Sabtu, 25 Disember 2021

PUISI CETRA BALIK KAMPUNG






 
PUISI CETRA BALIK KAMPUNG 
 
Kalau Di kampung
Hidup aman damai dan tenteram
Sebelum subuh ayam jantan bersahutan berkokok
Lebih tenang jiwa  bila mendengar azan mendayu berkumandang.
Kemudian di susuli dengan kicauwan beburung berterbangan keluar dari sarang.
 
Di malam harinya
Udaranya rasa yaman dan bersih
Bila jauh malam terdengar suara ular tedung sela
Berketok  meneran telur atau suara burung hantu atau pungguk,
Bersahutan mencari makan begitu juga bunyi suara anjing dan kucing berkeliaran.
 
Ada citra bunyian
Pada burung berbunyi  riisaauuu!
Kerana ibu tiri memaksa cuci baju terlalu banyak.
Pada burung berbunyi  berirama Diam Kau Tuah Keris  Aku Ada,
Kononnya cerita berbalahan keris Tamin Sari antara Hng Jebat dengan Hang Tuah?
 
Sebelum matahari
Jatuh tengahari atau pun petang,
Ada bunyi burung belatok tebuk pokok pinang mati
Di kaki bukit ada air terjun ikan lampan dan toman berkeluncatan.
Begitu segar mandi disini makan nasi ala kadar baliklah sesekali ziarah kampung ?>

 
Catatan Pena Utara
Jam 10.30 pagi
Rabu Tarikh 15/12/2021



Tiada ulasan: