Rabu, 15 September 2021

DI SINILAH KITA MULAI MESRA BERSAMA.







DI SINILAH KITA MULAI MESRA BERSAMA. 
 

Si sinilah kita
Mulai mesra bersama
Adakah kalian masih lagi ingat?
Si awal negara menyambut kemerdekaan
Semua bangsa Melayu , China dan India kaum lain juga
Bertempek sorak menyambut ungapan kata bersemangat Merdeka !
Tanggal 31 Ogos 1957. Bergema laungan Merdeka! dari Tungku Abdul Rahman PM Pertama.
 
Lupakah kita !
Satu kenangan manis
Kini ada diantara kita berusia?
Lebih dari usia kemerdekaan negara kita
Tetapi mengapa kini ada antara kita cuba menimbulkan?
Rasa tidak senang hati sengaja cuba mengharuharakan negara kita ?
Dengan sengaja mencabar hak perjanjian, perundangan, perlembagan dan rukun negara ?
 
Tidakkah kita !
Malu pada anak cucu
Semuanya melihat sikap kita ?
Kerana cuba menghuruharakan negara ?
Bersikap biadap mengasut melempar tohmah dan fitnah?
Dimanakah adentiti kita dahulu rahmah mesra hormat menghormati ?
Adakah setelah kita senang lenang kaya raya budaya yang kita jaga selama ini turut hilang?
 
Oleh Pena Runcing,
Catatan jam 6.45 pagi.
Tanggal Isnin 16hb Ogos 2021 .
 



Tiada ulasan: