Rabu, 15 September 2021

KITA MERANCANG ALLAH MENENTUKAN









KITA MERANCANG ALLAH MENENTUKAN.
 
Pak Mail PM9.
Siapa pun tidak menduga?
Orang lain yang kalut merebut kuasa
Selepas PRU14 begitu ghairah ahli politik bergelut
Melancarkan agenda penyakit kemelut ingin menjadi orang pertama
Berkuasa di bumi Malaysia sebagai Perdana Menteri di Malaysia PM7 PM8 dan PM9.
 
Atok terkenal
Dengan agenda budayanya
Suka menjatuhkan siapa sahaja jadi PM
Berjaya menjatuhkan seterunya Najib Razak PM6
Lantas dia dinobat sebagai PM7 buat yang kedua kali di Malaysia ini
Cuma bertahan 22 bulan lalu berbalah dengan Abang Non tetapi Agong tidak perkenan?
 
Tetiba sahaja,
Tubuh kerajaan tebuk Atap
Siapa tidak menduga Abah Kau dingat
Naik tahta jadi PM8  berkuasa dalam kerajaan PN
Entah kenapa bila berkuasa parti-partii dalam PH rasa tidak puas hati
Digesa minta digugurkan pula ? Siapa sangka dalam pemilihan Pak Mail diangkat PM9?

 
Oleh Admin Muda,
Catatan jam 5.00 petang
Tarikh Isnin 23hb Ogos 2021 .


 


Tiada ulasan: