Isnin, 25 November 2019

SURAH ALI IMRAN PENUH RAHSIA.









SURAH ALI IMRAN PENUH RAHSIA

Ali Imran
Surah turun di Madiniah
Al Zuhra dan Aiman  khafi mujadalah.

Ali  Lam Min
Surah al huruf alkattaq
Huruf terpotong ini ada rahsianya.

Setiap kitab
Ada rahsia tersembunyi
Apa pun perli dicari  maknanya itu?

Ada juga surah
Dipaparkan huruf huruf
Al Huruf mukattaq ini ada maknanya

Justeruitu mereka
Terlalu bimbang dan takut
Mereka lalai dan gagal melaksanakan
Mohom ampunkanlah kesalahan mereka selama ini.

Oleh Qalam Mutiara,
Catatan jam 7.00 pagi
24hb/Oktober/ 2019 gambar hiasan

KEPADA ALLAH TEMPAT KITA BERHARAP.









KEPADA ALLAH  TEMPAT KITA BERHARAP

Mari kita  lihat
Doa surah al Baqarah
Ayat akhir patut kita amalkan
Dan meminta kepada Allah sebagai hambanya di dunia ini .

Inilah bukti
Seorang yang bertakwa
Selalu menyedari sifat  kekurangan
Jadi janganlah bila Allah memberi beban kita tidak mampu.

Orang beriamn
Mengadu kepada Allah SWT
Jangan bebankan ke atas mereka
Berbagai pekara yang berat takut gagal dilaksanakan ?

Justeruitu mereka
Terlalu bimbang dan takut
Mereka lalai dan gagal melaksanakan
Memohonlah dan ampunkanlah kesalahan kami selama ini

Oleh Pena Utara,
Catatan jam pagi
23hb Oktober 2019 gambar hiasan saja.

.KEPADA KAMU YA ALLAH KAMI MENYERAH.








.

KEPADA KAMU YA ALLAH KAMI MENYERAH.

Allah SWT memuji
Bagi para rasul nabi-nabi orang beriman
Kerana taat dan patuh mereka dalam mengerjakan ibadat.

Allah amat gemar
Melihat mereka ada keyakinan yang tinggi
Melakukan ketaatankepada segala perintah yang ditetapkan.

Mereka beriman
Amat mengetahui kita semua akan kembali
Kepada Allah SWT yang menjadikan segala langit dan bumi ini.

Justeru itu ingatlah
Bahawa setiap yang hidup akan merasi mati
Sesungguhnya kita datang dari Allah kepadanya kita kembali?

Oleh Pena Utara,
Catatan tengah hari
21/Oktober 2019  Gambar cuma hiasan.

KITA SEMUA PERLU BERIMAN DENGAN ALLAH SWT.








KITA SEMUA PERLU BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T.

Kita  beriman
Para nabi dan rasul
Orang ramai juga beriman
Taat dan patuh kepada Allah S.W.T yang maha esa.

Ingatlah apa sahaja
Berlaku kepada rasul
Begitu juga para nabi dan  ambiak
Dan juga bagi orang yang beriman lagi dimuliakan.

Para Ulama yakin
Orang yang bewriman itu
Disebut selepas nabi dan rasul
Berlandaskan yakin kepada Al Quran dan hadisnya.

Setiap rasul  nabi
Dan orang yang beriman
Kepada malaikat kitab dan rasul
Semuanya wajib mereka beriman kepada Alllah S.W.T


Oleh: Pena Utara,
Catatan 12 .00 Tengahari
20 Hb Oktober 2019.


MELAYU KEHILANGAN KUASA










MELAYU KEHILANGAN KUASA 

Di mana Melayu ?
Di mana maruah kita ?
Di mana hehebatan bangsa kita ?

Segalanya hilang ?
Segalanya habis musnah ?
Segalanya telah terjual dan tergadai ?

Melayu kini memalukan
Hilang segala kuasa  dan kedudukkan
Terpaksa kena angguk-angguk  dan tunduk-tunduk?

