Selasa, 5 November 2019

BERPOLITIK ADA BATASANNYA









BERPOLITIK ADA BATASANNYA 

Berpolitiklah
Jikalau keadaan menuntut
Tetapi perlu ada sempadan dan batasannya
Jangan terlalu fanatik , ghairah dan fahaman kita saja benar
Ini yang menjadikan kita diserang ke rosakkan pada hati dan jantung kita?

Berpolitiklah
Sekadar mengisi keperluan
Bukan untuk membawa mati dan hari akhirat
Kerana kekadang  hidup kita berubah-ubah ikut keadaannya
Hidup dalam dunia ini kita menemui semuanya baharu dan akan binasa ?

Berpolitiklah
Sebaiknya lah tutur kata itu
Perlu ada rasa penuh keikhlasan di dalam hati
Bukan bersifat ada udang di sebalik batu jika terpilih jadi ketua
Atau cuba menipu dan memutar belit kan situasi dalam sebuah negara ?

Oleh: Suara Pulau,
Catatan jam 5.40 pagi
Tanggal 1hb Oktober 2019

Tiada ulasan: