Isnin, 19 Mac 2012

TERDIAMNYA DIA (7)





sayembara tempat ke tujuh

Saat dia terdiam kita fikir
dia memilih untuk tenggelam
hanyut begitu dalam lautan kata
Ribuan kisahnya terpapar
memikat jiwa yang terpegaruh.
tapi apa benar realitinya?
Hanya sesekali dia menyapa
supaya tidak disangka gila.
tapi belum lagi dia menjawabnya
sementara semua terdiam dan menguap
Kembali dia tenggelam
kisah tiap malam terbungkus diam
Semoga dia belum terlupa
akan adanya kertas dan pena
untuknya menulis semua
kisahnya dari relung jiwa… 

Oleh: Guru Yahya
sajak buat sipolan yang pandai main musliha
t/2 Mac 2012 4:47 PG



30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRANURI AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Guru Yahya buat kali pertama berjaya melangkah ke akhir dengan sajaknya yang bertajuk: TERDIAMNYA DIA .Tema sembolik sinis politik nampaknya .. Pengucapannya bersahaja pada penuh dengan pengertiannya tersendiri. Maksudnya ternyata ada rasa marah ketidak puasan hati dengan apa yang telah dilakukan oleh seorang tokoh pemimpin yang agak licik kurang disenangi lewat kebelakangan ini. . Layak diberi tempat yang ke tujuh (7) dalam sayembara puisi Februari 2012 LSS)

Tinta Azimad berkata...

ERPEN BERTAJUK : MENCARI KETENANGAN OLEH: NURIMANJA BROWN GARDEN. GELUGUR, PULAU PINANG.

Siri ke 5

“Saya ingin menemuinya,”kata anak gadis itu, kuat sadikit bunyi suaranya, seperti mengharapkan sesuatu daripadaku.

“Dia ada disini,”kata Mak.
“Ia, saya!””

Aku terpaksa juga memberanikan diri, mnghampiri sopa tempat anak gadis itu terbaring yang dulunya memang tempat aku relax menonton bola sepak dunia setiap malam.

“Saudara tolong saya tadi? Saya masih ingat, tetapi saya tak dapat bersuara, kerana terlalu letih dan tiadak bermaya,” katanya , dia seperti ingin menerangkan sesuatu padaku, aku menjadi serba salah.

Rupanya , tadi dia bukanlah pengsan atau tidak sedarkan diri, cuma dia tidak bermaya: bisik hatiku, aku cuma tunduk, membisu didepannya.

“Saudara tolong dekat sadikit disini, saya ingin menceritakan sesuatu kepada saudara,” kata anak gadis itu. Mak juga turut terharu bila melihat kelakuan anak gadis ini.

Aku menjadi serba salah, Mak pula membeliakan kedua biji mata dan mengangkat keningnya pula kepadaku., sambil menjuehkan bibirnya sambil memberi isyarat dengan kedua belah tangannya untuk aku mendekati anak gadis itu. .kemudian Mak pun beridar dari situ.
“Ya! se se saya ada di sini ceritalah.” Aku tergagap- gagap memberi pengakuan, dan segera mendekatinya, Mak terpaksa memberi ruang padaku, Aku amat khuatir jika Mak berkecil hati.
“Terima kasih atas budi baik saudara kerana menolong saya tadi,”katanya padaku, kemudian memaksa dirinya mengukir senyum.
“Emm! Kenapa saudari boleh jadi begini, berjalan seorang diri di jalan sunyi di malam hari?”Aku mengemukakan soalan kepadanya
Terasa aku mula berani Sadikit.

“Siapa nama? “Tanya anak gadis itu,

“Jalill!!” Kata Mak belum pun sempat aku membuka mulut untuk menjawabnya,

Mak telebih dahulu menberitahu namaku, Belum pun sempat aku bertanya namanya

“Anak ini, nama apa?” Mak terlebih dahulu bertanya pula kepada anak gadis itu.

SAMBUNGAN. 6

Jalal rafzee berkata...

KUM 1

1 Pangeran Pertawa
2 Satria Juragan
3 Putera Damien
4 tinta bayu

KUM 2
5 syah inderapura
6 haji khali
7 Haji hamdan
8 mentari Senja

KUM 3
1 Ali Conan
2.Penglipur Lara
3.Salleh Muhamadon
4.Hafiz Zikrillah

KUM 4
5.Ayu Manja
6.Nurul Syahirah
7.Ungku Zubir
8.Irham Kesuma

Putera Damien berkata...

