Jumaat, 15 November 2019

FANTASI SEBUAH MIMPI










 FANTASI SEBUAH MIMPI


Sewaktu aku berada 
Di puncak kecelaruan minda 
Mati matian aku mengagongkan
Seorang dewa bagaikan utusan Tuhan

Betapa asyik dan ghairah
Sehingga aku lupa segalanya
Malah aku akan menyergah pula
Jika ada sesiapa cuba memburukkannya

Setelah 22 tahun berkuasa
Ternyata fantasi dalam mimpi sahaja
Ramai pulapemuja dewa menjauhkan diri
Kini aku kembali sedar dari mimpi fantasi ngeri

Oleh Suara Pulau.
catatan jam 6 pagi

15hb November 2019 pernah  siar 2013.
 .

Tiada ulasan: