Jumaat, 5 Februari 2021

DULU MELAYUKU TIDAK SEBULU?




DULU MELAYUKU TIDAK SEBULU? 
 
Dahulu melayuku
Cukup terharu tidak sebulu
Diantara songkok hitam dan kupiah putih
Walau kalian sesame Islam dan bersaudara pada agama
Tetapi tidak sefahaman dalam politik dan mengkapirkan pula diantaranya ?

Dahulu tanpa silu
bergaduh tanpa hala tuju
Kalian seakan cuba menegak benang basah
Akhirnya kalian lupa di atas percakaran melayuku pecah
dua menjadi tiga , empat dan lima sedangkan bangsa asing memandangnya ?

Parti non muslim
Cuba memasang perangkap
Di atas perpecahan mereka berjaya menjerat
Tiga menjadi mangsa dua masih bersengketa lalai dan leka
Akhirnya kuasa telah pun jatuh di tangan pemasang jerat dan terus terikat ?

Dahulu Melayuku
Bersatu dalam kemerdekaan
Setelah Berjaya membangunkan negara tercinta
Entah kenapa penyakit mabuk kuasa datang menyerang pula
Kini jadilah sebuah negara kecewa mencapai Wawasan 2020 di mata dunia ?
 
Oleh Geletek Petang
Catatan jam 4.40 petang
Isnin Tanggal 30hb isember 2019

Tiada ulasan: