Sabtu, 10 Mac 2012

MENITI TITIAN USIA (3)




sayembara tempat ke 3.

Pada sepanjang titian usia ini
hanya bagai sebentang mimpi
berada ditengah terjaga dan tidur
hingga waktu semakin getir
berbincang pada senja kian memudar
langkah yang telah menyimpan bayang

Oleh: Karim Ghani
sajak tentang kehidupan/2 Mac 2012 4:39 PG



30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRANURI AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Cikgu Karim Ghani Kali ini berjaya melangkah ke akhir dengan sajaknya yang bertajuk: TITIAN USIA INI Temanya bicara tentang kehidupan. Pengucapannya bersahaja dan ada pengertiannya tersendiri. Maksudnya kehidupan yang hamper tamat ini bagaikan satu bayangan mimpi menanti jaga . Layak diberi tempat ke tiga (3) dalam sayembara puisi Februari 2012 TAJUK SAJAK INI DIAMBIL NAMA UTK ANTOLOGIKAN .

Tinta Azimad berkata...

CERPEN BERTAJUK : MENCARI KETENANGAN OLEH: NURIMANJA BROWN GARDEN. GELUGUR, PULAU PINANG.

SELEPAS solat issa, aku malas untuk menunggu jamuan makan malam jumaat: Begitulah keadaan penduduk di taman perumahan ku, setiap malam jumaat ada sahaja kenduri tahalil dan doa selamat dilaksanakan.

Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku terasa hendak segera bergegas pulang. Tidak seperti malam-malam jumaat yang lalu atau lainya, aku akan duduk dulu berbual-bual , atau bertanya kabar dengan kawan dan kekadang bertanya hukum hakam kepada Pak Haji atau pun Pak Lebai.

Aku menghidupkan enjin kereta, memandu dengan pelahan, kemudian meninggalkan pekarangan masjid, meredah malam yang mula berlabuh itu. Dikiri kanan jalan raya, lampu-lampu masih terpaksang, terang benderang. Orang ramai masih lalu lalang, mungkin hendak pulang ke rumah masing-masing.

Di sebatang jalan yang memisahkan tanak kebun dengan perkampungan Melayu yang tinggal sadikit sahaja lagi itu, Aku lihat ada bayang-bayang hitam yang berdiri dan merentang jalan di hadapanku.

Aku memberhentikan kereta. Dalam kekalutan berfikir, lembaga itu jatuh dan tersungkur ditepi jalan raya itu. Hatiku bertambah cemas. Peluh keharuan membasahi tubuhku.

BERSAMBUNG ESOK.
Siri ke 2

Geletek Petang. berkata...

PETEKAN AKHBAR UM

Mengenai sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) sempena lawatannya kali ini, Najib yakin Johor kekal menjadi ‘teras’ BN.

“Kita boleh ‘rasa’. Namun saya telah beritahu kepada Datuk Ghani, Datuk Khaled dan pemimpin lain bahawa kita perlu bekerja lebih keras dan lakukan ‘engagement’ dengan semua lapisan masyarakat di Johor dan seluruh negara.

“Dengan pendekatan dan keterbukaan dan cara yang berhemah serta rendah diri, saya percaya kita boleh yakinkan rakyat untuk terus menyokong BN,” katanya.-Buat mereka usia 60an-


KOMENTAR:

Begitulah cara jadi pemimpin yang dikhendaki rakyat. Jangan kelentong atau menabur dengan janji-janji paslu sekali terkena dua kali rakyat tidak akan percaya.

rakyat sudah mulai sedar , kecelaruan minda yang menyerang mereka selama ini, cuma sekadar dengan boleh percaya jangan sekali...Mereka juga makan gaji kerajaan bayar , cuma mahu mengekal kedudukan sahaja. Hal rakyat dibiarkan sahaja.

Apa benda yang mereka buat? Sekadar mengaku susu punya lembu, sapi dapat nama....menanam tebu tibibir sahaja.

Geletek Petang berkata...

Seladang kalau main bola hantar
lebih banyak ke belakang, tunggu sajalah kedudukan anda kian turun
ke bawah ....

Harap juru latih ambil perhatian.
Para main mesti ditanam semangat bila main mahu gol dulu. jangan
relax, dah kena baru nak bangkit.

Putera Damien berkata...

MENGHITUNG DETIK

terbenam dalam melodi
rerumput padang hijau…
dimana Sang Cakrawala senja sungguh pucat membekas air mata..
terpejam dalam ruang dan waktu…
saat tak ingin hidup lebih lama
aku hanya ingin membunuh
tiada lagi yang bisa aku percayai..
menjawab setiap pertanyaan..
tapi aku sadar aku bukan mereka…
tiada jawaban dengan dunia gelap
segelap malam yang pekat…
aku kaku menghitung detik…

Putera Damien
sajak peribadi

Ummu AKilah berkata...

TAK PEDULIA LAGI

benar aku tak tahu namun
sedikitpun tak pernah mengeluh
membuatmu luluh retak
berfikir tentang kesalahan
jiwa raga ini kau miliki..
jika ingin hentikan pertanyaan
hentikan keindahan ini
10 tahun aku akan berhenti
lebih baik aku mati
dalam kekalutan aku tak peduli

Ummu AKilah
sajak pasrah

Salleh Muhamadon berkata...

MAKAM

biarkan aku menatap endiri..
walaupun terasa lama atau cepat…
saat itu aku harus menentukannya
aku membuka hati untuk itu
akhirnya aku sendiri tertidur
dalam makam menanti jiwa terlepas
tak mendengar burung camar..
tak lagi melihat langit biru..

Salleh Muhamadon
sajak marah

Puteri Lilin berkata...

HADIRMU BAGAIKAN

Hadirmu bagai angin
datang tuk segarkan hariku
Namun datang sekejap saja.
Datang tuk melegakanku
Lalu meninggalkan aku.
bagai tanah yang kemarau di ladang sesaat kemudian banjir datang
membawa pergi mencairkan hati beku Kemudian hujan datang tuk padamkan

Puteri Lilin
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

25.Putera Damien berkata...

MENGHITUNG DETIK (LSS)

Terbenam dalam melodi
di rerumput padang yang hijau…
dimana Sang Cakrawala senja
sungguh pucat membekas air mata..
terpejam dalam ruang dan waktu…
saat tidak ingin hidup lebih lama
aku hanya ingin membunuh
tiada lagi yang bisa aku percayai..
untuk menjawab setiap pertanyaan..
tapi aku sadar aku bukan mereka…
tiada jawaban dengan dunia gelap
sebagaimana gelap malam yang pekat…
terasa ragu menghitung detik yang kulalui…

Oleh: Putera Damien
sajak peribadi/11 Mac 2012 1:23

SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Putera Damien kembali lagi masuk ke ujian kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: MENGHITUNG DETIK Tema peribadi katanya Pengucapannya bersahaja punya erti tersendiri. Maksudnya bersenang dengan kelalaian yang lalu biasa mengecewakan kehidupan hari ini, menjadikan hati hancur dan enggan percaya pada detik yang berlalu.Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

26. Ummu Akilah berkata...

TAK PEDULI LAGI (TBD)

benar aku tak tahu namun
sedikitpun tak pernah mengeluh
membuatmu luluh retak
berfikir tentang kesalahan
jiwa raga ini kau miliki..
jika ingin hentikan pertanyaan
hentikan keindahan ini
10 tahun aku akan berhenti
lebih baik aku mati
dalam kekalutan aku tak peduli

