Sabtu, 25 Disember 2021

WARNA YANG KITA TEMPAH?





WARNA YANG KITA TEMPAH?
 
Kekaguman 22 tahun
Kuasa Atok memerintah kini dirindui
Tetapi ketelajakkan usia melewati di hujung senja
Satu kerinduan yang di tempah warnanya telah pun berubah
Maka berlakulah berbagai kepincangan kedudukkan negara kita menjadi huru hara bala musibah ?
 
Itulah warna ditempah
Apabila sekian lama mereka merindui
Kerajan pentakbiran Atok yang dulu dikagumi dunia
Hari ini telah menjadi hancur wawasan 2020 entah kemana ?
Kerangkusan nafsu serakah sebagai wadah untuk memperbetulkan negara satu dogengan semata ?
 
Kini apa yang kita terima ?
satu kehancuran dan kemusnahan saja .
Kesedihan rakyat bagaikan bergayut di mana-mana ?
Malah bersepah merata-rata di pelusuk tanah air negara kita ?
Itulah yang Atok canangkan seluruh kampung, daerah, negeri , pekan, bandar dan ibu kota  negara ?
 
Catatan
Oleh: Pensel Kontot .
jam 8.45 pagi hari khamis,
16/12/2021. Perlu sedikit pembetul


RUMAH KAMPUNG DIRERENG BUKIT.






RUMAH KAMPUNG DIRERENG BUKIT. 
 
 
Pendesaan Jawa Barat
Tinggal di hutan desa terpencil lereng bukit
Berjalan di Lorong bukit menyedut udara bersih dan yaman terasa
Singah di sebuah perkampungan melihat sepasang suami isteri menternak bebek
Ziarah mesra silatun rahim di sebuah gubuk Caret desa puspasari keselamatan kabut Patin Tasek Malaya
 
Disini kehidupan biasa
Tiada api letterik menerangi gubuk mereka
Parasuri gubuknya menjalankan pekerjaan tangan membuat ayaman
Ada juga setengahan darinya cuba bertani menanam cabek  terung dan sayuran
Di sini ada juga gubuk beratap genting dan berdinding ayaman bertam bersulam kelaras berwarna warni.
 
Bila tiba musim hujan
Suri gubuk menahan air hujan simpanan
Sebuah telaga  kecil khas untuk kegunaan untuk minuman seharian
Para suami mereka ada yang bekerja membelah buluh buat dinding gubuk ayaman
Malah ada juga yang suka  pergi memburu babi hutan bersama dengan anjing beruan peliharaan mereka.
 
 
Catatan Suara Pulau
Jam 10.30 pagi
Hari Khamis Tarikh 16/12/2021


 




PUISI CETRA BALIK KAMPUNG






 
PUISI CETRA BALIK KAMPUNG 
 
Kalau Di kampung
Hidup aman damai dan tenteram
Sebelum subuh ayam jantan bersahutan berkokok
Lebih tenang jiwa  bila mendengar azan mendayu berkumandang.
Kemudian di susuli dengan kicauwan beburung berterbangan keluar dari sarang.
 
Di malam harinya
Udaranya rasa yaman dan bersih
Bila jauh malam terdengar suara ular tedung sela
Berketok  meneran telur atau suara burung hantu atau pungguk,
Bersahutan mencari makan begitu juga bunyi suara anjing dan kucing berkeliaran.
 
Ada citra bunyian
Pada burung berbunyi  riisaauuu!
Kerana ibu tiri memaksa cuci baju terlalu banyak.
Pada burung berbunyi  berirama Diam Kau Tuah Keris  Aku Ada,
Kononnya cerita berbalahan keris Tamin Sari antara Hng Jebat dengan Hang Tuah?
 
Sebelum matahari
Jatuh tengahari atau pun petang,
Ada bunyi burung belatok tebuk pokok pinang mati
Di kaki bukit ada air terjun ikan lampan dan toman berkeluncatan.
Begitu segar mandi disini makan nasi ala kadar baliklah sesekali ziarah kampung ?>

 
Catatan Pena Utara
Jam 10.30 pagi
Rabu Tarikh 15/12/2021



DULU KECELARUAN MINDA KINI KERAGUAN HATI









 DULU KECELARUAN MINDA KINI KERAGUAN HATI 
 
Mulai tahun 2014 hingga 2018
Kami mulai terasa kecelaruan minda
Kerana kerenah saka tua mulai meragu politik Malaysia?
 
Kononnya dulu kata Sang Saka
Dia tidak mahu lagi masuk gelanggang
Cukup sajalah bermain diluar sebagai pemerhati politik?
 
Kini Sang saka tua mulai masuk
Cuba menganggu gugat politik tanah air
Mencabar parti tempat dia memunggut kekayaan harta ?
 
Lantas agenda terancangnya itu
Berjayalah menumbangkan kerajaan BN
Entah kenapa marah sangat dia dengan PM6 penganti PM5?
 
Hari ini siapa pun tidak menduga
Sang Saka Tua Berjaya pula menjadi PM7
Berkuasalah dia selama 22 bulan lamanya kemudian gugur?
 
Catatan Pena Runcing
Agenda mabuk kuasa belagak sanggup menipu ?
Tak kata sesungguhnya . 13/12/2021.


KONSPIRASI KE ATAS PM6 DSNR ?







 


KONSPIRASI KE ATAS PM6 DSNR ? 
 
Konspirasi
Berlaku ke atas Najib
Kerana kehebatannya yang  luar biasa
Ada orang tidak senang duduk iri hati dan dendam
Ternyata diketuai oleh sang saka tua  bersama kuncu-kuncunya .
 
Konspirasi
Cerita terlalu biasa
Sudah berapa orang PM di Malaysia ini
Telah pun berjaya dicantas dan diperjatuhkannya
Inilah satu budaya gukup terancang diamalkan oleh sang saka tua .
 
Konspirasi
Satu dunia telah pun
Mengetahui jalan cerita skrip derama
Biar pun wang ringgitnya habis  berjuta berllion
Agenda menjatuhkan PM di Malaysia satu kejayaan besar baginya ?
 
Catatan Pena Runcing
Agenda mabuk kuasa belagak sanggup menipu ?
Tak kata sesungguhnya . 9/12/2021.
 


Rabu, 15 Disember 2021

TELAH KEMBALI LELAKI PELIHAN?





TELAH KEMBALI LELAKI PELIHAN? 
 
35 tahun kau berjuang ?
Menyambung pengobanan bapamu
Demi untuk bangsa agama dan negara tercinta.
 
9 tahun kau diangkat ?
Setelah berjaya berhempas pulas
Bagi memaju ekonomi dan pembangunan negara,
 
Kini ada pula petualang?
Iri hati dendam dan hasad dengki
Cuba sedaya upaya melontar tohmah dan fitnah,
 
Itulah budaya bangsa ?
Orang melayu kini engkau hadapi
Berbagai tuduhan jahat dilemparkan ke atas tirimu,
 
Catatan Pena Runcing
Jam 10.30 pagi
Rabu Tarikh 9/12/2021
 


DIMANA KEKUATAN KITA?




DIMANA KEKUATAN KITA? 

Kalau duhulu ?
Kita sepakat membawa berkat
Hari ini kepala dan ekor sudah tidak sehaluan lagi
Lagu dan Tari bagaikan tidak seiring dan seirama dendanagan kini ?
Apakah akan berlaku kalua seekor ular kepala mematuk sedangkan ekor enggan memukul ?
 
Begitu jugalah ?
Kalau pokok pucuk dan akarnya
Tidak lagi akar umbi tidak lagi memberi bajanya
Maka sudah pastilah batang , dahan , dan rantingnya tidak bermaya?
Tunggu masa dan ketikanya pokok akan sakit daun bunga dan buah berguguran pucuk layu ?
 
Seumpamanya !
Bila  pucuk di atas ungat sama
Akar umbi di bumi yang mencari makan berzat
Jangan terlalu angkuh dan sombong apabila kita berada di puncak ?
Inggatlah pokok tidak akan subur tiada akan mampu tegak berdiri jika tidak dibantu akar umbi ?
 
 
Oleh Pena Utara
Catatan jam 9.45 pagi
Tarikh Hari Ahad 5hb Disember 2021
 
 


MENGAPA PERJANJIAN MN MESTI DITUTUP ?









MENGAPA PERJANJIAN MN MESTI DITUTUP ?


Adakah ini
Dikatakan penongan agama
Dimanakah pergi dan hilangnya cahaya?
Bukankah Islam itu bersaudara sesama orang Islam ?
Dimana ghaibnya titisan air mata yang berjujuran dalam MN dahulu?
Adakah Cuma satu lakonan sandiwara untuk mendapat pangkat dan kedudukan ?
 
