Rabu, 15 September 2021

.HARI-HARI YANG BERLALU








HARI-HARI YANG BERLALU
 
Hari-hari yang berlalu
Sering mengkhabarkan
Dan mengingatkan cerita lama
Terasa bagaikan sedar dari mimpi
Berapa lama kita terlena?
Di dunia yang fana ini
Kini berapa sudah usia kita?
Amat kecewa jika berlalu begitu sahaja.
Berapa ramai yang tidak sedar?
Atau sama seperti kita juga
Kerana lena, lalai dan cuai
Untuk menilai kembali usia rumaja…
 
 
Oleh: Nuri Manja,
ptg.Tanggal 7 Ogos 2015,
Jam lima pagi.
 

Tiada ulasan: