Jumaat, 30 Mac 2012

SELEMBUT AIR BISA JADI SEGANAS TSUNAMI








Lihatlah amaran Allah AWT
Bila gunung ganang menjadi pasak bumi runtuh
Segala yang gagah dan kukuh akan hancur
Lantas menjadi demu halus berterbangan
Bumi juga menjadi rata dan mendatar
Itulah petanda bahawa Allah maha berkuasa.


Bila gunung berapi meletup
Keadaan di dasar laut akan bertukar
Ombak menjadi lautan api ganas
Lalu menyerang pantai sebagai Tsunami
Waktu itu manusia sudah terlewat untuk sujud
Kepada Allah yang maha berkuasa.


Dikala itu manusia tidak kenal lagi
Diantara satu sama lain dan saudara mara
Cuma sedaya upaya berusaha menyelamatkan diri
Bagaikan orang dirasuk gila
Masa itu segalanya tidak berarti lagi
Itulah kekuasaan Allah yang dahsat dan ngeri. 


Oleh: Nurimanja,
Catatan tanggal 11/03/2012
Ketika di Bandar baharu Perda . Pulau Pinang.