Sabtu, 5 Januari 2019

PERKATAAN DENGAN AWAL PERBUATAN





PERKATAAN  DENGAN AWAL PERBUATAN

Bismillah hirrahman nilrahim
Kita mengakui dengan nama Allah apa kita buat
Sesungguhnya kita kena mengaku Allah yang menyempurnakannya
Apa sahaja kerja memberi memfaat kecuali yang tidak ada pekenan daripada Allah SWT.

Jangan  Tanya kenapa basmalah?
Sebenarnya perlu disebut dengan hati dan lidah
Kerana menyebut nama Allah yang wajib kita sembah atau solatnya
Dan Allah juga punya nama-nama yang banyak lebih 99 peratus nama-nama Allah SWT.

Maksud dengan nama Allah Itu?
Contoh al Rahman dan ar Rahhim itu  contohnya
Kedua nama ini beerti penyayang dan pengasih limpah rahmatNya.
Kerana apa sahaja yang kita dapat di dunia ini semua  daripada  pemberian Allah SWT.

Erti ar Rahman dan Ar Rahim ?
Kerana Allah memberi rahmat yang  amat luas
Tidak terkira di langit dan di bumi malah di pelusuk alam maya ini
Sedangkat Ar Rahimitu  rahmat yang berterusan diberikan kepada makhluk  Allah SWT.

Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 6.50 pagi,
Isnin Tanggal 4hb  Disember 2019

Tiada ulasan: