Khamis, 21 Februari 2013

JANGAN KORBANKAN MARUAH (4)




Sayembara Puisi Maha tempat ke 4


Berusahalah untuk kemajuan,
Jangan pula sampai agama terhina,
Cari kekayaan perolehi kesenangan
Tapi jangan makan seorang saja,
Hidup didunia kena fikir semua hal,
fikirlah juga hak orang lain
walau kamu menegakkan kebebasan
tapi jangan sampai korbankan maruah

Oleh: Penyair Agung
sajak politik ketika bercuti di bukit gantang bersama keluarga 31.12.2012/ 8 Januari 2013 4:06 PTG

Sabtu, 16 Februari 2013

POLITIKAL (3)



Sayembara Puisi Maha tempat ke tiga


AKU BUKANLAH ORANG POLITIKAL
MENGHABISKAN MASA
BERBAKTI KANAN DAN KIRI
UNTUK MEREBUT SEBUAH KURSI
AKU BUKANLAH SESIAPA
AKU BERPANDU KEPADA BENAR DAN SUCI
BERTINDAK TANPA KOMPROMI
TANPA MEMIKIRKAN KERUGIAN
BUKAN BERSELINDUNG HANYA
DI BALIK TOPENG KEPALSUAN

Oleh: Jalal Rafzee
sajak politik
ketika berada kt kampung di sintok kerana sy tinggal di sintok tenangkan diri dan buat kerja kampung waktu pagi,malam berniaga ikan bakar sy x tinggal KL lagipun sy dan isteri x duduk bersama kami belum bercerai cuma gantung x bertali 4.1.2013/8 Januari 2013 4:10 PTG

Ahad, 10 Februari 2013

.MENAPAK LANGKAH (2)


 
 Sayembara puisi maha tempat ke dua
 
Kami yang menapak langkah
penuh kotoran dan kegelapan
tersesat terhina tetapi mengharapkan
ada tangan menggapai jejak ini
kami coba mengetuk hati mereka
supaya beri kami tempat berpijak
agar langkah kami tak terhenti
sebagai generasi penerus bangsa
Bukan hormat kami harapkan
hanya sekedar ingin tahu
langkah kami masih tersusun
walau tangan kami masih gementar

Oleh: Pendekar Waja
sajak perjuangan tanah air
ketika tengah melatih komando baru dalam hutan pahang 30.12.2012/8 Januari 2013 4:21 PTG