Khamis, 21 Februari 2013

JANGAN KORBANKAN MARUAH (4)




Sayembara Puisi Maha tempat ke 4


Berusahalah untuk kemajuan,
Jangan pula sampai agama terhina,
Cari kekayaan perolehi kesenangan
Tapi jangan makan seorang saja,
Hidup didunia kena fikir semua hal,
fikirlah juga hak orang lain
walau kamu menegakkan kebebasan
tapi jangan sampai korbankan maruah

Oleh: Penyair Agung
sajak politik ketika bercuti di bukit gantang bersama keluarga 31.12.2012/ 8 Januari 2013 4:06 PTG

3 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

PUSINGAN KEEMPAT SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG FINAL PENENTUAN.

Sdra Penyair Agung Thaniah! Layak lagi melangkah ke pusingan penentuan dengan sajaknya yang bertajuk: JANGAN KORBANKAN MARUAH Thema sajak politik tanah air nampaknya. Pengucapannya bersahaja dan penuh kenyataan namun punya artinya yang tersendiri Mesejnya menyentuh tentang permaianan politik tanah air yang dilaluinya Mungkin pada hati nuraninya kurang menyenangkan dengan mempergadaikan maruah, agama bangsa dan Negara Perlulah berfikir semua hal bukan untuk kepentingan diri sendiri.Cuma andaian Apa pun anda layak terpilih untuk sayembara puisi maha tempat ke empat . (4)

nurimanja49@gmail.com berkata...


Sulaiman Embong berkata...
BILA KAU KEATAS DAN KE BAWAH

Sebelum kau keatas
kau hulurkan tangan
kau hulurkan bantuan
kau hulurkan senyuman
kau hulurkan belas ehsan
kau hulurkan selembar harapan
kau hulurkan segala bentuk imbuhan

Bila kau telah di atas
kau berlagak tuah
kau berjalan megah
kau bercakap indah
kau bersalam pun payah
kau berkereta mewah

Bila kau jatuh kebawah
kau hulurkan segala bentuk imbuhan
kau hulurkan selembar harapan
kau hulurkan belas ehsan
kau hulurkan senyuman
kau hulurkan bantuan
kau hulurkan tangan

Kau mula ingat kawan
Mula minta pertolongan
Tapi jika aku beri bantuan
Kau begitu juga jadi aku biarkan
Harap kau insaf wahai sipolan!
Jangan ingat kami barang mainan
Kerana kami dan beralih kerajaan
Tak lagi dengan keadilan

sulaiman embong,bulan terang,keris sakti,cikgu said,ambuyak dan aziz moktar
sajak ni kami berlima cipta apabila ada orang dr parti sana mahu beli kami supaya kami lompat parti dahulu semula..

nurimanja49@gmail.com berkata...


Tahniah buat polis undi pos 700 undi
Tahniah buat bebas MIC 500 undi
Tahniah buat bebas UMNO 500 undi

Zaid Ibrahim 24.000 PKR
Kamalanathan 24.000 MIC (BN)

Cuma andaian, kalaulah 3 gulungan ini tidak membantu BN pasti masih bernafas dalam lumpur. Tahniah dan Syabas! Buat dua orang bebas yang menarik diri, penyokongnya telah memberi undi kemenangan kepada YB Kamalanathan.

Walaupun pun Kamalanathan tidak menjanjikan bulan dan Bintang, tetapi dia mempunyai gaya dan cara Touth N Go! Dan kuasa senyumnya yang menyenangkan.

GELETEK PAGI Ini cuma andaian sebelum mengundi semalam dalam kelambu.
26 April 2010 1:09 PG