JIRAN

Jiran kita anggaplah keluarga
Kerana jiran orang terdekat kita
Tengok dan bantulah sesama jiran
Kehormatan jiran kenalah dijaga
Keburukkan jiran jangan dijaja
memberilah sesama jiran tetangga
Ketika jiran tidak ada di rumahnya
Rumahnya kenalah jaga
Sikap kita jangan sampai
mengganggu jiran
Begitulah rukun berjiran

Putera Damien
sajak tuju buat jiran sy keran ada selisih paham sikit

Satria Juragan berkata...

MENGHIRUP UDARA

Aku ingin menghirup segar udara itu
mencuri ketenangan yang sunyi
mekar di kelopak rembulan
ranum ketika putik jatuh
sehingga menyebarkan aroma busuk
aku juga ingin belajar
hikmat kesabaran selagi
purnama belum bertakhta
gugusan bintang belum disambut
salam percakapan di dalam senyap

Satria Juragan
sajak simbolik

TInta Bayu berkata...

DINGIN MERAJA

peluk rintih pinta di dalam benak
hening yang meraja dingin berjalan
inginku tahu makna semua itu
sehingga suram menjadi tenang
wangi menyebarkan dari lubuk mengalir damai memberikan harapan

TInta Bayu
sajak kesedaran

Pangeran Pertawa berkata...

ANGKUH MEMUDAR

Mungkin nanti ketika tubuhmu
tak kuat seperti sekarang
ketika kau duduk di serambi rumah
sambil memegang rokok
ketika itu baru kamu
teringat bayangan masa lalu
mungkin nanti ketika kau dibenci
hingga berkarat dihatimu luruh
jangan hingga saat itu
angkuhku baru memudar.

Pangeran Pertawa
sajak buat sipolan yg membuat onar di malaysia walaupun sy tinggal dibrunei tp kisah sipolan tu smpai diisni pun dpt didengar

Qalam Mutiara berkata...

57. Putera Damien berkata...

JIRAN (TBD)

Jiran kita anggaplah sebagai keluarga
Kerana jiran orang terdekat kita
Tengok dan bantulah sesama jiran
Kehormatan jiran kenalah dijaga
Keburukkan jiran jangan dijaja
memberilah sesama jiran tetangga
Ketika jiran tidak ada di rumahnya
Rumahnya kenalah jaga
Sikap kita jangan sampai
mengganggu jiran
Begitulah rukun berjiran

Oleh: Putera Damien
sajak tuju buat jiran sy keran ada selisih paham sikit/20 Mac 2012 11:46 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRANURI MAC S /AKHIR BUAT AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Putera Damien kembali lagi masuk pusingan suku akhir dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: JIRAN. Tema permasalahan nampaknya .Pengucapannya biasa dan bersahaja. Maksudnya: bagai nasihat berlajarlah sadikit arti kejiranan dalam kehiupan berjiran 40 biji rumah di sekeliling kita adalah jiran. Kerana ada persaingan hebat Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti, usaha lagi lain kali (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

58.Satria Juragan berkata...

MENGHIRUP UDARA (LSS)

Aku ingin menghirup segar udara itu
mencuri ketenangan yang sunyi
mekar di kelopak rembulan
ranum ketika putiknya jatuh
sehingga menyebarkan aroma busuk
aku juga ingin belajar
hikmat kesabaran selagi
purnama belum bertakhta
gugusan bintang belum disambut
salam percakapan di dalam senyap

Oleh: Satria Juragan
sajak simbolik/20 Mac 2012 11:50 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRANURI MAC S /AKHIR BUAT AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Satria Juragan kembali lagi masuk pusingan suku akhir dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: MENGHIRUP UDARA Tema bersembolik ada udang sebalik batu nampaknya Pengucapannyaada agenda tersendiri. Maksudnya menyentuh isu semasa politik tanah air (PTA) menyokong parti tidak salah tetapi jangan ada kekeliruan sehingga pro kepada pengganas komunis dan puak Zionis demi agenda mereka, orang yang benar dan ikhlas tidak bercakap dalam senyap .seperti berlaku tohmah dan finah dalam PRU12 melalui SMS. Sebaiknya belajarlah menenang budi. berterima kasih dan bersyukur pada yang memberi (kerajan) dan yang rmengurnia (allah swt). Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya kerana unggapan daya puisi dan kreatifnya. (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

59. Tinta Bayu berkata...

DINGIN MERAJA (TBD)

Peluk rintih pinta di dalam benak
hening yang meraja dingin berjalan
inginku tahu makna semua itu
sehingga suram menjadi tenang
wangi menyebarkan dari lubuk
mengalir damai memberikan harapan

Oleh: Tinta Bayu
sajak kesedaran/20 Mac 2012 11:52 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRANURI MAC S /AKHIR BUAT AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Tinta Bayu kembali lagi masuk pusingan suku akhir dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:DINGIN MERAJA Tema kesedaran nampaknya .Pengucapannya agak mengelirukan perlu ungapan yang berkesan dan menyakinkan.. Maksudnya. mungkin ada rasa kesedaran dalam diri tentang kecelaruan yang menguasinya dirinya dahulu. Kerana ada persaingan hebat Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti, usaha lagi lain kali (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

60. Pangeran Pertawa berkata...

ANGKUH MEMUDAR (LSS)

Mungkin nanti ketika tubuhmu
berdiri mengeletar tidak kuat seperti sekarang
ketika kau duduk termenung di serambi rumah
sambil memegang tongkat untuk berdiri
ketika itu barulah kamu mulai sedar
teringat bayangan tingkah laku masa lalu
mungkin nanti ketika kau dicaci dan dibenci
sehingga semua yang berkarat dihatimu luruh
di saat itu barulah lebur segala keangkuhanmu
Kerana diserang penyakit memudar mandir.

Oleh: Pangeran Pertawa
sajak buat sipolan yg membuat onar di malaysia walaupun sy tinggal dibrunei tp kisah sipolan tu smpai diisni pun dpt didengar/20 Mac 2012 11:54 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRANURI MAC S /AKHIR BUAT AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra Pangeran Pertawa kembali lagi masuk pusingan suku akhir dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: ANGKUH MEMUNDAR Tema sinis bersembolik nampaknya Pengucapannya ada sadikit pembetulan namun punya erti tersendiri. Maksudnya menyentuh isu semasa politik tanah air di Malaysia . Cukup amat memalukan bila rakyat luar negara lebih memahami dari rakyat Malaysia sendiri, sehingga ada yang sanggup menyokong membabi buta. dengan gerapkan senyap mereka. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

Tinta Azimad berkata...

DINYATAKAN!

Kami menilai dari segi kreyatif puisi dan maksudnya tidak kira
tema dan mesej apa sahaja! PPastinya yang dikira baik diberi kemenangan.

Isu semasa (PTA) kami juga dulu
menyanjung tinggi si polan tu. tetapi kini dia banyak buat karut , kamu blog Cr tak boleh lagi nak ikut....

Haji Hamdan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Haji Khali berkata...

HENTIKAN

aku akan menghentikan permainan ini
Jikalau memang sudah waktunya
Akan segera ku pulang
jika hari memang sudah senja
Tapi seketika ini
biarkanlah aku menikmati
Selagi bunga masih bermekar
Selagi tanah masih lapang
biarlah aku disini

Haji Khali
sajak simbolik

Syah Inderapura berkata...

HENING

Hening ini terdengar
hanya angin membelai sang rimbun,
sesekali bergoyang seolah terbuai lembutnya sang semilir angin
Dalam sepi aku membungkam jiwa
membius hati yang ego
merendam amarah yang bergejolak
menyelimuti rasa yang terpatri
merayu sang penjuasa
agar meretas angan dalam mimpi.
terkadangku jadi perantara rindu memberikan inspirasi diri

Syah Inderapura
sajak ketenang jiwa

Haji Hamdan berkata...

BERBEZA

Jalan kita memang berbeza
helang terbang tinggi,
paus di dasar lautan.
Tak sama sayang aku melaju dijalan
mimpiku terkadang terdengar pudar
kau melaju dalam mimpi yang
terkadang sendu dan pilu
tapi bukan hanya malam ini,
aku bisa bermimpi lagi,
Kuhilangkan engkau dari tidurku,
agar aku bisa bermimpi lagi

Haji Hamdan
sajak terkenang

Mentari Senja berkata...

KEZALIMAN

Palestin adalah jejak panjang
cerita duka penuh darah
tak berkesudahan seakan
suratan sudah tergurat
tanah berdarah tak pernah surut
dibatas antara bom dan peluru
sejengkal tanah pada garis peta
sebingkai harapan janji
berjauhan terdengar bedilan
seakan bahawa kezaliman disini
tak pernah tamat

Mentari Senja
sajak buat palestin

Qalam Mutiara berkata...