Oleh: Ummu Akilah
sajak pasrah/11 Mac 2012 1:26 PG

SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdri/Pn/ Ummu Akilah kini kembali lagi masuk ujian kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: TAK PEDULI LAGI Temanya pasrah dalm gelisah . Pengucapannya bersahaja Maksudnya: mungkin kisah peribadi yang dilanda kemelut pertanyaan yang penuh dengan keraguan, pasrah saja minta pertunjuk pada yang Esa. Ada persaingan hebat ,.Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti usaha lagi lain kali (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

27. Salleh Muhamadon berkata...

MAKAM (TBD)-P

biarkan aku menatap sendiri..
walaupun terasa lama atau cepat…
saat itu aku harus menentukannya
aku membuka hati untuk itu
akhirnya aku sendiri tertidur
dalam makam menanti jiwa terlepas
tak mendengar burung camar..
tak lagi melihat langit biru..

Oleh: Salleh Muhamadon
sajak marah/11 Mac 2012 1:29 PG

SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra Salleh Muhammadon yang lama menghilang , kini masuk ke ujian kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:MAKAM .Tema marah nampaknya Pengucapannya agak mengelirukan perlu diperbaiki lagi Maksudnya:.mengambarkan ada sesuatu yang kurang menyenagkanehingga membakar hati dan perasaan. Kerana ada persaingan hebat. Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti usaha lagi lain kali (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

28.Puteri Lilin berkata...

HADIRMU BAGAIKAN (LSS)

Hadirmu bagaikan angin
datang untuk segarkan hariku
namun singah sekejap saja.
lalu pergi meninggalkan aku.

Hadirmu bagaikan hujan
menyiram kemarau di ladang
kemudian banjir menguasi
lalu mencairkan hatiku yang beku
Kemudian pergi lagi meninggalkan aku.

Oleh: Puteri Lilin
sajak simbolik/11 Mac 2012 1:31 PG

SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Puteri Lilin kembali lagi masuk ke ujian kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: HADIRMU BAGIKAN Tema sinis simbolik nampaknya Pengucapannya terpaksa dilakukan sadikit pembetulan namun ada pengrtiannya yang tersendiri. Maksudnya kisah peribadi yang dialaminya bagaikan dipermainkan oleh sesaorang. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

Irham Kesuma berkata...

KRISIS

Krisis ekonomi muncul pantas
tanpa diduga minta disapa
jika tidak berani mencuba
malu jika tidak mencabar akal
mencari murni tetapi
alam semesta diatur selesa
sedangkan langit belum runtuh
matahari masih terbit di Timur
murai merbah terus bernyanyi

Irham Kesuma
sajak sinis

Dayang berkata...

INGINKAN

aku ingin sebuah masa..
tak ingin sendiri menari
dalam sebuah keindahan..
aku ingin seseorang
namun kuyakinkan diriku..
keindahan hadir kala hati risau..
namun kunyatakan diriku..
hanya secuit kebahagiaan..

Dayang
sajak peribadi

Hafiz Zikrillah berkata...

MEMBUKA MATA

kembali membuka mata..
melihat awan bagai malaikat..
hanya bisa tersenyum kala itu..
kala merasakan damai ini..
terhenyak aku melihat
kupu-kupu pelangi melintas
membawa lebih sekedar pertanyaan
masih dalam hamparan rumput hijau..
tapi kini aku semakin ingin lelap

Hafiz Zikrillah
sajak simbolik

Zuraifah berkata...

GOYAH

Kau yang menyapu jejak mimpi ini
yang kutanam bertahun
Kau yang mengajarkan aku kesedihan,
menjadi rajuk berbentuk senyuman
menciptakan kristal rapuh pada hati
Akankah aku berontak
benci untuk menyadari
bahawa hidupku kini telah goyah

Zuraifah
sajak sedih

Qalam Mutiara berkata...

29. Irham Kesuma berkata...

KRISIS (LSS)

Krisis ekonomi muncul pantas
tanpa diduga minta disapa
jika tidak berani mencuba
malu jika tidak mencabar akal
untuk mencari pengertian murni
tetapi alam semesta diatur selesa
sedangkan langit belum runtuh
matahari masih terbit di timur
murai merbah terus bernyanyi
mengapa kita sudah ragu dan risau?

