaslah kaki-kaki kita
Ketika melangkah keluar ?
Kerana apabila kita terpalit kekotoran dosa
Yang terpalit adalah diri kita sendiri bukan sesiapa
Lebih parah lagi dosa-dosa yang sukar diberi keampunannya ?

Oleh Qalam Mutiara,
Catatan jam 6.5 pagi
Rabu Tarikh 23hb Januari 2019.