61. Haji Khali berkata...

HENTIKAN (TBD)

Aku akan menghentikan permainan ini
Jikalau memang sudah waktunya
Akan segera ku pulang
jika hari memang sudah senja
Tapi seketika ini
biarkanlah aku menikmati
Selagi bunga masih bermekar
Selagi tanah masih lapang
biarlah aku disini ….

Oleh: Haji Khali
sajak simbolik/22 Mac 2012 3:13 PG
SAYEMBARA PUISI CITRANURI MAC S /AKHIR BUAT AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra.Haji Khali kembali lagi masuk pusingan suku akhir dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:HENTIKAN Tema simbolik nampaknya .Pengucapannya ak menarik dan boleh diterima. Maksudnya. ada sinis dan pengajaran buat mereka yang masih lupa dan leka bila usia kian senja. Kerana ada persaingan hebat Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti, usaha lagi lain kali (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

62.Syah Inderapura berkata...

HENING (LSS)

Hening ini terdengar
hanya angin membelai sang rimbun,
sesekali bergoyang seolah terbuai
lembutnya sang semilir angin
Dalam sepi aku membungkam jiwa
membius hati yang ego
merendam amarah yang bergejolak
menyelimuti rasa yang terpatri
merayu sang penjuasa
agar meretas angan dalam mimpi.
terkadangku jadi perantara rindu memberikan inspirasi diri

Oleh: Syah Inderapura
sajak ketenang jiwa/22 Mac 2012 3:21 PG

SAYEMBARA PUISI CITRANURI MAC S /AKHIR BUAT AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra Syah Inderapura kembali lagi masuk pusingan suku akhir dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: HENING Tema kenangan jiwa2 nampaknya Pengucapannya punya daya kreatif dan erti tersendiri. Maksudnya bagai mengenang kisah lama yang sesekali memberi pengajaran dan kerinduan pada hati yang terlalaui egois dahulu.,.. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

63. Haji Hamdan berkata...

BERBEZA (TBD)

Jalan kita memang berbeza
helang terbang tinggi,
paus di dasar lautan.
Tak sama sayang aku melaju dijalan
mimpiku terkadang terdengar pudar
kau melaju dalam mimpi yang
terkadang sendu dan pilu
tapi bukan hanya malam ini,
aku bisa bermimpi lagi,
Kuhilangkan engkau dari tidurku,
agar aku bisa bermimpi lagi

Oleh: Haji Hamdan
sajak terkenang/22 Mac 2012 3:23 PG
SAYEMBARA PUISI CITRANURI MAC S /AKHIR BUAT AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra.Haji Hamdan kembali lagi masuk pusingan suku akhir dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: BERBEZA Tema terkenang nampaknya .Pengucapannya bersahaja tapi sakit mengelirukan.Maksudnya semacam ada kelohan perbezaan pendapat atau padangan yang telah dialaminya selama ini.. Kerana ada persaingan hebat Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti, usaha lagi lain kali (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

64 Mentari Senja berkata...

KEZALIMAN (LSS)

Palestin adalah jejak panjang
cerita duka penuh darah
tak berkesudahan seakan
suratan sudah tergurat
tanah berdarah tak pernah surut
dibatas antara bom dan peluru
sejengkal tanah pada garis peta
sebingkai harapan janji
berjauhan terdengar bedilan
seakan bahawa kezaliman disini
tak pernah tamat

Oleh: Mentari Senja
sajak buat palestin/22 Mac 2012 3:30 PG

SAYEMBARA PUISI CITRANURI MAC S /AKHIR BUAT AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra Mentari Senja kembali lagi masuk pusingan suku akhir dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: KEZALIMAN Tema buat palestin nampaknya Pengucapannya mantap dan bersahaja,. Maksudnya menyentuh isu rakyat Palestin yang ditindas sepanjang zaman dari ziones dan kuasa besar yang mengizinkan. Semoga sajak ini tidak dipalagiat dari hasil karya orang lain. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

Tanpa Nama berkata...

trhtrjrtjtrjrt

Mozaire berkata...

jalil ke nama dia?? jalil janggut ke ni? hahaha

Ustaz Muda berkata...

aik! jalil rupanya ingatkan en nuri

Raja Muda berkata...

x tanya umur sekali ke? hee

Zainal Arifin berkata...

pmpuan tu org bunian apa?

Atan Yahoo berkata...

eh! pmpuan ni dari ulu mana plak?

Mentari Senja berkata...

misteri jgk pmpuan ni

Dam Catur berkata...

x hidang makan2 ke kt pmpuan tu?

Jalal Rafzee berkata...

apa la nama pmpuan tu