Awaslah !
Lidah kita itu tidak bertulang
Selalu lain dibibir lain pula niatnya di hati
Adakah kita yang berubah atau hati yang mungkir janji ?
Janganlah kita keterlaluan dalam agenda penonggang agama Islam ?
Kerana kebendaan kemewahan kedudukkan dan pangkat kita pun boleh terjerat ?
 
Ingatlah !
Dalam Islam kita bersaudara
Mencari jalan kebenaran diredhai Allah ?
Bukan bertopeng sedangkan Allah itu amat mengetahui?
Janganlah kita terlibat bersekongkol dengan kerja onar dan mungkar ?
Perjalanan kita dalam menyebar syariaat  Allah SWT bukan cuma terhenti disini ?
 
 
Oleh Suara Pulau,
Catatan jam 12.30 pagi
Selasa  Tanggal 30/11/2021.
 



CERITA SEORANG TUA









CERITA SEORANG TUA 
 
Cerita seorangt tua
Di sebalik  urat  dan kulit berkeriputan
Bersama tulang temulang yang telah berdongkolan
Sesekali dia menangis wsedih dan sekali dia tersenyum riang
Di lihatnya sinar terek mentari pagi dan cahaya terang bulam mengambang .
Hari-hari datang dan pergi sering mengingatkan citra lama yang masih tersimpan di dalam hatinya.
 
Cerita seorang tua
Jiwanya bagaikan melayang di awanan
Episut menarik dan sedih bermain di ruang matanya
Kisah kelahirannya yang diceritakan oleh kedua ibu bapanya
Sakit asma berpanjangan menganggu dia mendapatkan sijil persekolahannya.
Maka dia hayak jadi sebagai seorang jaga mengawasi ladang tuan besar di kampung kelahirannya.
 
Cerita seorang tua
Kini dia cuma tinggal bersendirian saja
Sudah ramai sahabat handainya pergi dijemput Ilahi
Terasa keharuan melanda menjadikan dia asyek termenung
Apakah kesudahan dirinya nanti apakah jawaban bila mengadap takdir ilahi
Inilah cerita dan persoalan yang perlu dijawab masa dan usianya kemana dihabiskan di dunia fana?
 
 
Oleh Suara Pulau,
Catatan jam 9.30 pagi
Ahad  Tanggal 28/11/2021.
 

DI DESA INI PUNYA RUMAH MEWAH









DI DESA INI PUNYA RUMAH MEWAH 
 
 
Kampung Miliarder
Di sini di pingger hutan rimba
Ada banyak banglo mewah alahkan di kota ?
Kita boleh melihat rumah besar dan mewah luar biasa
Bagaikan kita ziarah  banglo di Eropah dan negara Timur Tengah Arabia .
 
Ada masjid mewah
Begitu cantik  mempersona
Rumah ala banglo cukup menakjubkan kita ?
Kerana ramai penghuni di sini kehidupnya berniaga saja
Mereka bentuk perusahan perabut tradisinol dan perusahaan roti bakar.
 
Cuma sedikit  saja
Rasa keraguan dan cemas
Jika berlaku kebakaran bagaimana caranya?
Kerana mobil penyelamat mungkin gagal memasukinya
Walau pun banglo semuanya canti indah tetapi jalan masuk mobil tiada ?
 
 
Oleh Suara Pulau,
Catatan jam 9.30 pagi
Jumaat Jejak Ziarah mesra 27/11/2021.

Ahad, 5 Disember 2021

ZIARAH DESA TRADISI BERSIH TERPENCIL DI PENDALAMAN.




 ZIARAH DESA TRADISI BERSIH TERPENCIL  DI PENDALAMAN.

Di lereng gunung yang indah
Di sana ada sebuah desa indah luar biasa
Penuh penasaran bagaikan hamparan hijau dan air jernih
Di kelililingi permandangan gunung ganang dan udara bersih dan nyaman
Bagaimana kewujudan sebuah syurga dunia penuh dengan keyunitan di daerah Jawa Barat.
 
 
Di sini ada perumahan indah
Berwarna warni tersusun cantik bersiri
Ada rumah panggung penginapan  dan warung makan jua
Sumber airnya melimpah ruah mengalir bersih dari  mata air gunung
Setiap rumah ada kolam ternakkan ikan yang sihat senang untuk tangkap dan dimakannya.
 
 
Ziarah di desa terpencil ini
Di sambut dengan hujan renyai-rinyai
Kesejukkan tidak menyeksa tubuh malah nyaman dan segar
Ternyata sebuah desa kurniaan Allah SWT merentasi zaman morden
Penghuni di sini begitu toleransi bantu membantu jika ada usaha membangunkan desa ini.
 
 
Oleh Suara Pulau,
Catatan jam 2.30 petang
Jumaat Jejak Ziarah mesra 26/11/2021.

15/12/2021


KELUARGA MALAYSIA











KELUARGA MALAYSIA 
 
Kita semua penghijrah
Datang bertandang dibumi orang
Berbilang bangsa dan agama kaum keluarga
Di sini kita berkampung  di atas Tanah Semenanjung ini
Kita berjuang bekerjasama bagi membebaskan tanah dari penjajah
Kerajaan Riau ,kerajaan Siam, Belanda, Pertugis, Beritis , Jepun, dan  Komunis
 
Nah berkurun lamanya
Bumi ini  dijajah berbagai bangsa
Mengambil segala hasil sumber asli bumi ini
Kita tidak mempu melawan kerana kurang segalanya
Penjajah dengan peluru senapang dan Meriam membedil bumi ini
Malah mereka merebut untuk menawannya sebagai tanah jajahan kuasa mereka.
 
Kita merdeka bumi ini
Tiada peperangan tumpah darah
Malah dengan kebijaksanaan rundingan PPB
Salam tahun 1957 kita pun diistirah bebas merdeka
Disinilah kita menjalin kemesraan antara kaum berbagai bangsa
Sebagai keluarga rakyat merdeka dibumi Malaya kemudian ditukar jadi Malaysia .
 
Oleh Suara Pulau
Catatan jam 11.00 pagi
Tarikh 23hb November 2021.

BAHTERA UMNO TERUS PELAYARAN ?







BAHTERA UMNO TERUS PELAYARAN ? 
 
Thaniah BN
Bintangmu Kembali bersinar .
Awan mendung kembali berarak pergi
Agar mantari kembali bersinar,
Semoga gemilang dacingmu kembali menyerlah
Melewati  di tahun 2022 . Agar memabawa khabar gembira,
Buat rakyat jelata yang inginkan kedamaian dan kesejahteraan aman sentosa .
 
Dulu PRU14
Kita terlupa lalai serta leka ?
Rebut taupan melanda begitu pantas,
Nah 22 bulan hamper tenggelam,
Bahteramu dulu penuh dengan tohmah dan fitnah ,
Ditambah dengan ombak dan gelombang menjanjikan sesuatu,
Cukup luar biasa  hujan kilat peter sambar menyambar banjir kilat melanda ?
 
Kini Ternyata
Batera UMNO Kembali belayar
Terus merentasi lautan yang bergelora
Biar pun ada seribuan rentangan,
Nahodanya tenang untuk mengemudikan pelayaran
Jasa anak-anak pendayun di perut batera tidak mudah dilupakan.
Begitu tabah dan cekal hati melawan segala ombak dan badai datang melanda?
 
Oleh Suara Pulau
Catatan jam 11.00 pagi
Tarikh 21hb November 2021.


ZIARAH KAMPUNG PADANG RENCANG








ZIARAH KAMPUNG PADANG RENCANG 
 
Ziarah Mesra
Sebuah kampung pendalaman
Ada rumah bernaung  di pinggir Sungai
Sebuah desa cantik  Bernama Tiorang Padang Rencang
Di sini masyarakatnya hidup sederhana menjalani keperluan seharian .
 
Gadis desa
Berwajah lembut dan cantik
Hidup mesra dalam keadaan sederhana
Sebuah keluarga bersama empat  beranak cukup damai
Saban hari menkalani tugas kehidupan budaya perkampungan setempa..
 
Sungai nya
Air mengalir tanpa  berhenti
Untuk keperluan warga desa tempatan
Mandi manda, membasuh pakaian , cuci pinggan mangkuk.
Airnya begitu jernih putih bersih kelihatannya sejuk  menyanyamankan  .
 
 
Oleh Suara Pulau,
Catatan jam 11.10 pagi
Tanggal 13hb November  2021



KAMPUNG SUMBER MATA AIR ?











KAMPUNG SUMBER MATA AIR ? 
 
Ada ajaiban
Menziarah daeerah
Penghuni kampung sumber mata air
Cuci baju lansung mandi dari sumber mata air mengalir.
 
Perlu derma
Bayar  seikhlasan
Ke Tempat  Permandian ke Si Paliat
Ada tempat pemandian buat orang sakit khas disediakan .
 
Sila ke Paliat
Ramai juga datang !
Bermandian bayarannya Rp5,00 saja
Bagi  keperluan kebajikkan bagi membantu musolat masjid,
 
Ziarah di sini
Irat silaraturahim
Daripada kampung ke kampung
Melihat dan mengatahui kehidupan masyarat pendalaman .
 
 
Oleh Suara Pulau,
Catatan jam 11.10 pagi
Tanggal 6hb November  2021.


Khamis, 25 November 2021

ZIARAH KE DUA MAKAM WALI KERAMAT DI INDONESIA ?




 
 




ZIARAH KE DUA MAKAM WALI KERAMAT DI INDONESIA 
 
 
Dari Jawa Tengah dan Jawa Timur
Assalamulaikum mengikuti jejak kaki melangkah
Santai ziarah dua makan wali keramat Allah di lautan di atas  Awanan
Pertama Di daerah desa Sayong Demak makam terapung di lautan Jawa Tengah
Ke dua kita ziarahi pula makan di awanan  di  Gunung Bukit Karayak Jawa Timur Indonesia.
 
Ziarah Makam Terapong di lautan
Satu keyunitan berjalan kaki 700 meter 15 minit
Untuk melihat Desa Benonok Sayung Demak di Kawasan Jawa Tengah
Syech Abdullah Mudzakir dikenali Mbah Mudzakir punya 4 isteri dan 18 orang anak
Biliau meninggal usia 81 tahun seorang ulama dan wali keramat makannya kini terapung itu.
 
Ziarah pula makam di atas awan
Satu keajaiban terpaksa menaiki 540 anak tangga 
Untuk  melihat makam kena mendaki Gunung Bukit Krapyak Jawa Timur
Makam seorang alim ulama wali Allah keramat Bernama Mbah Eyang Sunan Pangkat
Beliau jugalah seorang pendakwah terkenal dan tersohor bergelar Temengung Sunan Krapyak.
 
 
Oleh Suara Pulau,
Catatan jam 1.10 tengah hari
Tanggal 3hb November  2021.
 

KEAJAIBAN FENOMENA ALAM




KEAJAIBAN FENOMENA ALAM 
 
Keajaiban fenomena Alam
Sesuatu yang kita tidak menduga
Di Agenrtina ada sungai  di telan bumi bila tebingnya runtuh
Lubang raksasa juga ditelan bumi di Mexciko sebagai amat terbesar
Di Tasek terbesar yang menampung air penduduk menjadi kering terus menerus.
 
Di Indonesia air si sumur!
Telah menjadi putih seperti susu
Air ini tidak berbau sama seperti air menerial putih bersih
Apa pun bagi pihak berkuasa telah membuat kajian secara saistipik
Mungkin asa berlaku percampur air menerial dengan lempung menghasilannya .
 
Air sumur menjadi hitam!
Pada 12 Jun 2021 asapan tangki
Ratusan warga desa Putera Warok tercemar asap minyak
Mungkin tangki dari sebuah kilang patrol kemia terkena abu asapan
Sementara itu pihak tempatan bertidak segera menyediakan minuman air bersih.
 
Oleh Suara Pulau,
Catatan jam 5.50 pagi
Tanggal 30hb Oktober 2021.


TETIBA LAUTAN MENJADI MARAH ?








TETIBA LAUTAN MENJADI MARAH ? 
 
 
Awal tahun 2020
Dunia menjadi gempar dan panit
Lautan kini menjadi marah yang amat sangat
Bagaikan dicabar puncak gunung mengejek kelemahannya
Lantas kini lautan yang lama berdendam lalu bangkit dengan kemarahan?
 
Lihatlah kini 2021
Setiap penjuru dan pelusuk dunia
Dikejutkan dengan teragedi yang menakutkan
Tetiba lautan bergelora , angin rebut dan taupan serentak
Memebuat perhitungan yang sama dalam usaha menggegarkan alam maya?
 
Kini seluruh dunia
Terkejut  luar jangkaan manusia
Gunung ganang runtuh  sahara dilanda banjir
Lautan kini menguasai daratan gelombang besar memanjat
Ingin mengenelamkan puncak gunung yang selama ini gagah di angkaraya?
 
 
Oleh Qalam Mutiara,,
Catatan jam 11.00 pagi
Tanggal 29hb Oktober 2021.