Selepas PRU 14
Melayu jadi buntu dan terharu
Semua janji manifesto hanyut terjun ke lautan ?

Setelah dikuasai
Ketua 13 kerusi dalam PH
Rakyat undi terperangkap jerat pembohongan?

Oleh: Pena Utara,
Catatan tengah hari
19hb Oktober, 2019 gambar cuma hiasan.

Jumaat, 15 November 2019

SEMUANYA MILIK ALLAH YANG PUNYA









SEMUANYA MILIK ALLAH YANG PUNYA

Wahai orang yang beriman
Apa yang ada dilangit dan bumi
Semuanya milik Allah SWT Dialah yang  punya
Maka kita manusia perlulah  muhasabah diri akan kelemahan
Justeru itu apa sahaja  kita ada dan mempunyai semuanya bukan kita punya ?

Allah SWT telah berfirman
Jika dia berniat jahat jangan tulis
Kecuali kalau dia berniat baik tulis 10 pahala 
Jika dia terus melaksanakan tulis sepuluh  pahala baginya
Kerana hidup manusia digerak mengikut hatinya baik atau pun kerja buruk.?

Sesungguhnya Allah berkuasa
Allah dapat menilai kerja buruk dan jahat
Kerana Allah maha berkuasa dan berhak menentukan
Segala niat dalam hati hambanya mengikut kelakuan manusia itu
Semua amalan mulia dan kelakuan buruk mengikut pelaku melakukannya ?

Oleh Pena Utara.
Catatan jam 6.40 pagi
18 hb Oktober 2019 .gambar cuma hiburan?

MUSAFIR YANG BERUTANG DALAM MUSAFIR









MUSAFIR YANG BERHUTANG DALAM MUSAFIR

Jika kita seorang yang bermusafir
Jikalau mahu behutang
Tiada juru tulis
Gadaian?


Bagi orang beriman jika berhutang
Gadaian atau cagaran
ganti hutangnya
Dipegang.

Orang berhutang wajib menunaikan
Apabila tiba waktunya
Perlu ada amanah
Khianatnya.

Wahai orang yang beriman ingatlah
Jika berjanji tidak tunai
Allah menghukum
Kerana hati?

Oleh Qalam Mutiara,
Catatan jam 6.30 pagi
17 Oktober 2019.

BELANJAWAN PALING HAPRAK!











BELANJAWAN PALING HAPRAK!


Belajawan negara 
Lepas sahaja pebentangan 2020
Senang saja Atok kata rakyat bergembira ?
Sedangkan rakyat ramai menyeluh semua bangsa bukan melayu sahaja?
Atok semacam sengaja menutup kelemahanyang kian mengcengkam ekonomi negara ?

Seorang penjual kueh
Memaksa senyum di pagi hari
Namun dalam hati telah dicengkam keresahan
Kerana beberapa hari kebelangan ini kueh banyak yang tidak  habis dijual?
Ada masa modal pun tidak dapat pulangan kerana pelanggan kesempitan wang belanja?


Adakah Atok tahu?
Penyeksaan yang Atok lakukan?
Kerana memberi kuasa pada bukan yang pakar
sama seperti moyet mendapat bunga si kudung mendapat cincin emas
Sepatutnya apa yang ada dalam negara kita jaga yang tiada patut kita cari dan tambah?

Oleh Pena Utara,
Catatan buat Genarasi Y
Pagi hari jam 7 pagi  Sabtu 12Oktober 2019.

FANTASI SEBUAH MIMPI










 FANTASI SEBUAH MIMPI


Sewaktu aku berada 
Di puncak kecelaruan minda 
Mati matian aku mengagongkan
Seorang dewa bagaikan utusan Tuhan

Betapa asyik dan ghairah
Sehingga aku lupa segalanya
Malah aku akan menyergah pula
Jika ada sesiapa cuba memburukkannya

Setelah 22 tahun berkuasa
Ternyata fantasi dalam mimpi sahaja
Ramai pulapemuja dewa menjauhkan diri
Kini aku kembali sedar dari mimpi fantasi ngeri

Oleh Suara Pulau.
catatan jam 6 pagi

15hb November 2019 pernah  siar 2013.
 .

KISAH PEPOHON RENDANG ITU









KISAH PEPOHON RENDANG ITU 

Pepohon rendang itu
Kini sedang dipukul rebut
Dari angin semuntal mabuk kuasa
Maka bergoyang pohon rendang itu
Dari batang  dahan, cabang dan ranting
Untuk melemahkan  sedikit  kuasa mutlak
Yang telah diberi pada pucuk pimpinan tertinggi.

Sebenarnya pada dedaun
Sudah  panik di pepohon rendang itu
Kerana ada juga dedaun menerima hasutan
Bertiup untuk mematahkan  pucuk pepohon itu
Harap agar akar umbi batang dahan cabang dan ranting
Tetap mengukuhkan kembali kekuatan kehidupan  seharian
Demi mengekalkan kembali dedaun nan rimbun di pohon rendang itu …

Oleh Suara Pulau
Catatan tengah hari
14/0ktober/2019 Gambar

Selasa, 5 November 2019

PRK TANJUNG PIAI?


 




 PRK TANJUNG PIAI?


Perlukah kau diauta lagi
Dengan janji manis secara kebetulan
Dengan projek RM7 juta untuk prasarana di daerahmu

Kini PRK akan bermula ?
Memilih siapa yang layak dijadikan Yb?
Rakyat jelata penghuni sebagai pengundi menentu nasib.

Jika penghunimu ramai
Nelayan dan petani yang setia ke laut,
Dan berkebun mereka patut dibantu bukan diperbodohkan

Cuma seminggu saja lagi         
Kalian menentukan nasib kalian sendiri
Sama ada ingin membela maruah atau membiarkannya ?

Oleh: Suara Pulau,
Catatan 7 30malam
4/November/2019 Gambar cuma hiasan.

KISAH PEPOHON RENDANG ITU








 KISAH PEPOHON RENDANG ITU 


Pepohon rendang itu
Kini sedang dipukul rebut
Dari angin semuntal mabuk kuasa
Maka bergoyang pohon rendang itu
Dari batang  dahan, cabang dan ranting
Untuk melemahkan  sedikit  kuasa mutlak
Yang telah diberi pada pucuk pimpinan tertinggi.

Sebenarnya pada dedaun
Sudah  panik di pepohon rendang itu
Kerana ada juga dedaun menerima hasutan
Bertiup untuk mematahkan  pucuk pepohon itu
Harap agar akar umbi batang dahan cabang dan ranting
Tetap mengukuhkan kembali kekuatan kehidupan  seharian
Demi mengekalkan kembali dedaun nan rimbun di pohon rendang itu …

Catatan tengah hari
14/0ktober/2019 Gambar cuma hiasan.

.MEREKA YANG BERHUTANG?










.MEREKA YANG BERHUTANG? 


Setiap orang yang beriman
Jikalau mahu berhutang perlu ada bertulis
Carilah dua orang lelaki menjadi saksi yang telus dan ikhlas
Bagi mereka yang tidak tahu atau faham hutang piutang cari penulis yang benar
Wajib ada peraturan hutang dalam urusan kadar, masa dan saksi dan penulis yang terlibat.

Begitulah kisah muamalat
Dalam soal jual beli hutang piutangnya
Masa kenalah di tulis masa dan waktu yang tertentu dijelaskan
Ini semua sebagai satu jaminan di antara beri hutang dan orang yang berhutang
Perkara ini bukanlah wajib tetapi sunat tetapi perlulah ada perjanjian untuk menegakkan keadilan.

Sesiapa orang beriman
Jika melakukan hutang ikutilah muamalat
Mesti mengerti patuh syarat dalam dokumentasi hutang itu
Si penulis surat itu juga mestilah seorang yang mempunyai tugas yang penuh luhur
Dan si penulis itu pula penuh dengan sebenar ikut perundangan Allah yang di tidak menzalimi keduanya.

