Rabu, 7 Mac 2012

KANVAS LUKISAN (2)



 
Sayembara puisi tempat ke 2

Biru tergurat kerana bekas hijau
mula mengalun menuju merah
lama yang dari dulu tergambar disitu
pada latar biru dan titik hijau.
merah hadirkan pagi diatas kanvas lukisan itu
terbangun dalam permainan warna.
Saat tergetar imej berpacu penglihatan terbentuk rona
citrakan kecerahan kemerahan.
Karena aku melukis lukisan masih tak terlihat rupanya


Oleh: Raja Muda
sajak buat sendiri maaf ayat agak tak menarik
tp sajak ni tema politik semasa
/2 Mac 2012 4:29 PG


 

32 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRANURI AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Raja Muda Kali ini berjaya kali kedua melangkah ke akhir dengan sajaknya yang bertajuk: KANVAS LUKISAN Tema isu politik tanah air nampaknya .. Pengucapannya bersimbolik pada warna lukisan. Maksudnya warna tiga parti bergabung telah mengharubirukan keadaan politik tanah air kerana ingin menegakan agenda mereka tersendiri terutama pembankang. . Layak diberi tempat ke dua (2) dalam sayembara puisi Februari 2012 LSS)

Tinta Azimad berkata...

BERSAMBUNG ESOK.
CERPEN BERTAJUK: PERGINYA BERSAMA IGAUAN OLEH: NURIMANJA BROWN GARDEN. GELUGUR, PULAU PINANG. 10/12/1983
Siri ke 6

Suria cucunya yang kedua pula. Kini baru saja selesai menghadapi peperiksaan STPM. Kini cuma menunggu keputusannya. Jika keputusannya baik tentu dia akan melanjutkan pelajarannya ke menara gading. Jika Tuk Wan Durani masih ada tentulah dia tersenyum lebar. Dia lah merupakan orang yang paling gembira .

Tetapi Tuhan tidak mengizinkan. Tuhan Cuma mahu menunjukkan kejayaan kedua cuunya itu kepada Tuk Limah sahaja.. Jikalau Tuk Wan Durani masih bernafas tentulah dia orang yang paling gembira dikampung ini.

Tidak ada anak cucu orang lain di kampung ini yang mendapat kejayaan seperti Sanah dan Suria. Malah mereka dua beradik yang merupakan anak kampung mereka yang petama dapat pendidikan setinggi itu. Sanah orang pertama menjadi guru di kampung itu.

Malah merekalah merupakan anak-anak contoh kepada penghuni di kampungnya itu. Tuk Limah yakin kedua cucunya itulah akan merubah corak kehidupan mereka turun temurun. Sanah akan menjadi guru, Suria entah apa pula jawatannya nanti.

Kedua adik beradik ini tidak akan lagi menjadi hamba abdi kepada kerja menjual bubu buluh ataupun mengadap dan menyembah pokok getah tua yang malas mengeluarkan hasil susu itu.

Tuk Limah terbatuk-batuk lagi . Tekaknya bagai tersumbat Dadanya sebak . Napasnya bagai berkumpul direngkong.Dia semacam Nampak wajag Tuk Wan Durani datang dan tersenyum kepadanya. Tiba-tiba dia terasa tubuhnya semakin lemah. Lidahnya menjadi kelu. Dia cuba memanggil nama sanah, tetapi hampa, tidak terdaya. Pandangannya pula bertukar menjadi kabur dan berpinau-pinau.

Akhirnya pemandangan Tuk Limah bertukar menjadi gelap.Kaki tangannya menjadi sejk dan kebas, kalau ditoreh mungkin tidak brdarah. Dia cuba memanggil Sanah dan Suria yang tidur di bilik seblahnya.

Digagahinya beberapa kali, tetapi ternya dia lemah tidak dapat mengeluarkan suara. Akhirnya Tuk Limah terasa egala-galanya sejuk, tangannya secara tersendiri berkiam didada seperti orang mengerjakan solat. Dan segala-galanya tidak indah lagi dipandang mata. TAMAT. 4/7/2010.(BB)

Nurul Syahirah berkata...

HUJAN PANTAI

Seperti hari yang lalu
aku masih menanti kehadiranmu dalam sendirian masih cuba
yakinkan diriku kau akan datang seperti kau janjikan,
walau sepuluh tahun yang berlalu,
aku akan selalu menantimu,
dalam ketegaran hidup ini,
janji padaku akan menemuiku
di pertama kalinya hujan
akan membasahi pantai ini

Nurul Syahirah
sajak terkenang

Satria Juragan berkata...

PELUH

saat ini kunantikan hujan
pertama kalinya datang,
membasahi tubuh dan peluhku,
berharap basah ragaku ini,
masih saja tak hadir disini,
peluh mewarnai hatiku di matahari terbenam ini di kala senja ini

Satria Juragan
sajak simbolik

Penglipur Lara berkata...

DALAM BENAK KESEMPATAN

Dalam sehari perubahan terjadi
Bagaimana rasa itu hilang dari hati
Saat malam yang sepi menghampiri
Berlalunya takkan bisa menyingkap Ketika indah bahagia
gundah takkan ada lama
Kini semua telah berlalu
kini terdiam membisu tak mengerti
apa yang hinggap di benak ini
terlahir kembali dengan kekuatan
Masih banyak dalam kesempatan

Penglipur Lara
sajak peribadi

Datin maimun berkata...

TERSOBEK HATI

seperti hari berlalu
dalam hati tak percaya
siang kini sehitam malam
tak ada lagi harapan mahupun mimpi
aku bersimpuh dalam pasir putih seakan tak percaya semua
nyata aku bagaikan tertelan tanah
tersobek atas kanvas lukisan
ku merindumu hati ini
entah kenapa sampai begini.

Datin maimun
sajak sedih

Qalam Mutiara berkata...

13.Nurul Syahirah berkata...

HUJAN PANTAI (LSS)

Seperti hari-hari yang lalu
aku masih menanti kehadiranmu
dalam sendirian masih cuba
yakinkan diriku kau akan datang
seperti kau janjikan dulu ,
walau sepuluh tahun yang berlalu,
aku akan selalu menantimu,
dalam ketegaran hidup ini,
janji padaku akan menemuiku
di pertama kalinya hujan
akan membasahi pantai ini

Oleh: Nurul Syahirah
sajak terkenang/8 Mac 2012 2:01 PG

SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdri. Nurul Syahirah kembali lagi masuk ujian kelayakan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: HUJAN PANTAI .Tema terkenang nampaknya Pengucapannya boleh diterima Maksudnya semacam kenangan lalu mengusek jiwa seakan sama dengan sajak PELUH DAN HUJAN. .Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

14.Satria Juragan berkata...

PELUH DAN HUJAN (LSS)

Saat ini kunantikan hujan
pertama kalinya ia datang,
membasahi tubuh dan peluhku,
biarlah basah jiwa ragaku ini,
namun kau masih tak hadir disini,
peluh dan hujan telah mewarnai hatiku
resah bersama matahari terbenam
paseah di kala senja kian berbunga ini …….

Oleh: Satria Juragan
sajak simbolik/8 Mac 2012 2:03 PG

SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Satria Juragan kembali lagi masuk ujian kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: PELUH DAN HUJAN Tema simbolik katanya.Pengucapannya terpaksa dilakukan sadikit pembetulan. Maksudnya terlalu lama menanti dalam peluh dan hujan memadikan resah dan kebingungan di hati. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

15. Penglipur Lara berkata...

DALAM BENAK KESEMPATAN (TBD) -P

Dalam sehari perubahan terjadi
Bagaimana rasa itu hilang dari hati
Saat malam yang sepi menghampiri
Berlalunya takkan bisa menyingkap
Ketika indah bahagia
gundah takkan ada lama
Kini semua telah berlalu
kini terdiam membisu tak mengerti
apa yang hinggap di benak ini
terlahir kembali dengan kekuatan
Masih banyak dalam kesempatan

Oleh: Penglipur Lara
sajak peribadi /8 Mac 2012 2:06 PG

SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra Penglipur Lara lama menghilang , kini masuk ujian kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: DALAM BENAK KESEMPATAN .Tema peribadi nampaknya Pengucapannya agak hambar perlu diperbaiki lagi. . Maksudnya:.mengambarkan kekalutan kerja menjadikan seorang itu tidak sedar masa berlaku perubahan. ,.Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti usaha lagi lain kali (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

16. Datin maimun berkata...

TERSOBEK HATI (TBD)

seperti hari berlalu
dalam hati tak percaya
siang kini sehitam malam
tak ada lagi harapan mahupun mimpi
aku bersimpuh dalam pasir putih
seakan tak percaya semua
nyata aku bagaikan tertelan tanah
tersobek atas kanvas lukisan
ku merindumu hati ini
entah kenapa sampai begini.

Oleh: Datin maimun
sajak sedih/8 Mac 2012 2:07 PG

SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdri/Pn Datin Maimun kini kembali lagi masuk ujian kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: TERSOBEK HATI. (sajak lama) Tema sedih tetapi berbau jiwa2 nampaknya Pengucapannya agak meragukan perlu diperbaiki lagi. Maksudnya: mungkin kisah peribadi sewaktu muda-muda dahulu orang muda punya biasa,.Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti usaha lagi lain kali (TBD)

Tinta Bayu berkata...

DESTINASI GILA

sayu pada mata tatap rasa
sementara ribut-ribut di sana
teriak menjadi gila
semarak amarah membara
terselip maksud tersembunyi
tak ada berakhir menghasut masa
dinasti gila disudut berserak
selalu habiskan waktu berlebihan

Tinta Bayu
sajak sinis

Nur ATikah berkata...

REPTILIA

lekuk waktu kian di tontonkan
membodohi dan murahan di bawah serangga kais rezeki satu kandang reptilia buas berseragam rapi ditepi
di tengah-tengah terhimpit
dipaksa bertahan walau
perjalanan nampak pudar

Nur ATikah
sajak simbolik isu semasa

Maisarah An Nisa berkata...

BUAT KESALAHAN

aku takut mencintai karena
ku tak dapat mencintai
tapi ketika tak dapat bertahan
aku ini mulai menyakiti
aku bukan penyayang tapi aku takut
ketika sayang ini menjadi benci
hatiku ini berbohong ketika
membuat kesalahan bertalu-talu

Maisarah An Nisa
sajak sedih

Asyar Mujid berkata...

TIGA TAHUN

Aku rindu halaman 3tahun aku terlalai
leka bersama suka teruji
semua setelah 3 tahun
aku terkucil dari senyuman
relaku duduk terdiam
aku menahan kehangatan dingin dunia
sempitnya waktu untuk aku bersabar

Asyar Mujid
sajak peribadi

Qalam Mutiara berkata...

18. Nur Atikah berkata...

REPTILIA (LSS)

Lekuk waktu kian di tontonkan
mereka membodohi budaya murahan
di bawah serangga kecil kais mencari rezeki
satu kandang reptilian buas berseragam rapi
kiri kanan ditepi di tengah terhimpit tercekek
namun dipaksa bertahan walaupun terasa
perjalanannya nampak pudar dan longlai…


Oleh: Nur Atikah
sajak simbolik isu semasa/9 Mac 2012 1:54 PG

SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Nur Atikah kembali lagi masuk ke ujian kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: REPTILIA Tema sinis simbolik nampaknya Pengucapannya terpaksa dilakukan sadikit pembetulan namun ada pengrtiannya yang tersendiri. Maksudnya soal isu semasa tanah air resah melihat se buah kuasa yang gila dengan budaya murahan dan kebodohannya... Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

19. Maisarah An Nisa berkata...

BUAT KESALAHAN (TBD)-P

Aku takut mencintai karena
ku tak dapat mencintai
tapi ketika tak dapat bertahan
aku ini mulai menyakiti
aku bukan penyayang tapi aku takut
ketika sayang ini menjadi benci
hatiku ini berbohong ketika
membuat kesalahan bertalu-talu


Oleh: Maisarah An Nisa
sajak sedih;9 Mac 2012 1:56 PG

SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdri/Pn Maisarah An Nisa kini kembali lagi masuk ujian kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: BUAT KESALAHAN (sajak lama) Tema sedih tetapi berbau jiwa2 nampaknya Pengucapannya agak meragukan perlu diperbaiki lagi. Maksudnya: mungkin kisah peribadi sewaktu kisah orang muda punya biasa,.Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti usaha lagi lain kali (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

20. Asyar Mujid berkata...

TIGA TAHUN (TBD)

Aku rindu halaman
Tiga tahun aku terlalai
leka bersama suka teruji
semua setelah tiga tahun
aku terkucil dari senyuman
relaku duduk terdiam sendirian
aku menahan kehangatan dunia
sempitnya waktu untuk aku bersabar

Oleh: Asyar Mujid
sajak peribadi/9 Mac 2012 1:59 PG

SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Dra. Asyar Mujid anak emas en sanusi ke? kini kembali lagi masuk ujian kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: TIGA TAHUN Tema peribadi tetapi berbau jiwa2 nampaknya Pengucapannya agak meragukan perlu diperbaiki lagi. Maksudnya: mungkin peribadi sadikit , sewaktu kisah orang muda punya biasa,.Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti usaha lagi lain kali (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

17.Tinta Bayu berkata...

DESTINASI GILA (LSS)

Tatapan terasa sayu pada mata
melihat rebut kencang di sana
teriakan tempekan menjadi kegilaan
begitu semarak amarah membara
ternyata terselip agenda tersembunyi
tidak akan berakhir menghasut masa
mengadakan disnasti gila disudut berserak
cuma sia-sia menghabiskan waktu berlebihan


Oleh: Tinta Bayu
sajak sinis/9 Mac 2012 1:52 PG

SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Tinta Bayu kembali lagi masuk ke ujian kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: AGENDA DISTINASI GILA Tema sinis simbolik katanya Pengucapannya terpaksa dilakukan sadikit pembetulan. Maksudnya soal politik tanah air yang kian resah dan kebingungan di hati ternyata ada agenda tersendiri.. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

Haji hamdan berkata...

ANGANKU INI

Anganku hampa biarkan terbang lintasi indahnya dunia
membelah awan menggumpal
Menembus angin berhembus
Ditepi tandus menggapai rasa, maraih cita-cita yang tertunda…
Ku simpan penantian panjang. Dengan segala nyata
Luka yang tergores,
datangkan sejuta pilu.
Perih yang mengiris
hadirkan tangisan rindu..

Haji hamdan
sajak simbolik

Salina berkata...

TANGISKU

Tangisku seribu rindu
Rintihku penuh syahdu..
Lupa sudah waktu yang terlewati. Menanti mimpi dalam gelap malam. Menunggu secercah cahaya.
Membelai hati yang kosong

Salina
sajak peribadi

Nurse Lisa berkata...

SEJUTA TANYA

kuredam hujan dalam senyap malam
tak pernah bisa membatas angan
indahmu tak pernah habis
kuhitung tiap butir waktu
di penuhi barisan kasar
membentuk sebuah pertanda
kian terpatri di dada
relung hati tak bisa
membohongi gundah gulana
tapi hanya sejuta tanya
menusuk dalam benak

Nurse Lisa
sajak gelisah

Mentari Senja berkata...

KELUH

kesekian kali aku berkata
tak ada puji yang hakiki
tak ada caci yang kekal
semua pergi dan berlalu
bagaikan cuaca hari ini
resah menyerah berpaling tak apa
jikalau terbaik bagi dunia semesta
bagaimana ketika burung
sudah tak berparuh
gajah pun melipat telinga?
rasaku kan tetap sama

Mentari senja
sajak sinis

Saizul Maizav berkata...

tok limah meninggal ke

ustaz Rahman berkata...

sedih akhirnya meninggal tok limah

Jalal Rafzee berkata...

agak menyedihkan cerpen ni

Ustaz Zulkarnain berkata...

cerita btol ke ni

Tanpa Nama berkata...

56u56yu56u56ju

Tanpa Nama berkata...

rthtrhjtjrtjrt

Tanpa Nama berkata...

fghgfngf

Qalam Mutiara berkata...

21.Haji hamdan berkata...

ANGANKU INI (LSS)

Anganku hampa
biarkan terbang lintasi indahnya dunia
membelah awan menggumpal
menembus angin berhembus
ditepi tandus menggapai rasa,
maraih cita-cita yang tertunda…
ku simpan penantian panjang.
dengan segala nyata
luka yang tergores,
datangkan sejuta pilu.
perih yang mengiris
hadirkan tangisan rindu..

Oleh: Haji Hamdan
sajak simbolik/10 Mac 2012 12:30 PG

SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Haji Hamdan kembali lagi masuk ke ujian kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: ANGANKU INI Tema sinis simbolik katanya Pengucapannya bersahaja punya erti tersendiri. Maksudnya semacam ada perasaan kecewa bila cita-cita tersekat dipertengahan jalan kerana adanya halangan tidak diduga... Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).









22. Salina berkata...

TANGISKU (TBD)-P

Tangisku seribu rindu
Rintihku penuh syahdu..
Lupa sudah waktu yang terlewati.
Menanti mimpi dalam gelap malam.
Menunggu secercah cahaya.
Membelai hati yang kosong

Oleh: Salina
sajak peribadi/10 Mac 2012 12:31 PG


SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdri Cikgu Salina kembali lagi masuk ujian kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: TANGISKU .Tema nampaknya semacam bersedih Pengucapannya bersahaja. Boleh diterima Maksudnya: kisah peribadi mungkin sedang menharapkan sesuatu dari takdir Ilahai. Ada persaingan hebat .Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti usaha lagi lain kali (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

23.Nurse Lisa berkata...

SEJUTA TANYA (TBD)

kuredam hujan dalam senyap malam
tak pernah bisa membatas angan
indahmu tak pernah habis
kuhitung tiap butir waktu
di penuhi barisan kasar
membentuk sebuah pertanda
kian terpatri di dada
relung hati tak bisa
membohongi gundah gulana
tapi hanya sejuta tanya
menusuk dalam benak

Oleh: Nurse Lisa
sajak gelisah/10 Mac 2012 12:36 PG

SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdri/Pn/Datin Nurse Lisa kini kembali lagi masuk ujian kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: SEJUTA TANYA Temnya semacam jiwa gelisah . Pengucapannya bersahaja Maksudnya: mungkin kisah peribadi masih dilanda kemelut pertanyaan. Elok solat istikharah saja minta pertunjuk. Ada persaingan hebat ,.Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti usaha lagi lain kali (TBD)









24. Mentari Senja berkata...

KELUH (LSS)

Kesekian kali aku berkata
tak ada puji yang hakiki
tak ada caci yang kekal
semua pergi dan berlalu
bagaikan cuaca hari ini
resah menyerah berpaling tak apa
jikalau terbaik bagi dunia semesta
bagaimana ketika burung
sudah tak berparuh
gajah pun melipat telinga?
rasaku kan tetap sama

Oleh: Mentari senja
sajak sinis/10 Mac 2012 12:44 PG

SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Mentari Senja kembali lagi masuk ke ujian kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: KELUH Tema sinis simbolik katanya Pengucapannya bersahaja punya erti tersendiri. Maksudnya sinis pada situasi dini hari, biar apa pun yang berlaku,kita sebagai orang biasa tetap melaluinya.Cuma pasrah pada yang esa.. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

Sajak hari in pemenang sayembara ketiga agak lewat sadikit untuk diterbitkan hari ini.

PC rosak nak kena pergi ambil hari ini.