Ahad, 5 Disember 2021

KELUARGA MALAYSIA











KELUARGA MALAYSIA 
 
Kita semua penghijrah
Datang bertandang dibumi orang
Berbilang bangsa dan agama kaum keluarga
Di sini kita berkampung  di atas Tanah Semenanjung ini
Kita berjuang bekerjasama bagi membebaskan tanah dari penjajah
Kerajaan Riau ,kerajaan Siam, Belanda, Pertugis, Beritis , Jepun, dan  Komunis
 
Nah berkurun lamanya
Bumi ini  dijajah berbagai bangsa
Mengambil segala hasil sumber asli bumi ini
Kita tidak mempu melawan kerana kurang segalanya
Penjajah dengan peluru senapang dan Meriam membedil bumi ini
Malah mereka merebut untuk menawannya sebagai tanah jajahan kuasa mereka.
 
Kita merdeka bumi ini
Tiada peperangan tumpah darah
Malah dengan kebijaksanaan rundingan PPB
Salam tahun 1957 kita pun diistirah bebas merdeka
Disinilah kita menjalin kemesraan antara kaum berbagai bangsa
Sebagai keluarga rakyat merdeka dibumi Malaya kemudian ditukar jadi Malaysia .
 
Oleh Suara Pulau
Catatan jam 11.00 pagi
Tarikh 23hb November 2021.

Tiada ulasan: