Isnin, 15 Februari 2021

KITA JANGAN TERLALU MENGHARAP

 



KITA JANGAN TERLALU MENGHARAP 
 
Kita jangan terlalu mengharap
Pada pekerjaan kedudukkan pangkat dan harta
Kerana semuanya ini tidak kekal biasa berubah dan mengecewakan
Kerana semuanya bukan kita yang punya tetapi Allah yang punya kita dipinjamkan sahaja.
 
Apapun yang terjadi dini hari ?
Satu pengajaran dan keinsafan buat kita semua
Bila wabak covid 19 menyerang dan banjir besar datang bertandang
Kita menjadi panit , takut dan kelang kelibut mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan .
 
Adakah kita selama ini lupa ?
Lalai dan leka akan kemewahan dan kemegahan?
Jadi orang terhormat rumah banglo besar, mempunya kereta mewah ,
Tiap bulan gaji lumayan, tetapi lupa pada fakir miskin malah tuhan pun tidak disembah ?
 
Bila maksiat dan kemungkaran ?
Begitu bermaharajalela tunggu masa dan Ketika?
Allah S.W.T akan menurunkan bala bencana sebagai satu pengajaran ?
Masa itu Allah SWT tidak kira orang beriman atau sebaliknya akan diborong semuanya ?
 
Oleh Qalam Mutiara,
Sebelum subuh Jam 5. 30 Pagi
Hari Jumaat Tarikh 5hb Februari 2021.


Tiada ulasan: