Sabtu, 25 September 2021

ADA APA PADA NAMA?









ADA APA PADA NAMA? 
 
Ada apa pada sebuah nama?
Hanya sekadar menyedapkan panggilan
Atau sebutan bagi orang tahu sapakah si pulan itu.
 
Letaklah saja nama apa pun?
Sebenarnya tidak mempunyai apa -apa
Apa yang penting tiap kerja kita dinilai orang lain.
 
Jika ada nama biak bunyinya?
Perangai pula macam iblis dan syaitan
Pastilah tidak ada guna lagi hidup seorang insan.
 
Nabi juga punya banyak nama?
Berbagai gelaran ada diberi kepadanya
Nabi Muhamad  membawa rahmat seluruh alam.
 
Kalau kita hidup punya nama ?
Jagalah nama itu dengan sebaik mungkin
Elakkanlah diri daripada  dicerca dan dikeji nanti.
 
Oleh: Nuri Manja,
Cattan jam7.40 pagi.
Jumaat bersamaan 18hb  Mac 2016.
 


DISELUBUNG MIMPI NGERI



DISELUBUNG MIMPI NGERI 
 
Tetiba aku berada dibumi Indonesia,
ziarah melihat sawah padi nan hijau
sambil melawat tempat ukiran seni kayu
terpegun aku lihat kalimah Allah dan Muhamad.
 
Tetiba sahaja dunia menjadi lumpur,
semua pepokok bukit gunung runtuh
hanyut cuma tinggal kawasan aku berdiri
aku menjadi panik menunggu apa saja terjadi.
 
Tetiba saja pintu langit terbuka luas,
berbagai benda berhemburan keluar
diri rasa seperti berada dalam kawah nasi
aku sendiri menjadi panik  cemas melihatnya?.
 
OLEH : Nurimanja,
Itulah tiga mimpi yang ngeri,
tanpa catatan tarikh dalam hidup.

 

WARNA YANG KITA TEMPAH?











WARNA YANG KITA TEMPAH? 
 
Kekaguman 22 tahun
Kuasa Atok memerintah kini dirindui
Tetapi ketelajakkan usia melewati di hujung senja
Satu kerinduan yang di tempah warnanya telah pun berubah
Maka berlakulah berbagai kepincangan dan kedudukkan negara menjadi tidak tentu arah ?
 
Kemana rancangan ?
Wawasan 2020 kita negara maju ?
Itulah warna yang kita tempah apabila sekian lama
Kononya rakyat merindui pentakbiran Atok yang dulu di kagumi dunia ?
Tetapi hari ini telah menjadi sebaliknya Dulu parang sekarang besi dulu sayang kini benci ?

Kerangkusan nafsu
Serakah wadah memperbetulkan
Konon ingin negara maju cerita dogengan sahaja ?
satu kehancuran  kemusnahan yang sukar dapat diperbetulkan kembali
Kini terimalah Kesedihan rakyat  bagaikan bergayut di merata-rata di pelusuk tanah air kita ?
 
 
Oleh Pena Runcing,
Catatan jam7. 15. Pagi
Tarikh 31hb Ogos,  2021
 
 

BERUNTUNGNYA KAMI





 




BERUNTUNGNYA KAMI 

Beruntungnya kami
Ya rasullullah kerana menjadi umatmu
Islam kami kerana mengucap dua kalimah syahadat
Kerana sesungguhnya tiada Tuhan yang kami sembah melainkan Allah
Dan kami bersaksikan bawaha Nabi Muhamad itu sesungguhnya pesuruh Allah SWT.
 
Beruntunglah kami
Di hari akhirat nanti mendapat safaatmu
Layak masuk ke syurga Allah dengan berjiwa tenang
Kerana hanya orang- orang ini saja mendapat inzin dan keredhaan Allah
Justeruitu janganlah kita bersengketa sesame kita hidup didunia ini penuh fitnah.
 
Beruntunglah kami
Sebagai seorang Islam sebaik addin ini
Satu agama yang diterima Allah SWT tanpa keraguan
Di akhirat nanti hanya umat nabi muhamad yang layak mendapat safaat
Bagi mereka yang beriman bertakwa melakukan amar makrup dan nahi mungkar.
 
 
Oleh Qalam Mutiara,
Catatan jam 5.30 subuh sepi,
Hari Isnin Tanggal 30hb Ogos 2021.


 

INI KERUSI YANG KAMI REBUT?











INI KERUSI YANG KAMI REBUT? 
 
Hari ini
Tidak kira siang malam
Biar pun angin panas hujan ribut
Setiap pemimpin parti ini kurusi yang kami rebut?
Jikalau kami menang berjaya dapat berkuasa kini negara kita punya .
 
Ada hak!
Boleh jemput sapa saja,
Padri, Tok Sami atau Tok Pekong
Minta baca doa selamat kekalkan kuasa kami ini ?
Di bumi kita bakar hangus biar penghuni peribumi bodoh masuk hutan.
 
Biar pun
22 bulan kita berkuasa.
Ini baru permulaan kejayaan kita
31 Ogos kita sengaja terbalikkan berdera Malaysia?
Pemimpin melayu kata Malaysia China dan India punya no melayu punya.
 
 
Oleh Suara Pulau,
Catatan ham 5,39 pagi
Tarikh Khamis 25hb Ogos 2021

Rabu, 15 September 2021

KITA MERANCANG ALLAH MENENTUKAN









KITA MERANCANG ALLAH MENENTUKAN.
 
Pak Mail PM9.
Siapa pun tidak menduga?
Orang lain yang kalut merebut kuasa
Selepas PRU14 begitu ghairah ahli politik bergelut
Melancarkan agenda penyakit kemelut ingin menjadi orang pertama
Berkuasa di bumi Malaysia sebagai Perdana Menteri di Malaysia PM7 PM8 dan PM9.
 
Atok terkenal
Dengan agenda budayanya
Suka menjatuhkan siapa sahaja jadi PM
Berjaya menjatuhkan seterunya Najib Razak PM6
Lantas dia dinobat sebagai PM7 buat yang kedua kali di Malaysia ini
Cuma bertahan 22 bulan lalu berbalah dengan Abang Non tetapi Agong tidak perkenan?
 
Tetiba sahaja,
Tubuh kerajaan tebuk Atap
Siapa tidak menduga Abah Kau dingat
Naik tahta jadi PM8  berkuasa dalam kerajaan PN
Entah kenapa bila berkuasa parti-partii dalam PH rasa tidak puas hati
Digesa minta digugurkan pula ? Siapa sangka dalam pemilihan Pak Mail diangkat PM9?

 
Oleh Admin Muda,
Catatan jam 5.00 petang
Tarikh Isnin 23hb Ogos 2021 .


 


.HARI-HARI YANG BERLALU








HARI-HARI YANG BERLALU
 
Hari-hari yang berlalu
Sering mengkhabarkan
Dan mengingatkan cerita lama
Terasa bagaikan sedar dari mimpi
Berapa lama kita terlena?
Di dunia yang fana ini
Kini berapa sudah usia kita?
Amat kecewa jika berlalu begitu sahaja.
Berapa ramai yang tidak sedar?
Atau sama seperti kita juga
Kerana lena, lalai dan cuai
Untuk menilai kembali usia rumaja…
 
 
Oleh: Nuri Manja,
ptg.Tanggal 7 Ogos 2015,
Jam lima pagi.
 

.LIHATLAH WAHAI MUHAMAD!










.LIHATLAH WAHAI MUHAMAD!
 
Umatmu di akhir zaman
Telah melanggar segala syariat Allah SWT
Orang kapir dan kupar mendurhaka kepada Allah SWT
Seolah saksi yang Allah sediakan tidak beerti kepada mereka ?
Semacam utusan nabi Muhamad SAW itu sebagai pembawa cerita donging ?

Amatlah sedih rasanya
Langsung tidak merasa takut dan gentar
Malah mendewa-dewakan seorang yang menjadi edola
Cukup fanatic sanggup berkorban malah mengistiharkan jihad ?
Sedangkan ketua yang mereka dewa-dewakan bukannya muslim non muslim ?

Terlalu suka senangnya
Mereka melakukan segala kemungkaran,
Melakukan pembohongan tohmah fitnah dan hasutan
Kemudian mereka mendakwa merekalah pembela umat Islam ?
Tetapi mereka sebenarnya orang munafik yang bersembunyi dalam Islamik ?

Mereka ini tidak takut
Malah berani mencabar mempersendanya
Bawaha merekalah yang membawa kehidupan terkini
Idea baru kebebasan hak asasi insan normal dalam kehidupan ?
Sesuai dengan kehendak jiwa nalori yang diperlu dalam kehidupan manusia?
 
 
Oleh Pena Runcing,
Catatan jam 7 .00 pagi
Rabu Tarikh 12hb Ogos 2020.
 

DI SINILAH KITA MULAI MESRA BERSAMA.







DI SINILAH KITA MULAI MESRA BERSAMA. 
 

Si sinilah kita
Mulai mesra bersama
Adakah kalian masih lagi ingat?
Si awal negara menyambut kemerdekaan
Semua bangsa Melayu , China dan India kaum lain juga
Bertempek sorak menyambut ungapan kata bersemangat Merdeka !
Tanggal 31 Ogos 1957. Bergema laungan Merdeka! dari Tungku Abdul Rahman PM Pertama.
 
Lupakah kita !
Satu kenangan manis
Kini ada diantara kita berusia?
Lebih dari usia kemerdekaan negara kita
Tetapi mengapa kini ada antara kita cuba menimbulkan?
Rasa tidak senang hati sengaja cuba mengharuharakan negara kita ?
Dengan sengaja mencabar hak perjanjian, perundangan, perlembagan dan rukun negara ?
 
Tidakkah kita !
Malu pada anak cucu
Semuanya melihat sikap kita ?
Kerana cuba menghuruharakan negara ?
Bersikap biadap mengasut melempar tohmah dan fitnah?
Dimanakah adentiti kita dahulu rahmah mesra hormat menghormati ?
Adakah setelah kita senang lenang kaya raya budaya yang kita jaga selama ini turut hilang?
 
Oleh Pena Runcing,
Catatan jam 6.45 pagi.
Tanggal Isnin 16hb Ogos 2021 .
 



SATU PENGUCAPAN YANG TERLEWAT










SATU PENGUCAPAN YANG TERLEWAT 
-sebuah memori masih bermain di hati.
 
Memang sudah lama inginku katakan
tetapi, telalu susah dan berat
hingga kini aku pendam
walaupun tidak terdaya
namun, aku cuba.
Memang sudah lama inginku katakana
namun lidah tetap kelu dan bisu
telalu seksa dan berat unuk diucap
walaupun cuba melepaskan
satu lontaran suara,
Memang sudah lama inginku katakan
cinta kita cuma satu igauwan
persis bunga kembang pagi
yang harumnya tiada lama
lalu pupus dibakar panas Mentari
 
Oleh; Mawar Putih,
Desa bernaung Hujung Pulau Sepi,
2hb, Mei, 2013 Gambar hiasan.



Ahad, 5 September 2021

.PANTUN SELOKA NURIMANJA









PANTUN SELOKA NURIMANJA 
 
Dunia ini tanpa sempadan
Dihujung jari kita layari
Jika hidup tiada berwawasan
Bagai belayar di laut mati ,
 
Tidak tertuntut ilmu di dunia
Sekadar air di muncung burung
Kering lautan dihujung pena
Rahmatnya tuhan tidak terhitung ,
 
Teguh iman di dada bertakwa
Jejak bertapak di bumi ini
Jangan ketinggalan di arus masa
Di tangan ini mencorak hari,
 
Semai semangat , hidupkan cita
Dunia dikelek akhirat dijunjung
Hidup bukan haiwan melata
Jasa yang  baik tetap disanjong ,
 
 
Oleh; Nurimanja, FERDA
Pulau Pinang, 3o Mei 2012.

BERTADABURLAH

 








BERTADABURLAH


Berfikirlah
Wahai orang-orang musyirikin
Mereka ini sebenarnya mendustai Allah S.W.T
Apa yang mereka berpura-pura itu di dunia dulu dusta
Kemudian mereka minta Allah Kembali mereka ke dunia untuk berbuat baik.
 
Mereka pun
Meminta kepada Allah S.W.T.
Konon untuk kembali mereka ke dunia semula
Tetapi Allah berkata kepada malaikat tutup pintu neraka
Mereka ini orang dusta mereka tetap berdusta setiap tingkah laku mereka ?
 
Bacalahlah
Ayat -ayat Quran kepadanya
Mereka sebenarnya tidak akan patuh dan turut
Kerana hati mereka tertutup pekak hilang penlihatannya
Allah S.W.T  metutup pintu hati memekakkan telinga dan buta mata mereka ?
 
 
Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 8.45 pagi
Tarikh Isnin 9hb Ogos 2021


31 OGOS YANGKU NANTI








OGOS YANGKU NANTI  31MU
 
31 OGOS !
Rinduku bersama 31 mu.
Bulan yang ku nanti ulang tahunmu datang lagi.
Malaysia tanah airku, tanah tumpahnya darahku
semoga rakyat hidup aman dan maju...
 
Selamat menyambut hari kemedekaan negara kita
jika enggan mengebar jalur gemilang.
semngat pitriotikmu ternyata sudah hilang
jadi jangan rasa sedih bila ada orang lain cuba menghina ,
akan agama, bangsa dan negaramu ...
 
Buat renungan Gnerasi Y.
Kini usia 18 tahun anda untuk dikira layak mengundi
Jangan persiakan hak dan kewarasan minda anda
Bagi menentukan masa depan wawasan TN30 yang tergendala ?
 
Oleh: Admin Muda,
Catatan jam 8.45 pagi
Puisi terkandas disiapkan setahun lalu.2020.kini


AKU TAK MAMPU LAGI MENILAI SEBUAH PUISI?










AKU TAK MAMPU LAGI MENILAI SEBUAH PUISI? 
 
 
Bila apa yang kita harap
Semua jatuh pecah berkecai ke bumi
Cukup terasa  amat kecewa hati dan denyut nadi
Kini aku bagaikan gagal tidak mampu lagi  menilai sebuah puisi
Biar pun kalian mempamerkan puisi nyata tersembunyi  sembolik atau bombastik?
 
Amatlah tenat dan perik
Minda aku kian berkecamuk terharu
Menilai mencari masalah kebengungan minda kita
Soal kecil dan remeh kita terasa bagaikan kekalutan kemelut
Begitu sukar untuk dirungkai dan diatasi bila sesuatu yang menguntungkan parti?
 
Sebagai ketua diangkat
Bukan bertinda mengikut ketetapan
Sepatutnya kita kena nilai dari berbagai sudut ?
Jikalau merugikan bangsa agama dan negara patut kita tolak
Tetapi jika kita telah diangkat menjadi sebahagian ketua pemimpin kenapa ditolak?
 
 
Oleh ; Suara Pulau
Catatan jam 5.setengah pagi
Tarikh hari  Ahad MInggu 8hb Ogos 2021


BUAT KEKASIH!












 BUAT KEKASIH! 
 
Kekasih
petang ini jangan kemana
Jika kau menghulur kepalamu di jendela
Janganlah kau mengharap kelibat wajahku di bawah jendela
Jikalau ada angin petang yang menyapa wajahmu bersama rambutmu yang terurai
Bukanlah aku yang mengirimnya untukmu sebenar itu adalah igauwan yang bermain di hatimu?
 
Awaslah
Jikalau awan hitam
Tetiba menurunkan hujan itu tangisan
Tetapi kau janganlah bersedih kerana hujan itu ada rahmat
Rezeki yang Allah turunkan dari langit untuk semua makhluk yang Allh jadikannya
Percayalah kekasih didalam kesusahan yang kita alamai ini pasti ada hikmat dan ganjarannya?
 
Nantilah
Kekasih malam ini
Sebelum masuk tidur tepoklah bantal
Serulah namaku agar aku mampu terkejut dihujung malam
Agar dapat aku mengerjakan tahajud dua rakaat dan membesikkan kisah cinta kita
Semoga aku tidak tertipu dan terjebak dengan kerenah dunia  penuh penipuan dan pancaroba?
 
Oleh ; Pena Runcing
Catatan jam 5.setengah pagi
Tarikh hari  Sabtu 7hb Ogos 2021