Oleh Pena Utara,
Catatan jam6. 50. Pagi
Jumaat Tarikh 11hb Oktober 201

KERAJAAN YANG BERMARUAH ?










KERAJAAN YANG BERMARUAH ? 

Biar parti apa pun
Jikalau dapat memerintah
Sebuah negara perlu mengikut perlembagaan.
Peraturan dan perundangan yang telah ditetapkan sebuah Negara
Jangan cuba memutar belit dan mengguna alih kuasa yang diberikan setelah menang undi ?

Seorang Pemimpin
Jangan pandai berjanji saja
Setelah menjadi kerajaan tidak dapat ditunaikan.
Malah setelah gagal memerintah salahkan pemimpin terdahulu pula
Mengutuk rakyat jelata pemalas hidup mengharap kan subsidi dan bantuan kerajaan sahaja ?

Jangan jadi kerajaan
Bercakap tidak serupa bikin
Sanggup hilang maruah bangsa, agama dan negara?
Malah apa sahaja khazanah hak negara dijual , di gadai dan dilelong.
Di mana maruah seorang pemimpin bangsa melayu kalau ketuanannya sekadar pemusnah?

Catatan jam6. 50. Pagi
Khamis Tarikh 10hb Oktober 2019

DIMANA MARUAH BANGSA ?








DI MANA MARUAH BANGSA ? 

Dimana perginya
Maruah bangsaku kini
Hanyut telah terjual kerana kuasa
Begitulah keadaannya bila pemimpin mabuk kuasa
Sanggup melakukan apa sahaja kerana kedudukan dan kebendaan?

Bila maruah itu
Telah terjual dan tergadai
Kehebatan bangsa melayu tiada nilai
Suka diangkat cuma sebagai patung boneka saja?
Bangsa pendatang kini mulai berani tunjuk belang dan taring mereka ?

Tanpa kita sedar
Maruah bangsa telah hilang
Bila raja-raja di permainan tanpa hormat
Malah lebih berani lagi agama Islam juga diperlekekkan
Sedangkan pemimpin bangsaku cuma lihat tanpa berani buat teguran?

Oleh Pena Utara,
Catatan jam6. 50. Pagi
Khamis Tarikh 10hb Oktober 2019


SEDEKAH ITU KESUBURAN








SEDEKAH ITU KESUBURAN


Harta itu
Jangan kamu takut kekurangan
Kerana suka bersedekah itu bagai kesuburan
Malah boleh menambahkan lagi harta kekayaanmu  selama ini
Sesungguhnya Allah S.W.T tidak mengurang kan harta orang yang bersedekah
Sebaiknya ingatlah Allah tidak akan mengurang kan rezeki orang-orang kuat bersedekah

Riba pula
Satu kecaman ke atas perilaku
Malah orang miskin amatlah  membencinya
Kerana ada tempat dalam hati mereka untuk mengumpul harta
Riba itu sangat di larangan oleh Allah S.W.T dan amat dikecam kewujudannya
Malah sesiapa yang makan riba Allah S.W.T akan  mengutuk sepanjang dalam kehidupannya.


Oleh Pena Utara,
Catatan jam6. 50. Pagi

Tarikh 9hb Oktober 2019

JANGAN SAMA JUAL BELI DENGAN RIBA










JANGAN SAMA JUAL BELI DENGAN  RIBA 

Allah mengharamkan
Bagi sesiapa yang sama kan
Perniagaan Jual beli sama dengan riba
Malah Allah tetap mengharamkan kerja jual beli mereka itu.

Allah mengharamkan riba
Jangan sesekali sesiapa pun
Cuba melakukannya kerja haram ini ?
Kerana riba itu sangat dimurkai dalam kehidupan seseorang .


Mereka yang melakukan
Sama melanggar perintah Allah
Ingatlah sesungguhnya azab Allah amat pedih
Kerana sengaja melanggar perintah dan larangan Allah S.A.W


Oleh Pena Utara,
Catatan jam6. 00. Pagi
Tarikh 6hb Oktober 201