Oleh: Irham Kesuma
sajak sinis/12 Mac 2012 10:33 PG
SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Irham Kesuma kembali lagi masuk ke ujian kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: KRISIS Tema sinis katanya Pengucapannya bersahaja punya erti tersendiri. Maksudnya menyentuh keadaan terkini, biar apa pun yang berlaku, kita masih bernafas dan belum lagi mati kebeluran.. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

30.Dayang berkata...

INGINKAN (TBD)

aku ingin sebuah masa..
tak ingin sendiri menari
dalam sebuah keindahan..
aku ingin seseorang
namun kuyakinkan diriku..
keindahan hadir kala hati risau..
namun kunyatakan diriku..
hanya secuit kebahagiaan..

Oleh: Dayang
sajak peribadi/12 Mac 2012 10:35 PG

SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdri Dayang kembali lagi masuk ujian kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: INGINKAN .Tema sajak peribadi nampaknya .Pengucapannya bersahaja. Maksudnya: kisah peribadi mungkin mengharapkan keindahan dan kebahagiaan masih belum menjelma. Ada persaingan hebat .Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti usaha lagi lain kali (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

31.Hafiz Zikrillah berkata...

MEMBUKA MATA (TBD)

kembali membuka mata..
melihat awan bagai malaikat..
hanya bisa tersenyum kala itu..
kala merasakan damai ini..
terhenyak aku melihat
kupu-kupu pelangi melintas
membawa lebih sekedar pertanyaan
masih dalam hamparan rumput hijau..
tapi kini aku semakin ingin lelap

Oleh: Hafiz Zikrillah
sajak simbolik/12 Mac 2012 10:38 PG

SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra Hafiz Zikrillah yang lama menghilang , kini masuk ke ujian kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: MEMBUKA MATA .Tema simbolik katanya. Pengucapannya agak meragukan perlu diperbaiki lagi. Maksudnya: mungkin peribadi agaknya, semacam ada rasa kesedaran ,.Maaf kerana ada persaingan ,cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti usaha lagi lain kali (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

32. Zuraifah berkata...

GOYAH (LSS)

Kau yang menyapu jejak mimpi ini
setelah kutanam bertahun-tahun
Kau yang mengajarkan aku kesedihan,
menjadi rajuk berbentuk senyuman
menciptakan kristal rapuh pada hati
apakah aku akan memberontak benci?
atau perlu aku untuk menyadari diri
bahawa hidupku kini telah goyah

Oleh: Zuraifah
sajak sedih/12 Mac 2012 10:40 PG

SAYEMBARA PUISI MAC KELAYAKAN CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Zuraifah kembali lagi masuk ke ujian kelayakan dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: GOYAH Tema kesedihan nampaknya Pengucapannya ada sadikit pembetulan punya pengrtiannya tersendiri. Maksudnya kisah peribadi yang dialaminya perlu ada kesedaran untuk muhasabah diri. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

Saizul Maizav berkata...

lembaga hitam ke dpn tu?

Anjang AKi berkata...

org minyak agaknya dpn kereta dia

Inspektor Halim berkata...

msti org gila yg dok tgh jalan tu

Bos Kacak berkata...

laki ke pmpuan dpn kereta dia tu?

Atan Yahoo berkata...

hantu kum kum ke dpn kereta dia tu?

Zainal Arifin berkata...

apa plak lembaga dpn dia tu

Tok Mahat berkata...

berani btol dia sorg2 kt jalan tu

Penyair Agung berkata...

siapa aku dlm cerpen ni en nuri sendiri ke? atau tinta?

Seri Suri berkata...

hrp2 dia baca ayat kursi sebelum lalui lembaga tu

Geletek Malam berkata...

mngkin khayalan dia saja kot?