Khamis, 25 Februari 2021

ARAK MENUMAN YANG DI LARANG



 ARAK MENUMAN YANG DI LARANG

Satu pesanan
Buat kalian minum arak
Sama dengan minuman Tin natul khabar
Minuman peluh atau air bisa ahli-ahli neraka
Jangan biarkan kamu di humban dalam sungai hambam
Sungai yang penuh dengan nanah darah penghuni ahli neraka.
 
Air menuman
Sangat membusukkan
Bagi mereka peminum arak dan penzina
Mereka akan di minumkan air sungai nanah ini
Yang di himpun bau busuk air keluar dari kemaluan perempuan.
 
 Air muhli ini
Kerak-kerak minyak hitam
air api panas melampau penghuni neraka
bila mereka meminumnya hancur luluh isi perut
Sehingga punah ranah Cuma tinggal tulang serangka peminum.
 
 
Oleh Pena Runcing
Catatan jam 6.55 petang
KhamisTanggal 29hb Disember 2016

. MEMANG BOLEH LENA MENDENGARNYA




MEMANG BOLEH LENA MENDENGARNYA 
 
 
Ayoh hai Ikhwan!
Kenapa kau mencipta muzik pastastik
Yang cukup mempersona lagi mengasyikan telingaku mendegarinya
 
Kini ternyata kawan!
Mataku juga turut terhibur dan ngatuk
Dengan irama muzik bagaikan derusan angin sepoi  Bahasa meniupku
 
Ya Hurabbi Ya Allah!
Asyikkah aku ini mendengar iramanya
Bagaikan perut kenyang selepas makan ditengahari mata pun mengatuk.
 
Sebelum aku terlina!
Dihibur buyi irama muziik mengasyik,
Biar pun tanpa lagu dan suara tetapi tetap menghibur dan mempersona.
 
Aduh beratnya mata!
Sebelum terlena ingat solat 5 waktu?
Agar kita tidak terlena dengan buaian irama muzik sehingga lupa waktu?

 
Oleh Nurimanja,
Catatan jam 8.45 pagi
Ahad tanggal 21hb Februari 2021.
 

COVID 19 MENGAJAR KITA ?




1COVID 19 MENGAJAR KITA ? 
Wabak covid 19!
Ini adalah satu musibah
Perlulah kita mengambil pengajaran
Buat yang meninggal akibat covid sudah ditakdirkan
Kepada kaum keluarga dan jiran tertangga musibah ini tidak mengenal mangsa ?
 
Wabak covid 19!
Ini adalah satu peringatan
Pada yang terkena tidak meninggal
Adalah satu peringatan dan juga amaran buat keluarga
Apakah selama ini kita terlalu jauh dari Khalid yang mencipta segala di dunia ini?
 
Wabak covid 19!
Ini adalah satiu keindafan
Perhatikanlah buat renungan anda
Bagi keluarga yang meninggal dan keluarga yang terseksa
Buat kita yang belum kena bukan beerti tuhan sayang kepada kita tetapi insaflah?

 
Oleh: Nurimanja ,
Catatan jam 5.30 pagi
Hari Isnin Tarikh 15hb Fwbruari 2021.
 

.COVIS 19/ 1. KAU MEMBUNUH RINDUKU!



COVIS 19/ 1.
KAU MEMBUNUH RINDUKU! 
 
Sekian lama aku menunggu
Kau masih juga tidak pulang ke tempat asalmu
Dari mana kau datang sehingga satu dunia kau menawannya ?
 
Bunuhlah rinduku ini covid
Aku tidak menyukai dirimu lagi di dunai fana ini
Kau datang tidak diundang , bila di halau pergi kau tidak peduli?
 
Jika kau sengaja menyeksa
Akan kehidupan aku yang begitu mesra dahulu
Kini kau sengaja ingin menyusah dan ingin membunuh rinduku?
 
Kini semuanya telah nyata
Bahawa kau pembawa bala bencana di dunia ini
Kini kau membunuh rinduku agar tidak segembira di waktu dulu ?

Oleh: Nurimanja ,
Catatan jam 5.30 pagi
Hari Jumaat Tarikh 12hb Fwbruari 2021.

.BUAT ORANG BERIMAN DAN BERSYUKUR.



BUAT ORANG BERIMAN DAN BERSYUKUR.
 
Orang yang beriman
Allah mengingati mereka semua
Bertakwa dan berimanlah kepada Allah SWT
Kerana Allah memarhatikan amat maha mengetahui
Akan setiap tingkah laku mereka ditempat tersembuny dan nyatai.
 
Mereka sepatutnya
Wajiblah taat patuh dan tunduk
Segala perintah yang Allah suruh dan larang
Kerana jikalau mereka bersyukur Allah akan tambah
Segala rezeki dan Allah SWT memelihara akan kehidupan mereka.
 
Maka berimanlah !
Wahai orang yang beriman ?
Dengan kitab Al Quran dan hadis nabi SAW .
Kerjakan solat , puasa , zakat dan ibadat haji di Mekah
Selepas mengucap dua kalimah Syahadah Islam mereka semua .
 
Oleh Qalam Mutiara,
Catatan jam 7.00 pagi
Tarikh Isnin 8hb Februari 2021

Isnin, 15 Februari 2021

BILA KITA MENGUAP ?

 






 BILA KITA MENGUAP ?
 
Ingat pesan nabi
Dalam hadisnya berkata
Bila kita menguap atau membuka mulut luas
Maka iblis dan syaitan segera melompat masuk ke dalam mulut kita ?
Demi untuk menawan segala hati Nurani kita lantas mengikut apa sahaja kehendaknya .
 
Justeruitu ingat!
kalau kita mahu menguap
Segera menutup mulut dengan tapak tangan
Agar tersekat Iblis dan syaitan melompat masuk ke dalam hati kita?
Tetapi apa yang kita lihat terlalu ramai orang menguap membuka mulutnya seluasnya .
 
Sebagai seorang!
Penganut beragama Islam
Perlu ingatlah waktu kita hendak menguap
Kerana terlalu mengantuk atau letih banyak bekerja tutup mulutlah
Dengan tapak tangan dan berkata astaffirunllah hal azim jauhi aku dari syaitan dan iblis?
 
Oleh Pena Utara,
Catatan jam 6.10 minit
Hari Sabtu Tarikh 6hb Februari 2021


KITA JANGAN TERLALU MENGHARAP

 



KITA JANGAN TERLALU MENGHARAP 
 
Kita jangan terlalu mengharap
Pada pekerjaan kedudukkan pangkat dan harta
Kerana semuanya ini tidak kekal biasa berubah dan mengecewakan
Kerana semuanya bukan kita yang punya tetapi Allah yang punya kita dipinjamkan sahaja.
 
Apapun yang terjadi dini hari ?
Satu pengajaran dan keinsafan buat kita semua
Bila wabak covid 19 menyerang dan banjir besar datang bertandang
Kita menjadi panit , takut dan kelang kelibut mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan .
 
Adakah kita selama ini lupa ?
Lalai dan leka akan kemewahan dan kemegahan?
Jadi orang terhormat rumah banglo besar, mempunya kereta mewah ,
Tiap bulan gaji lumayan, tetapi lupa pada fakir miskin malah tuhan pun tidak disembah ?
 
Bila maksiat dan kemungkaran ?
Begitu bermaharajalela tunggu masa dan Ketika?
Allah S.W.T akan menurunkan bala bencana sebagai satu pengajaran ?
Masa itu Allah SWT tidak kira orang beriman atau sebaliknya akan diborong semuanya ?
 
Oleh Qalam Mutiara,
Sebelum subuh Jam 5. 30 Pagi
Hari Jumaat Tarikh 5hb Februari 2021.


WAJIB MANDI HADAS ?



WAJIB MANDI HADAS ? 

Bersuci itu
Satu kewajiban kerana berhadas
Maka wajib mandi kerana kita berjanabah
Bagi memulihkan Kembali rasa kesegaran tubuh kita yang letih
Tetapi jikalau  tiada air  kenalah dia berhadas atau bertayamun kerna dia berhadas
 
Sentuhan!
Bermaksud ada dua tangkapan
Satu bersentuhan kulit antara muhram
Yang keduanya pula bermaksud melakukan persetubuhan keduanya
Mereka mempastikan kedua nya keluar air mani dengan merasakan kenikmatannya .
 
Mandi hadas
Kecil atau besar wajib keduanya
Sama ada mengambil uduk atau mandi
Kerana seorang yang ingin beribadat perlu membersihkan dirinya
Mandi kerana mimpi keluar air mani  atau mandi mengangkat hadas besar berjunub?
 
 
Oleh Qalam Mutiara,
Sebelum subuh Jam 5. 30 Pagi
Hari Khamis Tarikh 4hb Februari 2021

WAHAI ORANG KAFIRUN ?



WAHAI ORANG KAFIRUN ? 
 
Mereka orang yang syriik
Orang mendurhaka kepada Allah SWT
Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada mereka
Mereka memilih jalan yang sesat bukan jalan yang di redha Allah SWT?
 
0rang-orang  kafirun ini
Mereka ini suka melakukan kejahatan
Bukan saja tidak beriman malah gemar kerja mungkar
Mereka sanggup melakukan apa sahaja bertentangan dengan Allah SWT.
 
Adakah mereka berpelung
Untuk dapat masuk syurga Allah SWT?
Allah membernakan mereka beriman berjiwa tenang .
Orang -orang kafirun ini ditempatkan mereka ke dalam neraka jahanan.
 
 
Oleh Qalam Murtiara,
Catatan jam 7.00 pagi
Tarikh Khamis 7hb Januari, 2021

SUDAH SEBULAN TERSINGKAPNYA SINAR MENTARI TAHUN 2021



SUDAH SEBULAN TERSINGKAPNYA SINAR MENTARI TAHUN 2021 
 
Kini sudah sebulan?
Tersingkapnya sinar Mentari 2021 ?
Tetapi apa yang kita lihat sinarnya masih jua kabur dan samar?

Masih mampukah ?
Buat kita menghadapi segala musibah?
Dan cabaran yang mengharubirukan kehidupan kita selama ini ?

Apakah kita masih?
Merasakan musibah ini perkara biasa ?
Bukankah segalanya satu bala bencana ujian daripada Allah SWT?

Dimana iman kita ?
Setelah mengaku taat, tunduk dan patuh ?
Segala perintah rukun Islam yang lima dan rukun Iman yang enam ?

Sebenarnya kita ?
Terlalu banyak melakukan onar mungkar ?
Sehingga dunia ini tidak mampu lagi menanggung beban dosa kita ?
 
Oleh Nurimanja ,
Catatan jam 6.20 pagi
Tarikh Selasa 3hb Februari 2021


Jumaat, 5 Februari 2021

DULU MELAYUKU TIDAK SEBULU?




DULU MELAYUKU TIDAK SEBULU? 
 
Dahulu melayuku
Cukup terharu tidak sebulu
Diantara songkok hitam dan kupiah putih
Walau kalian sesame Islam dan bersaudara pada agama
Tetapi tidak sefahaman dalam politik dan mengkapirkan pula diantaranya ?

Dahulu tanpa silu
bergaduh tanpa hala tuju
Kalian seakan cuba menegak benang basah
Akhirnya kalian lupa di atas percakaran melayuku pecah
dua menjadi tiga , empat dan lima sedangkan bangsa asing memandangnya ?

Parti non muslim
Cuba memasang perangkap
Di atas perpecahan mereka berjaya menjerat
Tiga menjadi mangsa dua masih bersengketa lalai dan leka
Akhirnya kuasa telah pun jatuh di tangan pemasang jerat dan terus terikat ?

Dahulu Melayuku
Bersatu dalam kemerdekaan
Setelah Berjaya membangunkan negara tercinta
Entah kenapa penyakit mabuk kuasa datang menyerang pula
Kini jadilah sebuah negara kecewa mencapai Wawasan 2020 di mata dunia ?
 
Oleh Geletek Petang
Catatan jam 4.40 petang
Isnin Tanggal 30hb isember 2019

IKAN DI LAUT BURUNG DI GUNUNG









IKAN DI LAUT BUUNG DI GUNUNG  
 
Bakarlah unggun api
Biar lebih besar buat pasangan
Agar lebih baik nyanyian dan tarian
Buat pasangan mudamudi asyik berasmara
Dalam sambutan pesta tahunan tradisi rakyat jelata.
 
Pukullah gong dan gendang
Irama orang muda punya biasa
Dulu seorang anak gadis bertenun kain
Dan seorang anak muda pengembala lembu
Mereka berbalas pantun sehingga pipit bercumbuan.
 
Jadikanlah ikan di laut itu
Dan burung di gunung itu bersatu
Jangan biarkan cinta mereka terhalang
Demi dapat disatukan dalam hati jiwa gelora
Semoga bersemadi dan abadi cinta di antara keduanya.
 
Catatan Pena Utara
27hb Januari 2015 petang hari,
Selepas menonton filem china kantonis
 

AKU DIBERI TUGAS UNTUK MEMILIH?




 



AKU DIBERI TUGAS UNTUK MEMILIH?
 
Bila cukup lima tahun
Sesuatu penggal pemerentahan tamat
Sebagai rakyat biasa kita diminta perlu memilih
Sewaktu PRU ikut bilangan kita akan memilih dan mencorakan
Pemilihan baru ataupun ingin menentukan pemerentahan yang sedia ada seterusnya.

Setiap rakyat 21 tahun
Di wajibkan kita memilih seorang wakil
Digelar Yb wakil rakyat di kawasan Parliman/DUN
Pilihlah calunlah dan undilah mana parti yang ada meminatinya
Tetapi jangan menyesal kalau kita terpilih calun yang cuma cakap sahaja pandai?

Oleh sebab itu kita perlu
Memilih dan menilai kerja tanggungjawab
Yb wakil rakyat yang benar–benar ada kemampuan
Bukan ada agenda yang tersembunyi atau dendam kesumatnya
Terhadap ketidak kepuasan hati ingin merebut dan menguasai kedudukan pemerentah?
 
 
Oleh Suara Pulau,
Catatan jam 5.40 pagi
 

SEGERALAH SUJUD SYUKUR










SEGERALAH SUJUD SYUKUR
 
Jika kita telah berjaya
Dengan apa yang kita hajatkan
Eloklah kita lakukan sujud bersyukur
Bukan mudah untuk Allah SWT pekenankan
Usaha dan hajat kejayaan sesaorang mendapat Phd.
 
Perlulah banyak guru
Dan banyak Univasiti dihuninya
Bukan seorang pensyarah dihadapinya
Berbilang bangsa dan kaum menjadi petunjuk
Bagi mendapatkan 3 gulung Ijazah, Master dan Phd.
 
Banyaklah bersyukur
Kita bangsa belum bernama
Jadi yang sulung perlu memulakannya
Bagi merintis jalan permulaan alam pendidikan
Buat datuk nenek sebuah keluarga belum bernama.

 
Oleh: Nuri Manja
Catatan jam 5.45 pagi
Khamis Tanggal 28hb April 2016

BERLAPANG -LAPANGLAH KAMU



BERLAPANG -LAPANGLAH KAMU
-sebaiknya bila berada dlm masjid atau majlis ilmu
 
Orang beriman
Bila diminta berlapang
Mereka berlapang tempat duduk
Allah SWT akan melapangkan kedudukan mereka.
Jika diminta berdiri
Mereka pun berdiri di tempat berdiri
Nescaya Allah meninggikan tempat berdiri mereka.
Rengkasnya!
Sesiapa yang melapangkan tempat sempit
Dengan memberi duduk atau berdiri pada saudara mereka
Allah melapangkan kehidupan mereka dengan rastu dan rahmat.
Allah akan menolong hambanya
Selagi hambanya suka mengamalkan tolong menolong
Diantara satu sama dengan yang lain dalam kehidupan ini . Amin.
 
Oleh Qalam Mutiara,
30 hb April, 2014. Ptg hari.